29 November 2017

A 28th Bithday Celebration for My Soulmate

 Hai Assalamualaikum!
 
 

 
Tahun ni tahun kedua raikan birthday suami tercintaaaa iaitu Encik Rabani. Tahun lepas hadiahkan smartphone. Tahun ni? Haaaa baca di bawah okay. Lol 😂😂. Macam biasalah setiap tahun tak berduit tapi bila menjelang hari jadi dia je sebulan sebelum mesti dah rancang macam macam kat kepala. Macam mana nak cari side income etc. Yelah birthday dia takkan dia nak sponsor diri sendiri!?? HAHAHAHA.

Tahun ni kita dah rancang nak bagi dia pergi short vacation sat yang dekat dekat je. Hahaha. Sebab dia jugak kena drive jadi di hari specialnya takkanlah nak bagi dia drive lama lama kan! Dah la cuti dua hari je! Itupun iols paksa dia cuti. Mengambikla cuti AL...... Lagipun kita tahuu encik Rabani suka tidor... jadi percutian yang buat dia boleh tidor mesti dia suka. Tapi next time kena kumpul duit ambik yang 3 hari 2 malam la sebab macam tak puas... Alhamdulillah jugaklah tapi dapat satu malam pun. 

Sebenarnya Encik Rabani kata tak payah sesusah bagi hadiah buat itu ini membazir je. Tapi he is a SPECIAL SANGAT SANGAT to me. Sayang sangat kat diaaaaa. Jadi i tak boleh lah kalau tak buat apa apa di hari lahir dia... Rasa tak menghargai lah macam tu. For me lah. Lain orang lain kan tunjuk kasih sayang nya.

Huhuhu.

Jadi!! Walaupun i ni suri rumah tak berduit wahaha. Gigih jugak cari duit nak belikan and raikan hari special dia. Fikir punya fikir dapat idea jadi Personal Shopper IKEA. Sebenarnya nak jadi ps butik butik kat Bangi ni je sebab dekat pun satu hal, pastu Asfia pernah cerita masa dia kerja kat Butik LR dulu, ada akak ni berhenti kerja sebab nak jadi ps je. Macam besttt je kan?

Tapi iols takde passion dekat baju baju......... selalu pakai baju mak je. Tupun kena marah sebab ambik baju dia yang lawa lawa hahahaha (kadang kadang la)

Jadi idea nak jadi Ps ikea tu menjadi sebab terpaksa ni nak cari duit untuk beli hadiah suami! Hahahhaa gigih takkk. Tapi alhamdulillah, an eye opener la. Sekarang jadi PS IKEA part time dapat la duit poket sikit... Tapi kesian jugak kat my husband hari cuti dia je dia kena pi Ikea...

Nanti Althaf dah besar sikit bolehla mummy gi berdua je dengan Althaf okay? TAPI BARANG BARANG IKEA BERAT BERATTTT!! TAPI SERONOKK SANGAT SEBAB BERANGANN NAK HIAS RUMAH PASTU DUIT UNTUNG PUN HABIS BELI BENDA BENDA YANG .....

Okay sorry. Back to Main point. Haha. Sebenarnya tak tahu nak bagi hadiah apa yang paling dia suka. Satgi bagi physical barang tak tahu whether dia suka ke tak. Last last hemm takpelah, bagi jelah percutian ni. Boleh jadi satu memori yang indah! Memories are priceless k!! Hahahhaa

Malam before detik dua belas tu, dah siapkan little surprised for Him. Ngam ngam pulak dia balik keje pukul 11. Sampai rumah pukul 11.30 malam. Tunggu kat bawah dalam 30 minit pastu ajak dia naik bilik.


Dalam bilik dah ada Frame memories custom made tau (padahalsimplejekekeke), ada balloons yang beli dekat Glowing Party House, Bangi Sentral, Cake dua slices from Secret Recipe (malaysianpeoplehhahahha) , dan baju Baby blue from Uniqlo (semata mata nak satu tema sempena birthday dia)

 
Tapii kenapa bila dah beli baju hubby tu tak nampak macam baby blueeeeee pun!? haha aslong biru okauyla

 Comel sangat this set baju lelaki. Got it from HM, 50% discount
 
Masuk masuk bilik je, memang encik Rabani terkejut. Yayy walaupun kecil kecilan je dan guests ada dua je iaitu aku dan Althaf tapi okaylah tu kan papa? We are everything for you right??? (Ofcourse his parents first)

