25 January 2017

one funny story during my first labor experience

Hye Assalamualaikum semua!

Sedang menaip dalam keadaan meniarap! ya ALLAH terima kasih atas nikmat yang ditarik selama 9 bulan sudah dikembalikan.. Ahahaha..

Hari ni 26 hari bulan Januari, dan Alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah pun 10 bulan hari ini! Be excited okay. Walaupun belum 10 TAHUN!! hahahaha. Hargai setiap detik, masa, minit, hari, bulan, dan tahun bersama yang tersayang.. Perempuan kan.. Semua benda harus di sentimental kan..

Thankyou Allah for these two boys in my life....


Sekarang ni dalam pantang lagi. Masa terasa sangat cepat berlalu. Yes. memang. Tapi kenapa dalam masa pantas berlalu tu, nak countdown habih pantang ni terasa begitu lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? Ahaha.. Hari ni baru hari ke 17..... Ada lagi 27 hari lagi.. Okaylah, okay. Hadap je lah.. Demi kepentingan diri jugak kan.

Nak cerita tentang amalan masa pantang, tapi sebab pantang pun baru 17 hari kan.. Jadi i would be the last person to refer kalau nak kongsi tips tentang pantang ni.. Hehe.. Mungkin bila dah habis tu bolehlah kot kongsi apa apa yang boleh dikongsi..

Back to the main point of this entry! Nak cerita benda yang kelakar masa labor hari tu. 

Oh my husband..

Haha..

My husband knew i like Vivy Yusof. Everyone does. She is a phenomenal kan sekarang.. Suka dia sebab dia kelakar gila.. I loveeeeeeeeeeeeeeeee reading her blog!! Tapi taklah adore sangat sampai everything yang dia pakai or ada, kita teringin.. Tapi vivy is a nice lady, humble dan kelakar walaupun berjaya gitu.. I used to read her blog everydaaaaaaaaaaaay masa pregnant. And terhibur gelak sorang sorang.. Hubby pun "eeeeeeee vivy lagi". It is just my kind of entertainment lah masa tu dok sorangsorang kat bilik.. 

Kalau ada benda/entry dia yang kelakar kelakar ke mesti cerita kat hubby suruh dia gelak sekali.. Hahaha.. Hubby tahu this one brand dUck yang Vivy ada. Tahu lah yang scarfs2 duck ni mostly ratus ratus.. Tapi me being me, i never actually want one. Walaupun selalu tease hubby yang

"oh my rabb hubby gila lah this scarf worth rm300! and it sold out in 30 minutes"

"can i have it hubby?"

Tapi sebenarnya, sumpah tak nak pun. Sebab selalu rasa for me yang selekeh ni nak pakai tudung mahal mahal it is just not me..Ada tudung duck yang plain tu harga hundred something je and hubby offer kalau nak, belilah, tapi kemahuannya ditolak (wakaka kemahuan dia sangat) Baik beli baju kan.. sebab ada je tudung plain yang lain lain murah lagi. Walaupun kualiti berbeza, unless the limited edition yang duck scarfs keluarkan tu lain cerita lah..Tapi tak pernah rasa nak ada.. Sebab seorang Aqila pakai tudung ratus ratus dengan selekehnya? euw...

But. 

I really really really wanted the Duck 2017 Planner..





Tapi masa tu, dah ada 2017 planner yang Asfia hadiahkan. So hubby reluctant nak bagi beli.. Dia kata " kan dah ada yang planner fia bagi tu/.." bla bla bla...

Tapi memanglah, planner banyak banyak nak buat apa kan. TAPI!! I REALLY REALLY WANT IT! HAHAHAHAA.. Itu je lah, benda dari Vivy's brand yang kita nak sangat sangat..

Dapat ke? MESTILAH TAK. HAHAHAAHA.. Sebab?

1) dah ada planner lain

2) it sold out gaisss!!! tetibe je dah sold out..

