28 March 2017

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Sayang.

Hai, Assalamualaikum!


"happy first year anniversary sayang, tahun ni bertiga, tahun depan punya anniversary ber empat lah eh?" - husband. Hishhhh! Hahaha!


Alhamdulillah 26 March yang lepas adalah hari bersejarah nya dalam hidup, Hari kahwin kami! Alhamdulillah sangat sangat.


Brownies ni sedaaaap sangat2 serius tak tipu, boleh dapatkan di IG: Carnationzhomemade. Thankyou sayang surprised kan nutella brownies and Pecan.

This one year with you has been amazing sayang, SubhanAllah. We got married, and I got pregnant. And suddenly he got to bear and be patience with all my grumpiness and emotions. Hahahaha!

Mana taknya, kahwin dan Alhamdulillah terus lekat. Tahu tahu je lah emosi orang mengandung macam mana. Lepas dah bersalin pun emosi lagi sebab kena adapt jadi ibu, adapt sakit bersalin apa semua. 9 Bulan mengandung, dan masa Anniversary ni Althaf Muhammad dah 2 bulan. Haaaa 11 bulan dia kena layan emosi tak menentu aku ni. Hehehe.

Dan, hubby sentiasa di sisi. Gembira dan sedih, marah dan tenang, kelam dan terang, manis dan pahit, suka dan duka, garam dan gula, kunyit dan halia.... okay okay ill stop. Hahaha. Terima kasih sangat sangat untuk itu. Maaf sayang, tak dapat penuhi, tak dapat buat apa apa yg sepatutnya kita buat. Once i adapt with all of these, I will give you every thing i have to do for you okay? TT  May Allah grant you Jannah, amin...

Terpenting sekali, Terima Kasih Allah atas segalanya. Always give thanks to Him. Because without His blessings and mercy,  we are nothing. Nothing.

Hari anniversary kami penuh dengan ucapan " sayanggg, happy first year anniversary!" Hahaha. Entah berapa puluh kali ucap hari tu. Habis solat ucap, sebelum tidur ucap, pergi makan ucap, pandang each other with love, ucap. Hahaha We were so overwhelmed with happiness. Alhamdulillah, and grateful for each other. I dont know what will I do without him....
*teary eyes*

Malam sebelum hari anniversary, kami pilih pilih tempat nak makan special. Husband nak makan steambot and grill, sebab boleh makan macam macam and banyak banyak( macamlah dia tu sejenis makan banyak kan. Huhu) Kita pulak nak makan tempat yang romantik dan ada aircond. Bahahaha. But in the end,  we agreed that we'll having lunch at "Bakar Bakar Steamboat and Grill Restaurant ". Malam tak fikir lagi nak makan apa. Tapi nak special special jugak. Hahahaha Kecian hubby kita. Tapi dah cadangkan nak makan Mr Dakgalbi sebab benda tu macam sedappp got cheese and everything.


only one year dont want to hold my hand anymore meh? hahahahaha!

Sebabkan hari tu special day kan, Aku memilih untuk memakai something yang... proper? Hahaha Jadi gigihla pakai kebaya. Dahla baru lepas bersalin, lemak lemak akibat kebuasan nafsu makan mengandung pun tak hilang lagi. Akibatnya? Adalah terkoyak sikit benang kat kain sebab lemak ku stretching stretching ketika mengangkat Althaf. Muahahahhaha.



Althaf Muhammad hari itu bagaimana? He is a good boy, Always. But he choose to be grumpy that day. Hahahaha! Menangis all the way! Melalak all the wayyy! Tapi by petang dia dah tenang sikit kot. Masa makan makan je dia macam meragam. Lepas dah tidurkan dia barulah boleh makan dengan tenang. Hahaha. Lepas tu? Lepas tu dia sambung melalak. Hahahaa. Ingat kelakar ke hahahaha ni? -'-


seriusnya muka tidur abang sado kita ni

Maaf tak dapat tunjuk sangat gambar makanan kat Restaurant tu, sebab hemmmmm biasa biasa aje lah. Red wok is better. Variety tak banyak sangat. Sotong pun takde. Alasan? Tengah perap. Maybe malam best lah kot. Kitorang pergi time baru bukak pukul 12 macam tu. Tapi kambing perap dia Marvellous hehe :) Servis everything okay, ada aircond apa semua. Harga rm40 per pax kalau siang. Kalau malam rm45. 


Lepas makan makan jalan jalan pergi Bangi Sentral kejap tapi kejap je lah sebab ada budam tengah grumpy *merenung althaf* hahaha. Then kitorang diskuss nak buat apa lepas ni. Nak makan cendol pulut durian, tapi tak jadi sebab tak berkenan kedai, then Hubby potong rambut dekat Joe's Barber. Alhamdulillah masa tu Althaf bertenang. 

Kitorang decide untuk balik je lepas tu memandang kan kepenatan. Hahaha, Sebab hari pun dah hujan lebat. IngatKan malam tu nak keluar lagi tapi masing masing ketiduran penat*jeling althaf* Hehe.

Special dinner postponed to the next night nya. We went to have Mr Dakgalbi at IOI City Mall! Malam yang sangat aman, kami memakai pakaian yang colour match, Althaf Muhammad memberi ruang untuk parent dia dating, dengN tidur sepanjang masa. 




