Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

29 May 2013

kita throwback ke bulan march,

sebenarnya dah lama dah aku nak update trip pergi europe ni. pernahlah dua tiga kali aku dah start taip taip tu lepas tu tutup sebab tiba tiba mood hilang. jadi sekarang ni aku rasa kenalah menjadi manusia yang kuat melawan nafsu 'tidak rajin menaip' dengan segala kekuatan yang ada.

imbas kembali... (KAKAKA KAU BAJET KAU RAMLEE AWANG MURHSID!?) 


saat pemergian aku masa tu tepat tepat saat saat semester baru bermula. perasaan aku masa tu tak adalah gemuruh sangat sebab bakal ponteng pengajian selama dua minggu. alah, orang macam aku ni kalau tak pergi kelas pun takdenyalah menyebakan kepesatan penyebaran ilmu tersangkut lantas ekonomi malaysia akan jatuh merundum. jadi aku berlagak cool je masa pergi. lagipun, ini  kan nak pergi europe. negara negara yang sudah maju pesat membangun dan di idami semua orang untuk pergi bukan? jadi perasaan bersalah kena ponteng kelas dapat diseimbangi dengan " yea aku bakal ke negara negara orang putih!" 

gitu.

jadi europe ni taklah semua negara aku dan family aku pergi .

united kongdom (london ) - switzerland - france

disebabkan jarak antara tanah melayu dengan tanah london bukanlah sekangkang kera, mahupun sedepa tangan, penerbangan yang terjadi mengambil masa lebih kurang 13 jam aku rasa . peh menaiki penerbangan yang sebegini lama bukanlah sesuatu yang di idam idamkan sebabnya kau terpaksa duduk selama 13 jam? kau rasa best tak duduk 13 jam tanpa melakukan aktiviti kaki selain nak pergi ke tandas lah. apapun aku sempat melihat cerita cerita best sepertli life of pi  dll. 


ku akui ku seorang penjenayah fesyen . heh. ini sewaktu di airport tanah melayu sebelum berangkat meninggalkan kepanasan oven di malaysia



ini setelah 13 jam duduk makan tidur tengok movie. lihatlah pertumbuhan selekehan menaik dengan kenaikan 75%. london together we arrived!



ketibaan royal dari tanah bangiiiiiiii



engkorang tahu tak apa yang kami buat setelah keluarnya kami dari airport di london? hahahaha. bercakap sambil teruja melihat asap asap keluar dari mulut! hahaha. sumpah dia punya tahap kebatakan tu menjulang megah di udara. mula mula masa ni semua orang bajet cool konon konon dapat tahan sejuk. engko tunggu je esok jadi apa . dia punya sejuk sampai kau meragui badan kau ni ada lemak ke tidak , bulu cukup ke tak , punyalah sejuk sampai *ergh*

 ini hotel yang kami duduki selama beberapa hari. luar nampak megah dalam macam asrama . muahahaha


jadi keesokan harinya kami berjalan jalan di bandar london. yang kelakarnya masa dalam bus, potpetpotpet guide tu terang kat kitorang tempat ni apa tempat tu apa dan disebabkan hujan, jadi kami ingat we olls tour tengok dari dalam bus je, tak turun, jadi , bateri kamera hampir habis hanya dengan menangkap gambar dalam bas. tertroll kami .tapi bila dapat turun bas walaupun hujan masih rintik rintik yang menjadikan suhu kesejukan bertambah berganda, menjadikan aku mempunyai perasaan "omg this is london yalls --'" 





sejujurnya lah, aku tak tahu ni pun istana london, buckingham palace? haa sebab aku rasa eksaitednya rupa rupanya dapat turun jadi tak dengar tourist guide kami membebel2 dalam accent british. dah balik malaysia, tengok rancangan korea beberapa minggu lepas baru ku tahu tempat yang ku pergi adalah tempat dimana kencing, tidur , pakai baju, nonton tv elizabeth queen. hew hew





eye of london, disinilah bateri kami habis! :D

 bajet model jalanan tapi pendek buat apa kan

 kami juga mengilingi bandar di london menaiki kertapi bawah tanah kerna london ni bukanlah sebesar kampung ayer paabas

 eksaited jumpa kedai halal lagi lagi bila sejuk dan lapaaaar.


 di big ben 


 " NYAAAAAAAAAAAAAAAAA" Teriak kami tanpa suara .


di london brigde tak jatuh jatuh pun ?



jadi setelah berjalan jalan di london , kami pun bergerak pulang ke hotel dan bersedia untuk berjalan lagi di london pada hari kedua. its all about london. kiranya hari kedua ni kau dibenarkan jalan tapi lebih dengan gaya elegan dan meluangkan masa lagilah bermain main, berarak di tengah kota raya yang penuh dengan manusia manusia berwajah hensem dan jelita dan kau disitu tercegun bagai burung pulang ke camar. TAKDE KAITAN KAN! hahahaha kisah pulak.  

(hari ketiga ) 

 ini yang saya order di kedai makanmenjual masakan malaysia. mangkuk dia besar gila . walaupun ku kuat makan tapi ku tak habis. hik hik. 


 random building in london aku tak tahu kenapa senget jadi macam ni . 


 hek eleh adik aku ni hari ketiga dah pakai baju i love london. hahaha


jadi hari ketiga ni kami dibawa berjalan dahulu ke museum tussauds. dimana museum ini, eh museum ke tempat ni, ah apa apalah, ianya menempatkan pelabgai pelbagai ikon terkemuka di seluruh dunia didalam bentuk patung. ada justin bieber, ada shah rukh khan, ada barak obama, ada aku . eh pulak. dan lain lain .

di museum tussauds ini juga selain terdapat patung patung, kami juga disajikan dengan satu , apa tu panggil, macam tour by train dalam museum ni, dimana kau akan duduk dalam train yang macam roller coaster budak budak tu . haa bukan train! ianya seprti roller coaster versi amat perlahan dan tidak perlu menjerit  arhg argh , basically sepanjang perjalanan roller coaster tu ada lah menceritakan perkembangan tanah london dari zaman dulu hingga kini. best lah best.

kami juga disajikan di dalam museum tussauds ini tayangan 4D tapi aku dah lupa tayangan apa dia bagi. ah!! superheroes!! kira macam avengers. yang ni seingat aku awesome. kau tengok lah. baru bulan march lepas dah lupa macam macam. otak penuh ilmu kaaaanzz.. 













lepas tu kami dibawa kembali ke tengah bandar london untuk kembali berjalan berjalan jauh di segenap sudut  ke timur barat utara selatan .


ya ampun, hek eleh kemain kat adik aku pun pakai jugak baju i love london . ni dah 4 lapis akupakai ni sejuk lagi 

nampak tak orang ramai ramai meninggi belakang tu. waktu tu diorang ramai ramai buat harlem shake dance. kami sebagai ikon dari timur terus mengekalkan ciri ciri kesopanan kesantunanh anya dengan melihat tanpa ada rasa takjub. 






dengan itu, saya penat menaip dan upload gambar, cerita dekat swiss dengan france ni kalau aku rajin aku cerita lah lagi. lagipun apa yang aku cerita dekat sini pun bukannya ramai orang baca! kakakakakakakakaka.







assalamualaikum : )

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...