08 November 2013

Ekspedisi Trans Titi V1

hai, assalamualaikum.

*gambar tarik minat untuk membaca miahahahaha*

it was the hardest decision to join this trip actually. satu hal sebab kena ponteng kelas. satu hal lagi takut boss besar dekat rumah tu marah tak kasi pergi dan seratus halnya lagi adalah sebab tahu diri sendiri mampu keeeeeee naik semua gunung gunung ni. miahaha. orang kata apa? haaa "ukurlah baju di badan sendiri". sebabnya, out of four, ada tiga gunung G7, which by means among the highest mountains in west Malaysia. Gunung Korbu, Gunung Gayong dengan Gunung Yong Belar. Masalahnya korang okay tak aku sikit cakap melayu sikit lagi cakap english. Dah macam ular kena patuk meliuk liuk. ngihahahaha. *who cares anyway* miahahahaha lagi.


Secara jujurnya, aku memang bila dah bayar deposit dua ratus tu dalam diri masih ada rasa mengelat taknak pergi. HAHAHAAH. Tapi Alhamdulillah disebabkan sifat sifat "belum cuba belum tahu" "seek adventure" dan sebagainya masih lagi ada dalam diri, aku pun mengambil langkah untuk berhenti kata tidak boleh, dan melakukan sedikit latihan kekuatan diri dua kali seminggu. Oh dan juga latihan testing power naik Gunung Datuk. Lepas dah testing power tengok okay tak naik Gunung Datuk, bertambah tambah lah bisikan bisikan syaiton kata " tak payahlah pergi menganiaya diir je nanti" kakakaka. 


Hamboi. intro je dua perenggan. Trip v1 mengambil masa 5 hari pendakian naik naik naik naik naik naik dan turun . hakhakhak. Bermula dari bertolak melalui Kl sentral ke ipoh perak, dan berakhir dari turun di Cameron Highlands, Pahang. Kiranya merentasi banjaran titiwangsa lah. Abang jet kata perjalanan kami sebenarnya adalah dalam lebih kurang 100km naik turun. Reaksi dengar dia cakap macam tu macam kena tampar. Nasib babik je dia cakap bila kitorang semua dah selamat turun apa semua settled. Kalau sebelum mendaki dia cakap macam tu, aku lari tinggal bag sehelai sepinggang naik bas balik shah alam. bahahaahaha. 


Aku sebenarnya nak update entri ni betul betul terperinci dari start mendaki, sampai kem ni pukul berapa apa apa dan bla bla. Tapi disebabkan aku ni jenis malas gila nak berhenti keluarkan kamera ambil gambar , jadi, berlubang lubang lah entri ni tanpa tentaif perjalanan yang lengkap. Otak aku pun dah lupa lupa pasal trip ni padahal lebam lebam biru hitam bertompok tompok l, masih lagi berbekas dekat kaki atas bawah. hah ha.


1) Gunung Korbu


Di kaki gunung sebelum memulakan pendakian Gunung yang pertama. Kami seramai dua puluh orang ahli pasukan menaiki van (rasanya) hiahaha melakukan persediaan persediian yang terakhir. Waktu ni memang rasa berdebar debar memikirkan patut tak sekarang masanya aku lari 100 meter lari pecut balik shah alam  ataupun pura pura buat muka kental dan teruskan join mereka. Tak move on move on dari hal "larat ke tak larat ni" kakakaka.  



air sungai jeram yang pertama dijumpai terus snap ambil gambar. teruja gila boleh tak .rasa nak terus terjun pun ada jugak tapi nasib baik pandai lagi kawal diri. masih waras masih waras. 



seramai dua puluh orang yang mengikuti trip ni, yang lelaki lelaki gagah ni jela yang aku kenal. dahla gagah, baik, berwibawa, bertimbang rasa dan sebagainya lagilah. Terhutang budi je dengan diorang ni. Dari kiri nama dia syukri, lepas tu Shah dan Shafiq. Kalau dengan Shah ni rasa terhutang budi lebih sikit sebab dia lah tok guru yang sentiasa bersabar dengan segala karenah dan keluhan aku tapi masih juga rajin invite pergi gunung sana sini. Memang tok guru yang dihormati miahahaha. Dari first gunubg aku naik sampai the latest dia sentiasa ada. Dia suruh training, aku training .  Begitulah.  Kejap aku nak cakap apa ni . --' okay takpe kita teruskan .. 




