Hi Assalamualaikum!
Haaaaaaaa. Hari ni aku nak kongsikan sebuah resipi yang sangat mudah untuk membuat satu aneka laksa yang boleh dikatakan oleh masyarakat sebagai susah untuk membuatnya. Senang je sebenarnya gaisss ya Rabbi. Kita tak perlu untuk terkena percikan minyak yang panas lagi menyakitkan untuk membuatnya. Apa yang kita perlu hanyalah keyakinan dan rupa wajah yang cantik . Okay tak gurau je.
Hari tu masa tweet gambar masak Laksa Penang ni, ada kawan kawan yang mengatakan sebagai uuuu hebatnya hebatnya. Padahal, mereka tidak tahu betapa mudahnya memasak Laksa ini kerana aku hanya menggunakan resipi MAMAkuuuuuuuuuuuu! HAHAHA. Dan mama aku tu kalau masak, dia boleh masak dalam 10 minit, dan 30 pelbagai juadah akan terhidang dengan tiba tibanya di atas meja. Okay tak, gurau lagi. Tapi ini betul! (Gurau ke betul zzzzzzzz) HAHAHAHA. Mama ku punya style masak sangat simple, cepat dan mudah. Tapi rasa dia sejibik macam rasa masakan Gordon Ramsey. Malahan beribu lagi sedap lagi. Hah. Ye, aku memang pernah rasa masakan Ramsey Gordon atau Ramli Gondol nama melayu dia. Takde la sedap mana i tell youuu..
Tu tipu. Obviously tipu. hahahaha
Terjadinya adegan nak masak Laksa Penang ni sebab hari tu , mamaku telah masak masakan ini untuk dihidangkan kepada tetamu. Walaupun aku tak gemar sangat akan makhluk bernama ikan, tapi ajaibnya aku boleh menelan sampai dua mangkuk yer! Kalau aku tak membawa peranakan, mungkin 30 mangkuk aku boleh habiskan. Hahaha. Begitu overrr. Tapi sedapnya nau'uzubillah, Alhamdulilah sangat sedap dan sejak itu aku menanam keazaman untuk membuatnya.
Jadi tiba tiba, hari kejadian sebelum mamaku berangkat ke India (she is still in India, sooo lama ai so sedih and rindu ) tiba tiba baby mengidam lagi nak makan Laksa Penang. (husband selalu kata bukan baby nak, tapi mummy dia yang nak, ehhhhhhhhh baby tumpang perut mummy k haruslah dia nak sekali walaupun dia tak tahu pun laksa penang tu apa kahkahkah). Takpelah tak dapat mama punya pun takpe, asalkan nak laksa nak laksa nak laksaaaaaa!
Petang sebelum dia berangkat tu, aku dengan gigih mesej mama ku menanyakan bagaimana nak buat laksa mama. Dan ofcourse mama ku yang kesibukan itu lagi kena gigih sebab kena taip resipi Laksa Penang tu dalam bentuk mesej. Yang kelakarnya we are in the same houseee. Aku di tingkat atas, dan beliau di tingkat bawah. Tapi sebab kegelojohan aku nak makan laksa tu tak membuatkan otakku tidak berfikir dengan tenang. Padahal dah dapat resipi bukannya terus masak.
Walaubagaimana pun, resipi yang mamaku taip tu hanyalah ringkasan komsas sahaja. Ade ke tulis bahan bahan je hahahahahahahaha. Jadi aku fikir, aku perlu bertenang, dan bertanyakan dia lagi apabila kami bergerak mahu menghantar beliau ke Airport. Sampai sahaja di airport, semasa beliau sedang tidak busy (busy mamaku ni boleh menangis kalau anda adalah anak yang clingy) aku cepat cepat bertanyakan resipi laksa dan me-record voice suara beliau. GIGIH GILA BUKAN. Kalau aku sebigini gigih dahulu semasa belajar, mesti aku sudah menjadi suri rumah berkelayakan Degree Holder Kelas Pertama Anugerah Naib Kanselor. kahkah. malangyatidak.
Bila aku nak start bubuh resipi ni?? hahahahahahahahahahaha.
Belum lagi gaiss. Kau orang kena dengar dulu cerita aku lagi.
