26 June 2014

Final is coming and you are at home to study

Indeed, is a way to gain the bless and pahalaaa from Allah . ahahahha. The reasons is ..

When i tried to focus on my studies and making some nervous movement cause havent finished a thing for this saturday paper.

Mommy was like 

"
Go and send your sister to school
Go and pick up your sister
Go and buy durian
Go and cook maggi for me
Come urut me
Come garu me.
"

Ahahaha. The best time spent is with your mother seriously speaking. Lama tak spend masa dengan mama lately. 


May Allah easy my upcoming papers. Scared as much as i scared of sharks and laut dalam and lipas and perempuan yg cuba goda crush ai. 

24 June 2014

Rasa

Apa yang kita rasa hari ini,
Tidak semestinya sama apa yang kita akan rasa buat hari mendatang, 

Rasa bahagia,
Rasa sayang,
Rasa suka,
Rasa benci,
Rasa marah..

Rasa pada saat saat yang terbina akan menjadi kenangan.

Semuanya... Semuanya tak akan kekal..
Kerana rasa itu pudar normanya.
Kenangan itu juga akan hilang,
berputar dengan kenangan baru,
bermain dengan masa,
bergulir dengan saat dan ketika..

Tetapi.. saat yang dikutip,
disimpan dibenak otak,
bergulir dengan darah dan nafas ,
 harus kita meniti rasa bahagianya,
harus kita selami rasa sayangnya,
harus kita sabar dengan rasa marahnya..


Kerana rasa itu akan hilang,
sepi.. Gelap ditelan waktu..


Semoga rasa rasa ini tidak memakan diri...
Mengajar kita menjadi lebih bermakna, lebih faham,
lebih peka ..
Akan rasa yang mendatang.


As-

16 June 2014

Pengalaman pertama


maafla buka bukak blog gamba den tengah selfie. wakakaka!

Mendaki keseorangan! It was such a lonely journey to be honest. Yela nak mengadu kat siapa kalau sempot keluar hingus, nak makan suap suap dengan siapa, nak ketawa pun memang dakle kalau sorang sorang. Tercabot pokok tengok manusia mendaki keseorangan gelak secara tiba tiba. Muahahaha. Tapi saya tak boleh menahan kegatalan saya yang melampaui batas batas norma seorang manusia pendaki. Rasanya hampir dua minggu tak mendaki masa tu. Giannya Allah je yang tahu. Jadi masa tu saya dah berkeputusan untuk pergi mendaki tak kira apa pun yang berlaku. Bukan tak ada kawan.. Tapi kawan hiking pun poei mendaki masa tu. And i was available during sunday only so yeap. Dan sebenarnya.. Teringin nak mendaki sorang. Muahahahha

Sebelum nak pi mendaki tu khabaq kat wan lama dah boleh tak nak daki sorang sorang. Dia punya la marah tak bagi tak bagi bahaya dan sebagainya. Maafkan saya, sesungguhnya orang yang bernama aqila ni walaupun penakut tetapi kedegilan dia boleh tahan macam siput babi sawan. Kahkah.

Jadi masa tu decided nak daki broga+ gunung tokwan. Never been to tok wan langsung. Selalu daki sampai broga. Lagipun broga botaaak. Tak asherr masuk hutan pun. Tak asher tak asherr. Ahahaha.

Pagi tu walaupun bangun lewat, tetap kental nak pi jugak. Padahal tengahari daj janji dengan kawan nak pi lata hammer. Tapi sebagai manusia yang bijak membahagikan masa (muahahahha) saya mengambil keputusan untuk main redah ja. 


Masa sampai broga dalam 8 lebih nak ke 9. Pehhh tekejot mak datuk. Ramainya orang sampai kena parking luar. Dah macam ada pesta jom heboh dah. Dengan ramainya, dengan gerai pelbagai juadah, siap ada baju khas broga lagi, siap ada tandas baru. Hemmm mana tak botak broga tu. Tapi keramaian tu sebenarnya menyalakan harapan jugakla agar ramai orang ke Tok wan sekali tapi malangnya.... 

Setelah bersesak jam dengan keramaian orang untuk ke puncak broga, saya pun duduk melepaskan lelah barang sebentar . Lepas tu den kalot. Mata tercari cari arah mana nak ke tok wan ni. Selang beberapa saat je kalot datanglah seorang makcik dan anak anaknya ni dari arah yang berlainan yakini saya arah nak ke tok wan agaknya. Makanya mode : peramah saya terpaksa dipasang dengan segera

Aqila : makcik.. Makcik dari arah tokwan ke?

Makcik: eh hh dop.. Makcik dok lepak kat bawah sana tu jaaa. Kenapa? Nak ke tokwan ke?

Aqila: ohh.. Ha'ah.. Agak agak tau ke macam mana nak ke tokwan?

Makcik: ohh tokwan lalu sini *sambil tunjuk arah* tapi jauh nakkk. Kamu sorang ke? Kalau sorang takpayah ke sana. Bahaya. Blaa.. Blaa.. Blaaa.. Penat... Bla... Blaa... Lama..... Bla... 

Aqila: oh....


Makcik: dulu makcik penah pi sana tapi makcik tobat dah takmo pi lagi... Blaa... Blaaa.. Bla... Bla... Ada benda kat atas tu.. Tak caya tengok gamba ni


Selepas saya ditunjukkan gambar makcik dan anaknya berselfie bertiga (makhluk ketiga bukan manusia) dan sedikit lagi leteran bunga yang dihadiahkan free kepada saya, saya terus kalut menunggu disitu. Dalam hati kata bila lah makcik ni nak blah. Den dah lambat ni. 

Saat berpusingnya makcik dan anak anaknnya nak turun dari broga, sayabterus berlari desup ke arah tokwan sambil berkata dalam hati "lantaklaaa, gian nak masuk hutan ni" muahahahaha


Jadi setelah satu jam dua minit sampailah saya ke puncak Tok wan. Sunyinyaaa. walaupun sejam je mendaki. Tapi dah sampai puncak pulak takde orang. Damn betul rasa. Terpaksa lah up gamba selfie kat puncak. Muko kalau lawo tak po tapi nak buek cemano den upload jo. Bahahahahaha. Lepas 5 minit duduk puncak den tak keruan dah tak tau nak buek apo. Lepas tu den turun, masuk kereta, dan terus ke ktm untuk dijemput oleh yb jed ke lata hammer.


Petang pegi lata hammer pun kena trekking landai satu jam. Den waktu tu dah pewai dah. Malasnya nal berjalan, den ingat air tojun tu dokek la kan. Bahahahaha. Itulah, jadi disini ku selitkan beberapa keping gambar buat tatapan.







den sebenarnya ade assignment kena buek ni. tapi biasala ni aqila. study stdy assignment ni bukan mainan dia. muahahahahaha klah bai!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...