3) diri sendiri offer nak benda lain.. Nampak topi and sarung tangan utk Baby's A kat Mothercare... Sebab topi tu tinggal satu... cakap kat hubby

  " takpelah hubby, taknak duck planner , nak topi ni.."

OH M GEE PENGORBANAN SEORANG IBU SANGAT!!! hahaha Hubby pun macam " seriouslahh?? taknak dah duck planner (sebab hari hari cakap nak planner tu kat dia) , nak buat macam mana.. topi cute tu dah tinggal satu.............................................................................................................................................................................................................................. damn.

my precious....nilah topinnyaaa! haha

Hari demi hari pun berlalu....

Tiba tiba satu hari ni tak tahu lah kenapa boleh tweet macam ni.... Hari yang sakit contractions kuat tu..dan esok paginya beranak.. Hubby sempat baca kot tweet tu... hahahaha



Mungkin sebab dah pasrah Planner tu dah habis, dan memang tak akan dapat punya.. Makanya ada tudung satu pun jadi lah.. Padahal taknak pun.. Hahaha..

Long story short (padahal panjang gila intro)

Masa dekat labor room tu, tengah dok bertarung nyawa menahan sakit contractions tu... Hubby tiba tiba cakap

" sayang.. you can do it! Habis ni nanti, kita belikan sayang Duck scarf okay"

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.  

HAHAHAHAHA!!

Tak taula nak gelak ke apa.. Masa tu fikir...

"YA ALLAH HUBBY, im in paiiiiiiin, how could you offered to buy me a duck scarf!!" hahaha.

Kita buat dont know je lah masa tu.. Sebab taknak benda lain dah time tu. Tak sempat fikir pun! Tapi rugi tak mintak macam macam tengah sakit tu. Mesti beliau bakal kata "okay" je to whatever yang ku mahukan. hahaha

Tapi, terharuuu jugak bila fikir balik.... kelakar pun ada.. Sweetnya lah manusia handsome sorang ni....

Dan beberapa hari berlalu... satu malam ni, i asked him

"hubby do you still remember what you offered me the other day masa kat labor room.."

"do you know... Duck scarfs ada keluarkan keluaran baru tu.." (ngam ngam pulak tudung tu keluar after beranakkan Althaf..)

"yang rm800 tu......"

and my husband replied

"gilaaaaaaaaa 800 ringgit tudung! tudung boleh buat apa tu" sambil geleng gelengkan kepala

"it got swazroski laaa!!"

Dia masih geleng gelengkan kepala..

Saje lah nak usik dia masa tu,

" tapi hubby kata nak belikan kita Duck scarfs masa lahirkan Althaf hari tu.. Tudung duck scarfs yang lain lain tak WORTH MY PAINN OKAYY! at least yang rm 800 tu laaaaaaaaa baru berbaloi2!! walaupun nothing can compared to my pain" 

KAHKAHKAH.. dan beliau masih gelengkan kepala ketidakpercayaan terhadap harga tudung tersebut..


Tahu pun takut. HAHAHAHAHA

And, until today i still want my DUCK 2017 PLANNER... lagi lagi bila diorang dah keluarkan sticker sticker yang comel comel tu......................



Hopefully ... Hubby read this!! hehe


Adios! Assalamualaikum!










16 January 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Serdang

Hai.. Assalamualaikum semua..


Yayy dah beranak! Ahaha.. Allhamdulillah... Yayy yayy pun masya Allah sakitnya nau'zubillah..

Due date baby A 10hb January 2017, dan begitu menepati janji nya dia, dia nak keluar jugak tarikh tu.. Hehe... Alhamdulillah



Malam 8hb
 -mama ajak jalan mid valley jumpa kawan dia.. "bagi senang beranak sikittt " katanya, kita pun okayy je sebab lama tak keluar sama sama kan.. Masa mama ajak tu we ols baru buat whitening teeth guna cara tradisional..bukan main kau ye... hahaha

Malam tu first time ada rasa sakit macam sakit senggugut tu.. Boleh tahan jugak sakitnya. Tapi kita happyyyy sebab macam "YAYYY AKHIRNYA AKU ADA SAKIT KONTRAKSI! BABY DAH NAK KELUAR YAYY" bukan main suka aku masa tu yer.. kahkah kau tengok je la nanti.........

sempat suruh hubby ambik gamba malam 8hb tu.. 

