14 December 2016

Menghitung detik...

Hai Assalamualaikum!


Alhamdulillah, baru balik dari cek diri dan kandungan di Klinik Desa dan semuanya okay baik.. HB pun NORMAL! Teruja aku melihat buku pink ku itu tidak ternodai dengan ink warna merah.. Hahaha. Selama pregnant ni, hanya 3 kali je Hb normal.. Itupun cukup cukup makan 11 je.. Biasanya kalau dapat Hb normal time makan buah Jambu hari hari, dan makan ubat Iberet tu one day before check up.. Sejenis malas gila nak makan ubat bila dah last last time ni.. Tak tahulah kenapa..Oh dan juga cut my Herbalife Tea intake... Tak tahulah punca atau tak..sebab memang masa pregnant minum Tea Herbalife... Dan orang pregnant memang tak digalakkan minum tea or coffee sebab cafeine tinggi dan boleh menghalang penyerapan zat besi.. Tapi baby Alhamdulillah membesar dengan sihat.. Berat masa dia 31 weeks 2.2 kg tau... hahaha

9 december yang lepas di mana umurku bertukar 24! 

But I miss my teaaaaaaaaaaaaaa so much, balik jeee terus buat satu cawan sebab dah cuti 2 minggu without minum tea kan. Hah.. Penyabar jugak orangnya aku ni. He he..


Oh lupa, sekarang dah 36 weeks 3 days.. Berat sekarang pulak dah meningkat naik sebanyak 16kg.... Ya AMPUN........... Setiap minggu 1 kg naik.. Pertumbuhan yang aktif sekali ye. Bukan baby yang berrtumbuh, aku yang terlebih lebih dah ni.. hehe


Memang sekarang ni menghitung hari je tunggu bila baby nak keluar ni.. Sepatutnya lagi 2 minggu baru boleh keluar.. Tapi memandangkan macam tak larat je gayanya... Sakit sakit bawah tu nau'zubillah sakitnya.. Dengan Brixton Hicks yang kalau ada tu huuuuh tak selesa sangat.. Sakit pinggang dan pinggul toksah cakapla.. Macam nak tercabut gayanya.. Kalau diri lama lama tu huhuhu maknanya bakal sakit kaki..sakit tumit segala bagai..Hahaha Kalau macam ni lah gayanya, macam mana lah sakit contractions tu kan.. HUHU nervous nak merasainya.. Tapi nak rasa lah, kalau tak rasa baby tak keluar nanti.. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Allah.. amin..


Berharap sangat baby dapat keluar masa 38 minggu. Waktu halal untuk keluar.. Haha.. Taknak la overdue dan kena tunggu sampai 40 minggu.. Dah tak sabar nak berjaga malam dan dengar baby nangis mintak susu, mintak tukar pampers. KAHKAHKAH. *aku sarcastic je ni tau* Semoga kami tabah menghadapinya nanti.. Huhuhu.. WE CAN DO IT!!hihihi


Sekarang ni rasa bersyukur sangat dapat tidur malam, walaupun sakit pinggang apa semua.. nak pusing turun katil ke apa semua memang sakit sangattt kat pinggul and bawah tu. Orang kata tu maknanya baby dah kat bawah laluan tu. Pada ibu ibu yang susah tidur malam tu serious..cubalah beli bantal C ke G ke.. yang khas untuk ibu mengandung tu.. In shaa  Allah, senang je nak tidur malam...


Sedikit Tips : Selalu kalau nampak iklan orang Jual bantal Pregnancy ni diorang peluk bantal tu/or tampung perut kat bantal kan.. Tapi berbeda sekali dengan aku.. Haha, untuk mendapatkan tidur yang selesa, dan mengurangkan sedikit sakit pinggang.. i sleep ON it.. Tidur di atas bantal tu, seperti dalam lukisan tersebut.. err hahahaha.. Makesure keseluruhan badan kena berada di atas bantal, manakala bahagian pinggang dan pinggul berada di atas bantal di bahagian melengkung bawah.. 

Sekarang ni stress sangat sebab STRETCH MARKS dah mula muncul dekat perut.. walaupun hari hari sapu Bio Oil dua kali sehari pun tak menjadi.. Sedihhh! Dia start muncul masa 33 weeks agaknya.. Sebelum tu bukan main feveret tengok perut comel je bulat bulat macam buah honey dewww.. Kahkahkah.. Agaknya dah menegang sangat tu yang muncul tu.. Perempuan ni..semua benda kita nak jaga.. Yelah, untuk suami jugak.. Bila ada purple2 jalur kat perut tu hemmmm. Takpelah..bukti pengorbanan seorang ibu kan.. Semoga hilang lepas bersalin nanti.. Amin..

Oh dan Tadi cek klinik pun, Alhamdulillah baby tak berada di dalam keadaan songsang.. Kalau songsang kena czer dan oh ku tak mahu lalui czer itu... SEMOGA DAPAT BERSALIN SECARA NORMAL..DAN TAK KENA GUNTING..... pfttttttttttt seramnnya nak tulis perkataan kena gunting tu.. Gunting hidup hidup.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa seram tak. Amboi kau. bukan main suka. HAAHAHAHA.

Semoga next entry dapat tulis title "anugerah dari Ilahi" menandakan aku dah selamat bersalin.. hehe.. Itu sahaja setakat ini..

Adios! Assalamualaikum! 


my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...