30 December 2012

coolest jobs on the earth


1) doctors 

that typical dream that most of the kids had when teachers asked “cita cita nak jadi apa anak anaaaakkk?” kata cikgu, muka ceria. I do not know whether that question has been occured in my past lifetime or i just buliding it up cause i want it to happened, but i do want to be a doctor. Maybe not so desperately want, cause if i do DESPERATELY want, i would be in havard right now, with thick spectacle reading anatomy. Kaka. Kelakar imaginasi kau ni.
Tapi kan, satu perasaan teruja dan menusuk kalbu, bila kau tengok doktor doktor yang pehhh cool gila kentang, rawat pesakit, Sambil tanya ” ada rasa sakit sini tak?” “how do u feels today” , eventhough recently i’ve just watched this one particular episode of adam dan hawa and , terjadinya satu babak scene ada doktor yg gila creepy and scary sebab cara dia rawat hawa macam , per vert. Hahahaha, sorry doktor , kaka.
Ok back to the real doctors life, hemmmmmm……mungkin yang membuatkan doktor cool adalah kot putih yang segak tersarung di luar badan mereka, sambil bergantungan (what do we call that ? ) steteskop? Ha ha hanjjjjj, kakaka ai tak ingat nama english dia apa, but that thing la, and the way doktor doktor jalan jalan di hospital, dengan muka tenang tapi terselit tanggungjawab besar, peh coolnya!

And we will always have this Feelings of disayangi , gituuu, kau kalau rasa tersish kau pergi la jumpa doktor, mesti doktor kata “ya, apa masalahnya…..” hemmmm , (sambil genggam jari dengan mata bersinar sinar), saya tak pernah tak termenangis kalau jumpa doktor doktor di hospital yang muda muda (lelaki,kakakakakakak) (tua saya sayangi, haks) , and admiring them dengan mata bersinar sinar.
Tapi, sentiasa ingat ini, cool itu bukan terjadinya sendiri, tapi dengan efforts tinggi bukit, itula sebabnya mungkin diorang ni one of the coolest creature in the earth.


2) writers 


“awak buat ape for living?” 



“eat”
Krik krik….
“i am a writer”

Peh penulis buku juga adalah salah satu benda paling cool gila tahap hobbit! Obviously im not saying that im a writer, kau ni yang tulis buku la. Yang sekadar tulis dalam blog kita boleh gelar mereka, ……….., (whatever do u want to call them),
Apa yang saya rasa cool tentang penulis ni adalah dimana mereka meluahkan ideologi mereka kedalam bentuk penulisan, dimana penulisan itu dapat mengubah dan mempengaruhi minda para pembaca, tak kira lah genre motivasi, atau sains fiksi, atau hikayat, atau ilmiah. Diorang ni macam guru jugak, cuma guru yang kita tak nampak dari segi kasarnya, and bila diorang dapat buat pembaca menggeletar kegelupuran kegembiraan baca buku buku mereka, Hows COOOOOLLLLLL is that??????
Cool kan,

So malam pun dah larut, and i wonder, jk rowling tulis harrypotter ni waktu malam ke pagi ke petang ke apa, sebab mostly saya berfikir pada waktu malam. Eh takdelah nak kata saya ni setraf jk rowling, kahkahkahakahakah.
Bai,

23 December 2012

sifat lupa.



Tiada masalah bila pergi mall, bila beli barang, penat pegang, letak dan rehat.
Yang masalahnya sekarang bila dah korek hidung tapi letak merata rata. Tapi ai bukan nak cerita pasal taik hidung. Sekarang aqila safuan dah besar dan matang, serta anggun. Taik taik tolak tepi lama dah. Umur pun dah 20,
masalahnya disini adalah bila lupa nak ambil balik kembali barang anda itu. twice in a day boleh..! --', 

1) stuffs that you just excitedly bought, and it costs faham fahamlah,

2)Handphone yang tertinggal dalam hanset tandas gsc cinema. Alhamdulillah, Allah bagi sifat perasaan tawaduk terhadap masyarakat sekeliling sebabnya, bila masa nak silence handphone nak tengok wayang ni, baru sedar phone tinggal dalam toilet. 

May Allah bless me, and all of you.
Published with Blogger-droid v2.0.9

18 December 2012

rasa bahagia seperti ufuk matahari terbit di timur mencernakan warna bagi pencari rezeki-NYA.

sebenanrya saya nak cerita , dengan mata yang bersinar sinar . hiks

pada suatu hari, di waktu fajar merah kelihtan kenampakan mahu pergi saya sedang melakukan aktivit harian iaitu melayari satu laman web di laman sosial , satu tweet menarik perhatian saya. bunyinya ala ala begini , mohon fokus.

"kata orang sunat dhuha itu boleh beri rezeki, rezeki itu juga merupakan kita boleh berjumpa jodoh, dan kalau nak bertemujodoh dengan cepat , sellaulah solat sunat dhuha "

pada saat itu, muka saya " oh , kebetulan solat sunat dhuha ni pagi tadi, mungkin mungkin .." (KAHKAHKAH). Jadi disebabkan kalendar uitm menyatakan musim peperiksaan akan mampir, saya selaku pelajar yang sukar mahu fokus dirumah bergerak ke perpustakaan satu . di situ 24 jam. dan mahu compared dengan ptar 3 , ptar 3 is too noisy to be called as a library. entah amende. menyirap! eh.

dan mahu dijadikan highlight cerita ini, kakaka. saya bertemu dengan crush hampir 3 tahun saya! setelah hampir satu semester tidak berjumpa, akhirnya kami ketemu jodoh. dan saya rasa , saya rasa bahagia.

shut up shut up.
bai/ / hiks

10 December 2012

i hate you ***** *********


saya rasa dah 3 tahun awak ada peluang nak cakap " selamat hari lahir " ataupun dalam 33 bahasa yang lain ke saya, sebab awak tahu hari tu hari lahir saya sebab kita kan kawan dalam facebook . huh. saya ucap je selamat hari lahir ke awak dalam 2 tahun yang sebelumnya ( 1 tahun tak ucap sebagai pembalasan dendam ) walaupun kita takdelah pernah cakap ataupun classified us as a friend. tapi saya rasa awak mesti tahu saya ni ada crush dengan awak dah bertahun lamanya sebab saya selalu ****** . tapi awak ni berlagak gila tahu tak . ke awak ni memang tak ada perasaan belas kasihan terhadap orang orang yang suka awak( memandangkan awak ni hebat dan famous) .