9hb (pagi)
-Selalu bangun tengahari.. tapi hari 9hb tu lepas subuh tak tidur semangat buatkan hubby shake bawa gi tempat kerja.. Siap kirim kat hubby lagi nak makan mihun dengan milo ais.. hehe.. Pagi tu dah rasa dah memgeras yang lain macam.. Tak sakit.. tapi mengeras dia macam buat kita terpaku tak boleh gerak. Banyak kali jugak sampai la ke petang..

9hb (petang hingga ke pukul 6petang)
- Masa tu Zuhur, power nap kejap nak tidur.. Bangun pegi toilet ada darah dan lendir coklat.. Darah non stop jugak mengalir walaupun tak mengalir macam darah haid..

(throwback to 31st Dec 2016, ad spot darah and lendir. Tapi mama cek bukak bukaan baru 2cm sampai ke 9hb haa )

Mama balik dari kl terus dia cek bukaan, dia kata sama je macam dulu.. Bukaan baru sikit.. Kepala baby kat atas lagi.. Masa tu rasa macam kecewa sikit.. Hihi tapi pelik jugak sebab darah banyak jugk keluar dan sakit contractions tu makin lama makin parah nak menanggungnya.

9hb ( 6pm onwards )
- Sakit masa ni dah tak boleh nak dibawa berbincang.. Sakit sampai keluar air mata.. Haha.. Dan ianya konsisten every 5-10minutes mesti rasa sakit.. Tapi sebab mama kata bukaan belum bukak, kita pun menggagahkan diri nak jalan malam tu.

Hubby pun bawak pergi jalan IOI City Mall. Sebelah tu Hosp. Serdang je. Memang plan nak bersalin kat situ sebab dekat dengan rumah. Sampai IOI masih menanggung kesakitan yang tak boleh jalan tu.. Asal sakit je stop.

TAPI TAPI TAPI! Selera makan masih ada.. hahaha Makan lah kita apa yang kita mahu malam tu.. Hubby offer segalanya nak makan itu ke nak makan ini ke macam tahu tahu je kejap lagi kita beranak. Kita ni tak yakin lagi beranak ke tak kan sebab memang lumrah alam aku ni blur orangnya.  Haha.. Makan sambil nangis nangis sebab sakit dan nervous takut semua ada.. Tapi pujuk diri depan hubby...

"i can do it right hubby..." mengalir air mata...
"ya sayang.. you are a strong girl kan.."

Habis makan, plan nak jalan ioi tu tapi sebab dah tak larat sangat request kat hubby nak balik..

Balik ke? Mestilah idok. Sambung makan nasi lagi pulak dekat kedai makan. Hahahaha. Sebab baca baca kena ada tenaga dan makan cukup sebelum bersalin. Walaupun ragu ragu bersalin ke idok, yang penting MAKAN!

9hb (11pm)
Lepas tu barulah gerak pergi Hospital Serdang.. Sampai sampai sana ramai jugakla orang.. Nak tunggu daftar masuk.. Bila dah dapat daftar tu akak tu pesan siap siap yang Hosp. Sekarang tengah takda katil. Mungkin kena tunggu dekat sofa atau kerusi je.. Sebab memang penuh. Kalau nak katil pergilah kauuu ke Hosp. Kajang/Klang.. Tapi kita nak jugak hosp. Serdang.. hehe Hosp. Putrajaya pun masa tu katanya penuh jugak..

