29 April 2012

EKS PE/PI DI SI.

hai. assalamualaikum. saya ni bukan apa. saya ni manusia biasa yang baru je pulang dari mendaki gunung kinabalu hari tu. eh maaf, salah tulis. gunung Stong sebenarnya. Jauh betul tersasar kan saya ni. ihiks.

taik. dah aku nak cerita ni pengalaman mendaki gunung stong, di dabong kelantan atau pun sejarah namanya gunung batu, bila disebut dalam bahasa kelantan jadi stong. orang kampung kelantan tak main cakap melayu, cakap english terus. stone= stong! hah kan mereka. ocem.

jadi masa aku datang taklimat pertama sorang sorang yang baru je lepas mandi, dengan keadaan penuh larian, bangun lari masuk tandas, gosok gigi berlari, pakai baju berlari, naik fakulti pun berlari segala galanya berlari sebab aku dah lewat nak hadir taklimat pertama para pendaki gunung stong. k macam taik je perenggan ni. dah move on

engkorang tahu betapa etetdnya aku nak pergi kelantan ni rasa macam nak pergi paris. rasa nak pergi kedai buku cari kamus kelantan-melayu tapi failed tak jumpa. err. ya. saya sebenarnya eksaited lah. dah eksaited kan. biasalah eksaited. cak! astaghfirullah . emende ni amende ni. jomlah kita ke gambar pertama.



taraaaa! oh kami bukan sahaja naik gunung, sebelum naik gunung tu kami pergi melawat ke gua Ikan, dan di gua itu terdapat 3 gua yang berlainan . Firts time nampak kelawar bergantungan atas dinding gua *depanmatadekattbselaludah*, dengan kegelapan tahap orang buta, tapi kecoh betul minah ni , guna torchlight lah semuorang kan jadi taklah gelap, then ade satu part ni yang korang tak dapat bayangkan sebab engkorang tak pergi *nakharom* adalah untuk merentasi ke gua yang sebelah sana adalah melalui llubang yang ade air dan lubang itu begitu kecil.  so kira ekstrem lah tu masuk lubang kecil dengan badan tak kecil . kiahahahaahahahahahaha. ehem.




setelah melawat gua paling bersejarah di dalam dunia, tapi paling bersejarah tu saje aku cipta sendiri supaya pengembaraan kami ni nampaklah macam " EH EH GEMPAKNYEWWWW" nakharom nyea! selanjutnya....


tinggi air terjun diatas adalah 450m dari ...  dari paras laut ? dari tanah lah kiranya . engkorang tahu punyalah ekstrem pak guide yg digelar pak cu itu , keekstrem-an beliau di luah luahkannya kepada kami, lalu kami pun terpaksa memanjat untuk sampai ke kem baha yang terletak di puncak air terjun ni melalui batu bata di air terjun itu sendiri. HAH! engkorang ni mesti tak faham . tak faham , anggap jelah faham, redhakan hati . kaka. macamnilaah, engkorang tengok jela gambar gambar kami memanjat ni . terkejut hati, kaki, tangan, tak pernah pernah naik gunung, sekali first time naik sebegini tinggi tahap kecabaranya. *bagi aku je kot ekstrem?* kaka




selepas sampai di kem baha yang terletak 455 di atas air terjun tinggi itu, sudah sampai tibanya waktu untuk merehatkan diri, minda, jantung, badan, sebelum mendaki gunung sebenar keesokan harinya. Malam tu ade aktiviti memasak, dan sesi suai kenal secara tak official dan sumpah diorang semua ohsem gila gila gila. Sempoi , KELAKAR dan sempoi .






 setelah merehatkan diri dengan tidur di khemah, which aku rasa macam sakit sikit sebab yelah alas bawah tu seinci je, jadi tanah pun bukan rata sangat dengan kesejukan gila. okey point ni tak penting , ESOKNYA! bermulah pengembaraan sebenar kami semua kecuali 2 kakak dan seorang abang yang mengalami kecederaan akibat ke-esktreme an menaiki batu bata itu, dan yang abang seorang tu bukan sebab kecederaan tapi sebab susasana malam gelap, sementelah beliau masak maggi dan ingin pulang ke pondiknya beliau terlanggar sesuatu yang tajam lalu lukalah kaki beliau. 

dia punya mencabar untuk first timer dan lemah macam aku ni tak dapat digambarkan . engkorang tahu, nak mendaki tu takdelah mencabar mana, yang mencabar tahap keimanan aku ni bila organizer kitorang yang lelaki tu dok kata " sikit je lagi nak sampai ni" pembohong yang amat pembohong . dahlah aku ni orangnya senang nak percaya, jadi dengan berbekalkan harapan " sikit lagi nak sampai" tu tapi tak sampai sampai sampai aku rasa macam nak melutut tersembah di atas tanah yang suci penuh dengan tanah bekas jejak hang tuah dan 7 orang rakannya yang lain di zaman dahulu kala. HAH! habis nafas selama 2 tahun menaip. 

tapi apa yang AMAZING ! sejuk weh sejuk! eh amazingnyewwwww . jakun tahu nampak kabus kabus yang seperti awan , serious heaven gila gila gila sampai rasa nak peluk setiap batang pokok yang ada kerana beri kita semua oksigen yang segar megar lagi harum dan penuh dengan hydrogen yang suci lagi mulia. hemmm. *tengah mengingati panaroma indah dan sejuk itu* . Lalu setelah 5 jam mendaki akhirnya! kami sampai ke puncak !!!!!!!!!!! tapi aku kelegaan melepaskan lelah terlebih sikit dari sampai ke puncak sebab sebab penat gila . like macam gillllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hah, dah dapat bayangkan gila nya tu ?





dan perjalanan pulang turun dari puncak ke gunung baha ternyata, mental saya sudah menurun prestasi mahatma gandhi nya ini kerana saya hampir menangis kerana bila kita sudah penat, dan kita nak hampir hampir rebah tapi jalan penamatnya seperti tidak berkesudahan, fahamilah bagaimana . tapi dah sampai sampai takdelah rebah, cepat cepat ambik baju segala eteted nak mandi sungai lagi . kahkahkah .

malam tu best gilaaaaaaaaaaaaa. kami masak, bergurau senda, gelak gelak gelak, then ade official pengenalan diri, lepas tu berborak then tidur! sumpah ocem k uolls. ocem sangat sangat #mata ber sinar sinar.  

esoknya pak guide kami bawa kami ke tujuh telaga air terjun dan kami dibenarkan mandi, dan manda, which hari sebelumnnya hanya dibenarkan mandi, iaitu tak bole lama , jadi bila ada mandi manda kita boleh bersuka ria. and half of us cuba ekstrem thing iaitu kena panjat setengah air terjun, dan menggelusur laju kedalam air bawah . 




mula mula tak takut pun, berdebar pun idak . KEMAIN BONGKAKNYA! sekali dah half menggelusor tu aku rasa macam nak lari, tapi manelah boleh lari ye dak, kau nak tak nak kau kena jugak sampai ke dalam air tu , thenlepas tu kitorang semua balik kem, kemas kemas, makan dan berangkat pulang.


ya, sekian sahaja . assalamualaikum. #nampak sangat dah tak larat nak tulis #

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...