13 May 2018

Review : Beli Baju Baby directly dari NextDirect.Com

Hai assalamualaikum semua!


Belah kiri from Next , belah kanan beli di BabyRedhut

Since, dah tahu jantina, rasa excited gila nak beli baju baby. Macam dah takda hari esok. Duit dalam bank tu hajat nak simpan tapi memanggil manggil untuk digunakan. Rasa macam kalau tak guna untuk beli baju baby, rasa berdosa!!!!!!!!!!! hahaha. OVER.

Ini pun beli senyap senyap tanpa pengetahuan encik rabani. Omgee the feeling takut kena bebel oleh suami sendiri.... hahahaha. Bukan dia tak bagi beli. Tapi dia selalu marah sebab beli bukan untuk diri sendiri. Lepas tu meroyan tak dapat beli baju sendiri. Hahaha. #mummypunyabajucanwait

Sebenarnya dah selalu usha website ni sebab baju baby dia cantik cantik. Baju dewasa, household pun banyak jugak jual tapi tak bukak sebab fokus kat baju baby je. Plus ada cawangan dia dekat Malaysia kalau tak silap. Sebabkan kita ni tak suka pergi mall dekat kl. Jauh satu, rimas satu ramai orang, dan tak retii jugak satu. Jadi selalu pergi IOI, atau Alamanda je. Alamanda tu second house ok. Favorite sangat sebab tak ramai orang. Hehe

Akhirnya, pada pukul 12 malam hari apa entah. Jari ni memanggil manggil untuk window shopping kat website tu untuk kali ke berapa. Tiba tiba dah ter check out. Omgeeee!! Hahaha. Baju dia cantik sangat........ pastu tak mahal sangat macam mothercare.

Ni baju baju yang sesaje terbeli tu.. Takdelah banyak pun, cukuplah melunasi royan mummy. Hahaha

Payment boleh guna Visa atau Master Card dan dua lagi option tak ingat. Kita pakai visa debit je. Memangdangkan kalau beli over rm150, FREE SHIPPING . PLUS WILL BE DELIVERED IN 4 DAYS WAKTU BEKERJA. Kita pun termakan umpan dan terbeli.

Ingatkan dari Malaysia je cawangan hantar barang kan. Tiba tiba dapat email memang dari UK. Wow. Dari UK nak sampai Malaysia dalam empat hari? Betul ke ni..

 
Esoknya dapat email barang dah despatched

Memang cepat. Malam ni order, esok dah dapat confirmation email yang kita dah beli. Lepas tu petangnya dia hantar email lagi, barang dah despatched. Dan memang betul. Dalam masa empat hari je barang dah sampai. LAJU GILA.




Pernah dulu beli baju dekat Carters US, tapi time tu beli , hantar dekat rumah kawan. Family dia dok US. Then, kawan ni pi bercuti sat kat sana, balik Malaysia dia tolong bawakkan balik. Tapi time beli kat Carters tu pun ambik masa berminggu jugak nak sampai rumah kawan tu. Memang lama tak macam beli kat Next ni. 





Tapi baju kat carters banyak gila lagi pilihan and lawa lawaaaaaaaaaaaa. Memang kalau nak beli dari Carters cari jelah ig yang ambik pre order. Sebab tak ada yang direct shipping to Malaysia macam Next ni. Sedih, plus boleh je nak beli sendiri dari Carters sendiri, tapi rumit sikit lah proses dia and shipping mahal. 

Overall, kita suka sangat kualiti baju  baju baby dari Carters ni! Lembut dan memang cotton as per description. Lawaaaaaaaa sangat. Nak beli lagi tapi duit dah pergi.... Hahaha. Hari tu (dah lamaaa gila lah ) tengok insta story Ameera Zaini beli jugak baju Next ni untuk baby dia. Sekotak besar tau terus. Semoga mummy pun nanti dikurniakan peluang cari rezeki business woman macam dia. Boleh shopping baju anak anak macam shopping groceries dapur setiap minggu. Hehehe. Amin. 

Itu je kot yang nak dishare. Hehe. Padahal semua orang tahu cara nak beli cemana.. kecoh je mummy ni

Kalau keluar boy macam mana mummy? ALHAMDULILLAH BERSYUKUR JUGAK PAKAI JELA BAJU PINK PINK NI HAHAHAHAHAHAHAHA

Adios! Assalamualaikum!! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...