Showing posts with label love story. Show all posts
Showing posts with label love story. Show all posts

25 April 2018

Ayang...when was the first time that you like me?




"Em... masa dekat Konsert A.R Rahman kot?" Hehe he smiled tersipu malu

"Eyyy.. bukan masa tu kita tidorr je ke selamber atas tangga?" Hahaha

It was an Hindustani Konsert, and we were the volunteers for the event. Bukan lah volunteer free. Volunteer dapat gaji lah. Dahla dekat KL. I think rasanya masa ni datang KL naik ktm tau gigih nak cari duit. Nak pergi hiking lah tu! Hahaha

Time ni sebenarnya gantikan kawan je, kerja jadi ticketing scan orang punya tiket masuk. Time tu rasa selamat lah tak takut sebab ada kawan kawan yang familiar. "Abang Bani" pun ada. Haha

Masa tu kitorang kawan kawan biasa je, kenal dari gunung naik sama sama tapi tak rapat kot. But he is always that type of guy yang buat kita rasa selamat and selesa je dengan dia. 

Malam tu event hindustan ni habis lambat, ktm pun dah tutup. Terpaksalah dia hantar balik rumah yang jauh di bangi tu. Sebelum hantar ingat lagi makan di mcd dengan gaji yang kitorang dapat. 😂😂. Makan bertiga dengan sorang lagi kawan. Dia sanggup tau balik rumah tukar motor, bawak balik kereta sebab nak hantakan kita. 

Thankyou abang bani, thankyou yang kini dah jadi suami ku yang terrrbaikkkk sekali. Alhamdulillah. Dah empat tahun berlalu. Dah dua tahun kita kahwin. Setahun kenal kenal. Setahun declare as a lover. Haha Cukuplah empat tahun? 😂😍

Now if you asked me, when was the time that i like him ? Hemmmmmmmmm 🤔🤔🤔

29 March 2018

Selamat Ulang Tahun Kedua, Sayang!


2years and still standing strong, hubs, are you okay? Hahahahahaha

Hai Assalamualaikum!

We are (just) 2 now, Alhamdulillah. Time flies so fassst seriously. We’ll be having our second precious soon, and I am still not ready for the contractions. #mengapakahmanusiamudahlupa hahahaha.

Anyway entry kali ni nak cerita sikit ulang tahun anniversary ke dua hari tu. Terima kasih suami, memahami isteri dia ni hari special mesti nak celebrate. Suami ku itu bukanlah romantic ponnn, jadi sebelum kahwin sekadar ucap pun dah cukup rasanya bagi dia? Hahaha. Walaupun dia tak se romantic lelaki dalam drama, atau lelaki di dalam ig yang sentiasa captionsss asdfghjkl macam tu, kalau semua orang tahu encik rabani, dia adalah the BEST FAMILY MAN. And that is moreeeeeeeeeeeeeeeeeee than enough. Alhamdulilah.

Memandangkan, ini adalah hari anniversary, it is about us kan. Jadi rasa macam tak patut je lah suami je kena bagi something kat isteri dia ni. Kita pun masa tu adalah simpan duit sikit sikit (loll, haha suri rumahhh kan) tapi masih tak tahu nak bagi dia apa sempena anniversary. Adalah suruh dia isi boring 5 wishlist seperti gambar di bawah.

Semua ribu ribu tau. Hahahaha pening fikir. The only thing yang I can afford ofkoslah no.3 tu!! Haha. No.1 tu adalah jam. no. 2 tu abc camp dekat everest. krik..........

Masa hari jumaat tu, dah gabra sikit sebab tak prepare apa apa pun untuk anniversary. Anniversary hari isnin. Fikir punya fikir, Tanya jelah dekat dia

“mana lagi papa suka? Makan steak ke one night stay at hotel?”

