28 July 2013

Pengancee (bahagian dua)


motif tunjuk makanan di atas? ini sebab dia. kamu semua kena faham. orang yang jenis tak reti nak masak sangat ni bila sekali dia masak dia kenalah tunjuk dekat saaaaaaaaatu dunia bahawa dia sesungguhnya telah masak. lagi lagi bila dia masak dekat negara orang pulak tu kan. miahaha. masakan ini saya dapat resipinya sepenuhnya dari otak berdebu saya sendiri, digelar "perancitoalpotatomaniaz" hamboi. ada tiga benda yang aku dapat pelajari setelah berulang alik ke supermarket di perancis 

1) bawang . bawang dia jangan buat main.  4 biji besar bawang merah bersamaan berbelas belas ringgit duit malaysia. mungkinlah ianya ditanam di angkasa lepas dan diimport bawa ke perancis. 

2)nutella. nutella dia mak aih muraaaaaaaaaah . kakaka kalau yang botol besar tu kira kalau dekat malaysia harga separuh boleh didapati disini. 

3) plastik. orang malaysia je baru tehegeh hegeh nak apply no plastics bag on sabtu . dekat sana hari hari no plastics bag. in shaa Allah great things take times kan rakyat malaysia. tak lama lagi kita boleh menjadi masyarakat prihatin yang menjimatkan penggunaan plastik. 

jadi lepas dah show off aku memasak di perancis. aku lega. dan kita boleh ke topik seterusnya iaitu berjalan jalan di Disneyland Paris. Dia punya terujaa masyaALLAH teruja . bukan apa. dah berkepam kepam duduk dalam bilik dua tiga hari . ape tak best lepas tu boleh jalan jalan melawat luar perancis ? 

 arisyah with her gigi rabbit dikelilingi dua lelaki gondol. KAKAKAKAKAKH.




semasa masih di luar kawasan . masih rasa happy dan excited  

 mama ayah tak ada sebab mereka pergi training Herbalife. 




i think this is the first game that  we play. dan rasanya dari berpuluh puluh game yang ada kami adik beradik perempuan hanya main tiga ke empat game je . menyesal memang menyesal tapi tak boleh nak buat apa . sejuk dia ya Allah , Allah je memahami lagi lagi buat kami para penduduk asia yang datang dari negara musim tropikal hujan panas je . Nak beratur panjang panjang satu hal , menggigil gila gila lagi satu hal. tak tahu lah kenapa dengan disneyland punya tempat ni, sejuk dia meragut segala keterujaan kami . lagi lagi bila ada arisyah . kesian gilaaaaaa dekat dia masa tu sampai saat nak menaip ni pun masih ada rasa sebak sebab dia kena beratur lama lama, bila tak larat kami kena dukung, dan bila kami tak larat dia kena diri. mengadu dia sejuk kaki dia sakit. tu baru first game. jadi gambar di atas ni teruja lah ambik gambar " PANDANG SINIII FIAA ARISYAAHH ". dan jangan tertipu dengan terang matahari menyinari kerna itu semua dikaburi dengan cuaca yang tersembunyi . nampak? macam sasterawan tak . *gelak tutup mulut*



 senyummmmmmmm sayang selagi mampu kau ukir garis senyummu



yang ini masa perarakan semua diney characters jalan berarak. semua orang excited sebab ni memang main show pun. takkurangnya kami bertiga . akulah paling cuba menerbitkan rasa eksaited dekat arisyah . " arisyah nampak tak tu? arisyah pandang sana! haaa sana sana! arisyah snow hwiteeee" kakaka. tapi memang masa ni fun sikit sebab ada sing along . meriah gitu ala ala orang kampung tengah buat rewang. 

lagi satu pengalaman adalah bila cari surau tak ada. haha. aku macam rasa dalam peta ada simbol surau untuk muslim tapi bila kitorang cari cari takde kitorang terpaksa mengigil ambil wudu lepas tu keluar cari kawasan tersorok. woi. best gila bila sejuk di basahi dengan air. hahahahaha. syahdu rasa. tapi ini semua pengalaman , mana nak dapat . kan.


ambik gambar ala ala tak pandang kamera ni semua orang boleh buat . ki ki ki 

Pemandangan pada waktu malam .

jadi keseluruhannya korang kalau datang perancis tak payahlah pergi disneyland ni. MUAHAHAHA. nak pergi boleh tapi dengan syarat kenalah summer, atau korang bawa semua comforter, pemanas, pembakar roti, oven, kuali dan apa apa alat yang boleh membuatkan korang bila pandang rasalah warm warm sikit. nak bawa mancis lagi digalakkan. kot kot banyak rumput kering boleh buat unggun api. tak silap semua orang boleh kongsi bersama. eh boleh dapat tak lawak bodoh aku nak sampaikan ni ? 


jadi disebabkan aku malas dah nak meulis, kisah di eiffel tower dan piramid aku cerita di bahagian ketiga, KAHKAH KAH. malas lah weh nak tulis panjang panjang. 


bai!