Thank you sayang. Mr Dakgalbi was niceeee! We ordered this set worth rm67 for 2-3pax. Tapi kena add something la macam ramen ke , nasi goreng ke worth rm 7.00 sebab kalau tak add, kena makan ayam and kobis je semata hahaha!

my sister thought it consists of tempe and tauhu.geeezzz budak ni



Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Thankyou sangat sangat kat hubby yang sudi penuhi nak apa apa. Maaf kalau selalu susahkan Hubby. Semoga Allah sentiasa murah kan rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan, kewangan dan lain lain, In shaa Allah amin. 

Last sekali, I love you Muhammad Rabani (and Althaf Muhammad!! hehe) 


08 March 2017

Perlu ke tidak Breastpump untuk Suri Rumah/Stay home Mother?

Hye Assalamualaikum uols!

Hari ni nak kongsi pengalaman sikit tentang breastpump ni perlu ke tidak membelinya? Oleh disebabkan aku jugak seorang suri rumah, persoalan perlu beli ke tak sangatlah menonjol di sanubari ketika mengandung kan Althaf dulu. Kalau anda seorang wanita bekerjaya, dannnnn memang niat nak breastfeeding anak , usahlah dipertikaikan, memang kena beli la kan.

Masa tu, masa tengah pregnant lagi lah. Suami ku dan aku selalu berdebat tentang breastpump ni. Aku menegakkan keadilan bahawa aku perlukannya. Suamiku emm membengkokkan keadilan bahawa buat apa aku memerlukannya??Sedangkan aku akan sentiasa bersama baby nanti?? HAHAHA!

My point at that time was:

♡ Kenalah ada simpanan susu, nanti senang nak keluar dating berdua..
♡orang lain ada, aku kena ada jugaklah! (hahaha minta pelempang tau alasan yg ni)
♡ Dengar pengalaman ibu ibu yang kalau bengkak susu , senang kalau ada breast pump, pump out je the milk, sebab penangan bengkak susu ni boleh sampai demam tau! Haaa nati demam siapa nak jaga anak

Suamiku punya point pulak:

○ Awakkan suri rumah, tak perlu simpan simpan
○Beli yang manual dululah, nati lepas bersalin tengok macam mana (always wiser than me la his thinking)


Kami membuat kesimpulan bahawasanya tak perlulah beli breast pump dulu.. Sampai merajuk rajuk k berdebat pasal ni. Hehe

Akhirnya hari kebersalinan pun berlaku.. Althaf Muhammad selamat dilahirkan, dan Masa hari ke-Empat berpantang, Nurse datang rumah untuk cek ibu dan Bayi. Masa tu Breast memang sangat sangat bengkak. Masa mandi pun boleh meleleh lagi susu.

Dan boleh rasa lah, dekat bahagian breast tu macam berketul ketul. Sebab baby baru lahir kan banyak tidor. Jadi bila susu tak keluar, and our body keeps producing milk jadilah gitu. Memang rasa sakit masa tu. Hish, sakit beranak tak hilang lagi, sakit jahitan yg erghhh tu mencucuk cucuk tambah lagi sakit yang bengkak ni.

Nurse pesan dan bagi nasihat untuk

♡ Kena selalu pakai bra, walaupun dekat rumah. Supaya tak londeh dikemudian hari (maaf entry ni opennn sangat)

♡Bila rasa bengkak dan berketul ketul tu, ambil air panas then tuam dengan kain. Perah, dan letakkan dekat bahagian yang berketul ketul tu. Alhamdulillah it works! Lepas dah takde ketul ketul tu barulah kena pump.

Hari tu jugak suamiku beli breastpump lepas Nurse balik. Muka dia pun penuh kasihan kat aku masa Nurse terang terangkan tu. Hahaha.

Rezeki susu Allah bagi kat Althaf memang banyak. Sampai sekarang hari hari kena pump kalau tak habis bengkak. Walaupun dia dah menyusu banyak. Jadi breastpump yang hubby belikan tu memang sangat sangat berguna. Alhamdulillah ya Allah.

Single electric breastpump from Lacte, memang best. Susu senang keluar dan sunction tak sakit sangat

Hubby tengok susu banyak sangat kat Freezer, dia kata nak buat apa susu susu niiii. Haha. Kita pun katalah kat dia. Mana tahu in the future, Kalau ajal datang awal ke.. Kalau susu drop ke... Nau'zubillah. Taknak... TT tapi nak buat macam mana, bila dah terpaksa pump, sampai tak muat. Takkan nak pump then buang kan? Rasa kufur nikmat pulak sebab betapa banyak nya ibu ibu yang tak dapat susukan anak mereka. Jadi kena sentiasa rasa  bersyukur bersyukur dan bersyukur. Dan jangan sesekali condemn ibu ibu yang tak dapat menyusukan tu. Sebab kita tak tahu rezeki anak ke dua dan seterusnya macam mana kan.

Breast pump from Lacte ni rm200+ untuk yang single punya. Ikut ekonomi kalau nak beli yang Double pun boleh, dan nak beli breast pump yang Beribu ribu macam Medela pun boleh.Tahan lama kan dan fungsi nya ofocurse lebih bagus.. Tapi Medela selalunya tengok working mom yang guna sebab diorang nak kena pakai selalu dan lama. Jadi why not.. Kalau suri rumah dan nak modal yang rendah boleh try Lacte ni atau banyak lagi jenis breast pump yang worth it. As long ada lah kan.

Kesimpulan entry ni, bolehlah nak beli breastpump, tapi tengok dulu keadaan lepas bersalin macam mana. Sebab kedai baby banyak kan sekarang. Boleh je save duit siap siap dulu ke, then bila dah bersalin just suruh suami belikan. Kerana kedai baby dan rumah dekatnya hanya sekangkang kera.


Sekiann! Adios Assalamualaikum:)

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...