13 February 2012

luahan hati

Pernah tak anda sedang lepak duduk duduk memikirkan tentang keadaan sekeliling yang tidak pernah berhenti , bagaimana senang dan susah menjalani kehidupan semua , dan bila mana anda memikirkan tentang diri anda tiba tiba anda dapat rasa rahmat Allah beri tu macam menghempap badan anda dan buat kita tiba tiba rasa macam ya Allah terimaaaaaaaaaaaaaaaa kasih atas segalanya galanya . Rasa macam nak hug Allah walaupun kita tak tahu fizikal dan zat Allah bagaimana, rasa macam nak semualah yang baik baik . 

Okey , lepas tu suatu hari anda dimarahi oleh ibu tersayang intan payung anda semua . Mama mengatakan yang kita ini tidak bertindak di atas paksi yang beliau mahukan. Sebagai contoh kita malas bangun pagi , lagi lagi yang perempuan malas buat kerja rumah padehal dah ada bibi kaka oke , lepas tu kita tak tolong nak tanya mama perlukan pertolongan ke tidak kan . Dan disebabkan kemalasan maha tinggi yang diiktiraf oleh mama kita tadi menyebabkan beliau menjadi sangat sangat sangat sedih dan kita hanya mampu berdiam diri , tidak mampu membalas dengan kata kata . 

Lepas tu esoknya anda duduk lagi termenung bersendirian memerhatikan dunia yang berjalan tidak pernah berhenti walaupun sesaat , dan tiba tiba kita rasa macam tiada siapa yang sayangkan kita, even Allah pun taknak melimpahkan rahmatnya kepada kita sebab kita teringat yang kita telah menyebabkan ibu kita bersedih . Sedih sebab kita dibesarkan dengan penuh kesenangan dan bukan sebagai manusia . Jadi bila kita teringat kesedihan ibu kita tadi, tiba tiba kita dapat rasa yang Allah tengah marah gila dekat kita , gara gara menyedihkan ibu kita.

Moral of the story : 

Rahmat Allah terletak bagaimana perasaan ibu bapa kita rasa terhadap kita . Bayangkan kalau kita tak menyenangi ibu bapa kita tanpa niat pun . hemmmmm . mama i will be a woman . yes i will . Mungkin mama memikirkan keadaan mama yang sangat bekerja keras, lepas tu anak dia malas bangun pagi dan semuanya berkaitan lalu mama pun berasa maha sedih . Okey , tapi gue taklah pemalas gila nak mampus tahap katak ajar anak ketam berjalan key key key takde kena mengena . i love you mama 3x. mmuah 


04 February 2012

tragedi kereta hilang disebabkan otak beng-ap .

setelah berjaya bersusah payah keperitan menempuhi ,mendapatkan parking di alamanda yang ramai gila macam konsert ade najwalatif gue yang sewaktu itu forever alone turun kereta dengan pundi  kencing yang kepenuhan . gue jalan, dan terus berjalan . ok dah persimpangan nak masuk ke tandas dari jauh gue perhati simbol tandas. konfirm . untuk wanita . dua tapak kaki gue memasuki tandas, keluar satu orang wanita cina, berbadan tinggi, t shirt dengan seluar jeans serta berambut pendek habis . muka penuh cina tapi nak gue kata bengis itu takde tapi rupa penuh kelakian . perlahan gue berkata dengan diri sendiri " eh...............betul ke ni ?" waktu tu gue dah separuh pusing nak berpatah balik . sekali cina tu dengar " eh betullah ni, betullah ni " sedikit sinis tambah agak kesayuan terguris hati nada bunyi suara beliau . ah sudah ! gue jalan masuk limaa tapak lalu berhenti  hentak kepala gue dekat dinding sampai berdarah .


