28 May 2019

Long way to twenty one

We look the same kan sape jawap tak durjana lah hati ini muahaha

Hi assalamualaikum!


Catalina Maryam is now nine months old plus plus. From a baby , dah jadi orang dewasa (sikit) hahahaha. From not wanting to get another baby, i think you should get adik lah now. WAHAHHAHAHAHA NEVER IN 3 YEARS! MUMMY DONT WANT MUMMY JUST JOKING. PANTANG IS HARD TIMESS DONT WANT THAT ANYTIME SOON SORRY BYE. 

Dah tahu marah, dah tahu tak puas hati, dah pandai berebut mainan dan makanan dengan abang dia, dah pandai mempertahankan hak dia dari diambil, dah pandai refused taknak makan kalau tak sedap or tak menyelerakan, dah pandai faham kalau mummy marah, dah pandai ajuk mummy marah (amboi sangat kau ye dik) dah pandai bersedih hati tatkala mummy marah

Dah pandai dah diri lama lama (she overcome her fears of standing/refer to previous post) walaupun anak orang lain sembilan bulan dah marathon 24km dik. Haha. Dah pandai merangkak merata alam.. 

Her first words yang dia acknowledge adalah papa. Sakit hati mummy ni dik. Hahahahhaa. Masa tu tengah baring baring kan pastu dia ngomel bla bla bla tetiba dia baring kat papa dia sambil cakap "paaa...paaa" OKAY FINE MINTAK SUSU DENGAN PAPA JE LEPAS NI!! HAHAHHAHAAHA


Alhamdulillah, semoga Allah terus besarkan maryam dengan keadaan penuh sempurna dan sihat walafiat ye sayang. Mummy papa loves you so much.

Tengok muka dekk dia tu hahaha.

Adios, assalamualaikum!

18 May 2019

Pengalaman Pasang IUD di LPPKN Kajang

Hai Assalamualaikum! 


Entry kali ni kita nak cerita pengalaman pasang iud di LPPKN Kajang. 




Memang plan nak pakai perancang, sebab taknak risiko termengandung lagi. Masa terjadinya maryam, masa tu pakai perancang jenis maajun. Period dua kali sebulan tau tapi kalau tak ambik memang boleh pregnant

Pastu niat dalam hati, lepas dah bersalinkan maryam nak pakai iud. Tiba masa nak buat appointment dengan klinik desa/kesihatan nurse takut takutkan tak payah pakai iud. Dia kata kenapa nak pakai iud, awak tak takut ke bla bla bla. Dia surug suntik depo atau pasang implan je di lppkn. Tapi implam costly. Paksa punya paksa, dari nak buat appointment iud, tercucuk la suntikan depo terus hari tu. Kesian sis mudah terpedaya. Hahaha

Entahla. Sis pun tak tahu kenapa nurse beria sangat paksa suntik dan tak payah iud? 

Balik tu baru baca baca pasal suntikan depo and mostly memang bad effect nya banyak. Kesan suntikan depo pada kita adalah period tak datang. Dan entahla, berat pun naik dua/tiga kg ye. Padahal sebelum tu susah sangat naik berat walaupun makan banyak. Eh wahh kau salahkan suntikan pulak. Hahahaha.

Entah macam mana, masa tu i was late for my appointment untuk suntikan depo buat kali ke 3. Maknanya nak pegi suntik untuk kali ke tiga la. Tapi kita macam reluctant nak pergi, rasa remeh nak kena suntik suntik and rasa sakit tiap kali suntik. Tak suka kena suntik!!!! Ngadu ngadu kat hubby, hubby pun kata tak payahla suntik. Pasang implan je. Dah call dah survey antara pasang dekat lppkn or klinik swasta je murah. Klinik swasta rasa rm570 , kalau lppkn rm500 je tak silap. Beza sikit je la macam tu.

