Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, April yang lalu kita melahirkan seorang amanah dari Allah lagi, yang ke tiga, adakah yang terakhir? Hanya Allah sahaja yang tahu... Ahaks.
Omg blog, i miss you so much, sudah bebebebebebebebebrapa purnama ku melupakan mu. Memang sentiasa nak update tapi sebab kerusi ku keras, jadi tak ingin nak menulis lama lama. Sekarang dah ada kerusi baru, boleh la ek kita berceritera.
Melahirkan (atau mengeluarkan ) yang ketiga ni ternyata, banyak ujian nya ya. Ingat lagi kita menangis hampir setiap hari di hospital sebab merindukan anak di rumah, merindukan dunia luar, merindukan suami, merisaukan hal itu, merisaukan hal ini dan lain lain..
Iye, mak nye si abu bakr muhammad ni kena duduk hospital sebulan setengah lebih demi mu wahai anak. Kalau hospital ada panggung wayang, ada cafe, ada swimming pool takpe la ek. Yang ada hanya deruan bunyi tapak kaki doktor dan para jururawat, roda mesin ctg yang berbunyi seperti menunggu hari, bunyian bunyian jantung bayi di mesin, desiran resahan ibu ibu yang kesakitan menanggung kesakitan contraction. HA GITU.
Alhamdulillah, okay sekarang ni si abu dah bangun. jap eh.
Eh haa tidut balik dah, menakutkan. Tadi dia bangun ehh ehhh sambil mata pandang kita. Kita nak ambik dia tidur balik pulak. Tahu lah dia tu maknye sedang lagi dalam urusan penting ni.
Abu Bakr Muhammad, adalah yang istimewa nya ketiga, setelah istimewa abang, dan istimewa kakaknya.
Lahir pada hari Selasa, Jam 8.22 pagi, 4 April 2023.. Masya Allah, Hanya Allah lah berhak atas segala pujian dan kesyukuran yang mampu kita zahirkan. Berat lahir 3.46kg, lahir di usianya 37 minggu 4 hari.
Dan lahir secara tingkap, eheeee. Sakit nak mampus ye nak tunggu luka dalaman tu pulih. Rasa nak dekat 2 bulan baru tak terasa sakitnya. Masih segar di ingatan ku kesakitan itu, sampai jumpa doktor lah nak scan cek balik luka dalaman sebab sangsi, dok tanya orang czer yang lain elok je seminggu dua minggu dah boleh jalan laju. Mummy ni setiap langkahan macam nak mati… AAAAAAA SAKITNYA SAKITNYAAAAA YA ALLAH!!!
Semoga dah besar abu bakr baca ni pastu belanja mummy gi tunai HAJI. ehehehehe
Oh kenapa banyak ujian kali ni?
1) kena duduk hospital sebulan lebih bed rest sebab risiko bleeding macam air paip
2) placenta previa, pastu yang paling worst pulak tu type 4
3) hb low, i kena masuk iron, lepas bersalin tumpah darah 3 liter, dalam pantang pun tumpah darah tapi kat rumah watlek watpis je sebab my mom seems cool about it? hahaha
4) pegi mana mana sebelum masuk wad tu kena berwheel chair je.
5) ADA GDM!!!!!!!!!!omg ni pun terseksa sebab nafsu ku nak makan manis je, pastu kat hospital asik kena cek je bacaan gula, pastu tinggi pastu aku makan je pastu dr marah nurse marah eeii. dahla kena duduk hospital, makan pun kena jaga so memang esjkdhkhfkjdshfiuyhfkdh rasanya.
6) kena jaga abu bakr sorang kat hospital sampai hari jumaat. Imagine, bersalin selasa. Keluar jumaat . Berapa malam jaga sorang sorang dengan kesakitan maha dasyat. Ubat tahan sakit pun tak mampu kurangkan kesakitan ku ini. Huaaaaaa. Mummy ingat lagi masa tu 3 pagi rasa dah tak sanggup sangat sangat nak balik sangat sangat call suami mintak nak balik menangis nangis.
7) ada budak nakkena tahan hsopital sebab kuning tinggi, pastu mummy nnagis firm2 depan doktor mintak nak balik jugak sebab MUMMY DAH TAK SANGGUP KENA ULANG ALIK HOSPITAL LAGI2 NAK BALIK TANPA ANAK? takpe kita sewa lampu biru kat luar je.
Kuning tinggi, pastu pusat kena angin pasang pulak. Macam macam pengalaman dapat dengan yang ketiga ni, Alhamdulillah. Tidaklah ujian itu hadir, selain untuk menguatkan kita, meghapuskan dosa dam buat kita kembali meratib pada Allah.
Tapi kesakitan lainnya adalah dengan tidak dapat berjumpa anak anak kat rumah, Ya Allah duduk hospital tapi kita tak bebas untuk jumpa naik turun ya. Dengan budak kecil tak boleh naik atas nya. Jadi dalam seminggu / 2 minggu sekali kita akan minta dr pakar untuk bagi keizinan turun ke lobi jap jumpa anak. Tapi dr pakar cam takda kuasa noks. Nurses jugakla nanti jeling bebel bebel tak bagi sangat turun, tapi ku turun je la sebab memang boleh depress tak jumpa anak2. I ingat lagi maryam was sooo kurus masa tu macam sakit, kita tak tahulah sebab tak dapat kasih sayang mak ke, sedih :(
Nanti kita cerita lebih lagi lah di next post, pengalaman duduk hospital putrajaya lebih sebulan lebih, mahal jugak mengeluarkan abu bakr ni. rm6k ya. Alhamdulillah (hahahahahahnangis)
hospital bed selfie.
sambut anniversary pun kat hospital…. nokssssss. love you so much sayang. tqqq bagi bunga tu. mummy happy sangat. 7th year anniversary, sampai syurga to count ni. Jangan penat mengira ye cc husband
my window view. mula mula i duduk bilik 2 katil, tapi kemurungan sebab katil sebelah ku tu ada problem dengan silau, jadi the room was always gloomy dark dark macam tu. pastu kita pun request nak tukar bilik sebelah tingkap. i rasa benda ni pun jadi issue sebab dengar nurse membawang, hahaha ps i need my sunlight time okay. kena sunning!
No comments:
Post a Comment