29 January 2018

Althaf One Years Old Development



Hai Assalamualaikum semuaa. 




Hari ni nak catit sikit perkembangan Althaf bila dia dah umur setahun. Umur pun dah makin lanjut, nanti nak compare perkembangan dengan adik Althaf dah tak ingat dah. Hahaha. Jadi ini perlu sangatt. 

Entry ni bukan nak compare kan perkembangan Althaf dan anak anak lain tau. Sekadar nak catit perkembangan je. Lain baby lain growth phase nya. Ada yang lambat tang ni, tapi cepat pick up tang lain. Yang penting, anak masing masing menjadi anak yang soleh dan solehah, sentiasa menyejukkan hati semua orang yang melihat dan mengenali mereka. Aminnn *that is my doa everytime after prayers* hehe

Althaf 1years old development : 

✔ Start bertatih lepas tangan one day before his birthday. Afterwards dalam 1 minggu dah lancar.

✔ Ada 7 batang gigit. The other one dah macam menampakkan gigi

✔ Berinteraksi dengan jeritan. HAHAHAHA. Lagi lagi bila mak ayah dia ke orang lain tak faham. Dia jeritttt kuat kuat. Sebelum ni nangis je. 

✔ Boleh cakap "Nak" bila nampak makanan, and nak lagi. Dan beberapa perkataan lain yang dia randomly babbling.

✔Mengengsot forwads at 6months 

✔ Boleh crawling masa 8months plus. 

✔ Start tumbuh gigi at 6months old. Tumbuh gigi bawah dulu. I think terus tumbuh dua bawah rasanya. If tak salah laaa. Haha 

✔ Can rolling over masa dia 5months. 

✔Berat umur setahun dia 9kg je. Memang start dia berapa bulan entah tak naik sangat berat dia. Lagi lagi masa 6bulan dia taknak makan langsung sampai dah nak 9 bulan macam tu. Depressed mummy. Masak masak masak. Buang buang buang. Haha

✔Sekarang ni dia very clingy dekat Papa dia. Sebab papa dia banyak sangat jagakan dia. Tukar pampers mandikan, main dengan dia, hiburkan dia, manjakan diaaaa. Hahaha kalau mummy time dia buat perangai tu iols biorrr je. Kalau papa dia, terus berdukung okay. Thankyou papa. Alhamdulillah Allah. Bolehlah mummy rest .. 

✔Susah sangat kalau orang luar nak main dengan dia. DIVA sikit perangai dia ni. Jual mahal lebih. Hahahaha. On the positive side, kalau solat kat luar ke senang sikit. Memang time solat dia melekat je dengan kita. Kalau orang nak culik dia ke memang takda harapan la derrr. Dia bagi tendangan dan penampau serta jeritan tatkala tangan hinggap. Tu belum part kena dukung oleh strangers. Wahahhaa. Takdelah mak ayah dia nak kena gilir gilir solat. So save time kat situ.

✔ Start makan betul betul macam 9 bulan macam tu. Puree masih taknak. So memang bagi nasi terus. Hahaha. Tapi bubur bubur masa awal awal dia nak makan tu nak lah, janji kena rasa sedap. Dia masih memilih kalau nak makan. Buang pisang dia tak suka. Cekodok pisang dia nak 😑 Buahan lain macam jambu ke epal ke dia suka tapi selalu tersekat di kerongkong. MAKLUMLAH GIGI TAKDA BANYAK LAGI TAPI NAK ACTIONNN MAKAN BUAH KERASSSSSS. hahahaha

✔ Pandai minum air dari straw

✔Pandai main cak cak dah dengan orang . haha

Apa lagi eh. Hemmmm. Nanti kalau from time to time ingat, akan di update balik. Doakan pregnancy kedua kita kali ni. Nanti next entry nak cerita First Trimester punya penangan compared to the first one. Huhu haruuuuu . 

Byeee semua! Adiosss Assalamualaikum! 


2017 Life Recaps!

Hai Assalamualaikum semuaaaaa!

Lama rasanya tak menulis di blog, rasa separuh jiwaku terbang pergi. Hahaha. Okay lah rasa macam tak tenteram sikit. Macam ada benda yang terpekung di dada, berat untuk dilepaskan.

January 2018 pun dah nak berlaluuuuuuuu, tapi baru nak buat tentang 2017 Life Recaps. PROCASTINATING and me cannot be apart like bulu hidung with hidung. *What............................*

Di 2017,

- Aqila Safuan melahirkan seorang anak lelaki yang rupawan dan soleh bernama Althaf Muhammad bin Muhammad Rabani. Alhamdulillah, segala kudrat dan kekuatan milik Allah..