10hb (2am)(masuk labor room)
-Tunggu punya tunggu akhirnya dapat dicheck oleh doktor.. Buat CTG Scan dulu... Lama jugak nak buat CTG tu rupanya.. Mummy dengan hubby dah tunggu kat luar.. Kesiqn kat mummy suruh balik dia tak mau.. Lepas doktor dah cek ctg dia tengok ada contractions yang kerap.. dia pun buat VE.. Cek cek dah bukak 6cm.. Lepas tu dia pecahkan air ketuban..Tengok warna air ketuban doktor cek "clear, tolak masuk labor room"

o
k
a
y.. cool doctor cool..

Saya datang nak cek je ni.. Tiba tiba air ketuban dah pecah dan tiba tiba dia kata tukar baju, bukak semua cincin, dan suruh nurse panggil Suami masuk untuk dibawa ke labor room.

"Awak kena tunggu kejap, kalau labor room kosong kita masukkan awak terus ke labor room"

Dan memang aku dibawa ke labor room terus.

ZZAAPPPP. Sepantas itu yer.. TT tak ready tak solat hajat lagi sebab blur blur betul ke hari tu bersalin...

Tapi masa dalam labor room BLUR LAGI. Ni bilik bersalin ke? Tanya hubby.. dia pun tak sure.. Bila nurse masuk, tanya nurse tu..

"Ha ah ni bilik bersalin, awak dah tak boleh makan tak boleh minum yer"

ok....ay..... The doctor said i have to wait first! Ni kenapa dah kat bilik bersalin ni!! Hahaha..

Tapi time tu tak gelak la sebab kita tengah sakit yang amat...

"Hubby.. kita tak solat isya lagi ni..." sambil nangis nangis.. Tapi time tu dah kotor.. rasa macam was was nak solat boleh ke tak ni.. Kan datang nak cek je mana tau dah boleh bersalin TT..

Lepas tu berharap dalam hati supaya sempat bersalin cepat supaya dapat solat nanti.. Tapi nanti dah bersalin mana boleh solat ada darah nifas !

Masa tu minta hubby call Mama... minta maaf dengan mama.. minta mama mudahkan sampai nangis nangis sebak.. She is one of my everything.. Betul.. Kasih sayang ibu tiada bandingannya.. Akhir perbualan cakap "i love you mummy.. i love you so much " sebab takut tak dapat ucap lagi lepas ni..

10hb (3-5a.m)
-Masa ni sakit contractions tu memang kerap sangat sangat. Dalam 2 ke 3 minit sekali dia datang. Time takda contractions tu time tu lah terlelap sebab penat tanggung sakit contractions. Time ni tunggu je bukaan bukak 10cm supaya boleh push baby keluar.. Masa tu zikir banyak banyak.. selawat.. doa nabi Yunus sentiasa di bibir minta Allah permudahkan. Rasa masa tu masih lagi "boleh ke aku buat ni ya Allah.. betul ke baby dah nak keluar ni.."

Then pukul 5 lebih macam tu doktor cek lagi bukaan.. dia kata dah boleh dah ni baby keluar.. Sebab bukaan dah penuh, tapi kepala baby kat atas lagi.. 

Then doktor decide nak masukkan Ubat induce yang bagi lagi sakit contractions makin kuat..

10hb (6-7am) Crucial Time..

-Astaghfirullah sakitnya masa ni ya Allah.. sangat sangat tak tertanggung rasanya.. Sangat sangat sakit... sangat.. sampai tumbuk2 hubby.. tarik rambut dia (sambil zikir sambil belasah dia).. Lepas sakit tu stop kejap, minta maaf balik kat hubby sebab tak tahu kenapa sakit sangat terbuat dia macam tu.. Dia kata takpe.. Hubby pun sepanjang tu tolong baca surah surah.. Ajar teknik zikir nafas Allahu Allah... Zikir..selawat apa semua... 

Tak tahulah jadi apa kalau Hubby tak teman masa tu. Memang sakit sangat dan memang perlukan semangat dan orang yang boleh rasionalkan balik minda ni..

Dia punya sakit rasa sampai minta Allah cabut nyawa ni.. tapi Istighfar balik.. Aku kena kuat.. Nanti siapa nak jaga baby.. Nak jaga hubby.. 

