Hai.. Assalamualaikum semua..
Yayy dah beranak! Ahaha.. Allhamdulillah... Yayy yayy pun masya Allah sakitnya nau'zubillah..
Due date baby A 10hb January 2017, dan begitu menepati janji nya dia, dia nak keluar jugak tarikh tu.. Hehe
... Alhamdulillah
Malam 8hb
-mama ajak jalan mid valley jumpa kawan dia.. "bagi senang beranak sikittt " katanya, kita pun okayy je sebab lama tak keluar sama sama kan.. Masa mama ajak tu we ols baru buat whitening teeth guna cara tradisional..bukan main kau ye... hahaha
Malam tu first time ada rasa sakit macam sakit senggugut tu.. Boleh tahan jugak sakitnya. Tapi kita happyyyy sebab macam "YAYYY AKHIRNYA AKU ADA SAKIT KONTRAKSI! BABY DAH NAK KELUAR YAYY" bukan main suka aku masa tu yer.. kahkah kau tengok je la nanti.........
sempat suruh hubby ambik gamba malam 8hb tu..
9hb (pagi)
-Selalu bangun tengahari.. tapi hari 9hb tu lepas subuh tak tidur semangat buatkan hubby shake bawa gi tempat kerja.. Siap kirim kat hubby lagi nak makan mihun dengan milo ais.. hehe.. Pagi tu dah rasa dah memgeras yang lain macam.. Tak sakit.. tapi mengeras dia macam buat kita terpaku tak boleh gerak. Banyak kali jugak sampai la ke petang..
9hb (petang hingga ke pukul 6petang)
- Masa tu Zuhur, power nap kejap nak tidur.. Bangun pegi toilet ada darah dan lendir coklat.. Darah non stop jugak mengalir walaupun tak mengalir macam darah haid..
(throwback to 31st Dec 2016, ad spot darah and lendir. Tapi mama cek bukak bukaan baru 2cm sampai ke 9hb haa )
Mama balik dari kl terus dia cek bukaan, dia kata sama je macam dulu.. Bukaan baru sikit.. Kepala baby kat atas lagi.. Masa tu rasa macam kecewa sikit.. Hihi tapi pelik jugak sebab darah banyak jugk keluar dan sakit contractions tu makin lama makin parah nak menanggungnya.
9hb ( 6pm onwards )
- Sakit masa ni dah tak boleh nak dibawa berbincang.. Sakit sampai keluar air mata.. Haha.. Dan ianya konsisten every 5-10minutes mesti rasa sakit.. Tapi sebab mama kata bukaan belum bukak, kita pun menggagahkan diri nak jalan malam tu.
Hubby pun bawak pergi jalan IOI City Mall. Sebelah tu Hosp. Serdang je. Memang plan nak bersalin kat situ sebab dekat dengan rumah. Sampai IOI masih menanggung kesakitan yang tak boleh jalan tu.. Asal sakit je stop.
TAPI TAPI TAPI! Selera makan masih ada.. hahaha Makan lah kita apa yang kita mahu malam tu.. Hubby offer segalanya nak makan itu ke nak makan ini ke macam tahu tahu je kejap lagi kita beranak. Kita ni tak yakin lagi beranak ke tak kan sebab memang lumrah alam aku ni blur orangnya. Haha.. Makan sambil nangis nangis sebab sakit dan nervous takut semua ada.. Tapi pujuk diri depan hubby...
"i can do it right hubby..." mengalir air mata...
"ya sayang.. you are a strong girl kan.."
Habis makan, plan nak jalan ioi tu tapi sebab dah tak larat sangat request kat hubby nak balik..
Balik ke? Mestilah idok. Sambung makan nasi lagi pulak dekat kedai makan. Hahahaha. Sebab baca baca kena ada tenaga dan makan cukup sebelum bersalin. Walaupun ragu ragu bersalin ke idok, yang penting MAKAN!
9hb (11pm)
Lepas tu barulah gerak pergi Hospital Serdang.. Sampai sampai sana ramai jugakla orang.. Nak tunggu daftar masuk.. Bila dah dapat daftar tu akak tu pesan siap siap yang Hosp. Sekarang tengah takda katil. Mungkin kena tunggu dekat sofa atau kerusi je.. Sebab memang penuh. Kalau nak katil pergilah kauuu ke Hosp. Kajang/Klang.. Tapi kita nak jugak hosp. Serdang.. hehe Hosp. Putrajaya pun masa tu katanya penuh jugak..