- Aqila Safuan telah kehilangan cincin perkahwinannya yang sangat disayangi sobssss. Tapi bukan Aqila yang hilangkan! Tapi yang sedang tersengih membaca ayat sekarang ini. You still owe me.... hehehehehehhehehehehehehehehehhe.

I miss you so much huaaaaaa

- This one i think major tahpape  punya pengalaman. Sebabnya! Sebuah Universiti swasta dari bahagian kutip hutang, tiba tiba menghubungi ku tatkala aku sedang menjaga Althaf di rumah yang baru dua bulan. Baru habis pantang lah ni. Depa tuntut aku membayar yuran pengajian yang tak pernah aku hadiri sebanyak RM3 RIBU plus plus.


Lantasan itu aku menangis nangis merayu mengatakan kenapa aku kena bayar, sedangkan aku tak hadiri pun kelas etc , cuma pernah mendaftar (JE) jadi pelajar, dan menghadiri orientasi selama dua minggu ke seminggu? Sebab dapat tawaran di UiTM, so ofcourse lah kena masuk UiTM hahahaha.

But i admit that i made a biggest mistake which were
1) i never berhenti properly. Tak pergi bahagian admin kata nak berhenti etc. I just blaahhhhhhh like angin sepoi dibawa bayu. hahaha. It was because i have to pergi UiTM Kuantan the day after i knew that i got the offer. So memang kelam kabuttttttttt.

2) Tidak mempedulikan surat surat dari Universiti tersebut yang asyik minta kita bayar yuran pengajian. Yuran pendaftaran RM1000 dah bayar dah (mahal gila...). Lepas tu bila dapat surat surat yang kata kita kena bayar yuran pengajian ni rasa macam " EEEEEEEE TAKKANLAH SISTEM TAK DETECT!?? YANG I WAS NEVER A STUDENT THERE. TAK PERNAH DATANG KELAS, WHY DIORANG TAK BUANG JE PELAJAR TAK PERNAH DATANG KELAS MACAM NI INSTEAD OF ASIK MINTA BAYAR JE." Rasa macam sistem diorang truly bullshit...... sebab bertahun bertahun asyik dapat surat macam tu.


For 7 years okay. dah 7tahunnnnnnnnnnnnnnnn lepas tu baru depa macam terhegeh hegeh call, (before ni hantar surat je tak pernah call!!) Dahla bila call memang tak boleh bawak berbincang. Aku sampai menangis selautan iyeeeeeee tak tipu,  i was like ya Allah ujian apa ni. Hahaha

Sampai kata lah dekat pegawai tu " saya baru bersalin ni, saya suri rumah mana saya nak dapat duit bayar tiga ribu huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

To not complicate things, Alhamdulillah, the things settled without me having to pay nothing. Korang kalau ada pengalaman macam ni, lepas tu pegawai mintak duit tu kata memang tak boleh nak buat apa, puan kena bayar jugak, korang kena keep calm je okay. Dont be like me.



Just datang je Universiti tu bawak mak ayah ke. haha for me, aku bawa anak, mama, dan suami datang bincang elok elok kata itu ini, after mesyuarat everything Alhamdulillah memang sebenarnya tak payah bayar apa apa. Pegawai mintak hutang tu memang lah tak boleh nak bawak bincang sebab dia mintak hutang kan. Jadi kita bincang dengan bahagian pengurusan lain.



Gambar gambar kenangan semasa di Universiti tersebut. Hahaha
------------------------------------
- I LOST MY LOVELY PHONE WHICH I LOVE DEARLYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY TT TT TT *CRIES A RIVER* Hilang kena curi masa pergi exhibition food dekat KL. Kenapa tahu bukan tercicir? sebab 2 minutes after i realised that my handphone was gone, it was already switched off and everything. Padahal baru je end call dengan mama, then ambik free food lepas tu datang balik, dah hilang. I put it inside my bag, yang terkangkang terbuka di stroller Althaf. Sedih sangat. Siapa la yang ambik tu :(((((((((((((


- Next one, we became an Ikea Personal Shopper (that one story, dah cerita for the previous entry hehe)

- and Lastly........................................................................... i am positively pregnant with a second baby. Alhamdulillah



Other than that, i am so thankful for the year of 2017. Despite of the downs omgeee I've got so many things to be thankful for. Hang out with my friends, attending Friends wedding and fiance, celebrating birthday of my lovelies and many many more.

Semoga tahun ini pun menjadi tahun yang Indah, hai hari yang sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t dan menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. Amin ya Allah amin..

Thats all i think! Adios Assalamualaikum!! Muahhh


my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...