Lepas tu tunjuk dia the small polaroid yang print guna kertas A4 tu bagitau esok kita  pi Cyberview Resort and Spa. YAYYY

 

Esoknya Jumaat, birthday dia. Check In dekat Hotel lambat jugaklah dalam pukul 4. Sebab kitorang la Kelam kabut sebab tak packing apa pun lagi pastu tak makan sampai lah malam lepas maghrib! Makan kek jeeee. Semua sebab rushing. Tapi dinner malam tu memang sedapp. Semua kena pi sini sebab Tomyam dia sedap and banyak isi! Restoran D Slero Timur, Ayeer 8 Putrajaya (google map je tau) 
 the Room was perfect for us. King size bed and got everything
 
 sedap sangat, alhamdulillah!
 


Review Cyberview Resort nanti kita buat post yang lain okay. 


Overall alhamdulillah dikurniakan Rezeki buat Allah, dan kekuatan serta dipermudahkan urusan nak jayakan birthday Papa. Ofcourse la we as a wife kena treated our husband macam King kan hari hari (provided that he is good to us lah..) sebab dia pun layan kita ni macam Queen diaaaa!! Hahahahha #punboleh
 little blessed family. ALHAMDULILLAH


Happy 28th sayang. We love you so much that only Allah knows how much. Have a great life ahead. Terima kasih jadi ayah dan suami yang baik buat kami. Terima kasih sebab tak pernah jemu layan isteri awak ni... i love you. 😭😭
 
 dia pun 10 months old hari tu sebab lahir 10 bulan satu... jeles mummy
 self timer photo. susahnya orang nak lalu ambikkan gambar
 
perlu ke letak gambar syok sendiri ni..hehehehhe #blogiokay #kasichance

21 November 2017

Official : I am not Pregnant.

Hai Assalamualaikummmm!

a throwback, dont remember what month he was. hehe

Because i made a fuss last entry, i just wanted to clarify that i am actually seriously, confirmed, that, i am not pregnant. 

I have had my period the other days. So yeah....................

It still bugs me whyyyy whyy my period delayed. 

Tak pernah pernah lambat tau. hehe

My feelings?

I have mixed feelings, i felt lega that my period dah datang. Tapi at the same time rindu mengandung.. tapi taknak bagi Althaf adik lagi tapi nak anak dua dekat dekat.. 

??

Tahpape sangat. 

Till next time!

Adios! 
Assalamualaikum!


29 October 2017

Second Pregnancy? A False alarm

Hi Assalamualaikum everyone!



So my period was late.
I counted it every single day. I even berzikir to my husband why my period is not coming???


One days late
Two days late
Five days latee???
Ten days lateeeee!!!????



Omgeeeee i am so confirmed that i was actually pregnant! When Althaf is actually just nine months old. Advanced lady huh. You said you afraid to beranak again. You said beranak is so sakit!!??

Now i am 30 days plus plus late from my supposed to "period day".
Buy relax gais. I am not pregnant. I think so. Hahahaha

I have tested four kind of pregnancy tests. And it were alll negative. The last time i tested it was few days ago. This one i used the most burrrr mahal punya pregnancy tests. It cost me RM32 ringgit for one test okay!! Because i bought that thing senyap senyap, i have to pay it using my nijeuntungakujadipersonalshopperaladahkenabazirrrrrdekatbendanisobssssssss. Hemmmmmm.


The result is of course as you can see it in the picture.

I am not pregnant. But why my period was late?? I always got my period dueeee on time!!! Walaupun lepas bersalin my period jadi 15 days je (sebulan dua kali peod) tapi bila tak datang ni i jadi runsing...


Dan emo.....
Dan panik........
Dan menggelabah...........



I googled everything okay. 
"My period is 15 days late am i pregnant"
"Simptom of pregnancy"
"Normal period cycle"
"How to know my baby is already what weeks"
"Due date calculator".....................



But then, all this kerunsingan about why all my pregnancy tests were negative, but whyy i am not having my period!?? Menopause alreadyyy mannnn??

" awak kan menyusu..normal la period tak datang" as my mom said that to me calmly.
Uh oh. That sounds, right? That calms me a bit. A lot i think  haha
Yeah maybela...............

So now i just think that because i fully breastfed my baby that is why my period decided to actually not come. After the baby already umur dah 9 bulan??"