Hari mamaku berangkat ke India itu, aku tidak dapat makan Laksa mengikut emengidaman ku. Hampir menangis aku dibuatnya. Kerana kami pulang dari airport agak lewat, dalam pukul 10 baru sampai rumah. Husband ku kata kedai kedai dah tutup. Jadi aku termenung seorangan. Aku mahukan laksa. Aku tak mahu lain, aku mahu laksa juga!! HAHAHA. Tiba tiba aku teringatkan uptown. Aku tahu uptown ada jual Laksa malam malam begini. Tapi semasa aku teringatkan uptown ada jual Laksa, waktu sudah pun menjejak jam 1. Ish. Tidak ku sanggup menyuruh suamiku pergi membeli di kala malam malam yang lewat. Tapi dia kata okay dia nak pergi beli. Tapi aku tahu dia mahu tidur. HAHAHAHAHAHA. Jadi, terpaksa ku tolak ke tepi kemahuan ku, dan menjadi considerate terhadap suamiku yang akan bekerja keesokan harinya. Tapi tidurnya ku buat jadi tidak tenang gaissss. Ku sebut laksa laksa laksa laksa di telinganya sampailah aku ketiduran. HAHAHAHA.
Jadi besoknya, aku terpaksa menahan keinginan laksa ku sampailah suami ku pulang dari kerja. Malam tu kami berangkat ke IOI City Mall di Putrajaya, bagi menuju ke satu kedai dinamakan Penang Road Famous Teochew Chendul. Semangat ku berkobar kobar betul tatkala menunggu laksa ku tiba... seperti dunia ini hanya ada aku dan laksa, hubby? bolehla masukla jugak. Aku , hubby dan laksa. HAHAHAHA.
dan.......... taraaaaa!!
Inilah laksa yang ku terima dari kedai tersebut. Nampak lazat kan?
Tapi selera peranakanku menidakkan. Ya. Rasa memang seperti Laksa Penang. Tapi hanya 25% Sahaja, kuahnya seperti mengandungi pelbagai 1001 rasa. Dan 1001 rasa tu tidak satu rasa pun aku sukai. Terlalu mewah rasa dia, diolah sangat laksa penang itu. Tidak asli dan tidak sejati. Hancur luluh hati ku. Malangnya husband ku suka. Dihirup hirup kuah nya... Uhuk uhuk. How come how come. Hahaha. Jadi aku hanya mampu memakan mee nya sahaja.. Ku kuis kuis segala benda yang lain. Tskkkkkkk. 2 hari ku tunggu. Ini yang ku dapat. Alhamdulillah. Haruslah bersyukur. Tapi esoknya. Tidak ku pingin lagi laksa. Aku kembali hanya pingin hubby ku . Aku, Hubby dan Laksa yang terbuang.
Loll..
waktu pulang ke rumah.. kenapa hubby ku yang nampak pasrah, hahaha
Habis dah cerita ku ini. Hendak dijadikan cerita, aku kembali semangat mahu mencuba memasak Laksa mengikut resipi mamaku. Percayalah, kalau digoogle resipi laksa yang lain bahan bahannya terlalu rumit, prosesnya terlalu arghhh "taknakla buat" hahaha. Lagi lagi kalau anda baru sahaja baru mengenal erti "aku mahu reti memasak" Sudah tentu the simple the better. Kalau yang dah terror masak itu.. aku pohon sabar aje lah. HAHAHAHA. Teruskan dengan resipi the mewah the bahan the merrier the taste. Kerna setiap kita punya cara yang berbeza. Hihihi. Jadi resipi di bawah betul betul diolah seperti orang yang mahu belajar memasak. Kerna aku juga baru mahu belajar memasak. Jadi aku faham perasaaan orang yang sama sama tak reti sangat memasak ini.