jadi saya boleh je dah tak suka awak . awak ingat saya hadap ke awak sangat ?


tapi memandangkan atas sebab satu kejadian ,
 yang dimana sewaktu itu saya dimasjid sedang bersolat berjemaah dan berada di saf paling depan , bahagian lelaki, berdoa dalam hati bahawa " kalau awak jodoh saya l, awak akan muncul depan saya " dan keajaiban ternyata berlaku . awak duduk betul betul betul selari depan pandangan saya . lepas habis solat .

jadi, ini petanda dari Allah , ke mainan perasaan ke macam mana ?



i hate you : (

25 September 2012

Hidup zaman ini

Saya rasa anak anak dan murid murid sekarang hidup di dalam kehidupan yang dalam kasarnya menunjukkan kita adalah bos, dan ayah ibu guru pensyarah adalah hamba .

Kita marah jika barang atau benda yang kita nak tidak dipenuhi ibu bapa. Kita fikir tanpa menyedari mereka itu diciptakan untuk memuaskan keinginan duniawi kita

Kita marah dan mengadu kalau lecturer ada sikap yang buat kita rasa tak senang. Kita marah lecturer kalau kita rasa tak faham, kita salahkan lecturer bila kita gagal dalam ujian

Realiti.

Ayah ibu kerja sengkang mata balik penat layan lagi kerenah anak tak ditambah lagi ujian ujian luar yang lain , dan kerja kita merajuk, merengus dengan mereka bila keinginan tak digenggam .

Guru dan pensyarah , datang kelas susah payah demi niat nak bantu kita berjaya tapi kita buat muka bila dia nak buat kelas lebih nak buat kelas ganti nak ajar lebih masa . Padahal.kita yang mahu periksa kita yang mahu belajar disini dan ironinya kita yang berlagak macam tuan bila hati rasa jengkel .


Saya juga dalam situasi di atas.
Dan saya tidak mahu .


Anak jadi tuan
Ibu ayah jadi hamba.
Realiti dunia akhir zaman.


Allah , peliharalah saya adik beradik dan kawan kawan dari kejahilan ini. Rahmatilah kami, jadikanlah kami ank yang soleh dan solehah .

In shaa Allah
posted from Bloggeroid

17 September 2012

The little interesting things

Ehem ,

Hell ooo everyone
Assalamualaikum.

Hari tu masa dekat macau saya dah bertekad nak tulis dekat blog bila sesuatu kejadian menarik itu terjadi .


*keluarkan otak, serap pakai span*

Ni kalau dunia Hogwarts real ni saya dah message dumbledore pinjam nak pensieve dia .


1) macau telah menggunakan kaedah physchology bab first impression dengan amat berkesan sekali dengan meletakkan para para imigresen kaunter yang mempunyai paras muka kalah daniel wu , nicholas tse dan lain lain . *kah kah kah*

2) bila semuaaaaaa teksi dekat macau pemandu dia garang gila nak mampus, bawak macam drift gila dan tak pandai speaking english. Rasa nak batalkan silaturrahim antara malaysia dan macau! Kita tak kira jugak! *over je*

3) bila kitorang bertiga mempunyai masa masa sukar untuk self capturing dengan kamera, datang seorang mat salleh yang gila indah kalah model model calvin klein bagi bantuan "may i help" . Wakakkaakaka. Hah . Terus senyum sejelita yg mampu dibuat dengan harapan dia menyelitkan sekeping kad no dia malangya pelamin angan ku musnah di macau .

4) bila masa nak register untuk herbalife event tapi tak tahu kat mana, lepas tu ternampak orang memakai brand herbalife, mama dan saya main kejar sekali orang herbalife korea yang tak tau speaking tapi hah! Lihat ini . Lihat ini *tunjuk kat diri sendiri* berborak borak macam kawan lama terus dalam bahasa korea! Jangan nak men men! Huh

5) bila orang orang kerja di macau pandai cakap the general malays . Pergh rasa si itik tak tahu jalan pulang bisa sampai rumah . Takde bukan? Takde kena mengena bukan? Kakaka


6) and the greatest sekali adalah merasai the bonding 'herbalife family' dengan 12 ribu orang berlainan country dalam dewan melihat kibaran kibaran bendera.. Perghhhhhh. Eh ni nanti saya cerita kat herbalife punya blog .



Itu jela kot mampu diserap. Aktuali dah datang macau ni kali kedua . Hongkong pun kali kedua. Alahai teringat pulak kisah menarik yang ke tujuh tapi malas pulak nak taip kat atas . Hidung saya jadi macam air terjun niagara masa nak pergi hongkong naik ferry . Cuba lah engngkorang selami perasaan masa tu macamana .


In the end, Alhamdulillah selamat sampai dan pulang . Dengan ini saya selitkan beberapa gambar buat tatapan semuanyaaa . Muacks. Xoxo.










posted from Bloggeroid

04 September 2012

About reading in english

Saya tak baca english thingy kalau saya tiada sebatang pen dan any sources of english-malay translations.

Sad life.
Sad life


Sekarang ni tengah selak selak RD,
Sekarang ni tengah kat ruang tamu depan belakang kerusi besar,
Sekarang ni dalam bilik ada makcik tengah tidur,
Sekarang ni saya takut ulang alik masuk bilik takut makcik saya terbangun,
Sekarang ni pen dan dictionary saya dalam bilik tu,


I speak rubbish isn't?
*juih bibir*
posted from Bloggeroid

30 August 2012

the band not so pop but it is pop pop pop dari segi pahala

omagad , tajuk tak boleh nak skandal lagi .

i always loved UNIC . haha always? yeah always .emm tapi dulu dulu sekolah menengah minat mestika sebab ada faizal tahir . ha ha ha . *gelak tutup mulut*

i always love them all laa . janji *tunjuk jari kelingking*. yang nasheed lagu best melodi best lirik best . tapi hardcore UNIC terjadi apabila mereka datang masa UITM kuantan dulu . masa tu diorang memang kelakar gila, nyanyi shaydu gila, suara pun sedap gila, memang peramah habis .

lepas tu dekat uitm shah alam masa malam amal gaza palestin . sama je peramah, sama je sedap gila, sama je kelakar gila .


sebenarnya nak tunjuk video ni je . hah hah haaaah. em















tengoklah eh , tengok lha tengoklah tengoklaahh *goyang goyang bahu* hah ha h haha ha

26 August 2012

it is a hari raya day and it is a boring day

" arisyah... apa kita nak buat pada malam yang surah penuh kelam tanpa bintang dengan bulan yang diselaputi awan gelap ni?"