Tanya dua tu sebab tak tahu nak bagi apa.. bagi baju dah selalu, dan rasa suamiku tu mesti taknak, nak bagi lain lain tak tahu lah. Lepas tu encik rabani balas

“ sayang belanja steak, kita belanja 1 night stay”

GITUUUUUUUUUUUUU. Senang dan simple je kan. Straight to the point terus. hahaha

Ku fikirkan suami ku suka lah makan steak, jadi survey lah makan dekat Me’nate Steak bangi tu, rupanya dia suka makan Kambing je. You know 2 years and still something new to discover! Tapi bukankah kambing dan steak sama aje rasanya? Rasa daging? Hehe

Jadi check in hari ahad, book bilik hari jumaat. Semuanya tak dirancang pun. Last minute plan. Pilih punya pilih kami pun bersetuju nak pergi PD, menginap di Lexis Hotel. Kalau orang tahu hotel lexis ni mesti macam waaw hotel mahal kan tu?

Lexis ni ada tiga jenis:
11)    Lexis Hibiscus – yang water chalet cantik tersusun tu , dalam bilik ada pool and everything. Rate rm800 kot paling murah?? Mahall gila.
22)   Grand Lexis – yang ni ada water chalet ada tower room, tapi setiap bilik rasanya ada pool sendiri. Boleh dapat dalam harga rm500 macam tu without tax.
33)   Lexis – yang ni yang kitorang book tu, takde pool dalam bilik. Tapi ada water chalet and tower room. Paling murah antara 3 lexis ni, start harga dari 300plus, kalau tambah tax jadi rm400+ jugak including breakfast for 2.

Kitorang book, yang tower room sea view, tapi masa check in dia free upgrade duduk kat water chalet. Water chalet tu rm500+, better pergi je Grand Lexis sebab saing saing harga, tapi sebab ni kitorang dapat free upgrade, maka bersujudlah dan bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki yang tak terhitung.

Macam ni lah gaya susunan chalet chalet tu

Pool Lexis. Kecik je sebenarnya.

Bilik dia best, sebab ada everything. Boleh Nampak air bawah laut yang keruh tu , tapi ai bayangkan ai Nampak je ikan nemo dan penyu berenang renang. Hey, it is all about our imagination tau! Hahaha! Layanan diorang pun memang besttt. Rasa welcoming sangat stay situ. Buggy services dia cepat, makanan hotel dia best, breakfast varieties pun banyak and sedap. Worth it lah. Alhamdulillah.

1king size, 1 queen size. Plot twistnya ai jadi mangsa kena tidur kat queen size, encik Rabani dan anak terunanya tidur berdua. Hashtag althaf tak kasi can hahahahaa. Elok je pulak tu tak bangun malam nak susu
 

Underwater view. Keruh usah dipetikai. Laut pd, bukan Tioman hehe
 

Ada bath tub. Besttt

Stay kali ni tak larat sangat nak bergambar banyak, dengan penat pregnant nya, dengan panasnya pd tu kan, jadi we all semua memang kematu je dekat bilik lepas check in tu, adalah jalan tengok pantai petang tu, ambik gambar lepas tu duduk bilik je sampai esok paginya.

Makanan breakfast. Banyak lagiiiiiiiii sebenarnya tapi takdan ambil gambar. Pastry bread ada, western, chinese, malay, salad, fruits etc . Semua sedap sedap


Yang ni kitorang order dari bilik je sebab malam tu malas sangat nak keluar plus althaf dah lapar main pasir kat pantai . Range harga rm20 above. Not bad, sedappp.

Esok paginya, breakfast , then bawak althaf (mummy) swimming kat pool, pastu kat laut, pastu omgee tak suka nya perasaan mandi laut (padahal dulu sukaaa haha) jadi mandi 5 mins je kat laut lepas tu mandi balik kat pool, balik bilik , kemas kemas dan ready to check out. ALAH KEJAP JE.


