hai there! Assalamualaikum : )
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih. It was so nice lah spent time dekat hutan selalu macam ni. I was so so sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo so so so so so so so soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo happy being there, at hutan. Oh okay. HAHAHAHA. Starting entri je dah mengeluh nak naik gunung lagi, nak masuk hutan lagi, nak masak kat hutan lagi, nak mandi dekat air yang mendamaikan lagi, nak tengok waterfall yang superb subhanaAllah lagi, nak gelak ketawa dengan hikers yang padu, kelakar sampai nak terkoyak mulut dan berpengalaman lagi, nak jatuh tersungkur lagi, hoii hoii hoii best gila semua tu.
Trip kali ni ramai gila. Hahaha, boleh tahan ramai lah. Semuanya ada dalam 32 orang. Macam biasa kami dikehendaki berkumpul di Stesen LRT Gombak pada pukul 11. Menaiki bas ke terengganu, dan sampai tepat di masjid Terengganu ( tak spesifik nama) pada subuh tu, lantas selepas subuh di masjid, menikmati makan ramai ramai di kedai makan berhampiran masjid dan mula menuju ke Hutan Lipur Chemerong, Terengganu.
Disebabkan trip ni dinamakan trip santai, kami spent masa sehari hanya lepak di air terjun Lata Lasir, mandi manda, masak, main quiz, sesi ice breaking semua. Jadi trip 3 hari 2 malam ni memang lah santai habis, except for the days yang kami kena mendaki lah. Haha. Jujurnya trek hutan Chemerong ni taklah sukar mana, semua pun boleh buat. Kalau tak boleh pun mesti boleh asal layan ja, dan buat slow slow. Trek dia starting je masuk hutan memang tiada mengenal erti landai. HAHAHA. Mencanak je memanjang. Tapi Alhamdulillah berkat daya kekuatan yang Allah bagi, aku takdelah rasa nak balik melangut kat rumah masa mendaki tu. Eloklah, layan trek mencanak dengan steady je tak merungut apa.
di kem Balak
di Sungai Bangan
Kami berhenti untuk rehat makan, dan jamak zuhur dan asar adalah di kem Balak. Waktu tu dah pukul 12 macam tu. Tunggu lepak sat sampai waktu zuhur, dan gerak ke Sg Bangan. Dua dua kem Balak ni dan Sg Bangan ni masyaALLAH air dia jernih, boleh nampak ikan berenang renang, sejuk, mendamaikan semua. WOIIII jatuh cinta betul aku dengan hutan Chemerong ni. In fact, semua jenis sungai pun jernih gila kat sini hahaha. Di Sg Bangan tu, ada yang berhenti untuk mandi manda semua. Tapi aku rehat sekejap je sebab tujuan utama hari tu adalah ke Lata Lasir, yang dimana lagi setengah jam ke satu jam untuk sampai. Trip dia setengah jam mencanak, setengah jam lagi menurun untuk sampai ke Lata Lasir. Kalau tak silap lah. kahkahkah sebab aku bukan tengok jam pun hiking.
Sampai je Lata Langsir/Lasir tu mereka pasang pasang fly , khemah, tali semua dan mandi membersihkan diri dan lepas tu masak. Malam pertama kat situ menu dia Siakan Stim engko. Lazatnya pheww. Makan pulak tepi unggun api, dengan dilatari bunyi air terjun mengalir, sejuk nya angin menyapa badan phewwwww haaa jeles tak ? YA ALLAH . Malam tu pulak, bintang penuh gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa subhanaALLAH cantik sangat rasa nak keluar air mata darah tapi air mata darah pun tak mampu menandingi kecantikan ciptaan Allah tu. Beza rasa dia tengok bintang di luar hutan dengan dalam hutan. Dalam hutan rasa boleh gapai je bintang tu sebab pemandangan lebih rasa dekat kerana berada di tempat yang tinggi, sejuk pulak alahai rindunyaaaa : (. Malam tu kami menghabiskan masa main teka teki, dengan ujian pendengaran semua akulah salah satu mangsa kena bahan. Yelah otak lembap macam ni mana mampu nak jawab ujian dengan segala teka teki tu. Tapi ada satu lagi manusia yang sumpah kelakar. Tapi aku cerita pun takdenya korang rasa kelaakar hakhakhak. Malam pertama masih tidur dalam khemah. Biasa biasakan diri dulu dengan persekitaran . Hihi
Esoknya, pagi pagi subuh wan kejut solat, dengan turun bawah waterfall untuk tengok sunrise. Rasa pertama kali nampak betul betul dari langit yang tiada matahari, elok cantik dia perlahan lahan naik. HAHAHA. Indahnya subhanaAllah maha suci Allah, view pulak nampak gunung ganang. Boleh gila dibuatnya boleh gila .