I even mengidam nak makan nasi lemak beralaskan daun pisang dengan lauk sotong goreng tepung. Sotong tu taknak yang dah potong habis. Nak yang size besar XXXXL. Nasi lemak kena ada daun pisang. Nak makan panas panas..

Rupanya ngidam ngengade.

Bila dah empaf kali negative, i asked my husband

"So tak dapat la ni nasi lemak daun pisang?"
"Hahahahaha! Tak dapatlah!" Geeeezzzz.



Fineee. Penat husband i runsing mana nak cari. But i reallyyy want that kind of nasi lemakkk!!!!!!!!!!!!!!!! My tekak wants it!! I am the babyy!!!!! Hahahaha

Okaylah. Habis dah meroyan.


Seee ya next time! Adios Assalamualaikum ^^

26 September 2017

Gold Coast Morib Gateway - A Good Review




Hai Assalamualaikum semua!

Hari ni nak cerita sedikit tentang tempat yang kami pergi minggu lepas, iaitu di Gold Coast Morib Resort , terletak di Banting, Selangor. Kenapa tajuk tu tulis 'a good review-? sebab kalau google review tentang gold coast morib resort ni rata rata semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanya tak bagus. Hahaha. 

Al kisah kami, husband dah belikan percutian ni lama dah sebab ada offer. Cuma tak pergi pergi lagi sebab dia bagi tempoh sampai Disember. Harga dapat RM400 jadi RM150 je dan dapat 

-stay one night
-breakfast for two
-dan empat tiket masuk dia punya waterpark

Kalau tengok gambar pun macam menarikkk je kan tempat ni. Bilik yang ada jakuzi tab, katil yang nampak macam selesa etc. So memang teruja sangat nak pergi. Seminggu sebelum nak pergi tu, saje lah sebab teruja kan, google tempat ni. Pastu nampak rating dia rendah. Baca review semua tak bagus. 
  • Bad customer service la
  • Bilik kotor la
  • Jakuzi tak berfungsi la
  • Air kolam kotor la
  • Breakfast tah pape la
  • BERHANTUUUU pun ad orang review. Ciskek betul, terus macam ermmmmm takutlah nak pi. 

Tapi husband dah belikan, dan dia pun taktau. Effort tu pun dah sangat berharga sangat. Jadi tetap teruja nak pegi. Yayyy walaupun dekat je dan walaupun bukan sovena jani ke apetah namanya. hehe. Thankyou so much sayang. So much.

Kitorang pergi hari tu, hari Selasa dan Rabu, bukan pada public holidays, and bukan masa hujung minggu. Apa yang kitorang dapat lalui melalui dua hai satu malam kat situ. 

Tempat tu okayla. Worth the price yang husband beli tu. 

  • Customer service okayla. Senyum , walaupun tak semua staff yang nampak welcoming kita. Minta Iron sampai dalam masa sepuluh minit, pantas.
  • Bilik bersih. Toiletries ada, dapat tuala
  • Jakuzi berfungsi dengan baik
  • Dapat bilik view kolam
  • Ada lampu bilik yang tak boleh bukak, jadi malap sikit bilik bila dah malam 
  • Breakfast emmmmmmmmmmmmm alhamdulillah la dapat makan. Hahahaha 4/10


 Katil dia okayla, tak lembut sangat wahaha


  Best Jakuzi ni, althaf sukaaaaaa hehe

Belah kanan side air dia bersih lagidari slides belah kiri

 Breakfast hotel, ada nasi lemak,keaw teaw, samosa, roti keras.... hahaha, tapi okayla!


 Nak naik kuda ni rm20

 Suka sangat dia naik buaian

 Bila anak dah fed up mummy bergambar tak berhenti tengah panas......


Sayang, anak soleh..


 Yang ni dekat Tadom Hills, minta hubby singgah sebab teringin nak tengok tempat viral hahaha


Pantai Morib, dia okayla cantik. Ada buaian banyak, ada kuda, ada apa tu pondok pondok tepi tu macam di bawah. Sebenarnya dah banyak gila ambik gambar cantik cantik untuk buat bekal feed kat instagram. Tapi takkan sebulan nak upload gambar morib je. HAHAHAHAHA



Overall okayla. Takda lah seburuk yang dalam review tu. Mungkin sebab diorang datang on weekends/cuti sekolah kot sebab tu nampak management tak terurus dan takcukup staff. Time kitorang pergitu pun macam ramai je jugak orang. Haha

Tapi sebab memang harga promosi jadi tak boleh nak expect lelebih sangat.
Tapi di lain hari, taknak dah pergi sebab pergi sekali dah merasa okayla. Boleh cuba bercuti tempat lain pula. Hehehe

Recommended tak, nak pergi? 
Bagi kita, okayla nak pergi tapi pergi hari bekerja la sebab takut dapat bilik tak best. Banyak aktiviti sebenarnya, boleh mandi kolam, naik kuda, ada atv, ada panjat panjat apa lagi semua tu.


