14 August 2014

Jalan jalan Manja di Gunung Tebu

8/08/-10/08


Memandangkan, betis seluruh urat ku masih rasa ketegangan akibat 'jalan jalan' di gunung tebu, eloklah saya menampalkan sedikit memori memori yang masih terbias di benak memori sebelum ianya lari dibawa kabus memori memori yang menumbuhi berganti baru. Ceh,


Jadi bulan ramadhan yang lepas ternyata membuatkan saya terpaksa merehatkan diri dari mendaki segala kehijaun bumi, mengenyahkan nafsu mahu menghirup bauan daun daunan yang merekah, membantutkan sekudrat tenaga dari bertapak di jalanan yang penuh wangian tanah. Dan akhirnya, setelah ramadhan berpergian jauh untuk kesekian kalinya (kedatangan mu ku nanti), saya mengambil peluang untuk mendaki Gunung Tebu. 

Gunung Tebu  terletak di negeri Terengganu ya dan saya tak pasti gunung itu dipenuhi tebu atau tidak. Yang pastinya banyak pokok bonzai dan kemumut yang mengasyikkan nakalnya. 

Perjalanan ke Gunung tebu bermula dari Hutan Lipur Lata Belatan, dan pendakian di jangka akan mengambil masa 6 ke 7 jam dengan full body. Oh ya trip ini berlangsung 2 hari 1 malam, dan disertai oleh 18 orang manusia yang semuanya masya ALLAH menyeronokkan belaka. 




Pendakian dimulakan dengan regangan secara berkumpulan diketuai oleh tkdindan doa yang ikhlas dituturkan oleh jed. Jam macam biasalah buat orang yang tak memakai jam macam saya ni, tidak dapatlah saya simpulkan dan nyatakan pukul pukul berapa sampai ke kem ni kem ni. Hanya anngaran masa syok syok sendiri je menjadi penentu. Maaf..Jadiiiiiiiiiiiiii rasanya gerak pagi tu pada pukul 9.30 ke 10.00 pagi. Jalan mula mula akan menaiki tangga sedikit, dan landaiii landai.. melalui beberapa batang pokok yang dijadikan tambatan, melalui sungai yang airnya kering dan akhirnya bakal sampai ke kem pertama, iaitu Sg Cakah Dua. 



Selepas kem yang pertama, perjalanan agak menaik sedikit demi sedikit dan ini kalilah betis betis yang dah lama berehat akan terpaksa dikerahkan agak keras untuk mengajar dan memulangkan rasa "layan" kembali ke dalam diri..Selepas 2 jam lebih dari kem site pertama anda akan sampai ke kem Batu Mat Hassan. Dan disini kami berhenti untuk lunch disini sambil menunggu yang lain tiba. Suasana di kem site kem site yang ada sangatlah meruntun jiwa. Betapa tenangnya kurniann Ilahi... cuma tak ada air terjun/sungai je kalau tak mesti lagi padu




tree who looks very sexy, dont know whether someone skinned out the tree or what. haha 



Dan selepas mula sahaja mengerahkan sepasang kaki dari kem mat hassan ni, kami melalui lagi 2500km perjalanan yang mencanaknya boleh tahan menguji juga. Selepas 1 jam lebih berjalan kami sampai ke Jendela Pandang dimana tempat itu kan menyajikan pandangan gunung berbalam balam yang masyaAllah sangat indah. Selepas dari Jendela Pandang akan terus mencanak dengan ketinggian yang kalau dengan sabar kita layan, small matter. WAHAHA. Tetapi perjalanan terasa agak jauh disebabkan kami disajikan dengan sign board2 yang menunjukkan berapa lagi anda akan sampai ke puncak. Sesetengah orang bisa menjadi mental apabila melihat sign board2 tersebut.



Keberadaan anda dari Jendela Pandang ke puncak pula akan mengambil masa dalam 2 jam paling kurang pun sebab nya waktu sampai ke puncak group pertama dalam pukul 4 lebih. Sampai sahaja di puncak, saya dan waktu itu berjalan bersama abang silat terus dikerahkan abang sham (group pertama sampai) untuk ke kem site yang terletak di bawah puncak. Bawah disini kami  harulaslah menuruni 500 meter. Di kem site tersebut kami disajikan dnegan view yang ya Allah ya Rabbi indahnya. Boleh nampak gunung2, nampak bandar2, dan nampak pulau dan laut. FULL PACKAGE. Water point juga ada, tapi harus turun dalam lebih kurang 400 meter/15 minit ke bawah dari kem site. Oklah buat mandi, ambil wudu dan bekalan air untuk esok. 