10hb (2am)(masuk labor room)
-Tunggu punya tunggu akhirnya dapat dicheck oleh doktor.. Buat CTG Scan dulu... Lama jugak nak buat CTG tu rupanya.. Mummy dengan hubby dah tunggu kat luar.. Kesiqn kat mummy suruh balik dia tak mau.. Lepas doktor dah cek ctg dia tengok ada contractions yang kerap.. dia pun buat VE.. Cek cek dah bukak 6cm.. Lepas tu dia pecahkan air ketuban..Tengok warna air ketuban doktor cek "clear, tolak masuk labor room"
o
k
a
y.. cool doctor cool..
Saya datang nak cek je ni.. Tiba tiba air ketuban dah pecah dan tiba tiba dia kata tukar baju, bukak semua cincin, dan suruh nurse panggil Suami masuk untuk dibawa ke labor room.
"Awak kena tunggu kejap, kalau labor room kosong kita masukkan awak terus ke labor room"
Dan memang aku dibawa ke labor room terus.
ZZAAPPPP. Sepantas itu yer.. TT tak ready tak solat hajat lagi sebab blur blur betul ke hari tu bersalin...
Tapi masa dalam labor room BLUR LAGI. Ni bilik bersalin ke? Tanya hubby.. dia pun tak sure.. Bila nurse masuk, tanya nurse tu..
"Ha ah ni bilik bersalin, awak dah tak boleh makan tak boleh minum yer"
ok....ay..... The doctor said i have to wait first! Ni kenapa dah kat bilik bersalin ni!! Hahaha..
Tapi time tu tak gelak la sebab kita tengah sakit yang amat...
"Hubby.. kita tak solat isya lagi ni..." sambil nangis nangis.. Tapi time tu dah kotor.. rasa macam was was nak solat boleh ke tak ni.. Kan datang nak cek je mana tau dah boleh bersalin TT..
Lepas tu berharap dalam hati supaya sempat bersalin cepat supaya dapat solat nanti.. Tapi nanti dah bersalin mana boleh solat ada darah nifas !
Masa tu minta hubby call Mama... minta maaf dengan mama.. minta mama mudahkan sampai nangis nangis sebak.. She is one of my everything.. Betul.. Kasih sayang ibu tiada bandingannya.. Akhir perbualan cakap "i love you mummy.. i love you so much " sebab takut tak dapat ucap lagi lepas ni..
10hb (3-5a.m)
-Masa ni sakit contractions tu memang kerap sangat sangat. Dalam 2 ke 3 minit sekali dia datang. Time takda contractions tu time tu lah terlelap sebab penat tanggung sakit contractions. Time ni tunggu je bukaan bukak 10cm supaya boleh push baby keluar.. Masa tu zikir banyak banyak.. selawat.. doa nabi Yunus sentiasa di bibir minta Allah permudahkan. Rasa masa tu masih lagi "boleh ke aku buat ni ya Allah.. betul ke baby dah nak keluar ni.."
Then pukul 5 lebih macam tu doktor cek lagi bukaan.. dia kata dah boleh dah ni baby keluar.. Sebab bukaan dah penuh, tapi kepala baby kat atas lagi..
Then doktor decide nak masukkan Ubat induce yang bagi lagi sakit contractions makin kuat..
10hb (6-7am) Crucial Time..
-Astaghfirullah sakitnya masa ni ya Allah.. sangat sangat tak tertanggung rasanya.. Sangat sangat sakit... sangat.. sampai tumbuk2 hubby.. tarik rambut dia (sambil zikir sambil belasah dia).. Lepas sakit tu stop kejap, minta maaf balik kat hubby sebab tak tahu kenapa sakit sangat terbuat dia macam tu.. Dia kata takpe.. Hubby pun sepanjang tu tolong baca surah surah.. Ajar teknik zikir nafas Allahu Allah... Zikir..selawat apa semua...
Tak tahulah jadi apa kalau Hubby tak teman masa tu. Memang sakit sangat dan memang perlukan semangat dan orang yang boleh rasionalkan balik minda ni..