" tah....kita pun tak tahu.."
kami berpandangan .
lalu, bunyi cengkerik pun memainkan peranan dengan melagukan irama masing masing

03 August 2012

terima kasih

" kakak qilaa bangun sahurrr "

bangun , ambil phone , keluar bilik tengok jam .

" shit man, its already 5.35 am"

duduk di meja , ambil shake , teguk 10 saat . 

" shit man , results!"

refreshing the tidozgurl email . there it is.. there it .is..

felt the vibration of my fingers . padahal i don't felt nervous at all sepanjang malam tu , atau semalam , dan lagi semalam . 

scrolling ke kiri ke kanan *since screen tak besar macam komputer * 

*lap air mata yang tak sempat mengalir *
alhamdulillah

i really thought that am gonna repeat one or two papers .

1 - law . studied so hard for this paper, tapi masa jawab periksa macam kena sihir . i can't even thinking of  anything during the first 30mins. tergaru sana sini . pandang sana sini . even went to toilet sebab sangat tak keruan . can't remember the facts that i've been trying to. it was , really awful moments . keluar je kelas rasa nak bunuh diri . bahaha 

2- csc - this paper . bahahah . i even went to pahang during the weekends *exam isnin pagi* for herbalife event . boleh cakap , belajar csc ni pukul 4 pagi dalam rumah right away arrived from pahang .  padahal dah sampai rumah dalam pukul 12 . tidur . alhamdulillah tersedar pukul 4 . tapi seriously, FINAL kot . i was really nervous . gila nervous . tak pernah buat tak endah paper final macam ni rupa .
and i don't think i do well though . rasa macam taik . rasa taik lagi suci bila keluar kelas . 

but alhamdulillah ! mungkin Allah nampak usaha aku belajar law bagai nak gila dekat ptar siap bawa bantal, dah sampai pagi siap tak tidur , huuu . efforts tu Allah nampak  walaupun in the end kau tak ingat pun kau belajar apa dan main tulis sesukahati .

tajuk tadi terima kasih kan?

ya ucapan tu khas sebenarnya buat sahabat saya dunia akhirat izza hazira. *nangis*.
izza i just wanted you to know, walaupun aku selalu moody dengan kau macam sampah , then kau sabar je , ajar lagi account dengan gila sabar sebab aku memang noob habis account ni . and i dont even think i managed to answer it sebelum belajar dengan kau .  lepas tu kau dengan kekentalan hatinya kejut aku yang asik tidur berejam rejam dekat ptar walaupun misi kita  belajar account, and even give me time tengok running man dalam ptar . seriuosly , ure the best!! IZZA JJANGG!! managed lah dapat B- for account . and i think masa jawab paper account tu fabulous jugak rasa . yang memebuatkan B-  ni saya rasa sebab banyak kali tak jawab quiz, banyak kali tak hantar assignment sebab selalu tertidur . OHMAGADDD , nampak tak terrible gila perangai bila account . Lepas tu , izza ni dahla lain course, lain fakulti dengan saya , so tengoklah betapa angelnya dia sudi tolong kita , sudi teman makan walaupun dia dah makan , i love you . bahahaha . tipu . terima kasih juga pada yang secara tidak langsung farhana and the gangs dan wanie zainal . he he he

so overall, alhamdulillah Allah , saya tahu saya tak cukup doa sebab tu banyak B+ , mungkin kalau doa Allah bagi A , tapi seriously tak banyak doa , tak banyak buat solat hajat . and for muslims doa tu gila hebat kalau betul betul doa , kita nak . effort dan doa = FABULOUS 



Dengan itu , assalamualaikum : )

28 July 2012

Melukis

As salamualaikum .

Hari ni kita lukis conan!




Hee

this actually looks so gedik .
posted from Bloggeroid

01 June 2012

tak siap

aku sedang duduk.
perasaan ketika itu tidaklah bercampar baur, cuma....
bercampur aduk. Sama aja bukan?
Kah kah

*kembali serius*

aku menutup mata.
aku dapat merasai keadaan sekelilingku seperti sedang bergerak
bergerak melawan arus angin,
semakin lama semakin laju
apa yang laju ?

ya, kapal terbang.
aku sedang berada didalam kapal terbang.
bukanlah kali pertama, cuma sahaja aku tutup mata.


" k....k.....kapal terbang dah mula naik ni"
perasaan ku memberitahu.
aku buka mata,
aku rasa malu.
kapal terbang masih bergerak laju , belum lagi terapung.

aku memberitahu diri
"tak ape, no one knows yang kau salah berimaginasi"
aku tutup kembali mataku.
cuba merasakan kembali akan kapal terbang,
bila mau terapungnya.