Pukul 6 lebih macam tu masuklah beberapa orang nurses suruh push push time contractions kuat... Huuuuh.... Seriau bila ingat balik.. Banyak Kali dah push diorang kata kepala baby dah nampak, tapi sebab tak larat sangat nak push terstop balik push.. So baby tak keluar keluar..

10hb 7.00 - FINAL PUSH
- Sakit contractions datang lagi. Nurse suruh pushhh kuat kuat 10 saat, pandang perut.. Tarik nafas sekejap..Then push lagi..

Masa 10 saat pertama tu je mampu buat, Nurse dengan hubby dah cakap dah

"pandaiii!! pandai awak pushhh sikit lagii sikit lagi!! kepala baby dah nampak dah tu!!"

"Sayang, sikit lagi sayang.. baby dah nampak dah tu.."

Memang masa tu dah tak larat.. tapi entah macam mana.. Allah bagi kekuatan.. Last push tu memang cubaaa jugak dengan bantuan nurse2 dan hubby...

10hb 7.14 pagi...
- baby pertama kami... Althaf Muhammad berjaya.. dengan izin dan belas kasihan Allahu Rabbi... selamat dilahirkan..... 

Sebaknya rasa...

Alhamdulillah ya Allah.. tanpa kekuatan Allah, belas rahmat darinya.. mesti lagi sukar dan tak terdaya langsung... 

..

Althaf keluar je, nurse letak Althaf kat dada kita.. Kita waktu tu baru rasa lega dan ter awang awangan lagi... Jadi masa Althaf di dada tu rasa blur.. Betul ke ni...

Rupa rupanya.. Althaf sebenarnya dah terbelit dengan tali pusat dia.. Dua kali jerutan pulak tu.. SubhanAllah.. Sampai dah keluar baru tahu dia terjerut.. Ctg scan denyutan baby okay je.. Last scan dengan doktor pun doktor cakap everything is okay.. 

Kalau doktor tahu yang dia dah terjerut macam tu.. Tak berpeluang lah nak bersalin normal.. Selalunya Ceaser je terus takut ada bahaya pada baby.. m 

Patutlah Althaf susah sangat nak turun turun and kepala dia kat atas je walaupun kita ni berminggu aktif kan diri pegi mana mana jalan, swimming, ketuk ketampi.. 

Bersyukur sangat sangat kat Allah.. Althaf dilahirkan normal walaupun dengan keadaan begitu.. Alhamdulillah ya Allah.. Segala puji hanya untuk-Mu. Kita pun selalu doa nak bersalin normal dan dipermudahkan sambil usap usap perut.. 

Sambung balik.. haha 

Bukan sampai situ je kesakitan seorang ibu yang melahirkan.. 


Kena lalui proses keluarkan Uri.. Waktu ni nurse suruh buat buat batuk.. Dengan tiada tenaganya.. Beberapa kali jugak baru Uri keluar.. Besar rupanya Uri.. hahaha..

Then proses menjahit... walaupun dia dah bius apa semua.. Allahu.. rasa dijolok jolok banyak gilaaaa kali untuk keluarkan darah apa entah dalam bawah tu, lepas tu proses jahit yang agak banyak jugak.. 2nd degree Tear, melibatkan jahitan dalaman.. 

Mengadu kat nurse sakit...sakit... tapi Nurse bebel balik kat kita "ye saya tahu awak sakit... tapi saya kena buat ni bla bla bla.." haha.. Nurse ni..saya nak ngadu je.. 

Tapi overall semua Nurse2 kat Hosp Serdang baik baik dan alhamdulillah senang bekerjasama walaupun ada yang garang garang sikit.. Kenala garang.. kalau tak, kita tak semangat nak keluarkan baby.. hehe..

---------------

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....

ya Allah atas segala nikmat dan rezeki.. Bagi Ibu dan Suami yang sangat sangat caring dan sayang kita... Family yang supportive... 

