19 March 2012

ain't no matahari k uoolls

aku sedang membasuh baju pada malam itu . sedang telinga aku dihiburkan alunan lagu lagu yang menusuk telinga . tapi aku orang yang fokus . aku membasuh pun dengan fokus . lagu hanya dijadikan sandaran untuk aku supaya yakin bahawa mid-night hantu akan muncul, jadi untuk tidak menyedarkan aku kalau kalau hantu muncul , aku dengar mp3 . supaya apa ? ya supaya bila mana hantu hantu tu cuba nak kacau kacau aku . aku tak akan dengar . dan hantu frust . dia pun cari mangsa lain . ka ka ka.

tapi aku menulis kali ni, bukan nak bercakap pasal hantu . sedang aku fokus memberus . kedengaran suara kris allen mengalunkan lagu yang bertajuk 'falling slowly' . ah sudah . aku tergoda dengan suaranya . apa orang gelar , hemm eargasm ? ya sebegitulah . lantaran itu lagu tadi menyebabkan aku terkenang kisah yang telah terjadi berbulan bulan lamanya . kisah yang biasa bagi engkorang , tapi biasa luar luar biasa sikit bagi aku .

imbas kembali .

aku sedang berbaring bak tuan puteri dengan anggunya . tapi agak kurang anggun sebab aku hanya berbaring di atas lantai . telepisyen tercangak di depan mata . sudut antara tv dan mata aku yang bundar hazel *nakharom* agak agak dalam 180 darjah ke 245 darjah . dah ! engkorang tak payah nak lurus bendul pergi lukis darjah putaran guna protector pulak . aku main agak agak je . apa tadi ? oh ya , aku tengah berbaring . santai . gelas summer orange jus dan berstraw mini payung comel tersadai dalam cawan disebelah ku .
aku lihat tv . tv lihat aku . kami berpandangan . telepisyen waktu tu sedang menayangkan american idol musim ke berapa hentah . tak kuasa lah aku nak ingat season ke berapa . aku lihat telepisyen tu dengan pandangan sinis . " heh! orang barat . " tapi takpe aku tengok je . sekejap sampah apa aku cuba nak ceritakan ni . oh ye , aku sebenanrnya nak menerangkan bahwa aku tengok american idol sebab takde cerita lain nak tengok . tiba tiba ! *klimaks ni klimaks* persembahan kris allen pun bermula . dimulakan dengan menekan nekan papan kekunci piano . aku masih berbaring . orang barat disana terkinja kinja menjerit . tak ada peradaban betul . kris allen mula menyanyi . dan terus menyanyi . mulut dia meliuk lentok cuba untuk melontarkan suara . tiba tiba aku rasa macam bulu bulu aku naik meremang . ini tandanya apa ? lantas itu aku bangun dan duduk . mata aku tiba tiba fokus gila habis . hamboi mamat barat ni . 

oklah biarlah aku straight to the point je . cer engkorang tengok video ni :

bodo betul youtube ni . tak boleh nak embed pulak code dia .

tapi takpe , engkorang copy paste je ,

http://youtu.be/nqXwSgoNy6o

sedap habis . jarang tau artis nak  buat aku goosebumps macam beliau . sampai aku menidakkan kemalasan aku untuk terus berbaring dah kira superb dah tu .

tapi ingat . entah berapa tahun dah perkara ni  berlaku .

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...