Untuk dinner, kitorang makan kat foodocurt Pantai Morib. Makanan situ quiet good. Affordable.



So far sis bagi rating kalau mengikut harga yang husband beli tu 4/5. Kalau harga dapat lebih 200 macam rasanaya boleh lah pergi tempat lain.

Tempat tu pun nampak macam surviving instead of ope rationing.

Itu sahaja perkongsian, Thankyou for reading!

Adios Assalamualaikum! ;)

14 September 2017

A busy August, but a wonderful one!

Hai Assalamualaikum semua!

August yang lepas, dipenuhi dengan memori memori indah bersama rakan rakan! My two bestfriends got hitched! One got engaged (WanieXAmin), and another one got married (IzyanaXAkmal). Dua dua orang Johor. Dan dua kali pergi Johor di dalam bulan yang sama! Haha, dan juga awal bulan August hari tu balik kedah, this time naik flight, Althaf first flight! Dan juga ada Bachelorette party untuk Izyana. It was soooooooo hectic purse for my husband wallet. Phew. Hahaha


One happy family, Alhamdulillah

I would like to pour showers of gratitude towards my blessed Husband, Encik Muhammad Rabani sebab beri keizinan untuk pergi JB dua kali.. Untuk melaburkan duit yang banyakkkkkkkkkkkkkkkk (houswife :() semata mata nak penuhi keinginan isteri dia nak hadir di majlis kawan kawan. Melaburkan masa juga drive pergi JB, keringat, dan tenaga... Thank you so much sayang! Semoga Allah sentiasa melimpahi banyak rezeki untuk sayang dari segi kesihatan, kebahagiaan dipermudahkan segalanya , kewangan dan anak yang ramai... eh? #tapiisterikenatetapmantainsatu hahaha.

Other than that, there were so many family outings happened in a month of August, we went to Shah Alam to see Warisan Suci Rasullah s.a.w, Ikea, IOI City Mall, Alamanda back to back, IOI again... Geez, when do we (my husband and I) became Mall person? We used to hike a lot, mall is not our thing. Looks what have changed *cries a river* But of course, if we have a choice, nature would be very the top of our list where to spend time. It was just that, a lot of things have changed since we got married. Lots of things to be considered. Lets not talk about it later this entry became novel. 

Oh! I would seriously wanted to rant about the event of Warisan Suci Rasullah that have been placed at the Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. To simplified my rant. I WAS SAD. Sedih sangat sebab event yang di adakan macam ala kadar. Dan semuaaaaaaaaaaaaa warisan Rasullah dan sahabat sahabat, were said to be authentic. Asli. Okay. That was good. The things was, pameran itu dibuat macam pameran sekolah. Tak gah. Sedih sangat sangat sangat. I want to cry.

We are talking about our the utmost precious, holy, kind, our Nabi, our Rasul. Muhammad s.a.w. It was supposed to be held besar besaran. Kekasih Allah. Muhammd. The PROPHET MUHAMMAD!! IT WAS SUPPOSED TO BE HELD DENGAN PENUH GAH. WAJIB Melebihi sambutan nak sambut Agung, atau nak sambut Obama ke president or sesape la yang dunia rasa penting. But the reality, no. 