main lumutt ke ayang
 
 
cinta hati beta

scene dukung anak ni kena ada okay

rimas dengan mummy, nak main sorang sorang. zzzzzzz
 



althaf muhammad


Kalau nak bercuti ke apa, it is better to book two nights sebab baru rasa bercuti kan. Ni rasa macam baru je sampai tiba tiba kena balik. Hehe. Encik rabani dahla takde cuti, terpaksa UL pulak hari isnin tu, plus okaylah sangat sangat dapat rehat kejap pun besttt. Hehe. Plus kalau dua malam dah berapa pulak kan. Haha. Tahun depan punya anniversary kumpul siap siap stay for 4nights okay sayang? Hehe

nampak tak betapa penatnya dia hahaha
 


Balik dari pd, kitorang terus menuju ke Me’nate steak bangi tu. Nak review makan kat sini macam terkilan sikit sebab customer services dia hemmm. Sedihla. Rasa macam pengemis nak datang makan free je. Dengan tak senyum apa semua. pastu tak tahulah kebetulan atau suratan, makanan sampai pun rasa biasa biasa je rasa macam daging steamboat kat Red Wok je. Hahaha. Tapi memang lah, dah dapat layanan yang best kat Lexis, tiba tiba pergi kedai nak makan macam kita ni makan taknak bayar tau! Dahlah hari anniversary, spoil je. Huhu. Memang perasan kalau bangsa bangsa kita ni kerja, lagi lagi bahagian services memang macam tu. Kalah tuan punya kedai, atleast senyumlah sikit. Tolong explain daging ni daging tu apa ke kan

banyak pilihan jenis daging kat sini. boleh pilih. harga pun takdelah semua starts dari ratus ratus.

ni wagyu yang mahal gilos kalau tak silap. ada tu sekeping dah 300++ omakkk
 
hubby pilih kambing rack ni. medium rare dan dia menyesali keputusannya sebab liat...
 
yang ni lembu yang makan angus kot. hahaha rib eye angus. tapi biasa je rasa dia ...........


Tapi Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa makan steak dekat sini. First and last lah kot……………………….. hahstag hati mak buyung dah terluka. Hahaha tak chill lah qila ni! Hehe

Balik je makan steak, terus balik rumah . FLAT AND TIRED. Tapi hari anniversary masih muda, ingatkan malam tu nak keluar la makan dessert kea pa kan. Tapi encik rabani kata makan dessert kat bawah je lah, hahaha pastu kita Tanya dia balik, ada apa kat bawah?? Pelik pelik suamiku ni. Haha. Ingatkan nak pergi pappa rich lah makan roti bakar dia ke, and banana split ke. Something yang menyejukkan and manisss.

Malam tu hujan pulak turun lebat sangat tapi kita gigih jugak siap nak keluar! Taknak bazir hari yang istimewa ni! Nak dijadikan cerita terturun lah sekejap.. encik rabani masa tu dah dekat bawah letak Althaf etc sekali masuk masuk.. Nampak dia pegang kotak cake and hulur dekat kita.
.
.
.
.
.
.
Masa terhenti sekejap..
.
.
.
Okay… encik rabani buat surprised ke ni!!!!!!!!!!!???

.
.
.
Hahaha serius tak sangka, sebab dia jenis cannot simpan anything kalau nak bagi kita apa apa aka tak reti sangat buat surprises ni. Tapi.. omgeeee . I FELT SO EXTREMELY HAPPY!!


thankyou sayang..

WE GOT CAKE FOR OUR 2ND ANNIVERSARY! AND IT IS MY FAVORITE CAKE!!!!! But just don’t tell my husband that I sebenarnya dah muak sikit sebab baru je makan masa birthday mama hari tu.. hshshshahahahahahahahaha.

Tapi serius, terharuuuuuuuuuuuuu sangat. Thankyou encik rabani. I LOVE YOU SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!!!!! Pastu tak jadi lah keluar… tapi atleast I terurus sikit ah dalam gambar. Hehehe
Itu sahaja kenangan untuk disimpan.