12 May 2012

overthink

sometimes kan, aku rasa aku ni orang paling annoying dalam dunia *hamboi! semua nak angguk tau*,
haih, sedih macam ni sedih . takla, aku pernah dengar yang ade seseorang dulu berkata , kita manusia ni semua ada wayar wayar invisible yang menghubungkan antara kita, kamu dan kita semua. comelnya ayat ni .

jadi logiknya, bila kita pandang orang tu, kita akan possible tahu dia senang dengan kita atau tak . kadang kadang, bila aku berjalan seperti permaisuri, aku dapat rasa yang orang tu senang dengan kita atau tidak, and sometimes when i felt uneasy bila aku rasa orang tu tak senang dengan kita, dan orang tu adalah orang yang kita kenal, ianya akan membuatkan aku jadi penuh dengan rasa sesal. aku akan fikir, mesti diorang berkata kata jahat tentang aku,dan aku akan mempertahankan diri dalam hati " no, im not like that".

kadangkadang problem aku ni, nak sangat semua senang hati dengan aku,walausecara logiknya nak hidup dalam dunia ni, orang akan ada yang tak suka dengan kita, putih dan hitam, jahat dan baik,pro and cons . dan kadang kadang, nope selalunya aku adalah jenis yang overthink everything. walaupun kadang kadang bila aku tiba tiba berubah menjadi pelik dikhalayak ramai without hirau apa orang fikir, which is itu suatu kuasa yang dianugerahkan Allah kepada ku *shhh, don't tell anybody*,

sebenarnya, di sebalik semua kata kata atas ni, apa motifnya?
dahla 

03 May 2012

kejutan di pagi hari

pagi tadi, lepas mak saya mengejutkan kami dua anak dara jelitawan bangun dari tidur, tapi saya dan adik bertindak membangkang dengan terus menidurkan diri, tiba tiba saya rasa macam ada satu makhluk berada dekat dengan muka saya. begitu dekat. sehingga saya dapat merasakan kehangatan hembusan nafas yang terzahir dari rongga hidungnya.

saya buka mata.
dia pandang saya.
saya pandang dia.

masa seakan terhenti.
tak lama, tak sampai sesaat pun.

saya melompat bangunnnnnnn menjerit "maamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".

bahalul punya kucing, kalau dah cinta pun janganlah taksub dengan saya sampai macam tu. ngiah!

29 April 2012

EKS PE/PI DI SI.

hai. assalamualaikum. saya ni bukan apa. saya ni manusia biasa yang baru je pulang dari mendaki gunung kinabalu hari tu. eh maaf, salah tulis. gunung Stong sebenarnya. Jauh betul tersasar kan saya ni. ihiks.

taik. dah aku nak cerita ni pengalaman mendaki gunung stong, di dabong kelantan atau pun sejarah namanya gunung batu, bila disebut dalam bahasa kelantan jadi stong. orang kampung kelantan tak main cakap melayu, cakap english terus. stone= stong! hah kan mereka. ocem.

jadi masa aku datang taklimat pertama sorang sorang yang baru je lepas mandi, dengan keadaan penuh larian, bangun lari masuk tandas, gosok gigi berlari, pakai baju berlari, naik fakulti pun berlari segala galanya berlari sebab aku dah lewat nak hadir taklimat pertama para pendaki gunung stong. k macam taik je perenggan ni. dah move on

engkorang tahu betapa etetdnya aku nak pergi kelantan ni rasa macam nak pergi paris. rasa nak pergi kedai buku cari kamus kelantan-melayu tapi failed tak jumpa. err. ya. saya sebenarnya eksaited lah. dah eksaited kan. biasalah eksaited. cak! astaghfirullah . emende ni amende ni. jomlah kita ke gambar pertama.



taraaaa! oh kami bukan sahaja naik gunung, sebelum naik gunung tu kami pergi melawat ke gua Ikan, dan di gua itu terdapat 3 gua yang berlainan . Firts time nampak kelawar bergantungan atas dinding gua *depanmatadekattbselaludah*, dengan kegelapan tahap orang buta, tapi kecoh betul minah ni , guna torchlight lah semuorang kan jadi taklah gelap, then ade satu part ni yang korang tak dapat bayangkan sebab engkorang tak pergi *nakharom* adalah untuk merentasi ke gua yang sebelah sana adalah melalui llubang yang ade air dan lubang itu begitu kecil.  so kira ekstrem lah tu masuk lubang kecil dengan badan tak kecil . kiahahahaahahahahahaha. ehem.




setelah melawat gua paling bersejarah di dalam dunia, tapi paling bersejarah tu saje aku cipta sendiri supaya pengembaraan kami ni nampaklah macam " EH EH GEMPAKNYEWWWW" nakharom nyea! selanjutnya....


tinggi air terjun diatas adalah 450m dari ...  dari paras laut ? dari tanah lah kiranya . engkorang tahu punyalah ekstrem pak guide yg digelar pak cu itu , keekstrem-an beliau di luah luahkannya kepada kami, lalu kami pun terpaksa memanjat untuk sampai ke kem baha yang terletak di puncak air terjun ni melalui batu bata di air terjun itu sendiri. HAH! engkorang ni mesti tak faham . tak faham , anggap jelah faham, redhakan hati . kaka. macamnilaah, engkorang tengok jela gambar gambar kami memanjat ni . terkejut hati, kaki, tangan, tak pernah pernah naik gunung, sekali first time naik sebegini tinggi tahap kecabaranya. *bagi aku je kot ekstrem?* kaka




selepas sampai di kem baha yang terletak 455 di atas air terjun tinggi itu, sudah sampai tibanya waktu untuk merehatkan diri, minda, jantung, badan, sebelum mendaki gunung sebenar keesokan harinya. Malam tu ade aktiviti memasak, dan sesi suai kenal secara tak official dan sumpah diorang semua ohsem gila gila gila. Sempoi , KELAKAR dan sempoi .






 setelah merehatkan diri dengan tidur di khemah, which aku rasa macam sakit sikit sebab yelah alas bawah tu seinci je, jadi tanah pun bukan rata sangat dengan kesejukan gila. okey point ni tak penting , ESOKNYA! bermulah pengembaraan sebenar kami semua kecuali 2 kakak dan seorang abang yang mengalami kecederaan akibat ke-esktreme an menaiki batu bata itu, dan yang abang seorang tu bukan sebab kecederaan tapi sebab susasana malam gelap, sementelah beliau masak maggi dan ingin pulang ke pondiknya beliau terlanggar sesuatu yang tajam lalu lukalah kaki beliau. 

dia punya mencabar untuk first timer dan lemah macam aku ni tak dapat digambarkan . engkorang tahu, nak mendaki tu takdelah mencabar mana, yang mencabar tahap keimanan aku ni bila organizer kitorang yang lelaki tu dok kata " sikit je lagi nak sampai ni" pembohong yang amat pembohong . dahlah aku ni orangnya senang nak percaya, jadi dengan berbekalkan harapan " sikit lagi nak sampai" tu tapi tak sampai sampai sampai aku rasa macam nak melutut tersembah di atas tanah yang suci penuh dengan tanah bekas jejak hang tuah dan 7 orang rakannya yang lain di zaman dahulu kala. HAH! habis nafas selama 2 tahun menaip. 