lebih sejam dekat alamanda tiba tiba gue rasa nak balik . bukan rasa, memang gue nak balik pun . perpisahan harus berlaku. kerna setiap pertemuan akan pasti ada perpisahan . naharem . gue dah semangat ni bayar tiket parking . lepas tu gue berhenti tepi kedai dekat dengan pintu keluar . sekarang dekat arah mana gue letak kereta gue ! alamanda kalau korang tahu ade parking utara dengan selatan . barat memang takde, freemason katanya . sekarang gue dekat selatan .punyalah gue kentalkan hati gue yang waktu masuk tadi betul betul terus nampak mph . jadi gue naik escalator tu macam berbelas kali jugak berhenti setiap tingkat keluar cek kereta, masuk balik naik escalator berpuluh puluh kali sampai gue rasa orang dah pandang pelik dekat gue " eh budak ni lagi". ah sudah .


waktu tu gue dah pasrah gila habis . badan dengan muka dah berpeluh . tangan dah penuh dengan keberatannya . taik taik taik gue sumpah diri sendiri dalam hati . gue waktu tu rase nak kol didah yang kat seremban menangis sebab tak mampu nak ingat letak kat kereta mana . naharem lama gila gue cari kereta wui sumpah . tapi gue fikir . apa yang dia boleh tolong ? jadi sebabkan gue punya cool dah separuh hilang , gue kentalkan hati gue supaya menyerah kalah dengan otak gue yang mati mati ingat park kereta dekat kawasan selatan . lalu merentas lah beta dengan seangkatan perang menuju kekawasan utara dengan penuh longlai gara gara layar sudah koyak diparuh helang. 


di kawasan parking utara . gue melangkah keluar pintu di tingkat hape tah . gue cek kereta gue . takde . taik taik taik . gue naik lagi tingkat atas . waktu ni hati gue dah rasa angin bersepoi sepoi menandakan keamanan akan tiba tak lama lagi . gue pandang je pintu keluar tu gue dah nampak sipi sipi tanda kereta gue tersadai di situ . sebab gue parking kereta memang dekat dengan pintu masuk . ape lagi . gue jerit "ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah jumpa !!!" sambil berlari lari dan menyentuh buntut kereta . fuuuuuuuuuuuuuu habis . tragedi alamanda betul . dahla lonely . otak bengap pulak tu . apelah nasib badan nya pun nnn alahainye punnn.

03 February 2012

bertemu dengan long time no see friend di sengerdang luas terbentang .

sama je jalan raya serdang dengan bangi . dua dua pesen punca eksiden punca stress punya tayar cepat rosak . eh gaya macam tak pernah pergi serdang . alhamdulillah kali ni perancangan nak berjumpa, berjaya . dah hampir setahun nak ke dua tahun dah tak berjumpa . bayangkan , sorang dah kahwin ada anak satu, sorang lagi tengah bertunang dan sememangnya ayat sebelum perkataan ini semuanya munapek .

setelah dengan penuh kesenangan mencari rumah fariza walaupun tersimpang jalan dua kali salah , tak mengapa hendak menghampiri kejayaan memang berliku , jadi sesampainya sahaja disana kami marathon movie best sebab kami pun best jadi menontonnya muvie juga harusnya semua yang best best . ok keling . lepas tu berangkat ke mines makan tutti fruiti , malam sebelum pulang makan bersama di rasamas , ataupun emas rasa ayam. eh salah ayam rasa emas dengan ada diselingi bunyi strict manager rasamas semalaysia memarahi dan meneguri rasamas serdang . gituu .


kerna tutti peruti itu lebih bermakna dari shiapa shiapa pun .

 not so apeleple. he he he

apeleple tangat . har har .

ya ini di rasamas .


gue tak letak muka gue maklum lah jelitawan nak mampus . ahahaha . apapun korang . gila bersyukur dapat jumpa . korang macam mewakili sehamidiah masih mengingati gue yang tak seberapa ni . kan . dan terima kasih atas segalanya semoga persahabtan ini kekal selamanya dan in shaa Allah bertemu lagi di broga. as salam semuanya .

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...