Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

22 January 2019

My 26th Birthday Gift

hai Assalamualaikum!


my loveeee. Masih suka sampai sekarang hahaha

Lagi nak simpan kenangan birthday yang ke 26 yang lepas pada bulan Disember.

Birthday yang ke 26 hari tu memang dah aim nak hadiah bag tote yang besar dan cantik, sebab macam hemm sedihnya dah 26 takde beg lawa lawa lepastu last last bukan engko yang membawaknya bahaha, sebab encik rabani lah yang selalu bawakkan. Tapi tetap nak jugak bag baru! Kalau perempuan lain dah banyak dah bag cantik cantik.. sis pakai je lagi Beg Roxy kegilaan kumpul masa remaja atau bagpack senang semua sumbat. Tapi itulah, peer pressure bila tengok mak mak lain masih cantik je boleh pakai lawa lawa rasa macam rendah diri sikitla..... ????????????/ ape lah kau ni. Please jangan compare kehidupan diri sendiri dengan yang ditayangkan di social media tu. Hahahaha tapi serius memang nak sangat bag baru pastu mula lah bagi hint kat suami.....

Mula mula nak bag tote Duck punya, lepas tengok video baby haul dia. Nampak cantik gila pink diaaaaaaaa ya Allah aku tercair tapi bag tu rm500 tau :( Kita kita ni lahai rakyat marhaen bilalah nak kaya. Hahaha. Ingat nak kumpul duit sendiri je la beli tapi entahla bila boleh beli sebab setiap bulan mesti terbeli barang anak anak je. 

Pastu entah macam mana di suatu hari tu, terfikir nak beli bag Cath Kidston. Kita ni memang sejak remaja suka gila corak corak flowery english tu. SANGATTTTTTTTTTTT SUKA KALAU TAK PERCAYA BOLEH DATANG RUMAH TENGOK Hahahaha. Pastu bila nak tengok stores yang available aduhh dia dah tutup semua cawangan dia kat Malaysia. Sebab pernah teringat pergi yang cawangan dekat OneUtama tu tapi Facebook la kata dah tutup.

tweet tweet hint hahahaha

Tiba tiba tertengok la di carian google tu Cath Kidston UK tu ada buat Black Friday Sales up to 60%. Omaiguuudddddddddddd. Terus lah cari tote bag yang tercari cari tu dan memang mostly tercair sangat dengan design design yang ada aku menangis air mata darah. Lagi menangis bila tengok cost shipping ke malaysia dah saing saing harga Bag. 

Tetapi, encik Rabani yang handsome dan suami mithali tu...hahahaha offer nak hadiahkan untuk my birthday. Kita pun tolak lah dengan berhemah hemm takpelah yang betul ke ni hehehe takpelah tapi ambik jugak akhirnya! Mula mula dia nak belikan lebih dari 1 bag tapi sis isteri solehah kenalah berfikiran waras taknaklah susahkan dia. Last last ambik bag yang kita nak sangattt tu dan satu wallet. Sampai sekarang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tengok bag tu sebab memang cantikkk (dimataku bukan dimatamu) hahaha, bila sampai tu lagilahhh out of expectations sebab dalam dia pun cantik and banyak compartment!!

taraaaaaaaaaaaaaa! sumpah cantik gila sampai rasa nak tidur dengan bag malam tu.... cantik sangat.

Cost shipping dia 20pound around rm100 lebih malaysia. Sampai laju sangat dari UK tu dalam masa 4/5 hari je and bag shipping dia pun lawa gilaaaaaaaaa. Hahahaha.

inilah hasil browse laman web depa 5 hari 5 malam pilih nak apa


Design and compartment dalam bag tu. Cantikk kan! Sebab dekat website dia tak tunjuk pun bila dapat haaaa omooo lawanya kau ni macam aku.. hahaha!

Suka sangat dengan bag sampai mata jadi star star ssetiap kali tengok.

Terima kasih banyak Encik Rabani. Walaupun mungkin ada yang gelakkan kita "alahai baru dapat bag cath kidston pun nak gembira sangat ke, designer bag banyak lagi yang ribu ribu orang pun tak heran la eee sadis la hidup you ni"

Bak kata pepatah pemberian "orang yang ada hanya ada rm20 tapi tetap memberi RM10 adalah lebih bermakna dari pemberian orang yang ada RM100 tapi pemberiannya rm10". Lebih kurang begitulah hahahaha femes okay kena cari balik tweet viral tu.

Kita tetap dan akan sentiasa menghargainya, TERIMA KASIH Sangat sangat sayang, selalu bahagiakan isteri awak ni walaupun dia mengada ngada selalu nak makan itu ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk encik Rabani. Amin ya rabbal alamin...

Nanti dah kaya kita nak beg Hermes tau walaupun bukan peminat bag..... Hahahaha yelah bila dah kaya duit banyak sangat mesti akan terminat jugak designer bags ni!! 

Sebelum merapu lebih lagi.. izinkan ku undur diri.....

walaupun yang memakainya nanti, encik rabani sendiri juga hahahahaha

Adios Assalamualaikum!