tapi apa yang AMAZING ! sejuk weh sejuk! eh amazingnyewwwww . jakun tahu nampak kabus kabus yang seperti awan , serious heaven gila gila gila sampai rasa nak peluk setiap batang pokok yang ada kerana beri kita semua oksigen yang segar megar lagi harum dan penuh dengan hydrogen yang suci lagi mulia. hemmm. *tengah mengingati panaroma indah dan sejuk itu* . Lalu setelah 5 jam mendaki akhirnya! kami sampai ke puncak !!!!!!!!!!! tapi aku kelegaan melepaskan lelah terlebih sikit dari sampai ke puncak sebab sebab penat gila . like macam gillllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hah, dah dapat bayangkan gila nya tu ?





dan perjalanan pulang turun dari puncak ke gunung baha ternyata, mental saya sudah menurun prestasi mahatma gandhi nya ini kerana saya hampir menangis kerana bila kita sudah penat, dan kita nak hampir hampir rebah tapi jalan penamatnya seperti tidak berkesudahan, fahamilah bagaimana . tapi dah sampai sampai takdelah rebah, cepat cepat ambik baju segala eteted nak mandi sungai lagi . kahkahkah .

malam tu best gilaaaaaaaaaaaaa. kami masak, bergurau senda, gelak gelak gelak, then ade official pengenalan diri, lepas tu berborak then tidur! sumpah ocem k uolls. ocem sangat sangat #mata ber sinar sinar.  

esoknya pak guide kami bawa kami ke tujuh telaga air terjun dan kami dibenarkan mandi, dan manda, which hari sebelumnnya hanya dibenarkan mandi, iaitu tak bole lama , jadi bila ada mandi manda kita boleh bersuka ria. and half of us cuba ekstrem thing iaitu kena panjat setengah air terjun, dan menggelusur laju kedalam air bawah . 




mula mula tak takut pun, berdebar pun idak . KEMAIN BONGKAKNYA! sekali dah half menggelusor tu aku rasa macam nak lari, tapi manelah boleh lari ye dak, kau nak tak nak kau kena jugak sampai ke dalam air tu , thenlepas tu kitorang semua balik kem, kemas kemas, makan dan berangkat pulang.


ya, sekian sahaja . assalamualaikum. #nampak sangat dah tak larat nak tulis #

19 March 2012

ain't no matahari k uoolls

aku sedang membasuh baju pada malam itu . sedang telinga aku dihiburkan alunan lagu lagu yang menusuk telinga . tapi aku orang yang fokus . aku membasuh pun dengan fokus . lagu hanya dijadikan sandaran untuk aku supaya yakin bahawa mid-night hantu akan muncul, jadi untuk tidak menyedarkan aku kalau kalau hantu muncul , aku dengar mp3 . supaya apa ? ya supaya bila mana hantu hantu tu cuba nak kacau kacau aku . aku tak akan dengar . dan hantu frust . dia pun cari mangsa lain . ka ka ka.

tapi aku menulis kali ni, bukan nak bercakap pasal hantu . sedang aku fokus memberus . kedengaran suara kris allen mengalunkan lagu yang bertajuk 'falling slowly' . ah sudah . aku tergoda dengan suaranya . apa orang gelar , hemm eargasm ? ya sebegitulah . lantaran itu lagu tadi menyebabkan aku terkenang kisah yang telah terjadi berbulan bulan lamanya . kisah yang biasa bagi engkorang , tapi biasa luar luar biasa sikit bagi aku .

imbas kembali .

aku sedang berbaring bak tuan puteri dengan anggunya . tapi agak kurang anggun sebab aku hanya berbaring di atas lantai . telepisyen tercangak di depan mata . sudut antara tv dan mata aku yang bundar hazel *nakharom* agak agak dalam 180 darjah ke 245 darjah . dah ! engkorang tak payah nak lurus bendul pergi lukis darjah putaran guna protector pulak . aku main agak agak je . apa tadi ? oh ya , aku tengah berbaring . santai . gelas summer orange jus dan berstraw mini payung comel tersadai dalam cawan disebelah ku .
aku lihat tv . tv lihat aku . kami berpandangan . telepisyen waktu tu sedang menayangkan american idol musim ke berapa hentah . tak kuasa lah aku nak ingat season ke berapa . aku lihat telepisyen tu dengan pandangan sinis . " heh! orang barat . " tapi takpe aku tengok je . sekejap sampah apa aku cuba nak ceritakan ni . oh ye , aku sebenanrnya nak menerangkan bahwa aku tengok american idol sebab takde cerita lain nak tengok . tiba tiba ! *klimaks ni klimaks* persembahan kris allen pun bermula . dimulakan dengan menekan nekan papan kekunci piano . aku masih berbaring . orang barat disana terkinja kinja menjerit . tak ada peradaban betul . kris allen mula menyanyi . dan terus menyanyi . mulut dia meliuk lentok cuba untuk melontarkan suara . tiba tiba aku rasa macam bulu bulu aku naik meremang . ini tandanya apa ? lantas itu aku bangun dan duduk . mata aku tiba tiba fokus gila habis . hamboi mamat barat ni . 

oklah biarlah aku straight to the point je . cer engkorang tengok video ni :

bodo betul youtube ni . tak boleh nak embed pulak code dia .

tapi takpe , engkorang copy paste je ,

http://youtu.be/nqXwSgoNy6o

sedap habis . jarang tau artis nak  buat aku goosebumps macam beliau . sampai aku menidakkan kemalasan aku untuk terus berbaring dah kira superb dah tu .

tapi ingat . entah berapa tahun dah perkara ni  berlaku .

