26 August 2019

Catalina Maryam Turns One!

Hi Assalamualaikum semua! Lama dah tak update blog ni. Selagi tak update selagi tu la rasa macam ada sisa sisa kehidupan yang tak dibawa kehadapan. Gitu ye kauuu. Haha



Alhamdulillah, 3 hb ogos yang lalu our daughter is One year old already. Semoga sentiasa membesar dengan sihat, lovely, berakhlak baik, dilindungi Allah, berjaya dunia akhirat, dan jadi penyejuk mata buat semua yang mengenali adik ye sayang. Amin ya rabbal alamin.

Birthday dia hari tu sambut dua kali. First sambut ramai ramai awal hari tu, 30th july sebab our family ada tigaaa orang sambut hari lahir pada hari yang sama iaitu 3hb ogos tu dan 30 july tu is our baby Nur Fatimah Az Zahraa punya birthday too! She turns 3 that day. Hehe  Since my mum yang pada permulaan nya bakal pergi menunaikan haji on the 1st august tak silap, so rancang la nak celebrate awal. Tempah hotel to stay overnight @le meridien putrajaya, and makan makan @pizza hut kat ioi mall tu je. Bestt jugak hotel bersambung dengan mall ni. Senang nak cari makan takyah keluar naik kereta. Hehe. Recommended hotel nya. Staff friendly, bilik cantik and besarrr. My mom booked 2 room and alhamdulillah dapat connected room yang seblah seblah tu. So senang la nak spent time together. 















Tapi my mom in the end tak dapat jugak pergi Haji sebab masalah visa furada. Memang this year punya visa furada ni sangat sangat bermasalah dan dapar liputan besar. Ramai sangat yang tak dapat pergi. Huhu. Semoga ada rezeki lain kali. 

Next, on her birthday. We celebrated one more time with just four of us. Ala sambut kat kedai makan Blokke je kat citta mall tak silap. Pilih restaurant yang mesra kanak kanak. Habis makan bawak diorang main playarea situ. Recommended sebab makanan okayla sedap, and play area walaupun berbayarrr juga okayla they have fun. 









Masa nak nyanyi birthday song untuk Maryam tu malu malu je sebab suruh staff ambikkan pastu hello malu la kena tonjolkan bakat suara sedap depan orang ramai. Haha. Tapi time kitorang pergi tu rasa lebih 4 family yang sambut birthday anak anak diorang jugak. Haha memang place untuk celebrate budak budak. Sesuai sangat. Takdalah mak ayah syok sendiri je ka  bawak tempat fancy, last last anak cranky boring. Lain la yolss vivy yusooff sambut birthday anak anak nya gempakksss sekali. Kalau sis kaya pun macam tu jugak la buat. Ye la duit penat cari kemana lagi kita tabur (other than bersedekat and pay bills)



Then balik rumah, mandi kan anak anak siap, siap pergi takbolehmissed majlis zikir. Majlis ingat Allah. Alhamdulillah. Just once per week. Tapi itula.. kadang kadang majlis macam ni orang takut sangat rosakkan akidah semua. Padahal mengingati Allah, agungkan Allah, zikir dan selawat apa semua je. Concert terpekik terlolong tu halal je jabatan agama buat tak kisah. Ironi sekali bukan? Boleh je nak suka suka tapi tu la nak tunjuk je perbezaan antara darjat dua acara. 

Maryam dah setahun ni alhamdulillah dah pandai

- jalan, start tatih lepas tangan masa 11 bulan 2minggu masa tu

-has her first teeth masa 8/9 bulan tak silap. Memang lambat compared to abang dia. Haha. Sekarang setahun dah ada 4 batang

- pandai cakap few words, Allah, papa, maaa, and nakk. 

-faham few instructions, suka imitating our punya actions, pandai marahh balik, beremosi sangat dah pelbagai. Bye bye , hi, salam, tepuk tangan, no no no tu okayla dah pandai buat. Haha

-kuat merajuk dan kuat menjerit. Kuat menyorok jugak. Kadang kalau keluar tu dalam kedai sekejap je hilang rupanya menyorok :( gugur jantung makpak dia.

- makan sangat sikit. Kalau nasi tu 5 6 sudu kecik je pastu taknak dah. Sedih tapi takpela, nanti lain masa in sha Allah kuat lah makan tu. 

-berat setahun dia 8kg.. tak berat dan bambam macam budak lain. Tapi mummy bersyukur lah sangat alhamdulillah sihat walafiat. Taknak complain apa apa, some parents Allah uji dengan kesihatan anak nya dan in sha Allah syurga buat semua mak ayah yang melaluinya. Ujian tanda Allah sayang.. 

Itu je kot yang nak share.. lain hari, lain waktu, sampai ketemu lagiii! Byee adios assalamualaikum! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...