Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

14 September 2013

Resipi Oreo Cheese Biskut Kek

amboi. yakin, re si pi. kakaka

sebelum beranjak ke hadapan, nak bagitahu resipi ni aku dapat masa bekerja separuh masa dekat MPH, kawan nak berhenti kerja bawa kek ni masa last day dia and sumpahlah rasa dia sedap gila terus minta resipi tak penyabor nyabor kau. padahal dah dapat resipi bukan terus buat pun. gebang je memanjang. kehkeh. anyway, aku mencuba melakukan kek ni masa kali pertama pun apabila tiba masa berhenti di MPH, gitu. a student must follow the teacher doing. kau rasa betul tak grammar ni? macam nak taknak je aku tulis tapi aku tulis je lah. tak faham, faham fahamlah kan

masa nak bawa kek ni pergi tempat kerja last day tu memang rasa berdebor tu lain macam, yelah dahla first trial, bangun pagi terus hadap dapur, keluarkan kek dari peti ais, potong, bagi mama rasa. aku nekad! kalau tak sedap toksah lah ada hati nak bawak pergi kerja. jangan sampai majlis perpisahan jadi majlis kedukaan.  tapi alhamdulillah, kalau dah licin tu kira okaylah kan?

amboi panjang nau intro, 

bahan bahan


1) cream cheese 500g
2)susu pekat f&n (guna setengah tin je, )
3) biskut hup seng/biskut marie the mawriew
4)fresh milk apa jenis pun
5) )oreo
6)grated cheese (boleh guna yang halus, atau yang macam kena potong2 tu) 
7) eh tu je ke?! haa tu je la


kalau korang tak dapat bayangkan macam mana lah bentuk bentuk bahan tu meh sini aku tunjuk guna gambar, yelah aku ni memahami kadang kadang orang yang jarak masuk dapur susu f&n pun mana dia tahu bentuk macam mana. 





Cara- Cara

1) mula mula, adukkan dan gaulkan creeam cheese tadi dengan susu pekat setengah tin. gaul sampai dia kembang. dan kalau boleh kalau dah keluarkan creem cheese keluar peti ais tu beri dia masa cair dan menenangkan diri dulu, susu pekat pun sama. biarkan mereka berdua meleburkan diri untuk menjadikan suhu badan mereka di paras suhu suhu yang tak sejuk. ini demi mengelakkan bila pergaulan berlaku, tak akan jadi ketul ketul. 

beginilah rupanya nanti,

2) lepas tu dah settle, korang boleh letak tepi gaulan cream cheese dengan susu pekat. sekarang ambil biskut hup seng atau biskut marie rendam dia dalam frsh milk tadi. timing masa merendam ni sangat penting. tak boleh lama sangat, nanti lembik gila nak angkat jadi dia pecah pecah, tak boleh jugak cepat sangat nanti keras sangat takde lah bentuk macam kek pulak kan? memang. dia memang mengada sikit biskut biskut ni. tapi tak boleh nak buat apa , jangan leka bila merendam takut nanti berendam air mata tengok biskut jadi lembik sangat sampai pecah.

bila dah rendam susun cantik cantik dalam tray atau bekas simpaanan, atau tupper ware, ikut suka hati, ikut kreativiti masing masing lah. 


jadi macam ni kalau guna biskut marie, kalau boleh gunalah biskuthup seng, bila susun sama rata je takde lubang lubang jahanam macam atas ni, tapi adik aku paksa guna biskut marie. katanya hup seng takde rasa. ikut suka kau lah dik 

3)  sekarang dah boleh ambil kembali, gaulan cream cheese dgn susu pekat yang diabaikan tadi, sapu elok elok atas permukaan biskut biskut yang telah disusun tadi. jangan berkasar. sapu je dengan tenang kalau tak nanti buruk. 



4) lepas dah sapu cream cheese tadi, tibalah masa untuk sekalian oreo untuk beraksi. sebelum tu, oreo tersebut haruslah dipecah pecahkan menjadi kecil kecilan. kalau aku aku guna lesung batu tu tumbuk badan badan mereka sampai hancur. korang nak guna meriam punb oleh kalau nak hancurkan oreo, jimat masa dan tenaga. lepas dah hancurkan, boleh dah tabur oreo atas lapisan teratas iaitu atas cream cheese tadi.




5) lepas tu korang boleh susun balik ikut step 3 , ikutlah korang nak buat berapa lapisan pun. ikut selera dan kegilaan masing masing. biasanya aku buat sampai oreo tu boleh letak dua kali lapisan. nanti potong adalah bentuk kek sikit sebab nampak tebal. yang penting di lapisan terakhir wajib letak cream cheese kembali dan disinilah grated cheese itu berfungsi. taburkan ianya di permukaan terakhir supaya menutup segala celaan celaan cream cheese tadi. 


oh dan jangan gelojoh! dah siap semua simpan dulu dalam peti ais semalamam. nanti dah semalamam bila potong rasa senang dan makan rasa sejuk dan enak gilaaaaaaa. dengan izin Allah. ha lupa, sambil sambil buat tu bacalah selawat banyak banyak sikit. menggaul je baca selawat, susun biskut baca selawat, in shaa Allah menjadi. okay kawan kawan?

hasilnya?


ni la hasil dia kalau potong lembik lembik

yang ini masa dia keras sedang sedang , 


all the best kepada yang ingin mencuba!

assalamualaikum : )

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...