13 February 2012

luahan hati

Pernah tak anda sedang lepak duduk duduk memikirkan tentang keadaan sekeliling yang tidak pernah berhenti , bagaimana senang dan susah menjalani kehidupan semua , dan bila mana anda memikirkan tentang diri anda tiba tiba anda dapat rasa rahmat Allah beri tu macam menghempap badan anda dan buat kita tiba tiba rasa macam ya Allah terimaaaaaaaaaaaaaaaa kasih atas segalanya galanya . Rasa macam nak hug Allah walaupun kita tak tahu fizikal dan zat Allah bagaimana, rasa macam nak semualah yang baik baik . 

Okey , lepas tu suatu hari anda dimarahi oleh ibu tersayang intan payung anda semua . Mama mengatakan yang kita ini tidak bertindak di atas paksi yang beliau mahukan. Sebagai contoh kita malas bangun pagi , lagi lagi yang perempuan malas buat kerja rumah padehal dah ada bibi kaka oke , lepas tu kita tak tolong nak tanya mama perlukan pertolongan ke tidak kan . Dan disebabkan kemalasan maha tinggi yang diiktiraf oleh mama kita tadi menyebabkan beliau menjadi sangat sangat sangat sedih dan kita hanya mampu berdiam diri , tidak mampu membalas dengan kata kata . 

Lepas tu esoknya anda duduk lagi termenung bersendirian memerhatikan dunia yang berjalan tidak pernah berhenti walaupun sesaat , dan tiba tiba kita rasa macam tiada siapa yang sayangkan kita, even Allah pun taknak melimpahkan rahmatnya kepada kita sebab kita teringat yang kita telah menyebabkan ibu kita bersedih . Sedih sebab kita dibesarkan dengan penuh kesenangan dan bukan sebagai manusia . Jadi bila kita teringat kesedihan ibu kita tadi, tiba tiba kita dapat rasa yang Allah tengah marah gila dekat kita , gara gara menyedihkan ibu kita.

Moral of the story : 

Rahmat Allah terletak bagaimana perasaan ibu bapa kita rasa terhadap kita . Bayangkan kalau kita tak menyenangi ibu bapa kita tanpa niat pun . hemmmmm . mama i will be a woman . yes i will . Mungkin mama memikirkan keadaan mama yang sangat bekerja keras, lepas tu anak dia malas bangun pagi dan semuanya berkaitan lalu mama pun berasa maha sedih . Okey , tapi gue taklah pemalas gila nak mampus tahap katak ajar anak ketam berjalan key key key takde kena mengena . i love you mama 3x. mmuah 


04 February 2012

tragedi kereta hilang disebabkan otak beng-ap .

setelah berjaya bersusah payah keperitan menempuhi ,mendapatkan parking di alamanda yang ramai gila macam konsert ade najwalatif gue yang sewaktu itu forever alone turun kereta dengan pundi  kencing yang kepenuhan . gue jalan, dan terus berjalan . ok dah persimpangan nak masuk ke tandas dari jauh gue perhati simbol tandas. konfirm . untuk wanita . dua tapak kaki gue memasuki tandas, keluar satu orang wanita cina, berbadan tinggi, t shirt dengan seluar jeans serta berambut pendek habis . muka penuh cina tapi nak gue kata bengis itu takde tapi rupa penuh kelakian . perlahan gue berkata dengan diri sendiri " eh...............betul ke ni ?" waktu tu gue dah separuh pusing nak berpatah balik . sekali cina tu dengar " eh betullah ni, betullah ni " sedikit sinis tambah agak kesayuan terguris hati nada bunyi suara beliau . ah sudah ! gue jalan masuk limaa tapak lalu berhenti  hentak kepala gue dekat dinding sampai berdarah .


lebih sejam dekat alamanda tiba tiba gue rasa nak balik . bukan rasa, memang gue nak balik pun . perpisahan harus berlaku. kerna setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan . naharem . gue dah semangat ni bayar tiket parking . lepas tu gue berhenti tepi kedai dekat dengan pintu keluar . sekarang dekat arah mana gue letak kereta gue ! alamanda kalau korang tahu ade parking utara dengan selatan . barat memang takde, freemason katanya . sekarang gue dekat selatan .punyalah gue kentalkan hati gue yang waktu masuk tadi betul betul terus nampak mph . jadi gue naik escalator tu macam berbelas kali jugak berhenti setiap tingkat keluar cek kereta, masuk balik naik escalator berpuluh puluh kali sampai gue rasa orang dah pandang pelik dekat gue " eh budak ni lagi". ah sudah .


waktu tu gue dah pasrah gila habis . badan dengan muka dah berpeluh . tangan dah penuh dengan keberatannya . taik taik taik gue sumpah diri sendiri dalam hati . gue waktu tu rase nak kol didah yang kat seremban menangis sebab tak mampu nak ingat letak kat kereta mana . naharem lama gila gue cari kereta wui sumpah . tapi gue fikir . apa yang dia boleh tolong ? jadi sebabkan gue punya cool dah separuh hilang , gue kentalkan hati gue supaya menyerah kalah dengan otak gue yang mati mati ingat park kereta dekat kawasan selatan . lalu merentas lah beta dengan seangkatan perang menuju kekawasan utara dengan penuh longlai gara gara layar sudah koyak diparuh helang. 


di kawasan parking utara . gue melangkah keluar pintu di tingkat hape tah . gue cek kereta gue . takde . taik taik taik . gue naik lagi tingkat atas . waktu ni hati gue dah rasa angin bersepoi sepoi menandakan keamanan akan tiba tak lama lagi . gue pandang je pintu keluar tu gue dah nampak sipi sipi tanda kereta gue tersadai di situ . sebab gue parking kereta memang dekat dengan pintu masuk . ape lagi . gue jerit "ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah jumpa !!!" sambil berlari lari dan menyentuh buntut kereta . fuuuuuuuuuuuuuu habis . tragedi alamanda betul . dahla lonely . otak bengap pulak tu . apelah nasib badan nya pun nnn alahainye punnn.

