26 September 2013

lari rumah


boleh tidur dimana dimana juga merupakan satu kebolehan orang yang berperangai suka lari rumah



Aku sebenarnya memang seorang manusia yang dilahirkan untuk selalu lari dari rumah atau dalam erti kata moleknya, 'merantau'. Jangan terkejut. Sedari usia aku 10 tahun aku sudah pandai lari dari rumah. Sememangnya sikap sikap overacting dan perangai yang selalu nak drama sangat ni memang wujud sejak aku kecil. Boleh dianggap seperti 'kelebihan' sebenarnya. 

Mengimbau kembali saat pertama kali aku cuba menjejakkan diri dalam arena lari-dari-rumah-sebab-kena-marah-atau-merajuk-and-so-on, aku masih ingat dalam keadaan aku yang tidak berselipar, berpakaian dress pendek, berjalan jalan dan sampai disuatu tempat yang tidak agak asing , aku menumpang teduh akibat kepenatan. (padahal tempat tu dari jarak rumah sebenarnya adalah dalam 400 meter macam tu, wow agak jauh untuk seorang yang masih belum belasan tahun) nak dijadikan cerita, aku telah menumpang teduh di sebuah pondok pak guard Institut Pendidikan Perguruan (ipg). Nampak? sedari kecil aku telah  attracted untuk sentiasa mendekati tempat tempat yang penuh keilmuan. 


Aku tidak lama disitu, kerana tiba tiba sebuah kereta Citreon berwarna kelabu tiba tiba menyengah di ruangan mata. Aku masih ingat wajah menyeringai ibuku yang waktu itu bertudung dengan stail ikat reben dekat leher. Aneh, ku rasakan ibu ku sangat jelita. Tapi, perasaan ketika itu yang ingin sekali mencuba stail hijabista berebenkan di leher punah. Diganti dengan perasan"oh ma gad-mama-gonna-mad-at-me-again!" . Dan apa yang aku sebenarnya fikirkan ketika itu adalah "kenapa muka mama macam nak marah ni, sepatutnya mama patut risau dan wajaknya patut beriak kerisauan sebab aku telah hilang selama beberapa minit!" 

------------------------------- 

Dan sifat ingin lari dari rumah itu sampai sekarang aku masih belum jumpa penawarnya. Asal ada masalah, aku selalu terbayang aku tiba di sebuah negara asing, bina hidup baru bajet bajet kau boleh lupa segala masalah dan boleh survive without family disisi. WOI tak akan survive. Tak akan boleh nak bertahan. Kalau betul lah suatu hari nanti dek permasalahan yang makin membesar seiring dengan meningkatnya umur, dan aku tiba tiba, berada di sebuah negara lain, mungkin kalau aku arrived pada pukul 8 pagi, pukul 8 malam aku dah beli tiket balik Malaysia sambil menangis keluar hingus jerit " maa....maaaa"






14 September 2013

Resipi Oreo Cheese Biskut Kek

amboi. yakin, re si pi. kakaka

sebelum beranjak ke hadapan, nak bagitahu resipi ni aku dapat masa bekerja separuh masa dekat MPH, kawan nak berhenti kerja bawa kek ni masa last day dia and sumpahlah rasa dia sedap gila terus minta resipi tak penyabor nyabor kau. padahal dah dapat resipi bukan terus buat pun. gebang je memanjang. kehkeh. anyway, aku mencuba melakukan kek ni masa kali pertama pun apabila tiba masa berhenti di MPH, gitu. a student must follow the teacher doing. kau rasa betul tak grammar ni? macam nak taknak je aku tulis tapi aku tulis je lah. tak faham, faham fahamlah kan

masa nak bawa kek ni pergi tempat kerja last day tu memang rasa berdebor tu lain macam, yelah dahla first trial, bangun pagi terus hadap dapur, keluarkan kek dari peti ais, potong, bagi mama rasa. aku nekad! kalau tak sedap toksah lah ada hati nak bawak pergi kerja. jangan sampai majlis perpisahan jadi majlis kedukaan.  tapi alhamdulillah, kalau dah licin tu kira okaylah kan?

amboi panjang nau intro, 

bahan bahan


1) cream cheese 500g
2)susu pekat f&n (guna setengah tin je, )
3) biskut hup seng/biskut marie the mawriew
4)fresh milk apa jenis pun
5) )oreo
6)grated cheese (boleh guna yang halus, atau yang macam kena potong2 tu) 
7) eh tu je ke?! haa tu je la


kalau korang tak dapat bayangkan macam mana lah bentuk bentuk bahan tu meh sini aku tunjuk guna gambar, yelah aku ni memahami kadang kadang orang yang jarak masuk dapur susu f&n pun mana dia tahu bentuk macam mana. 