Tapi bila fikir balik, implan pun ganggu hormon. Better option to iud je. Tak kisahlah ngeri ke tak. Taknak baca sangat pengalaman orang, terus option nak pasang iud. Kebetulan time tu Alhamdulillah tengah period. Punya la menanti nanti nak peod sebab nak pasang iud. Selagi tak peod, tak boleh pasang. Pastu dah risau takut kesan suntikan depo tu kuat, so maybe ill not be getting my period anytime soon? Mujur dalam sebulan lebih lewat dari appointment suntikan depo tu , dah peod balik. Rasa macam nak nangisss. Haha

LPPKN Kajang ni dekat area jalan Reko situ. Board kedai dia pun a bit dah lama dan usang jadi masa cari memang kena jegil mata sikit. Kalau nak senang, dia macam tepi Petronas haaa. 

The nurses there all very helpful and ceria. Sempat pegangkan maryam lagi masa mummy tengah dalam proses pasang sebab my husband and anak no.2 urgent kena balik ofis. 

Tapi yang kurang menyedapkan hati adalah doktor nya. She was so rude. And very the kasar. I thought having an elderly doctor macam okayla kan mak mak ke perangainya. Tapi doktor tu tak sedihh. Dia punya instruction tu macam membentak bentak la padahal boleh je kan cakap elok elok......

Masa nama kena panggil, without proper explanation pun pasal iud ni (maybe doktor boleh terangkan lebih lanjut kesan, cara nak jaga etc) tapi tak. Terus dia suruh bukak seluar and baring and tiba tiba kena marah dah sebab angkat punggung. Dia macam wowww sepantas cahaya ye. Terus terus nak masuk alat seluk seluk tiba tiba done dah habis doktor tu pun blah...

.....




..........
.....

Emm kayyy. Doktor or not, kita semua ni manusia biasa je. Kalau boleh layan elok elok, kenapa kena layan kasar kasar kan? Tapi takpela..mungkin something yang mengganggu dia hari tu. 

Bayaran rm80 sahaja. I heard that other lppkn, kenakan bayaran rm100 (80,untuk iud, the other rm20 for doctor service)

Resit kot nak claim memana ke wahaha

Lepas tu dia suruh datang cek balik after raya. Two months after dah pakai. Untuk cek benang.

Makesure kalau nak datang pasang iud 

1) first day period dah call set appointment. Darah peod tu sebenarnya macam pelincir untuk senang alat masuk jadi takda la sakit sangat. 

2) set ready mental. Haha itu je la lot.

Sakit ke tak? Emm for me macam kena seluk. Sakit. Tapi tak sesakit macam ve nak kena beranak tu tapi still sakit.

Kita for the first day tu macam senak sikit rasa dekat bawah and abdomen. Masuk hari kedua okay sikit. Pastu darah banyak keluar selama 20 hari lebih lepas pasang iud tu. Which is... scary kan? Rasa tak aman dan selesa langsung. Alhamdulillah sekarang dah tak keluar dah. Emm itu je la kot.

Semoga baik baik je pasang iud ni.. taknakla iud tu lari berenang ke tepian ke apa. Haha dan semoga maryam dapat adik lagi 3 tahun! Weee

"3 tahun lagi okay mummy. Kalau tak maryam hantuk pakai sudu ni hahahaha"

Adios, assalamualaikum! 


11 May 2019

Pengalaman Catalina Maryam Jadi Model Baby


Hi Assalamualaikum!


Mummy and cik yam


Hari ni nak cerita tentang Maryam's firsttttt photoshoot with Qutn Boutique at the very first day of Ramadhan hari tu. Well, dia tak puasa tapi mummy dia yasssss. Hahaha. Okay je mummy tak penat sangat pun cuma berlemuih dan berminyak jugak la muka mummy sobs sebab moisturiser mummy dan habis beberapa hari and yeah if muka tak moisturize, kulit akan jadi more oily pastukenapapulakkkkkceritapasalkulitni. 

Hahaha. Okay, it all started when my highschool friend, zue dm dekat Instagram, tanya mummy nak tak maryam jadi model baby untuk butik dia sebab kebetulan Boss dia tengah cari lepas tu mummy cam uh oh? Em boleh ke eh maryam ni, bila tanya papa dia, papa dia pun macam uh oh? Hahahaha but we both just agreed to cuba cuba la since maryam tak takut orang sangat and smiley smiley je kalau kita hiburkan dia. 

YA ALLAH NGANTUKLA TAIP MASA LEPAS SAHUR NI!!!