03 February 2012

bertemu dengan long time no see friend di sengerdang luas terbentang .

sama je jalan raya serdang dengan bangi . dua dua pesen punca eksiden punca stress punya tayar cepat rosak . eh gaya macam tak pernah pergi serdang . alhamdulillah kali ni perancangan nak berjumpa, berjaya . dah hampir setahun nak ke dua tahun dah tak berjumpa . bayangkan , sorang dah kahwin ada anak satu, sorang lagi tengah bertunang dan sememangnya ayat sebelum perkataan ini semuanya munapek .

setelah dengan penuh kesenangan mencari rumah fariza walaupun tersimpang jalan dua kali salah , tak mengapa hendak menghampiri kejayaan memang berliku , jadi sesampainya sahaja disana kami marathon movie best sebab kami pun best jadi menontonnya muvie juga harusnya semua yang best best . ok keling . lepas tu berangkat ke mines makan tutti fruiti , malam sebelum pulang makan bersama di rasamas , ataupun emas rasa ayam. eh salah ayam rasa emas dengan ada diselingi bunyi strict manager rasamas semalaysia memarahi dan meneguri rasamas serdang . gituu .


kerna tutti peruti itu lebih bermakna dari shiapa shiapa pun .

 not so apeleple. he he he

apeleple tangat . har har .

ya ini di rasamas .


gue tak letak muka gue maklum lah jelitawan nak mampus . ahahaha . apapun korang . gila bersyukur dapat jumpa . korang macam mewakili sehamidiah masih mengingati gue yang tak seberapa ni . kan . dan terima kasih atas segalanya semoga persahabtan ini kekal selamanya dan in shaa Allah bertemu lagi di broga. as salam semuanya .

25 January 2012

it is all about the shit .

gua tak faham kenapa para radion zaman kala ini hanya ekslusif di malaysia akan membuat bunyi sret sret bila ada lagu negara barat berlirikkan shit . shit is tahi . we all shit out shit everyday . please don't look down at shit,  seriously. berkecuali kepada yang ada penyakit sembelit atau buasir . kalau susah nak buang tahi tu u'oll pergi klinik minta enema, bentuk dia macam comel je berkaler merah jernih tapi tak tahu pulak macam mana cahge nak pakai dia . mungkin anda semua boleh tanya orang yang selalu sembelit atau buasir . eh tak syahdunya bila kita nak shit out the shit the shit won't come out . koranglah makhluk paling kasi an dalam dunia ni . sebab shit out shit is the most syahdu thing in this world .

#bunyi cengekerik panjang .

ah apepun , semalam gua kerja , adalah makhluk sorang ni mashaAllah dia berak dekat klinik jamban tapi luar biasa gila dia punya tahi tu taknak menempah maut alam barzakh . dua kali aku masuk tandas nak flush dua kali jugak kekentalan tahi tu nak pergi tinggalkan dunia . tu mesti tahi banyak buat dosa tuh . bayangkan tahi dia yang mega besar, mega kuning cokelat dah macam gading gajah aku tengok .

lepas tu gua pun mengadu domba dengan akak nurse lagi satu dan beliau pun mengeluarkan kepakaran 3 jirusan air beliau . akhirnya tahi mega besar tu mampu dihapuskan di muka jamban dengan kepaweran 3 jirusan sekali gus , jirusan flush, jirusan air paip dan jirusan baldi besar .

tapi dalam hidup gua , 2 kali aku sudah mengalami melihat tahi mega besar tersebut .

1) tahi paksu aku waktu kitorang menghendap beliau membuang tahi dengan menaiki mesin basuh waktu zaman kecil hingusan .

2) berlakunya semalam .


it's all about the shit betul entri ni . wakakkakaka.

23 January 2012

USS+ Majlis Kahwin

Tajuk panjang itu baru namanya champion. Fuuuuuuuuu champion lah ! Pernah dengar di era ? Ihiks Seperti entri yang lalu , sudah ku informkan pemergian ku ke tempat berikut maka dengan kuasa Allah yang maha hebat dengan segala perancangan , maka rancangan kami berangkat pun sudah berlalu dengan sangat lancar dan padu smooth je . Alhamdulillah ya Allah . Jadi sudahlah tiba masanya kita bercerita menulis memoirs yang bakal pudar di kemudian hari .

yang kuning itu bag utama untuk letak segala perkara penting, bag baju dan bekalan shake di tempat orang . wakakaka. herbalifer sungguh .

bersama mereka , izza hazira dan wanie zainal ! i love you all tau .  gambar tayang pasport itu adalah kebiasaan bagi orang asian . 

kami berangkat ke Uss adalah dengan menaiki bas tour sekali pakej tambang pergi balik, dengan tiket nak masuk uss sekali semuanya rm200. Harga memang berbaloi . Oh tidak lupa jutaan terima kasih kepada izza hazira kerana menumpangkan rumah untuk beta tidur disana dan membuat shake guna blender serta mandi dan juga segala galanya lah . ok sekarang ni aku macam dah pening aku nak cerita apa, aku nak cerita apa ni woi ! Kite teruskanlah di uss .

muka eksaited , gambar pertama di escalator nak masuk ke uss . muka berlopak milik saya memang tak boleh nak beranjak perahu , makanya kita redha ya. wakaka.

gambar di globe ni gambar wajib .


 di kawasan 'new york ' + hollywood . wakaka. memang kala ni, newyork tiba tiba ramai foreigners . nak nampak orang new york pun susah . wakaka . masyaALLAH tak lawaknya .


 INI . INI . INI . BETA CAKAP ARRR SAMA LU ORANG . TERBAIIIIIIIIIIIIIIIIIIK ! TRANSFORMERS 3D   2 KALI KAMI NAIK , DI AWAL KEDATANNGAN, DI AKHIR PEMERGIAN . TERBAIK TERBAIK TERBAIK ! NAK BETA EXPLAIN, BETA MALAS PULAK . CAPSLOCK NI MENUNJUKKAN MEMANG INI TERBAIK .

muka kawal eksaited

nak bayar bergambar dengan transformer ni 10 dolar . remuk hati tau remuk .

terbaik lah tempat dia . cool habis . 

roller coaster err err err

ini kawasan sci fi city , ade transformers tu , ade rollercoaster dan lain lain lah mungkin . tak terlihat dek badan kerana kepeningan kebesaran ketempatan itu serta kepanasan menujah nujah di langit kepala .  #sambilkembangkanhidung . sebelum nak naik binatang ganas (rollercoaster) ni dah beberapa kali kentalkan dalam hati " kau boleh qila, kuat! enjoyyyy " bajet nak bukak mata , lihat alam sekeliling di bawah . wakakaakaka . tak sampai 5 saat bergerak " astaghfirullahalazim, subhanallah , ya Allah , la ila ha illah " sambil tutup mata . seram he2yiwq cye23iy49832740932749362p537t5934pou5y4398o4uyt43iu. walau pun sekejap je kan .

