18 May 2019

Pengalaman Pasang IUD di LPPKN Kajang

Hai Assalamualaikum! 


Entry kali ni kita nak cerita pengalaman pasang iud di LPPKN Kajang. 




Memang plan nak pakai perancang, sebab taknak risiko termengandung lagi. Masa terjadinya maryam, masa tu pakai perancang jenis maajun. Period dua kali sebulan tau tapi kalau tak ambik memang boleh pregnant

Pastu niat dalam hati, lepas dah bersalinkan maryam nak pakai iud. Tiba masa nak buat appointment dengan klinik desa/kesihatan nurse takut takutkan tak payah pakai iud. Dia kata kenapa nak pakai iud, awak tak takut ke bla bla bla. Dia surug suntik depo atau pasang implan je di lppkn. Tapi implam costly. Paksa punya paksa, dari nak buat appointment iud, tercucuk la suntikan depo terus hari tu. Kesian sis mudah terpedaya. Hahaha

Entahla. Sis pun tak tahu kenapa nurse beria sangat paksa suntik dan tak payah iud? 

Balik tu baru baca baca pasal suntikan depo and mostly memang bad effect nya banyak. Kesan suntikan depo pada kita adalah period tak datang. Dan entahla, berat pun naik dua/tiga kg ye. Padahal sebelum tu susah sangat naik berat walaupun makan banyak. Eh wahh kau salahkan suntikan pulak. Hahahaha.

Entah macam mana, masa tu i was late for my appointment untuk suntikan depo buat kali ke 3. Maknanya nak pegi suntik untuk kali ke tiga la. Tapi kita macam reluctant nak pergi, rasa remeh nak kena suntik suntik and rasa sakit tiap kali suntik. Tak suka kena suntik!!!! Ngadu ngadu kat hubby, hubby pun kata tak payahla suntik. Pasang implan je. Dah call dah survey antara pasang dekat lppkn or klinik swasta je murah. Klinik swasta rasa rm570 , kalau lppkn rm500 je tak silap. Beza sikit je la macam tu.

Tapi bila fikir balik, implan pun ganggu hormon. Better option to iud je. Tak kisahlah ngeri ke tak. Taknak baca sangat pengalaman orang, terus option nak pasang iud. Kebetulan time tu Alhamdulillah tengah period. Punya la menanti nanti nak peod sebab nak pasang iud. Selagi tak peod, tak boleh pasang. Pastu dah risau takut kesan suntikan depo tu kuat, so maybe ill not be getting my period anytime soon? Mujur dalam sebulan lebih lewat dari appointment suntikan depo tu , dah peod balik. Rasa macam nak nangisss. Haha

LPPKN Kajang ni dekat area jalan Reko situ. Board kedai dia pun a bit dah lama dan usang jadi masa cari memang kena jegil mata sikit. Kalau nak senang, dia macam tepi Petronas haaa. 

The nurses there all very helpful and ceria. Sempat pegangkan maryam lagi masa mummy tengah dalam proses pasang sebab my husband and anak no.2 urgent kena balik ofis. 

Tapi yang kurang menyedapkan hati adalah doktor nya. She was so rude. And very the kasar. I thought having an elderly doctor macam okayla kan mak mak ke perangainya. Tapi doktor tu tak sedihh. Dia punya instruction tu macam membentak bentak la padahal boleh je kan cakap elok elok......

Masa nama kena panggil, without proper explanation pun pasal iud ni (maybe doktor boleh terangkan lebih lanjut kesan, cara nak jaga etc) tapi tak. Terus dia suruh bukak seluar and baring and tiba tiba kena marah dah sebab angkat punggung. Dia macam wowww sepantas cahaya ye. Terus terus nak masuk alat seluk seluk tiba tiba done dah habis doktor tu pun blah...

.....




..........
.....

Emm kayyy. Doktor or not, kita semua ni manusia biasa je. Kalau boleh layan elok elok, kenapa kena layan kasar kasar kan? Tapi takpela..mungkin something yang mengganggu dia hari tu. 

Bayaran rm80 sahaja. I heard that other lppkn, kenakan bayaran rm100 (80,untuk iud, the other rm20 for doctor service)

Resit kot nak claim memana ke wahaha

Lepas tu dia suruh datang cek balik after raya. Two months after dah pakai. Untuk cek benang.

Makesure kalau nak datang pasang iud 

1) first day period dah call set appointment. Darah peod tu sebenarnya macam pelincir untuk senang alat masuk jadi takda la sakit sangat. 

2) set ready mental. Haha itu je la lot.

Sakit ke tak? Emm for me macam kena seluk. Sakit. Tapi tak sesakit macam ve nak kena beranak tu tapi still sakit.

Kita for the first day tu macam senak sikit rasa dekat bawah and abdomen. Masuk hari kedua okay sikit. Pastu darah banyak keluar selama 20 hari lebih lepas pasang iud tu. Which is... scary kan? Rasa tak aman dan selesa langsung. Alhamdulillah sekarang dah tak keluar dah. Emm itu je la kot.

Semoga baik baik je pasang iud ni.. taknakla iud tu lari berenang ke tepian ke apa. Haha dan semoga maryam dapat adik lagi 3 tahun! Weee

"3 tahun lagi okay mummy. Kalau tak maryam hantuk pakai sudu ni hahahaha"

Adios, assalamualaikum! 


2 comments:

  1. Hai nak tanya. Sy plan nak pasang iud kat lppkn kajang. Tp risau pulak bila sis ckp doc dia kasar 😅

    ReplyDelete
  2. Salam hai . Nak set appointment ni kena call awal2 ke. Contoh macam saya memang regular tarikh period. So saya call siap cakap tarikh sekian sekian saya akan period, nanti 1st day period saya call balik. Macam tu ?. Ramai ke orang dalam klinik tu? Kot macam klinik kesihatan

    ReplyDelete

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...