To my dearest husband, thankyou so much sayang for everything. By means of everything, is everything!!!that you did to us.. jadi suami dan papa yang baik buat kami berdua. Terlalu banyak kebaikan sayang, tapi biarlah Allah sahaja tahu, nilai dan yang membalasnya. In sha Allah semoga pengakhiran yang baik buat sayang dan kita semua. I am sorry sometimes sayang kena handle my tantrums (im pregnant again what to do lets embrace the tantrumness hahahaha) . You are one of the biggest gift that Allah have given to me, never once I regret having you as my husband (walaupun kita gaduh gaduh, merajuk rajuk) and ofocurse you are not perfect, and so do I. I love you, so much. Lots of love your clingy wifey .

Adios! Assalamualaikum!





16 May 2017

Nukilan buat Mama...

Hai Assalamualaikum semua,

my love

Semalam masa nak tidur, boleh pulak terimbas kembali kenangan kenangan waktu mama jaga masa dalam pantang dulu. Dari masa pregnant sampailah dah melahirkan. MasyaALLAH. Betapa hebatnya kasih seorang ibu kan.

Masa mengandung dulu, kalau tak suami yang tanya nak makan apa, mama pun selalu tanya nak makan apa apa tak? Nak belikan apa apa tak?

Cekkan tahap kesihatan, scan baby dalam perut, cek bukaan..

Masa dah saat nak masuk labor room, mama yang masa tu dari kl, walaupun dah lewat malam masih lagi singgah hospital, nak tunggu sampai melahirkan. Walaupun dia dah sangat penat tapi dia still tunggu, tapi lastly  masa dalam labor room, suruh mama balik sebab dah lewat sangat, dan minta dia doakan supaya senang melahirkan sambil nangis nangis. Hahaha

Masa pantang, mama jaga sangat elok, masakkan hari hari (walaupun mengikut dia, makan apa pun boleh) haha, mandikan kita sejurus lepas dah beranak tu, dengan keadaan tak laratnya. mandikan baby, sakit pinggang tau mandikan baby haha, tungku perut kaki , tapak kaki kita. Tengok mama yang sanggup melutut nak tungkukan kaki anak dia ya Allah sangatlah tak sampai hati. Lepas tu buat sendiri je lepas tu. Walaupun dia busy gila masa tu (Dan sekarang pun huhuhu), jaga kan baby bila baby takboleh nak berhenti menangis. Dan semua semuaaaaaaaaaaaalah!

Itu baru part pregnant. Belum lagi part sejak kecil mama jaga dan sayang hingga dah kahwin dah ada anak ni .... Dari segi kerohanian, mentaliti, pun mama paksa anak mama, sebab mama tahu itu yang terbaik buat anak anak mama..


Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mama. Sangat tak terkira betapa baiknya dia pada anak anaknya. She is a single mother, taking care for the six of us...Allahu.. Maafkan anakmu ini mama, selalu buat hati mama terguris, dan selalu termenyusahkan mama. Halalkan segala makan minum pakai kita ya. Walaupun kadang kadang kita selalu tak sepahaman, ketahuilah anak mu ini sangat menyayangi mu TT.. Dan kita hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat salah..

Mama, if you are reading this..



Kita minta maaf, sekarang tak mampu bagi apa apa dekat mama. Walaupun mama tanggung segala pengajian dulu, i ended up being a housewife. And i couldnt provide the things that i really wanted for you to deserve it. In sha Allah semoga Allah sempatkan kita, beri sedikit rezeki untuk dihadiahkan kepada mama. Im sorry that i couldn't be a daughter that you wished for..

Kita tak pernah lupa untuk doakan mama, everytime after solat. That Allah will grant you healthiness and wealth, for all your urusan dipermudahkan, supaya segala hutang mama dapat dilangsaikan, to grant you happiness that you deserve it, and kekuatan untuk menempuhi segalanya. Sebab Allah kata, doa anak yang soleh akan dimakbulkan.. I hope that i can be a good daughter so that Allah grants my wishes for you..

and I love you, so much. Even if i have my husband and my kids already, i would always love you day by day. Not forgetting all the deeds you did to me. 

You are an example for all women out there. Even anugerah mak mithali also cannot beat your strength. Haha.

And if i die before you, i hope that you can forgive all my wrongdoings.. pray that we will meet together in Jannah as a family again..

Amin..