kepala gua kena pegang dengan si takde baju tu . hamoi hamoi . suci kepala ini, habis punah tangan kau nodai . wakakaka . asal macam over .

siapa lebih besar ? ite ke patung tuuuuuuuuuuuuuuu #lempangsilasila.

diatas ini pula kawasan egyptian . dimana dalam bangunan ini juga terdapat roller coaster yang seram jugak tapi diselitkan lakonan lakonan mumia serta skrin skrin . oklah bolelah hemm hemmlah . tapi sumpah super cool tempat ni . aku pun tak tahu apehal gambar kat atas ni macam senget walaupun dah tak di non sengetkan . kami makan di sini , sembahyang juga di sekitar kawasan ini . oh dan ingin saya membuat aduan bahawa diskriminasi terhadap kami orang islam sangat nampak ye ini kerana surau sangat kecil gila kecil memang kecik . sebijik macam petronas punya surau . bayangkan tempat gedabak gini .


terbaik istana ni woiiiiiiiiiii . kalau lah ini real istana, aku tak balik malaysia dah jadi orang gaji dalam ni pun cukuplah .


donkey skrin show . donkey nyer dalam skrin je pungggggg

shrek 4D . eksaited tauuu mak jemah mak jemah semua ini termasuk lah mak jemah tengah menaip ni . kakaka

tahu punca kenapa tudung oren tu berbentuk begitu ? roller coaster punya pasal . puihh .



 eksaited umur dah 20 tahun mak jemah woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



 ini gambar " miss, can u please takes my pictures ? " tiada maluu tahu betul


gerak gerak senanyer bintang dalam madagascar ni punnn.

di atas ini pula saat saat kami sedang berada di kawasan 'far far away ' lebih kurang bertemakan konsep fairytale + madagascar +shrek . dipaksa masuk ke teater musical donkey dan hemm hemm jugalah musical nya walaupun bukan ada pun donkey itu tapi meriangkan kerana hati saya terasa riang , tapi shrek 4D memang terbaik . itu kerusi boleh gerak gerak sambil memercikkan air . basah kami tauuuuuuuu . dan juga kami menaiki sampan untuk ke gua yang dalamnya ada macam sketsa dari bintang binatang madagascar , dan juga naik apa yang merry round round tu . 





 live rock monster  musical ni terletak di bahagian hollywood . ini memaaaaaaaaaaaaang terbaik . nampak tak ramai orang itu ? macam konsep dia monster monster buat musical . suara mereka terbaik, tarian mereka juga terbaik. tapi malangnya sebab tak boleh nak ambik gambar sewaktu persembahan jadinyaa hemm. tapi sumpah best gila ini !



hujan sebentar , pelangi mendatang . eksaited ite tauuuuuu . cantik betul !bukan senang nak tengok pelangi .

saat saat keberangkatan pulang . sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik tapi malas nak tulis sebab nak edit gambar tu biar kecik suapaya tak lambat nak upload memerlukan kesabaran yang tinggi dan saya bukanlah orang yang sesabar itu . saat ini dah sejam saya cuba menaip entri ini tapi masih lagi belum kepenghabisan cerita . letih gua letih ! dah macam keling sekejap aku, sekejap saya, sekejap beta . lahantak lah ye . ih hik s . 

jadi kredit kedua kepada wanie zainal ! i love you wanie . terima kasih juga sudi menumpangkan rumah untuk berteduh, bermandi, bermakan , mmuah mmuah mmuah . okey tutup cerita uss , kita mengembara ke alam perkahwinan . 

 adidah serta ibu bapanya . ih hiks 
 KEMAIN BERKOMPANG BUDAK BUDAK BAJU BIRU TU . 
 auwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww :D
dah padam captions sebelum ni . gua tahu bakal jadi kontroversi . cis sungguh . gurau tahu taaaaaaaaaaaaaaak!

 bersama pengantin baru mengambil barakah supaya dapat ketemu calon suami yang baik lagi soleh serta tampan itu bonus yeh . ih hiks ih hiks ih hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiks

 " tak kenyang laaaah makan sini " - kata beliau yang makan di meja pengantin . kerh kerh kerh

 keluarga bahagia adidah zubir berserta menantu baru . semoga bahagiaaaaaaaaaaa !

 melepaskan rindu dengan menangkap gambar di belakang duduk pemandu . ih hiks ih hiks

 berangkat ke jusco berdekatan setelah berada di pesandingan abang didah . ih hiks

 izza si ayu berbaju kurung . kah kah kah kah kah

hati bahagia , muka tak puas hati itu adalah kecerdikan . waklu ini .

pengantin baru ! ih hik ambil barakah lagi sebelum pulang  :)


kredit ketiga buat adidah zubir serta mak atuk ayah nenek mak ngah mak long mak cik semua nye mak mak saudara beliau ! terima kasih banyak banyak sudi menumpangkan saya yang busuk ini serta menjamu dengan pelbagai juadah . terima kasih sangat sangat ! dan best gila dapat lepas rindu dengan didah . malam tu cerita banyaaaaaaaaaaaaaaaak gila gila maklumlah dah berapa bulan tak jumpa! dan inilah kemanisan persahabatan . TERIMA KASIH IZZA HAZIRA! WANIE ZAINAL SERTA ADIDAH ZUBIR! TERIMA KASIH ATAS SEGALANNYA ! terima kasih izza hazira belikan baju tshirt , bayarkan air milo belanja itu ini itu ini, juga serta wanie belanja papa roti , terima kasih abang didah yang angah sebab menghantarkan ke ktm senawang walaupun gua pun tak tahu kenapa malu sangat nak ucap terima kasih kahkahkah tapi jujur terima kasih   terima kasih semuaaa ats segalanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .




wabillahitaufikwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarkatuh.
#semput .

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...