Anyway, fast story short. Hari kejadian pun tiba. Photoshoot scheduled at 2.30 but dipercepatkan to 12.00pm pastu mummy gelabah sensorang sebab waktu tu time nap dia. Dia ni ye, bangun dah la lambat, sebab malam high high susah sangat nak tidur. 10 pagi bangun, pastu nak kena mandi, and makan pastu dia wajib nap balik. Yolsss bayangkan menggelupur nya mummy pagi tu nak kena manage dua orang budak ye

OKAY ALTHAF TAKPE CEPAT KITA MANDI DULU YE YE YE NANTI MUMMY BUAT BISKUT DENGAN MILO YA ALLAH JANGANLAH SEPAH SEPAH NANTI KITA MAIN ADIKKKKK KEJAP YE KEJAP YE YA ALLAH ADIK KEJAPLAAA MUMMY MANDIKAN ABANG NI ALTHAFFF JANGANLAH LOMPAT LOMPAT CEPATLA PAKAI BAJU OKAY ADIK PULAK LEPAS TU TURUN DENGAN BERSADO AN DUKUNG DUA BABY NI PANASKAN MAKANAN ADIK BUATKAN AIR MILO ALTHAF NAIK BALIK TIDURKAN MARYAM BILAMASA MASA TU DAH NAK PUKUL 11 YE ANAK ANAK AND ALHAMDULILLAH MASA TU MARYAM TIDURRR AND ZUE PICKED US UP AT 11.42 SO SHE SLEPT FOR ALMOST 1 HOUR JUGAK SYUKURRR.



FUH.
fuh.........

So bila dia bangun tu, she was all smiley smiley and happy macam mummy!! Lets do this !! Bahahaha.




Ada 11 baju nak kena pakai. She stopped at 6 sebab dah cranky nangis nangis rimas taknak pakai baju dah. Minta permission susukan dia, pastu dia tidurrr pulak. Haha pastu dia tidurla balik almost 30 minit lebihhh rasanya. Bangun bangun terus nak kena pakaikan baju lagi 5 helai pastu last baju dia dah macam heyy what is this mummy. WHAT IS THISSSS WHAT IS THIS ALL BAJUU CAN U MAKE A RIGID DECISION WHICH BAJU YOU WANT ME TO WEAR SAMBIL MELALAK TAKNAK DAH DIDIRIKAN DAN DUDUK DI TEMPAT PHOTOSHOOT ITU. hahaha luckily it was the last baju.

Masa baru lepas nap tengah tengah photoshoot #hahaha #nasiblamodelbaby

Masa photoshoot tu pun, baru tahu yang boss dia nak dia diri pastu mummy gelabah sekali lagi sensorang dalam hati ya Allah boleh ke anak aku ni diri tapi malam tadi baru dirikan dia berpegang teguh pada almari buku pastu dia diri lama je sambil pegang and that is why ada prop kerusi tu supaya dia dapat pegang kerusi tu kejap and 

Memang kuasa Allah lah, tetiba je dia boleh berdiri sebelah tangan kejap kejap, pastu kan sampai sekarang dia refused nak diri fobia kot kena paksa diri masa photoshoot. Mummy pun tak expect di tak ingat alahai model baju kenalah diri nak nampak baju! Hahahaha.



But alhamdulillah all went well and please doakan maryam nak diri balik ye sebab dia ehh taknak langsung dah didirikan like hello come on okay mummy dah tak buat dah forget the past, move on forward please maryam? 

Thankyou so much for the Qutn boutique, boss owner, photographer and the staff sangat helpful and welcoming and memahami sobss. Utmost thankyou for my friend's zueeee!! For the opportunity. Sekarang maryam dah ada kenangan gambar lelawa. Cukuplah ye nak? Hahahah

Boleh tengok qutn.com untuk gamba maryam comel comel! Puji je la anak sendiri..... hehe


 Nampak tak air mata dia tu... masa ni la last baju. Hahaha kena paksa diri diri kesian adik. 



Tengah berak ke tu ehh?? Hahahahah

Oh ye masa photoshoot ni maryam baru je masuk 9 bulan. 

Itu sahaha kot mummy nak cerita buat kenangan maryam dah  besar nanti. Jadi anak solehah ye sayang mummy papa. We love you our good cheeky girl. Muah.

Adios, assalamualaikum! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...