25 September 2012

Hidup zaman ini

Saya rasa anak anak dan murid murid sekarang hidup di dalam kehidupan yang dalam kasarnya menunjukkan kita adalah bos, dan ayah ibu guru pensyarah adalah hamba .

Kita marah jika barang atau benda yang kita nak tidak dipenuhi ibu bapa. Kita fikir tanpa menyedari mereka itu diciptakan untuk memuaskan keinginan duniawi kita

Kita marah dan mengadu kalau lecturer ada sikap yang buat kita rasa tak senang. Kita marah lecturer kalau kita rasa tak faham, kita salahkan lecturer bila kita gagal dalam ujian

Realiti.

Ayah ibu kerja sengkang mata balik penat layan lagi kerenah anak tak ditambah lagi ujian ujian luar yang lain , dan kerja kita merajuk, merengus dengan mereka bila keinginan tak digenggam .

Guru dan pensyarah , datang kelas susah payah demi niat nak bantu kita berjaya tapi kita buat muka bila dia nak buat kelas lebih nak buat kelas ganti nak ajar lebih masa . Padahal.kita yang mahu periksa kita yang mahu belajar disini dan ironinya kita yang berlagak macam tuan bila hati rasa jengkel .


Saya juga dalam situasi di atas.
Dan saya tidak mahu .


Anak jadi tuan
Ibu ayah jadi hamba.
Realiti dunia akhir zaman.


Allah , peliharalah saya adik beradik dan kawan kawan dari kejahilan ini. Rahmatilah kami, jadikanlah kami ank yang soleh dan solehah .

In shaa Allah
posted from Bloggeroid

17 September 2012

The little interesting things

Ehem ,

Hell ooo everyone
Assalamualaikum.

Hari tu masa dekat macau saya dah bertekad nak tulis dekat blog bila sesuatu kejadian menarik itu terjadi .


*keluarkan otak, serap pakai span*

Ni kalau dunia Hogwarts real ni saya dah message dumbledore pinjam nak pensieve dia .


1) macau telah menggunakan kaedah physchology bab first impression dengan amat berkesan sekali dengan meletakkan para para imigresen kaunter yang mempunyai paras muka kalah daniel wu , nicholas tse dan lain lain . *kah kah kah*

2) bila semuaaaaaa teksi dekat macau pemandu dia garang gila nak mampus, bawak macam drift gila dan tak pandai speaking english. Rasa nak batalkan silaturrahim antara malaysia dan macau! Kita tak kira jugak! *over je*

3) bila kitorang bertiga mempunyai masa masa sukar untuk self capturing dengan kamera, datang seorang mat salleh yang gila indah kalah model model calvin klein bagi bantuan "may i help" . Wakakkaakaka. Hah . Terus senyum sejelita yg mampu dibuat dengan harapan dia menyelitkan sekeping kad no dia malangya pelamin angan ku musnah di macau .

4) bila masa nak register untuk herbalife event tapi tak tahu kat mana, lepas tu ternampak orang memakai brand herbalife, mama dan saya main kejar sekali orang herbalife korea yang tak tau speaking tapi hah! Lihat ini . Lihat ini *tunjuk kat diri sendiri* berborak borak macam kawan lama terus dalam bahasa korea! Jangan nak men men! Huh

5) bila orang orang kerja di macau pandai cakap the general malays . Pergh rasa si itik tak tahu jalan pulang bisa sampai rumah . Takde bukan? Takde kena mengena bukan? Kakaka


6) and the greatest sekali adalah merasai the bonding 'herbalife family' dengan 12 ribu orang berlainan country dalam dewan melihat kibaran kibaran bendera.. Perghhhhhh. Eh ni nanti saya cerita kat herbalife punya blog .



Itu jela kot mampu diserap. Aktuali dah datang macau ni kali kedua . Hongkong pun kali kedua. Alahai teringat pulak kisah menarik yang ke tujuh tapi malas pulak nak taip kat atas . Hidung saya jadi macam air terjun niagara masa nak pergi hongkong naik ferry . Cuba lah engngkorang selami perasaan masa tu macamana .


In the end, Alhamdulillah selamat sampai dan pulang . Dengan ini saya selitkan beberapa gambar buat tatapan semuanyaaa . Muacks. Xoxo.










posted from Bloggeroid

04 September 2012

About reading in english

Saya tak baca english thingy kalau saya tiada sebatang pen dan any sources of english-malay translations.

Sad life.
Sad life


Sekarang ni tengah selak selak RD,
Sekarang ni tengah kat ruang tamu depan belakang kerusi besar,
Sekarang ni dalam bilik ada makcik tengah tidur,
Sekarang ni saya takut ulang alik masuk bilik takut makcik saya terbangun,
Sekarang ni pen dan dictionary saya dalam bilik tu,


I speak rubbish isn't?
*juih bibir*
posted from Bloggeroid

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...