Tak tahu lah, nak salahkan event management atau kerajaan. Kerajaan sepatutnya sponsor buat Event ni dekat atleast PICC/PWTC, buat cantik cantik, penuh dengan selawat, hadirkan kecintaan buat Rasullah. :(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

One of the example, just a transparent box, with kain hijau. 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
So, emm here are the recaps of what were happening in the last month. It were amongst of my favorite memories

It was also a tantrum months for me............... this month also.. i already tantrums 3 time with my husband.. and it was so depressing like why would i be upset for small things. It turned out that i was having my period. Geez. Can you not, aqila? Can you not be so weak??!! Hahaha 

One of my mengada moment, was to eat ayam Kyochon ni. Memang nak sangat rasa sebab ramai upload makan ni kata sedapla (social media effects) So, setelah termenung beberapa hari nakkan ayam kyochon, akhirnya husband pun bawak pi. Mula mula dia kata kat IOI City Mall ada, gigih la pegi. SEKALI TAKDE. Wahahaha, lepas tu sanggup pegi the nearest mall, kat Mytown Cheras. Thankyou sayang, walaupun i tak pregnan, tapi layankan je idam apa bagi. Hemm tak sabar nak pregnant lagi . #eh haha


Harimau, si penjaga Rumah! 
Hahahaha. Ni beli dekat RNR Ayer Keroh, masa tu dengan Amal, jalan jalan tengok ada terus nak beli buat bubuh kat rumah sebab nak halau monyet! Ya Allah sumpahla annoying sangat time monyet buat sepah punggah sampah apa semua. Jadi sebu tekak kita tengok sepah sepah, dengan bau lagi. Sepah gilaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sejak beli harimau ni, alhamdulillah monyet memang tak datang punggah sampah dah. Idea beli rimau ni sebab tengok RNR letak untuk halau monyet jugak. Hehehe. I should be awarded as ikon belia kejiranan, omgee cepat bagi reward! Sebab rumah jiran pun terkesan sekali sepah k. 







Terhibur dengan si cerdik Althaf ni, haha ye ye je curi cekodok makcik Atiqah dalam kesibukan riuh kitorang bergambar. 

Bila keluar ramai ramai gembiranya hati sebab ada kawan kawan boleh tolong tangkapkan gambar family macam ni! Hahahaha Kalau tak, gambar husband dengan Althaf je banyak. Mak dia paparazzi, so mak dia takde dalam gambar. Sedih tau!!!!!!!! Tolonglah para husbad reti reti kanlah tangkap gambar candid isteri!! TOLONGLAH HUBBY CC ENCIK RABANI. hahahahaa #haisayang muahciked





My high school friends. Walaupun kita masuk sekola tu lambat, Form 4 and form 5 tapi tetap maintain sampai sekarang. Thankyou uols sudi kawan dengan masa i sekolah walaupun i introvert masa tu . wahahaha.  Padahal masa tu sedih sebab pindah sekolah, azam nak pergi balik sekolah je taknak kawan sesapa. Omgee hahaha.


The Broccolis (w/out Ain)
Ni masa Wanie tunang dekat JB! My friends, my family. Forever. KITA DOAKAN SEMUA CECEPAT JUMPA JODOH YANG BAIK SUPAYA SEMUA BOLEH SELLAU JUMP AND REUNION. HAHAHAA! 




Althaf first flight! Pergi Kedah je k. Jangan nak over. Hahahaha. Takut jugak dia meragam ke nangis nangis ke, Alhamdulillah takde. Masa pergi dia tidur je sampai la dah landing. Masa balik pun sama. Lepas ni bolehla pi Austria. Hehehehe.


Itu sahaja, coretan untuk kenangan masa akan datang. Segala puji dan syukur bagi Allah kurniakan kebahagiaan ini. Bye! Adios Assalamualaikum! 

06 September 2017

Bag Deuter Air Contact 55+10 Granite Papaya Untuk Dijual

-SOLD-

Deuter Air Contact 55+10 untuk dijual kepada tuan yang lebih berhak dan menyayanginya.



-Condition 11/10
-Tak pernah bawak gi hiking lagi
-Sekali je bawak balik naik bas
-100% ori
-RM600 harga boleh nego (Harga pasaran 1k +)

.
Sebab untuk dijual
🌸 kumpul duit bayaq hutang hahahaha 🌸 since dah ada anak, tak hiking lagi kot
🌸 kesian bag, beli tak guna. Nati kita buat karangan "saya sebuah bag" mesti nangih orang baca .

Details Gambar





.
Berminat boleh dm okay. Can be used for hiking and travelling, pergi pasar, begi big bad wolf ke, pegi mood republik ke, pergi memancing, pergi bersiar siar di dataran merdeka.. #baghikinguntukdijual #bagdeuter #jualdeuteuroriginal #baghikingmurah #secondhanddeuter #bagdeutermurah #bagdeutermalaysia #bagdeuteroriginal #baghikingbundle

Contact +60146700912 (Aqila) 

Thank You!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...