Bahan bahannya untuk (7-10 orang makan)
Tin Ikan Mackerel jenama Ayam Brand (2 tin)
Sardin itu kau keluarkan, ayaq sardin jangan guna. Dan cucilah sardin itu sebersihnya dan masukkan dia kedalam bekas blender. Isi ayaq kalau boleh bagi penuh. Sebab kalau tak penuh terlalu padat. Jadi blender tak mau gerak. Mungkin blender ku saja. Blender kau ikutlah kemampuannya ya? Jangan dipaksa paksa
Serai (3 batang)
Bawang Besar (ikutsuka)
Bawang Putih (punikutsuka)
dan 10-15 batang Cili Padi
Bahan bahan di atas ni kau masukkan bersama sama ke dalam blender. Tapi jangan kau masukkan bahan ini ke dalam acuan blender sardin tadi. Asing asingkan okay. Jangan disatukan dahulu. Maaf di atas sukatan ikut suka diatas, betul betul ikut waras akal fikiran mu untuk meletakka berapa biji. Tapi sebolehnya jangan lah keterlaluan dan janganlah kedekutan ya? HEMM, ya la ya la.. Bawang besar 2 biji, Bawang putih 6-7 ulas ke eh ikut sukalah engkorang. Aku main taram je ni.. Haha.
Lain lain bahan yang akan digunaka
Daun kesum
(the banyak the better, tapi jangan keterlaluan sampai kau tengok sup kau kau hanya nampak daun, aku pelengkung nanti)
Garam dan Gula
Air asam jawa
buatlah dalam 1 setengah mangkuk normal tu.
Kiub ikan bilis
(1 kiub, bukan 1 kotak)
Ya.
YA.
YAAAA.
Ini sahaja bahan asas kuah yang diperlukan untuk membuat Laksa Penang. Mudah betul bukaaaan! Tapi percayalah. Rasanya in shaa Allah, Marvelloussssssssssssssss!
Cara cara memasak.
Panaskan kuali, bubuh 1) bahan blend yang ada serai bawang apa semua tu. Biaq kejap sambil kacau kacau dia. Lepas dah rasa dia panas dan mula keluar bau wangi wangi tu bolehla masukkan pula 2) bahan blend sardin tadi. UUUU.
Tunggu sampai menggelegak sedikit. Lantas masukkanla 3) air asam jawa tadi, dan kalau engkau rasa pekat, tambahlah air sedikit demi sedikit. Lepas dah menggelegak betul. Masukkanlah 4) garam (3 sudu) gula (sedikit) haha. Ikutlah, aku tak suka sangat kalau bubuh gula. Terasa macam air gula pula nanti. Sebabkan mama ku suruh bubuh gula, aku pun hanya mencukupkan syarat bubuhla satu sudu. Tu pun macam hidup segan mati tak mahu ku bubuh gulanya.
Gaisss.. look at my eyes. Make sure sentiasa rasa okay kuah tu. Jangan ikut sukaaaa kau je membubuh bubuh. Hahaha. Biar ngam rasa asam tu. Biar ngam rasa garam tu. Yang penting rasa Laksa Penang! Jangan jadi rasa Laksa GARAM atau laksa Air Asam. Kalau itu yang kau rasakan, berehat sebentar lah dari dunia masakan. Mungkin minggu depan kau boleh cuba lagi. HAHAHAHA. dontgiveupkayy.
Lepas tu masukkanlah 5) daun Kesum yang penuh wangi tadi. Ahhhhhhhhhhhhhhh i love the smell. Wangi terasa nak cipta satu minyak wangi NEEkesum. ifyouknowwhatimean.
Lepas tu? APELAGI LEPAS TU SIAPLAHH! haaa kan mudah!
Eh, sebelum tu.
Mee laksa tu engkorang jangan lupa beli dan rebus pulak. Ini kalau korang tak beli, sah sahla engkorang ni tak reti masak. Beli la jenama apapun. Yang penting hati kau riang.
Lepas dah siap masak kuah..dah rebus mee.. dudukla di dapur santai santai potong bahan bahan seperti di bawah untuk hiasan dan kasi lebih marvellous.
Timun
Limau kasturi
Bawang merah hiris
Salad
Cili Padi
Telur Rebus
Nenas
Daging unta (k ni tak. sila jangan)
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Nampak tak sedap kan? hahahaha
Tapi percayalah, alhamdulillah rasa dia seperti di warung warung kedai yang jual Laksa tu dan akan buat anda tambah dua kali! Hikhik. Husband itew pujii tau. Tak percaya tanya lah dia. Hahaha.
Lepas tu bacalah doa makan dan makanlah dengan sopan.
Adios!