04 February 2014

the creepiest kid ever

Jadi hari tu masa nak pergi Pulau Besar dekat Melaka, aku duduklah di tepi tingkap dalam feri yang akan bergerak ke pulau di seberang sana. Sebelah aku takda orang. Ahli keluarga kami masing masing ambik spot 3 seat seorang setiap sudut dalam feri tu. Maklumlah tak ramai orang. Cuti raya Cina dah habis

Waktu aku sedang duduk duduk setelah cubaan membuka tingkap feri gagal, lalu memandang laut yang terbentang luas, disirami cahaya matahari yang tegar mewarnai alam sehari hari, aku merasakan ada sepasang lembaga sedang memerhati aku. Jadi aku kalihkanlah pandangan dari memandang laut terus memandang ke arah lembaga tersebut yang hanya duduk di depan aku. Disitu dia merenung aku tegak, dengan mata tidak berkelip, mulut ternganga. Setahu aku, aku taklah dikurniakan wajah yang terlalu jelita sampai seorang budak hingusan yang entah umur 3 tahun pun belum untuk ternganga melihat aku. 

Saat aku terpandangkan budak itu, atau kanak kanak itu ( ke kanak je sebab dia seorang? kalau kanak je macam tak masuk je ayat) aku dapat merasakan aura aura negatif tersembur keluar dari mimik mukanya dan badannya. Dapat aku me ra sa kan, budak ini bukanlah budak yang kau boleh ajak bersembang bahasa pelat, hatta bermain cak cak, atau membuat muka belon. Lama dia pandang aku. Aku ketika itu diibaratkan seperti death eater, yang dipandang oleh he-who-shall-not-be-name (Voldemort) terkalih kalih memandang laut dan budak tu. Hatiku berkata kata " apehal budak ni pandang pandang creepy kat aku lama sangat ni" . Berganti ganti aku pandang dia dengan laut, lama .. lama budak tu pandang aku sampailah satu ketia dia men-je-lir-kan lidah dia ke arah mukaku

Darah di muka ku terasa tersembur meruap ruap di dalam. Janji aku tidak merasakan marah. Aku cuma rasa keliru. Adakah kecantikan ku ini menggamit naluri masih belum dara kanak kanak itu ? Aku buat buat tenang. Laut kembali aku pandang. Mata yang memerhati tu masih memerhati. Aneh ni aneh. Sehinggalah aku terdengar bunyi orang tergelak gelak terkekek kekek di sama barisan, tapi hujung. Adik ku Asfia juga terlihat perlakuan yang sama. Apa lagi, baru aku sedari perbuatan kanak kanak ini bukannya creepy tapi lawak. No, still creepy. Aku pun gelak gelak tutup mulut. Bergoyang goyang badan ku menahan gelak walhal budak tu masih memandang aku, menngeluarkan lidah secara perlahan lahan dan menjelir, jelir jelir, sampailah ternampak kelibatnya oleh ibunya yang berada di sebelah.

Ibunya itu berpura pura mengeluarkan sikat nipis dan mengagah akan menyebat mulut anak creepynya itu kalau berani dia mengeluarkan lidah lagi . Selepas itu tiada lagi jeliran lidah yang terkeluar walaupun pandangan berapinya masih tertuju kepada ku.


hemmmmmmmmmmmm. ada jugak budak jenis macam ni dalam dunia,



kahkahkah

sedikit perkongsian






Lots of big events had happened lately, i just got my Zikir nafas on 2nd February, and learn ilmu kalimah Lailahaillah which is very very crucial for us to know about the ilmu. Satu hari nanti In sha Allah kalau aku rasa dah bersedia nak kongsi dalam blog aku kongsi. But basically it is about how we perceive each things in this world, and even the universe, the things we can't see and predict. Tiada tuhan melalui Allah, it may seems common to us, sebab kita sebut benda ni dengan bibir kita every day, tapi hati kita? (now i seem to ready to share it huh ahaha) 

To not complicate things, kita kena tengok setiap benda dalam dunia ni berpandukan dengan kalimah LAILAHAILLAH. Sebagai contoh, bila kita makan, siapa yang menyedapkan rasa makanan tu? Allah, siapa yang menggerakkan tangan kita menyuapkan dalam mulut kita, yang memberi makanan itu? Allah. Hatta kita mandi guna sabun, pun cakap dalam hati yang membersihkan aku, bukan sabun ni, tapi Allah, elements dan molecules2 dalam sabun ni semuanya datang dari Allah. Makhluk korea tu handsome cantik sekalipun, bila nak puji dia kena cakap dalam hati Allah yang menciptakan dia, jadi yang berhak dipuji adalah Allah, bukannya makhluk tu. 

Disebabkan pemikiran dan niat kita lah sebenarnya kita melakukan syirik dalam kehidupan seharian kita. Kita puji orang tu di atas kehebatan dia membuat something yang impressive, someting yang extra ordinary, atau puji orang tu atas apa apalah menyebabkan kita menyembah makhluk tu (tanpa kita sedari!) , bukan Allah. Jadi sentiasa sematkan dalam diri dalam apa jua keadaan dan perbuatan, pemikiran apa apa lah yang semua ini tak akan berlaku tanpa kehendak Allah. 

Jujurnya, dalam hendak menjadi seorang mukmin (bukan hanya muslim) banyak benda yang tak diajar oleh ustaz ustaz, hatta ulamak pun yang cukup untuk menjadikan kita mukmin. Kalimah la ila ha illah ni benda wajib kena belajar. Banyak lagi scope dalam dunia ni yang kita wajib tahu tapi kita tak tahu so take an opportunity to learn till the end moments we get in this life. Umur pun dah dua puluh dua. Mati itu makin dekat makin dekat makin dekat. 

Aku pun tak boleh nak cakap panjang, ilmu pun peehhh setitis air lautan pun takdelah. Korang boleh check it out dalam web bawah ni untuk hadir ke majlis ilmu mereka, atau untuk ketahui lebih lanjut. 

rahmatanlilalamin.org.my 

Akhir kalam, perbanyakkan zikir dan amal! in shaa Allah, 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...