-----------------
Sekian sahaja, luahan hati. 
Adios, Assalamualaikum!




27 April 2017

Gambar yang paling bersejarah dalam hidupku

Hai Assalamualaikum!

Pernah tak baca buku "women are from venus, men are from mars?" Tak pernah? Samalah kita bahahaha. Perempuan dari planet lain, lelaki dari planet lain, nak menunjukkan betapa berbezanya perempuan dan lelaki kan.

Samalah aku dan husband ku, some parts kitorang sama, the other many many many parts we are completely different. Salah satunya, in terms of ambik gambar.

I loveeeee to take pictures. And my husband tak suka. Hahaha bukan dia tak suka, dia macam kalau tak ambik gambar pun takpe. Kalau special occasions ambik jugaklah hehe. Tapi bagi aku, sayangnya kalau tak ambik gambar. Ini semua kenangan. Walaupun benda tu simple je. Hahaha. 

Contohnya, bila dia belikan chocolate bawak balik dari office. I have to take picture of it first. Sebab cokelat tu hubby beli effort nak pujuk isteri dia yang merajuk sebab tak sepehaman pendapat bahahaha. Walaupun coklat tu coklat kitkat atau yang murah murah je, tapi efforts tu penting! #bukantaksukayangmahal hahahaha

I have to take the picture of the Tomyam yang dia beli, sebab isteri dia mengidam sangat nak makan, jadi walaupun dia takde duit sangat dan gaji lambat lagi dia still belikan. #tomyamtutomyammahal

I have to take picture of Mee Goreng Mamak yang dia belikan, sebab walaupun dah lewat malam dia still belikan sebab isteri dia lapar. #danmengadangada

I have to take the picture of the breakfast he made for me during pantang, sebab nak mengingatkan betapa kasihnya dia pada isteri dia ni walaupun dia dah lambat pergi keje, dan cara dia hargai pengorbanan isteri dia

I have to take picture of him main dengan anak lepas balik kerja, sebab sepenat mana pun dia hari tu, dia masih cheer up dan main bila jumpa anaknya. #danmaknyatersisih hahaha

Hahaha, nanti bila dah tua tua ke, bertahun lepas tu bila terjumpa balik gambar gambar tu akan mengingatkan kita akan kenangan kenangan yang indah kan, dan seterusnya memekarkan lagi kasih sayang yang ada. ECEWAH. 

Thankyou sayang pengorbanan mu begitu ku hargai. I love you. 

Anyway back to main story. Hari tu bila dah habis bersalin kan, husband tetiba hulur fon dia tunjuk gambar kita yang baru je final push keluarkan Althaf, dan Althaf yang terus diletakkan atas dada tu. Mula mula macam terpinga kejap. 

"haaaa, ni hubby ambik ke" yelah siapa lagi dalam labor room tu hahaha

Macam tak percaya dia boleh ambik gambar tu sebab memang tak suruh pun. Sangat sangat terharu hubby yang tak suka sangat ambik gambar tu boleh ambik gambar di saat saat genting macam tu, Dan gambar tu sekarang sangat legend dan bermakna bagi aku. Sangatlah precious. Boleh jadi pembakar semangat kalau nak anak setiap tahun, lalu tengok gambar tu, dan tengok muka yang takleh bla sakit tu, lalu tanya diri sendiri "haaa tak ingat ke sakit beranak cemana" Hehe.

Taraaa inilah gambarnya! Thankyou sayang, next anak ambik video pulak ye. hahahaha



 Sekian sahaja, adios! Assalamualaikum :)




28 March 2017

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Pertama, Sayang.

Hai, Assalamualaikum!


"happy first year anniversary sayang, tahun ni bertiga, tahun depan punya anniversary ber empat lah eh?" - husband. Hishhhh! Hahaha!


Alhamdulillah 26 March yang lepas adalah hari bersejarah nya dalam hidup, Hari kahwin kami! Alhamdulillah sangat sangat.


Brownies ni sedaaaap sangat2 serius tak tipu, boleh dapatkan di IG: Carnationzhomemade. Thankyou sayang surprised kan nutella brownies and Pecan.