kitorang berhenti bermalam di Kem Kijang ni . sebab nak sampai Puncak memang jauh lagi . Kem Kijang ni memang luas . Dan ada air sungai juga . Rasa macam tak habis je ayat ni tapi aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal kem kijang ni. kakakaka


yang ini di Puncak Botak pada hari kedua mendaki. aku rasa yang belakang menajam tu lah Gunung Korbu. Oh tak setelah ku sedari tu sebenanarnya Puncak Chuban. Miahahaha Aku dah cakap aku ni pelupa. mendaki pun jenis pandang bawah je. Kan semua benda dah lupa. Tapi di hari kedua ni ada adegan memalukan berlaku. Seluar terkoyak di bahagian uh huh ... er... kat belakang badan. Rasa nak menangis je waktu seluar tu terkoyak. Besar tahu tak. Waktu tu rasa dah mental je bila nak sampai puncak ni tapi baru hari kedua kot. Seorang hiker amatur tidak bisa menunjukkan semangat yang mundur. Tapi kejadian tergantung macam monyet lalu seluar terkoyak tu merupakan satu titik tanda aku menjadi phobia dan takut untuk memanjat cabaran hari seterusnya. 


yang lelaki berdua ni hahahahahaha adalah adik beradik . Adik dia aku cakap betullah macam robot. Abang dia pun kata dia macam robot. Laju je memanjang tak pernah nampak dia berpeluh . Ataupun secara jujurnya tak nampak dia berpeluh sebab dia memang macam peluru naik. Aku pulak terkedek kedek kat belakang memanglah tak nampak.  Abang dia pulak ya ampun kelakar gila gila gila. Aku ni dahla jenis mudah terhibur . Bergoyang goyang je perut gelak tak berhenti. hehehe. hahahaha. takde lah sampai bergoyang. Korang ni pun miahahahaha.



Dan akhirnya! sampai juga ke puncak yang pertama Gunung Korbu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Shah siiap rakam kot detik detik aku sampai. sampai lebih kurang dalam pukul enam macam tu . bertolak pagi tu pulak dalam lebih kurang pukul 10 . Alhamdulillah lega je waktu ni settled yang pertama. Padahal diorang target terus nak buat ke Gayong. Kalau betul diorang nak speed terus Gayong, sorang sorang aku tolak jatuh bawah kaki gunung. Penat kot ==' Hhaahahahahah.



dan yang ini view dari puncak Korbu. Boleh nampak bandar ipoh orang kata . Dan malam tu langit sumpah cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Banyak gila bintang bintang sumpah banyak . rasa nak lempar tikar tidur luar pandang bintang bintang tapi apakan daya cuaca nya sejuk gilos. 



2) Gunung Gayong & Gunung Junction 

Jadi di hari ketiga, kami semua kena kerja overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr timeeeeeee. Sebab kitorang dah tangguhkan plan nak ke puncak Gayong, jadi kena buat pendakian dan perjalanan yang lebih sampai malam hari. Aku memang tak suka jalan malam di hutan . Dahla jenis suka baca buku buku yang banyak membongkar tentang makhluk makhluk di hutan pada waktu malami, jadi segala benda aku dah terbayang. Jadi hari ketiga ni kiotrang kena shoot pergi Gunung Gayong, Gunung Junction dan seterusnya ke kem H20. Memang kena sampai h20 hari tu juga sebab water resources dah tak ada nak tak nak hidup mati kena sampai h20 hari tu juga.

Hari ketiga ni bagi aku merupakan hari yang paling mencabar sepanjang lima hari berada dalam hutan. Nak bagi nampak mencabarnya adalah aku termenangis dua kali pada hari ni . Aku ni dahla sememangnya wanita berhati tisu . kuat gelak ya kuat nangis apatah lagi, Tapi aku nangis senyap senyap je. Lap lap pakai tudung . miahahaha .Buat  malu je orang kampung tahu nangis dalam hutan . KAKAKA. Tapi memang mencabar gilaaaaaaaaaaaaa hari ni . Satu sebab memang perjalanan dia jauh tambah lagi dengan hujan lebat, malam tu waktu perjalanan pun angin kuat gila memang sejuk dia menggigil gigil . Laluan pun sukar sukar . Tu yang aku menangis tu . Teringatkan seluar terkoyak pulak bahahahaha. Tapi aku memang tak berani sebab ada yang tepi dia macam gaung kalau salah letak kaki masa nak turun tu mahu nya terpelanting masuk dalam gaung lalu dimakan segerigala . Ngeri tak? kakakaka . Tak berani ah tak berani. Tapi in the end sampai jugak kem h20 pada waktu 8 ke 9 malam macam tu . Memang kena mandi juga sebab aku dah merangkak rangkan mengengsot ngengsot dalam trek yang penuh lumpur . AKU SUKAKAN CABARAAAAN!! kahkahkahkah tiba tiba. 