Cara- Cara

1) mula mula, adukkan dan gaulkan creeam cheese tadi dengan susu pekat setengah tin. gaul sampai dia kembang. dan kalau boleh kalau dah keluarkan creem cheese keluar peti ais tu beri dia masa cair dan menenangkan diri dulu, susu pekat pun sama. biarkan mereka berdua meleburkan diri untuk menjadikan suhu badan mereka di paras suhu suhu yang tak sejuk. ini demi mengelakkan bila pergaulan berlaku, tak akan jadi ketul ketul. 

beginilah rupanya nanti,

2) lepas tu dah settle, korang boleh letak tepi gaulan cream cheese dengan susu pekat. sekarang ambil biskut hup seng atau biskut marie rendam dia dalam frsh milk tadi. timing masa merendam ni sangat penting. tak boleh lama sangat, nanti lembik gila nak angkat jadi dia pecah pecah, tak boleh jugak cepat sangat nanti keras sangat takde lah bentuk macam kek pulak kan? memang. dia memang mengada sikit biskut biskut ni. tapi tak boleh nak buat apa , jangan leka bila merendam takut nanti berendam air mata tengok biskut jadi lembik sangat sampai pecah.

bila dah rendam susun cantik cantik dalam tray atau bekas simpaanan, atau tupper ware, ikut suka hati, ikut kreativiti masing masing lah. 


jadi macam ni kalau guna biskut marie, kalau boleh gunalah biskuthup seng, bila susun sama rata je takde lubang lubang jahanam macam atas ni, tapi adik aku paksa guna biskut marie. katanya hup seng takde rasa. ikut suka kau lah dik 

3)  sekarang dah boleh ambil kembali, gaulan cream cheese dgn susu pekat yang diabaikan tadi, sapu elok elok atas permukaan biskut biskut yang telah disusun tadi. jangan berkasar. sapu je dengan tenang kalau tak nanti buruk. 



4) lepas dah sapu cream cheese tadi, tibalah masa untuk sekalian oreo untuk beraksi. sebelum tu, oreo tersebut haruslah dipecah pecahkan menjadi kecil kecilan. kalau aku aku guna lesung batu tu tumbuk badan badan mereka sampai hancur. korang nak guna meriam punb oleh kalau nak hancurkan oreo, jimat masa dan tenaga. lepas dah hancurkan, boleh dah tabur oreo atas lapisan teratas iaitu atas cream cheese tadi.




5) lepas tu korang boleh susun balik ikut step 3 , ikutlah korang nak buat berapa lapisan pun. ikut selera dan kegilaan masing masing. biasanya aku buat sampai oreo tu boleh letak dua kali lapisan. nanti potong adalah bentuk kek sikit sebab nampak tebal. yang penting di lapisan terakhir wajib letak cream cheese kembali dan disinilah grated cheese itu berfungsi. taburkan ianya di permukaan terakhir supaya menutup segala celaan celaan cream cheese tadi. 


oh dan jangan gelojoh! dah siap semua simpan dulu dalam peti ais semalamam. nanti dah semalamam bila potong rasa senang dan makan rasa sejuk dan enak gilaaaaaaa. dengan izin Allah. ha lupa, sambil sambil buat tu bacalah selawat banyak banyak sikit. menggaul je baca selawat, susun biskut baca selawat, in shaa Allah menjadi. okay kawan kawan?

hasilnya?


ni la hasil dia kalau potong lembik lembik

yang ini masa dia keras sedang sedang , 


all the best kepada yang ingin mencuba!

assalamualaikum : )

05 September 2013

Tentang fakulti

assalamualaikum,

*mengira*

oh lebih kurang 4 hari lagi sebelum kuliah bermula. to be honest. i don't feel like coming back to Shah Alam. The past semester has brought me so many tears, it was so miserable. it affects my study and i don't feel like i belong to the faculty. The only thing that makes me survived during the final moments is my housemates. They gave me endless supports, they lend their ears,  and now im all teary lah macam ni teringat kembali. Haha


The faculty and the people beneath it. I feel like i don't have friends there. Of course i do have friends. But the real one. i always felt emptiness whenever i come to classes or do an assignments. Macam mana nak terang eh. Macam kau bukan tergolong dalam komuniti tersebut. Macam tulah. Its like we become friends because there is something that tied us together. Tapi bukan macam kau boleh luah segala susah senang. Just, makan sama, borak kosong sama, tukang gelak dalam kelas. There is some awkwardness lah senang kata. Nevertheless some of them still helped me, and I'm very thankful to those people sebab sudi membantu.


Sebenanarrnya naklah balik shah alam. Muahahaha. Gila kau dah berapa bulan tak jumpa housemates. Hilang pengubat duka lara. Cuma taknak jumpa the people yang dekat faculty tu je. Macam sebab tadilah. No sense of belonging. But still, perjuangan harus diteruskan. Lagi tiga sem lepas tu dahboleh kahwin.

dah










boleh














kahwin.

















YEA!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...