This one year with you has been amazing sayang, SubhanAllah. We got married, and I got pregnant. And suddenly he got to bear and be patience with all my grumpiness and emotions. Hahahaha!

Mana taknya, kahwin dan Alhamdulillah terus lekat. Tahu tahu je lah emosi orang mengandung macam mana. Lepas dah bersalin pun emosi lagi sebab kena adapt jadi ibu, adapt sakit bersalin apa semua. 9 Bulan mengandung, dan masa Anniversary ni Althaf Muhammad dah 2 bulan. Haaaa 11 bulan dia kena layan emosi tak menentu aku ni. Hehehe.

Dan, hubby sentiasa di sisi. Gembira dan sedih, marah dan tenang, kelam dan terang, manis dan pahit, suka dan duka, garam dan gula, kunyit dan halia.... okay okay ill stop. Hahaha. Terima kasih sangat sangat untuk itu. Maaf sayang, tak dapat penuhi, tak dapat buat apa apa yg sepatutnya kita buat. Once i adapt with all of these, I will give you every thing i have to do for you okay? TT  May Allah grant you Jannah, amin...

Terpenting sekali, Terima Kasih Allah atas segalanya. Always give thanks to Him. Because without His blessings and mercy,  we are nothing. Nothing.

Hari anniversary kami penuh dengan ucapan " sayanggg, happy first year anniversary!" Hahaha. Entah berapa puluh kali ucap hari tu. Habis solat ucap, sebelum tidur ucap, pergi makan ucap, pandang each other with love, ucap. Hahaha We were so overwhelmed with happiness. Alhamdulillah, and grateful for each other. I dont know what will I do without him....
*teary eyes*

Malam sebelum hari anniversary, kami pilih pilih tempat nak makan special. Husband nak makan steambot and grill, sebab boleh makan macam macam and banyak banyak( macamlah dia tu sejenis makan banyak kan. Huhu) Kita pulak nak makan tempat yang romantik dan ada aircond. Bahahaha. But in the end,  we agreed that we'll having lunch at "Bakar Bakar Steamboat and Grill Restaurant ". Malam tak fikir lagi nak makan apa. Tapi nak special special jugak. Hahahaha Kecian hubby kita. Tapi dah cadangkan nak makan Mr Dakgalbi sebab benda tu macam sedappp got cheese and everything.


only one year dont want to hold my hand anymore meh? hahahahaha!

Sebabkan hari tu special day kan, Aku memilih untuk memakai something yang... proper? Hahaha Jadi gigihla pakai kebaya. Dahla baru lepas bersalin, lemak lemak akibat kebuasan nafsu makan mengandung pun tak hilang lagi. Akibatnya? Adalah terkoyak sikit benang kat kain sebab lemak ku stretching stretching ketika mengangkat Althaf. Muahahahhaha.



Althaf Muhammad hari itu bagaimana? He is a good boy, Always. But he choose to be grumpy that day. Hahahaha! Menangis all the way! Melalak all the wayyy! Tapi by petang dia dah tenang sikit kot. Masa makan makan je dia macam meragam. Lepas dah tidurkan dia barulah boleh makan dengan tenang. Hahaha. Lepas tu? Lepas tu dia sambung melalak. Hahahaa. Ingat kelakar ke hahahaha ni? -'-


seriusnya muka tidur abang sado kita ni

Maaf tak dapat tunjuk sangat gambar makanan kat Restaurant tu, sebab hemmmmm biasa biasa aje lah. Red wok is better. Variety tak banyak sangat. Sotong pun takde. Alasan? Tengah perap. Maybe malam best lah kot. Kitorang pergi time baru bukak pukul 12 macam tu. Tapi kambing perap dia Marvellous hehe :) Servis everything okay, ada aircond apa semua. Harga rm40 per pax kalau siang. Kalau malam rm45. 