Semoga Allah memberkati (mesti) akan manusia manusia macam mama dan hubby.. Yang sentiasa ada bagi semangat, kasih sayang.. dan pelbagai lagi... 

Thankyou mama.. jaga anak mu ini.. masa pantang, masa mengandung..korbankan duit..masa .... ya Allah pengorbanan mu hanya Allah sahaja yang mampu balas... I love you so much my mom... Allahu... 

Mummy dan cucu ketiga nya.. 

Thankyouuu so much my love, sayang.. suami ku.... I love you... and i know Allah loves you too.. For everything.. Yang tak letih letih melayan isteri mu ini.. Bantu buat segala galanya..  You are gift from Allah and for that.. i felt so blessed.... Tunaikan apa yang kita mahu seadanya.. dan semuaaaa semuanya lah!! 

Tahi pertama Althaf yang dibersihkan papanya.. hehe 

Sekian.. itu sahaja coretan.. buat kenangan.. Hehe 

#banyaklaginakcerita..
#tapidahtaklarat
haha

adios! Assalamualaikum:) 

05 January 2017

5 more days till Edd #stillpregnant

Hehe. Hai Assalamualaikum everyoneee!


#39weeks 


Yep. Today is my 39weeks and 5 days of pregnancy and i am still pregnant...  with baby inside my womb.. so comfortable with all the foods i eat (probably). Wait till mummy eat Petai haaa baru baby nak keluar? Hahahaha. 

Alright alright. Jokes aside. It is kind of depressing waiting for the baby to comes out. The P.R.E.S.S.U.R.E

Oh Rabb, hahaha I think i would be doing okay if anyone not asking or said statements like
"oh bila nak beranak??"
"eh tak bersalin salin lagi?"
"lamanya..."

Yes gaiss.. Berat mata memandang berat nanang lagi bahu memikul. My mother, this baby Grandma is also one of them.. Thankyou mummy for being super excited of the baby's A arrival.. but somehow i pity her.. Everyday calling me just to make sure im okay, asking me whether i already feel the contractions or not, do VE (Vagina Examination) (Masya Allah malu gila walauuuu dengan mak sendiri) and all the lovessss i can feel it from you..

Kadang kadang rasa Baby A tengah buli grandma dia taknak keluar keluar.. Hahaha. 

I did everythinggggg that i can to makesure my pelvic lembut, cepatkan bukaan and everything. Naik bukit, Jalan jalan mall, ketuk ketampi, Jogging (sikit) dalam rumah, minum Tea, Jalan itik, swimming dan pelbagai lagiiiii... But no.

When Allah says wait. 
YOU HAVE TO
W.A.I.T

Kadang kadang memang rasa GIVE UPPPP SANGAT SANGAT bila dah penat exercise.. tapi takda apa pun berlaku (contractions). Rasa macam.. Allahu.. banyak nya dosa ku.. Allah tak kabulkan permintaan nak bersalin awal.. Hahaha

But then, I realised that..  Allah suruh enjoyy dulu hidup berdua dengan hubby.. Making our own sweet two of being together (without uwekk uwekkk from baby's A crying and howling) hahaha! We still have  I think, one week plusss to do so hubby? Hehehe..

Sekarang ni bila pandang hubby, rasa sayuuuu sangat.. Sebab nanti fikir bila dah ada baby, tak boleh nak tumpu 100% dekat dia... Tapi i do not want to change a bit. I want to do everything that I can do now, with him , even after we have baby's A in our life. In shaa Allah.. 

Loves can never be terbahagi bahagi right. Lol.. 

Alhamdulillah for everything ya Allah.. Surely, all of these Happiness comes from you, and for that.. I am super GRATEFUL...

Alhamdulillah..

Semoga Allah beri rezeki dapat jaga zuriat sendiri.. amanah dari Nya, dan everyone yang sedang berusaha untuk dapatkan anak, or yang sedang menunggu sama macam saya.. I hope everything is doing well aiiiii! 

In shaa Allah aminnn ^^ 

Adiosss Assalamualaikum! 

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...