Dating dengan wan di pagi yang hening
Lepas tu kami berdua naik ke atas kembali sambung menjadi tukang masak, pembantu kepada abang bani haha. Abang Bani dengan Wan je yang pandai masak, aku tolong apa yang mampu jela seperti mengacau, memotong, memegang kuali dan sebagainya. KAHKAHKAH!! Lepas siap je semua menjamu selera, kami semua bergerak ke belakang bahagian Lata Langsir sikit, disitu ada satu waterfall yang mempunyai kolam air yang dalam sesuai untuk membuat aksi aksi terjun yang merbahaya dan untuk main tembak tembak. Abang abang ni sumpah lah sempoi dengan kelakar gila. Sanggup beli pistol air besar besar nak main tembak tembak kat sini. Siapa yang buat perangai habis kena tembak. Tapi aku berkesempatan merampas satu pistol dan buat macam harta sendiri, lalu menembak para para lelaki tersebut dengan ganas. KAHKAHKAH ganas tak ganas, habis aku dimusuhi dan dibalasi dengan tembakan air yang bertubi tubi. Sakit weeeh kahkahkah. Penat tak penat main kejar kejar dengan abang yang gagah ni .
Lepas dah penat main tembak tembak, aku tengok wan dah takde. Hahaha, berlari aku balik sebab nak tolong masak. Haruslah menjadi seorang yang bertangunggjawab ye dak . Masakan menu tengahari tu adalah nasi lemak sambal sotong dengan telur seorang sebiji. NGAUMMM rasa dia. Dalam hutan, semua benda rasa sedap. Lagi lagi kalau benda tu memang dah sedap. AHAHAHA. Siapa kata dalam hutan boleh kurus!!? HAHAHA. Lepas makan semua buat aktiviti sendiri, ada yang tidur, ada yang berbual, aku dengan wan dan ada beberapa orng yang lain buat persediaan unggun api, potong potong apa yang patut untuk masakan malam . Life is soooooooooo good. Petang tu balik kembali tempat mandi tadi, menyelam sepam sepuluh pam. Alhamdulillah seronok gila gila gila.
Malam tu menu dia ayam barbeque seorang dapat dua ketul, dengan coleslaw. HOIIII sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa masyaAllah. HAHAHAA, dan ada sesi suai kenal dengan member member hiking mengelilingi unggun api. Disebabkan aku ni pemalu, punyalah aku menyorok taknak berdiri kenalkan diri tapi ketahuan jua. Ni semua salah orang orang yang membocorkan. KAHKAHKAH. Lepas ice breaking sambung balik tengok bintang dan gelak ketawa berderai derai tiada berpenghujung. Malam tu yang paling best wan ajak tidor luar, beratapkan bintang. Kitorang tidur atas batu (ofcourse la beralaskan carry mat dan dipeluki sleeping bag) memang rasa haihh one of the best moments in my life la. Impian kot nak tidur bawah bintang pekat malam. Terima kasih wan ajak kita! Next trip jom buat lagi!! hihi
Esoknya dalam jam 9 pagi lebih macam tu, selepas group photo kami berangkat untuk ke puncak Berembun. Last day dalam hutan. Jujurnya rasa sekejap je dah sampai puncak haha. Naik, dan naik eh dah sampai haa macam tula. Perjalanan lepas dah sampai puncak tu memang 80% menurun. Jadi orang yang mengalami masalah sakit lutut ni akan mengeluh, dan berhati hati. Turun pun payah engko. Dalam bab bab hiking ni semua pun payoh. Nak kira kental tak kental, sanggup tak sanggup je. Perjalanan turun memang best ah sebab geng shooter tiba tiba kena jadi geng sweeper dan aku dengan wan pulak memang plan nak turun perlahan lahan, dan akibatnya kena tadah telinga dengar geng geng belakang melalak menyanyi. HAHAHAHA. Sumpah menyanyi dia sampai bergema gema hutan tu dibuatnya. Nasib baik suara sedap sedap, lagu best best. Terhibur gila rasa . Perjalanan nak ke air terjun Chemerong yang tinggi adalah dalam sejam ke dua jam. Bila dah sampai ongoii ongoii ternganga cantik gilos subhanaAllah. Dah siap bergambar semua, tak sempat nak mandi sebab hujan rintik2. Dari air terjun nak ke tempat betul betul habis tu adalah dalam setengah jam macam tu. Semua selamat turun ke bawah masa tu pukul 4.30 lah. Itu pun sebab abang Hairi kaki sakit, terjatuh. WUSSSH. Kaki injured time turun ni orang yang pernah injured je macam mana tahu rasa dia. kahkahkah! (kalau anda baca entri yang lalu sampai habis) but overall alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hutan Chemerong in shaa Allah aku akan kembali. Seronok gila. DIRI INI SUDAH JATUH CINTA. hahahahaha. Lepas dah mandi semua tu kami pun berangkat bertolak naik bas dan sampai ke kl dalam pukul 1 lebih. Alhamdulillah ya Allah atas trip yang sangat ohsem ni, melihat ciptaan Mu ya Allah. Ampun dan maaf jikalau ada perlakuan yang tidak kau rahmati ya Allah .
group photo : )
dengan abang Bani ohsem dan wan yang comel dan sempoi
Gegirls gegirls cbl. Ada lagi seorang tapi dia ikut abang Syam (suami dan guider handal) jalan lain sebab kaki dia injured.
bergambar di Air Terjun Chemerong. Tinggi dan subhanaALLAH MENGKAGUMKAN pemandangan betul. Ternganga mulut tengok.
Hahaha budak budak ni sempat main tepi jalan sementara tunggu yang gegirls balik. Diorrang terpaksa lepak kl sentral sebab lrt ktm dah tutup. Kesian tapi apedehal lelaki kan. he he he he
dengan ini wartawan Aqila siap melaporkan diri! Adios dan assalamualaikum!: ))))