21 January 2019

Althaf Muhammad is now Two

hai Assalamualaikum semua!



Anak soleh baik hati, pandai dan penyejuk mata semua orang, Althaf Muhammad 




Last 10th of January, Althaf turns to Two. Alhamdulillah he is all healthy and active boy, and a very clever boy also so like me, and much more like his father. Teheheeeeeee.

We made a simple birthday party for him, a very simple one sebab my husband dah out of budget that month, taknakla susahkan dia, sebab kalau nak jemput ramai ramai cost bahan masak tu.....fikir nak celebrate dekat luar tapi takda bajet nak belanja semua orang, okayla buat dekat rumah je la. Masak mihun ke... hahaha. tapi tiba tiba terjadi a bit-over-the simple pulak sebab

"hemm nak ajak kawan sekolah bangi la, memeriahkan majlis sikit sebab diorang pun rapat dengan Althaf selalu keluar sama"

"alamak, ni dah ajak kawan yang ini kena ajak kawan broccolis pulak, nanti takut depa terasa tak ajak"

"ala dah nanti gambar ramai ramai, kawan yang dok dekat sini tapi tak diajak, apa pulak kata dia"

"ni kalau dah ajak dia, kena ajak juga kawan lagi sorang ni takut terasa ajak dia je..."

and that was a part of it yang menjadikan dia a bit merrier than i want it to be.. haha.

Pada kawan kawan dan saudara saudara yang terbaca ni maaf sangat sangat tau kalau kita tak terjemput, seikhlas hati kalau boleh nak ajak semua tapi maaf rezeki, tak mengizinkan sikit. Adalah dalam 30 orang kot campur dengan kawan kawan mama, teacher teacher taska, dan saudara ish tapi menyesal sangat tak ajak je semua. Tapi on that day lauk semua terlebih lebih pulak.. Huaaaaaaaaaa. Nasi suku je dari periuk tu yang habis. Tak taula tetamu tetamu ni makan ke tak hahaha ke tak sedapp ni hemm

Tak sempat nak kumpul duit untuk belikan hadiah Althaf pun, maaf althaf, nanti mummy belikan ye. Hadiah bestttttttttttt untuk Althaf. Doakan mummy papa murah rezeki.



masa ni bawak dia keluar dating time adik tengah tidur, nak carikan balloon birthday!

Inila balloon nya! Cantikkk sangat kan. Rezeki Allah bagi, semua ni dalam rm30++ je dari rm100++. Kedai tu tengah buat clearance sales. Jadi pump2, dan gantung. Selesai.


Thankyou so much adidah TT. Sebenarnya nak order dessert tapi sebab bajet tak cukup pastu Allah hadirkan seorang adidah macam tau tau je dia, orderkan dan bagi ni walaupun dia tak dapat datang. Semoga murah rezeki seorang Fadilah Adidah bt Zubir....

Alaa tak nampak lauk lauk. Haha tapi ada nasi ayam, spaghetti Carbonara, pastu gigih buat agar agar milo first time sebab nak jugak ada dessert kan pastu baru tahu didah dah orderkan cream puff.


Alhamdulillah kek ni wan althaf sponsor. Hehe terima kasih wann! Althaf loves you so much.

Mummy and maryam. Althaf aktif sangat malam tu suka ramai orang tak sempat nak bergambar plus mummy busy layan tetamu. Terkilan hati tak dapat gambar berdua dengan birthday boy. Huaaaaaaa


Antara yang datang. Ada lagi belah belah sana tu. Terima kasih banyak sudi maii..


Wan dan althaf . Love.


Terima kasih atas hadiah yang diterima buat Althaf. Semoga murah rezeki semua orang


And last... a proper finally portrait. Masa ni tangkap masa majlis belum start and tetamu belum datang sebab tahu nanti haru biru semua tah kemana haha.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Next time mummy buat proper sikit ye untuk Althaf.
Selamat Ulang tahun yang kedua. Mummy Papa sayang althaf muhammad sangat sangat. Semoga sentiasa membesar menjadi anak yang soleh dan baik, yang sabar macam papa, yang sentiasa berhemah, dan sopan dengan semua orang. Semoga menjadi permata di akhir zaman ini dan jadi orang yang hebat hebat dalam perkara yang baik baik, in sha ALLAH. Allahumma amin......
Perkenan kan lah ya ALLAH. Sesungguhnya Kau lah yang Pemurah dan Mengasihani..



09 December 2013

I am 21 today!!