Lepas makan makan jalan jalan pergi Bangi Sentral kejap tapi kejap je lah sebab ada budam tengah grumpy *merenung althaf* hahaha. Then kitorang diskuss nak buat apa lepas ni. Nak makan cendol pulut durian, tapi tak jadi sebab tak berkenan kedai, then Hubby potong rambut dekat Joe's Barber. Alhamdulillah masa tu Althaf bertenang. 

Kitorang decide untuk balik je lepas tu memandang kan kepenatan. Hahaha, Sebab hari pun dah hujan lebat. IngatKan malam tu nak keluar lagi tapi masing masing ketiduran penat*jeling althaf* Hehe.

Special dinner postponed to the next night nya. We went to have Mr Dakgalbi at IOI City Mall! Malam yang sangat aman, kami memakai pakaian yang colour match, Althaf Muhammad memberi ruang untuk parent dia dating, dengN tidur sepanjang masa. 




Thank you sayang. Mr Dakgalbi was niceeee! We ordered this set worth rm67 for 2-3pax. Tapi kena add something la macam ramen ke , nasi goreng ke worth rm 7.00 sebab kalau tak add, kena makan ayam and kobis je semata hahaha!

my sister thought it consists of tempe and tauhu.geeezzz budak ni



Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Thankyou sangat sangat kat hubby yang sudi penuhi nak apa apa. Maaf kalau selalu susahkan Hubby. Semoga Allah sentiasa murah kan rezeki dari segi kesihatan, kebahagiaan, kewangan dan lain lain, In shaa Allah amin. 

Last sekali, I love you Muhammad Rabani (and Althaf Muhammad!! hehe) 


25 November 2016

Happy 8-Monthsary to Us

Haii Assalamualaikum to my three billion readers. Awww i miss you alls. Do you all miss me? tehehe

.
.
.
.
.
.
.
Sorry.

Today is 26th of November! It means something special is up today! Since we got married on 26th of March 2016, i guess then every 26 is our special day to celebrate and appreciates the day we became One. Alhamdulillah.. Segala galanya milik Allah. Kebahagiaan ini juga.. Baru 8 bulan usia perkahwinan kami.. Banyak lagi suka dan duka yang perlu kami lalui bersama.. Semoga perhubungan kami sentiasa diberkati Allah, sentiasa penuh dengan barakah, keamanan, kesejahteraan dan berkekalan hingga ke syurga amin.. 

with my lovely parents....

Pagi pagi scroll gambar masa baru kahwin dulu kat hubby yang tengah kemamaian tidur. Sabtu is the day for him to rest.. But i still want to disturb him haha

"hubbyyyyy kurusnya kita masa ni...kurus tak hubby??"
"kurus....sekarang pun kurus jugak..cuma buncit je"

 #throwbackbarukahwin


AWWWWWWWWWWWWWWWWW. 

Padahal masa kahwin berat jeeeeeeeee jugak.. huhuhu

Tapi, takkanlah "buncit" aku ini mengandungi 12kg berat... YA.. Dah naik 12kg setakat minggu 33minggu mengandung... Alhamdulillah naik berat badan.. Ada sesetengah ibu to be, ibu wanna be lagi risau berat tak naik naik, maka bersyukurlah aku dan silalah memandang dari sudut positif.. (cries a river) tskkkk.

Esok dah 34minggu... Alhamdulillah sekali lagi.. Semoga rakan rakan yang membaca mendoakan supaya saya dapat melahirkan dengan selamat, baby selamat keluar dengan sihat dan comelnya, dan agar semuanya dipermudahkan buat kami bertiga..amin amin... Segala kekuatan dari Allah, dan semoga Allah hadiahkan sedikit kekuatan buat ku untuk mengharungi battle ini! amin..

Oh, dan aminkan juga supaya dapat lahirkan baby pada 38minggu.. hahaha! Dah tak sabar sabar nak jumpa baby, dan sebenarnya lagi.. dah berat nanang ni nak tampung berat badan sendiri.. Sakit pinggang, sakit kaki sakit pelbagai sakit lah.. hehe

Itu sahaja setakat ni, 

Adios!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...