21 July 2013

pengance (bahagian satu)

sebenarnya mood nak update trip pergi perancis ni takde. biasanya kalau ada pun waktu waktu paling lengang santai santai tengah belek album baru lah aku ada rasa nak update entri yang bergambor dengan huraian huraian panjang. kau jangan ingat aku ni malas nak jawab exam 3 jam je. nak taip entri panjang panjang pun aku malas tahu tak. kakaka


astaghfirullah, sesungguhnya malas itulah sikap paling buruk ye dak. 

*sambil tegakkan bahu, buntangkan mata dan senyum seorang diri*

kita sambung trip pergi europe hari itu dengan kesudahan negara yang terakhir iaitu berjalan jalan di Peranciss. Jangka masa kami berada di perancis adalah yang paling lama iaitu sekitar 5/6 hari berbanding london 3 hari dan switzerland hanya dua hari dan kalau nak tahulah walaupun 5/6 hari kami berada di perancis, kami adik beradik (kecuali ibu ayah bapak ibuk yang dewasa dewasa ) ended up berkurung dalam bilik hotel je . haha. 


sebabnya, yelah tujuan nak pergi europe ni pun sebab mama ada event training herbalife dekat sana (perancis )  sekali dengan dapat award mark hughes bonus. gila kentang semalam je terus dapat berpuluh ribu us dolar. rezeki Allah. kira dari malaysia ada 3 couples yang dapat mark hugh bonus ni. rewards of helping people with good nutritions. kami satu keluarga dah menutrisikan badan kami dengan herbalife selama 7 tahun and Alhamdulillah feeling veryyyyyyy good. so masa diorang pergi training kami adik beradik duk melangut dalam bilik,online, tidur, masak haha.


ha! ingat lagi tak yang kitorang pergi mountain Titlis tu? lepas turun je dari kabel car Titlis, and main buat buat snow kitorang terus naik bas dan bergerak ke Colmar, Perancis. Jadi aku kira switzerland dengan Perancis ni dekat jela sebelah sebelah. aku pun tak pasti sangat peta dunia macam mana. Peta Malaysia pun aku tak pasti kan. apetah lagi peta Europe. kakaka. Perjalanan takdelah mengambil masa yang berjam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam jam lamanya. Hanya mengambil masa berjam jam jam je. So punggul pun tak kebas hati pun riang.



yang ini di colmar tempat bangunan bangunan ala ala venice gitu . tapi ingin sekali aku menekankan disini bahawa antara tiga tiga negara yang kami lawati ini Perancis lah negara yang paling sejuuuuuuuuuuuuuuk nak mam. tak ini memang nak mam betul ni sebab sejuk dia tak boleh bawa bergurau. aku sepanjang berjalan dekat Colmar ni duk tanya diri sendiri dalam hati " sains apa ni takde salji takda apa tapi sejuk dia nau' zubillah" sejuk dia boleh melawan sejuk di Mountain Titlis. iya. kaki badan kebas kebas. Nak mengurat perwira colmar pun takde mood jadinya. Kakaka. 






 maintain ya mama maintain haha 

cantik gila kan bangunan sini  









 Gambar di atas ni yang kena photobomb ni masa nak berangkat pergi ibu kota perancis iaitu ? ..................... haa situlah. bahaha. aku tak dapat nak beza ibu negara france dengan perancis. France ni bahasa english nya Perancis kan. Baiklah senang cerita, nak pergi ibu kota yang ada Eiffel tower tu haaa. Sebab colmar dengan ibu kota France ni jauh. Gare de Colmar ni stesen kereta api . Gila besar stesen dia dengan cantik betul design bangunan dia. Aku sebenarnya teruja nak naik kereta api dia supaya boleh lah feeling feeling dalam movie romantik yang sang lelaki bertemu jodoh dengan wanita dia dengan tingkap yang besar diiringi pemandangan yang cantik cantik. kakaka. Tapi faham faham jela , angan angan je. har har har. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam tak silap aku.




Teruja gila masa dah nak sampai sebab nampak pemandangan dekat luar putih betul betul. like Subhanallah cantiknyaaaaaa. Terasa suci betul bahahaha.


Masa dah sampai france ni lah baru feel berada di eropa sebab ada salji turun weh. Masa dekat uk and swiss mana ada salji turun dari langit. masa dekat paris je tau. Ya Allah baru aku ingat paris ha paris namanya. akakkaka. 


bergambar di luar hotel. Hotel dia sumpah best sebab ada tempat masak bagai. duduk pula dekat dengan supermarket . depan hotel pulak ade kebab muslim. AMBOI. seronok menjadi warganegara perancis walaupun untuk 5 hari . bolehlah.



gamba gamba yang tak rotate ni bukan aku saja. dah memang macam ni. malas aku nak rotate rotate hew hew hew...er..... em.



aku rasa macam dah panjang je aku cerita ni . Jadi aku nak buat dua bahagian trip france ni. Satu lagi bahagian ai kongsi kisah bupy (buruk dan happy) kami di disneyland dan ofkos kisah kami di eiffel tower!


dadaaaaaaaa assalamualaikum. 


No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...