Alhamdulillah, sudah dua puluh satu aku diberikan peluang merasai detik detik sebuah kehidupan yang kadang ada ranjau dan durinya, yang kadang tiba tiba jalannya penuh dengan burung burung bersiulan dan berkacauan merdu mengalunkan bunyi, yang kadang - ok dah hahahahahha 


Malam detik nak ke dua belas tu aku steady cek facebook demi memastikan aku punya birthday set ke private 'only me' sebab aku tak suka betul jenis orang orang yang wish tak ikhlas ni. Hahahaha. Bajet jeeewww


Jadi malam birthday jejak 12 malam yang menandakan saat 9 hari bulan bermula dipenuhi dengan nyanyian nyanyian sumbang dan merdu hahahahaha mama ku, arisyah, dan asfia sofwa. Sumpah tak tipu diorang nyanyi balik kali yang ada satu part ni diorang nyanyi sebelum pukul dua belas dan aku suruh stop kejap. Masuk je pukul dua belas like a boss dengan muka tak malunya aku cakap "okay dah boleh nyanyi, start now" bahahahaha. Lepas tu sambil aku gomol gomol perut mama, mama tiba tiba cium dahi kuuu which aku rasa "aaaaaaaahhhhhhhh" gembira tak terkalang! Lepas tu aku paksa adik adik perempuan aku cium jugak dahii ku. Benda benda yang menggembirakan memang kadang kadang kita kena paksa. 


Okay hal family wish birthday dah settled, dan tiba masanya aku tunggu kawan kawan pulak wish. Tahu tak aku dah berdukacita gila especially dengan housemates sebab aku ingatkan diorang taknak wish aku lagi macam tahun lepas which they did wish me after 2/3 days after that dengan diiringi surprised yang aku macam heeeehhhh. So malam tu alu ingat diorang taknak wish lagi macam tahun lepas sampai aku tulis diari kottttttt hahahahahahhahahaha. 

Bukti. Hahahahahhaha. Happening atas tu aku maksudkan "meriah" tapi aku tak dapat word yang sesuai. Kahkahkahkah. maaflah grammar english aku ni tahap nazak dah. kakakakaka


Lepas tu tiba tiba hanset berbunyi dari kejauhan which aku tunggu ianya berbunyi and segala kegalauan aku pun musnah dan aku pun terkidum kidum membaca ucapan wish yang dimulai dari ain farhani , first housemate yang wish, ain nyanyikan laguuuuu birthday, lepas tu izza hazira, lepas tu didah, lepas tu yan, lepas tu farah syahidah, lepas tu shazlia, dan esok paginya baru amalina suhaimi. Im indeed happy with this kiddo behaviors this year. Hahahahahhaa. Love you so much girls.


Dan pagi tuu dengan mata tersasau sasau aku tengok instagram izza hazira upload insta video mereka nyanyi ramai ramai like " wooaaaaahhhh kenapa sweet sangat niiii ". Terharu gilaa sebab budak budak tu ada mooting yang penting tapi masih tetap spent masa rakam video, izza hazira yang berjiwa kental menghadapo subject subject 4 credit hours diaa dan didah yang super busy dengan assignments sumpah terharuu ulang tayang banyak kali okaaay. Hahaha 



Esok paginya, mama bawa pergi makan pizza hut. Hati rasa walang juga sebab tak dapat makan kek. Kena decide nak makan secret recipi ke pizza hut tapi aku tak suka makanan secret recipi jadi ..... 




Hah ha. 

Lepas balik je makan pizza, mama pun bergerak ke perak. Rasa sedih sikit sebab aku berfikiran mama should spent more times with her birthday girl isn't tapi erti hidup mengajar aku sentiasa bersyukurrrr. Kakakakakakakka


Jadi bila dah tak mama dekat rumah, rumah pun mestila dah tak rasa rumah hahahahaha tak ada lah lepas tu aku pun drag diri sendiri paksa balik shah alam. Dah malam maghrib macam tu waktu nak pergi diskusi group tiba tiba didah panggil dalam bilik dan bagi sebondot hadiah. Sumpah la rasa macam "ahhh kenapa didah macam niiii" thank youuu did. She understand me so well, bagi hadiah anak patung girly girly which i named it "kazuha". Shes gonna be my ran's bestfriend!!! Yeaaa ran dah ada kawaaaan. Hahahaha and books!!!! DIDAH JUST GAVE ME BOOKKKKSSSSSSSSSS!!!! And a birthday card. Rasa nak jerut jerut je dia kenapa kena susahkan diri beli semua ni. Anyway thankk youu did :) love youuuu muchhhhh!!




Saya rasa didah tulis tak guna pembaris ni. Hahahaha! 


Lepas tu pergilah diskusi group dengan hati yang gembira, wajah yang terkidum kidum, dan masa tengah buat diskusi tu tiba tiba fikir nak ke taknak beli kek makan sendiri. Sebab tahun ni mama tak beli kek, and it is a birthday day jadi kalau tak de kek rasa tak complete je hari jadi. Mengada ngada kan. Tahuu. Dan tiba tiba bagai bidadari muncul dari kayangan amal kol suruh tunggu kat luar, and dia bagi KEEEEEKKKK!!!!!!!!!!!!!! Ni budak lagi sekor tak tahu macam mana nak respon, memangla gembiraa tapi tahu tak dia sanggup keluar pergi beli kek dan hantar kat luar Giant walaupun banyak kerja. Ahhh nak nangis TT thanks gila gila amal. Love youuu so muchie muchie hahahahahaa






In the end thank youu Allah for all these people who makes me so happy, to these beautiful people in and outside. I love youu Allah, i love youuu humans! Muaah muahh muaaahh!!!! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...