Malam tu makan mewah, terima kasih kak syida dan kak syila masak. SEDAPNYAAAAA Tak ku tipu. Nasi beriani, ayam daging kari, sayur campur yang ada nenas tu dan ayam masak merah. MERIAH KAAAAN!!?? Tak sempat nak ambil gambar. huh. Penyesalan, tapi serius semua orang dah kebulur melantok lah kami dengan penuh rasa kesyukuran..Malam tu macam biasalah sembang sembang dengan rakan rakan, siapkan nak masak apa untuk esok dan tidur. Ingatkan taklah sejuk tidur ramai ramai sempit sempit sekali sejuk je kooo. Malam tu tersedar tiba tiba tidur tak pakai tudung. Diaaaaaaaaa punya cuak ya rabbi, tercari cari kenapa boleh tertanggal ni. Esoknya akak akak sebelah menyebelah mengadu muka kena tampor la, kena sepak lah bagai. Lasak rupanya iols tidur. kAH!

muka tak mandi buroknyaaaa. dah mandi pun macam tu je jugak. wahahaha

 line up (ada yang tiada dalam gambar)

 dengan rakan gaduh. hahaha

 akak akak yang sempoiii


 kak syida yang ku sayangi dan sempoi ^^

perbuatan tidak bertanggungjawab dan hjahilnya. rosak pandangan tahu tak. haihhh

Pagi tu saya dan abang bani memasaaaaaaaaaaaak! the fun things to do is cooking seriously. Dalam hutan la, kalau kat rumah tak sempat nak memasak, bukak tudung saji dah ada makanan. wakahkah. Eh, abang bani je masak sebenarnya, i olls jadi pembantu basuh tu basuh ni, pegang kuali dan tukang rasa je. kehkeh. Selepas memasak panggil diorang makan dan bersiap sedia untuk tukar baju raya dan bergambar. Meriah sangat uolssss. Memang fun laaa.Terima kasih Allah. Lepas tu siap siap semua dan bergerak naik ke puncak tebu kembali untuk sesi bergambar.


Perjalanan turun berlaku dengan agak pantas sebab pukul 1 lebih kitorang dah sampai dekat bawah sungai air hijau ni. Ya ampun seroknya ya rabbi main air dengan tali tu ramai ramai. HAHAHAAHA. Dari air sungai nak ke tempat bermula lebih kurag 5/10 m init je. Agak agak dalam dua jam lah jugak main air. Mengigil gigil engkooo.







Dan malam tu singgah makan di tepi Laut Kelumut ke apa entah namanya. Dan bulan malam tu bersatu dengan awan dan cahaya menjadikan para mata yang memandang terpukau disebabkan kecantiknanya. Dan kami pun bergerak pulang ke kuala lumpur dan berakhir sudah trip trip manja ni. Balik, esoknya sakitanya kaki ya masyaALLAH sampai lah ke la ni...




13 August 2014

A BAD DAY IT IS






It seems today's gonna be a lunatic day for me. PHEW. So, today I've got my result for semester 5. AND as expected, i failed one of the subject. People often says, or there is this one quote that says "never show your weaknesses to the other, they will take the chance to ruin you" or something like that la. But i am waaaaaaaay more honest than you look. As the sun starts to sunshine brightly, i innocently whatsapping my housemate's group asked them "hey hows your result" and one person replied "alhamdulillah". Then i started to feel insecure, then i start to tell the group that i failed one subject and there goes " krik krik krik". You know.. this results thingy sometimes are so sensitive that you can't tell that freely to your friends unless they are truly your best friend/someone who understand you. But things happened. Anyway..I kind of redha la with this result....but kinda of sad too.. cause...im gonna learn back all the stuffs that i f***** hate.. and i dont know..may Allah ease this last semester for me. I just cursed and now i asked Allah to helps me.. Duh... hahahaha


the others bad things happened today is like all the vehicles want to hit me and crash me off. and i lost. yup SESAT. I was in the middle of thinking of what my future is going to be and as you know Shah Alam has lottttttttttttt a mouthful loads of roundabouts. So here i went to this one road that leads me to hundreds of dizziness roundabout. And as i tried to return back to the road that familiar to me.... *deadpan and sighing*. I was so excited earlier as i said to my friends " yeaaa hari nak keluar awal nak datang pejabat awal" and went off with angkuh face. Hahahaha. But i think this thing of " off to work earlier" just doesn't work to a human named aqila safuan.

WELL, it doesn't to be a bad day at all comparing of what happened to me and to the other sides of the world. Gaza, syria, rohingya all the muslims that all the times facing obstacles as muslims and my problems are nothing compared to them..

Thank you Allah, and i am sorry mama.. i will try to do my best during the last semester.....






my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...