3) Gunung Yong Belar

Pada hari ke empat misi kami adalah shoot terus ke Gunung Yong Belar .Perjalanan dia takdelah lama sangat macam semalam nya tapi disebabkan mental rapuh semalam punya tu tak habis lagi aku menghadapi masalah mental nak habiskan panjat ke puncak Yong Belar. Kejadian mental rapuh ni berlaku setelah di kem kuali, water point terakhir dan lagi setengah jam (katanya) nak sampai ke Yong Belar. Lauan dia memang merimaskan aku. Pijak sikit termasuk kaki kat dalam lumpur . Aku dahla pakai crocs murah . Licin je memanjang . Memang sejam terakhir nak sampai puncak tu sumpah rasa mental. Dapat pulak sweeper abang eddy guide kitorang . Kalau shah yang jadi sweeper boleh aku luah sikit perasaan nak berhenti kejap ke apa kan . Ni dapat abang eddy aku nak berhenti pun fikir 3 kali. Tapi aku berhenti je kahkahkahkah. Sampai satu tahap dia punya lumpur tu dah buat aku rimas gila aku jerit " mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" panjang panjang . Hati tahan tahan je jangan cakap " nak balikkkkkkkkkkk" tak pasal pasal kena bahan dengan abang eddy nanti . miaahahahha . lagipun woi. dah nak sampai kot nak balik apanya . Punyalah mental . Sukar tahu tak trek dia. Aku dahla berat nak angkat diri langkah ke atas jadi ... er.. kesimpulannya memang mental tapi sampai jugaaaaak ke Yong Belar the last Gunung untuk ditawan . 

Tapi tahap kesukaran mental tu berbaloi baloi gila sumpah . View dia sangat spectacular . Waktu menaip ni pun aku rasa seram seram sebu je hati sayu terbayangkan betapa indahnya ciptaan Allah . Memang cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Sat aku tunjuk gambar ni . sedia semua. angkat sennjata! ngiahahahahahahambar. 




  CANTIK KAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAN TT TT TT TT TT




4) Hari kemenangan dan kebebasan 

Tibanya hari kelima hari yang semua dah duk terbayang makanan makanan sate lah chilis lah apa lah hahahahaha. Kitorang gerak turun pun lambat kot dah nak sampai pukul sebelas macam tu . Chill je sempoi relax relax senda gurau ambil gambar semua. Nak turun pun sebenarnya kena merentasi lima atau enam puncak sebelum jumpa laluan paip air dan tangga seribu . Tapi tangga tu taklah seribu pun . Kahkahkah . Saat saat landing yang terakhir adalah dalam pukul enam lebih waktu tu memang rasa happy dan kelegaan gila . Sumpah rasa lega dan tak percaya dah habiskan v1. Alhamdulillah sangat sangat semua orang tak cedera apa dan tak ada kejadian yang gembar gembur.

Memang trip hiking kali ni memang fun gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sumpah fun . Rasa macam duduk dalam panggung kelakar tanpa henti pun ada. Abang abang kumpulan kitorang memang lawak sumpah nak mati. Rasa penat tu dapat diubati dengan gelagat diorang yang kelakar , kawan kawan pun baik semua caring so kenangan yang tak akan pernah dilupakan .

lepas dah habis panjat semua puncak tipu dan before ke laluan paip  

 menaiki four wheels untuk ke sekolah demi membersihkan diri hahahahaha. Semua pun gembira dah habis dah lega dah selesai trip

abang yang tengah tergelak belakang tu sumpah kelakar gila sampai satu tahap aku tengah lapar gila tapi dia tak berhenti buat lawak, kena bagitahu dia stop lah buat lawak, dah takde tenaga nak gelak ni. Punyalah lawak dia ni. dan juga merupakan seorang penyanyi tersohor di dalam kumpulan kami . 


 YEAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
Dan malam tu diakhiri dengan upacara makan bersama bersama pakai baju biru semua. Bas memang best seat dia sumpah vip dan kami dibawa kekl sentral. 


itu saja! Panjangnya! Aku jawab exam pun tak serajin ni nak tulis jawapan . miahahahahaha.
akhir kalam, terima kasih Allah, terima kasih kawan kawan terima kasih semua atas  bantuan, hiburan, dan segala galanya lah. Memang seronok Gila gila gila . Dan yang penting lagi tiga nak habiskan g7! 

YABEDABEDUUU! ^^

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...