21 July 2013

pengance (bahagian satu)

sebenarnya mood nak update trip pergi perancis ni takde. biasanya kalau ada pun waktu waktu paling lengang santai santai tengah belek album baru lah aku ada rasa nak update entri yang bergambor dengan huraian huraian panjang. kau jangan ingat aku ni malas nak jawab exam 3 jam je. nak taip entri panjang panjang pun aku malas tahu tak. kakaka


astaghfirullah, sesungguhnya malas itulah sikap paling buruk ye dak. 

*sambil tegakkan bahu, buntangkan mata dan senyum seorang diri*

kita sambung trip pergi europe hari itu dengan kesudahan negara yang terakhir iaitu berjalan jalan di Peranciss. Jangka masa kami berada di perancis adalah yang paling lama iaitu sekitar 5/6 hari berbanding london 3 hari dan switzerland hanya dua hari dan kalau nak tahulah walaupun 5/6 hari kami berada di perancis, kami adik beradik (kecuali ibu ayah bapak ibuk yang dewasa dewasa ) ended up berkurung dalam bilik hotel je . haha. 


sebabnya, yelah tujuan nak pergi europe ni pun sebab mama ada event training herbalife dekat sana (perancis )  sekali dengan dapat award mark hughes bonus. gila kentang semalam je terus dapat berpuluh ribu us dolar. rezeki Allah. kira dari malaysia ada 3 couples yang dapat mark hugh bonus ni. rewards of helping people with good nutritions. kami satu keluarga dah menutrisikan badan kami dengan herbalife selama 7 tahun and Alhamdulillah feeling veryyyyyyy good. so masa diorang pergi training kami adik beradik duk melangut dalam bilik,online, tidur, masak haha.


ha! ingat lagi tak yang kitorang pergi mountain Titlis tu? lepas turun je dari kabel car Titlis, and main buat buat snow kitorang terus naik bas dan bergerak ke Colmar, Perancis. Jadi aku kira switzerland dengan Perancis ni dekat jela sebelah sebelah. aku pun tak pasti sangat peta dunia macam mana. Peta Malaysia pun aku tak pasti kan. apetah lagi peta Europe. kakaka. Perjalanan takdelah mengambil masa yang berjam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam lamanya. Hanya mengambil masa berjam jam jam je. So punggul pun tak kebas hati pun riang.



yang ini di colmar tempat bangunan bangunan ala ala venice gitu . tapi ingin sekali aku menekankan disini bahawa antara tiga tiga negara yang kami lawati ini Perancis lah negara yang paling sejuuuuuuuuuuuuuuk nak mam. tak ini memang nak mam betul ni sebab sejuk dia tak boleh bawa bergurau. aku sepanjang berjalan dekat Colmar ni duk tanya diri sendiri dalam hati " sains apa ni takde salji takda apa tapi sejuk dia nau' zubillah" sejuk dia boleh melawan sejuk di Mountain Titlis. iya. kaki badan kebas kebas. Nak mengurat perwira colmar pun takde mood jadinya. Kakaka. 






 maintain ya mama maintain haha 

cantik gila kan bangunan sini  









 Gambar di atas ni yang kena photobomb ni masa nak berangkat pergi ibu kota perancis iaitu ? ..................... haa situlah. bahaha. aku tak dapat nak beza ibu negara france dengan perancis. France ni bahasa english nya Perancis kan. Baiklah senang cerita, nak pergi ibu kota yang ada Eiffel tower tu haaa. Sebab colmar dengan ibu kota France ni jauh. Gare de Colmar ni stesen kereta api . Gila besar stesen dia dengan cantik betul design bangunan dia. Aku sebenarnya teruja nak naik kereta api dia supaya boleh lah feeling feeling dalam movie romantik yang sang lelaki bertemu jodoh dengan wanita dia dengan tingkap yang besar diiringi pemandangan yang cantik cantik. kakaka. Tapi faham faham jela , angan angan je. har har har. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam tak silap aku.




Teruja gila masa dah nak sampai sebab nampak pemandangan dekat luar putih betul betul. like Subhanallah cantiknyaaaaaa. Terasa suci betul bahahaha.


Masa dah sampai france ni lah baru feel berada di eropa sebab ada salji turun weh. Masa dekat uk and swiss mana ada salji turun dari langit. masa dekat paris je tau. Ya Allah baru aku ingat paris ha paris namanya. akakkaka. 


bergambar di luar hotel. Hotel dia sumpah best sebab ada tempat masak bagai. duduk pula dekat dengan supermarket . depan hotel pulak ade kebab muslim. AMBOI. seronok menjadi warganegara perancis walaupun untuk 5 hari . bolehlah.



gamba gamba yang tak rotate ni bukan aku saja. dah memang macam ni. malas aku nak rotate rotate hew hew hew...er..... em.



aku rasa macam dah panjang je aku cerita ni . Jadi aku nak buat dua bahagian trip france ni. Satu lagi bahagian ai kongsi kisah bupy (buruk dan happy) kami di disneyland dan ofkos kisah kami di eiffel tower!


dadaaaaaaaa assalamualaikum. 


my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...