Dia punya sakit rasa sampai minta Allah cabut nyawa ni.. tapi Istighfar balik.. Aku kena kuat.. Nanti siapa nak jaga baby.. Nak jaga hubby..
Pukul 6 lebih macam tu masuklah beberapa orang nurses suruh push push time contractions kuat... Huuuuh.... Seriau bila ingat balik.. Banyak Kali dah push diorang kata kepala baby dah nampak, tapi sebab tak larat sangat nak push terstop balik push.. So baby tak keluar keluar..
10hb 7.00 - FINAL PUSH
- Sakit contractions datang lagi. Nurse suruh pushhh kuat kuat 10 saat, pandang perut.. Tarik nafas sekejap..Then push lagi..
Masa 10 saat pertama tu je mampu buat, Nurse dengan hubby dah cakap dah
"pandaiii!! pandai awak pushhh sikit lagii sikit lagi!! kepala baby dah nampak dah tu!!"
"Sayang, sikit lagi sayang.. baby dah nampak dah tu.."
Memang masa tu dah tak larat.. tapi entah macam mana.. Allah bagi kekuatan.. Last push tu memang cubaaa jugak dengan bantuan nurse2 dan hubby...
10hb 7.14 pagi...
- baby pertama kami... Althaf Muhammad berjaya.. dengan izin dan belas kasihan Allahu Rabbi... selamat dilahirkan.....
Sebaknya rasa...
Alhamdulillah ya Allah.. tanpa kekuatan Allah, belas rahmat darinya.. mesti lagi sukar dan tak terdaya langsung...
..
Althaf keluar je, nurse letak Althaf kat dada kita.. Kita waktu tu baru rasa lega dan ter awang awangan lagi... Jadi masa Althaf di dada tu rasa blur.. Betul ke ni...
Rupa rupanya.. Althaf sebenarnya dah terbelit dengan tali pusat dia.. Dua kali jerutan pulak tu.. SubhanAllah.. Sampai dah keluar baru tahu dia terjerut.. Ctg scan denyutan baby okay je.. Last scan dengan doktor pun doktor cakap everything is okay..
Kalau doktor tahu yang dia dah terjerut macam tu.. Tak berpeluang lah nak bersalin normal.. Selalunya Ceaser je terus takut ada bahaya pada baby.. m
Patutlah Althaf susah sangat nak turun turun and kepala dia kat atas je walaupun kita ni berminggu aktif kan diri pegi mana mana jalan, swimming, ketuk ketampi..
Bersyukur sangat sangat kat Allah.. Althaf dilahirkan normal walaupun dengan keadaan begitu.. Alhamdulillah ya Allah.. Segala puji hanya untuk-Mu. Kita pun selalu doa nak bersalin normal dan dipermudahkan sambil usap usap perut..
Sambung balik.. haha
Bukan sampai situ je kesakitan seorang ibu yang melahirkan..
Kena lalui proses keluarkan Uri.. Waktu ni nurse suruh buat buat batuk.. Dengan tiada tenaganya.. Beberapa kali jugak baru Uri keluar.. Besar rupanya Uri.. hahaha..
Then proses menjahit... walaupun dia dah bius apa semua.. Allahu.. rasa dijolok jolok banyak gilaaaa kali untuk keluarkan darah apa entah dalam bawah tu, lepas tu proses jahit yang agak banyak jugak.. 2nd degree Tear, melibatkan jahitan dalaman..
Mengadu kat nurse sakit...sakit... tapi Nurse bebel balik kat kita "ye saya tahu awak sakit... tapi saya kena buat ni bla bla bla.." haha.. Nurse ni..saya nak ngadu je..
Tapi overall semua Nurse2 kat Hosp Serdang baik baik dan alhamdulillah senang bekerjasama walaupun ada yang garang garang sikit.. Kenala garang.. kalau tak, kita tak semangat nak keluarkan baby.. hehe..
---------------
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....
ya Allah atas segala nikmat dan rezeki.. Bagi Ibu dan Suami yang sangat sangat caring dan sayang kita... Family yang supportive...
Semoga Allah memberkati (mesti) akan manusia manusia macam mama dan hubby.. Yang sentiasa ada bagi semangat, kasih sayang.. dan pelbagai lagi...
Thankyou mama.. jaga anak mu ini.. masa pantang, masa mengandung..korbankan duit..masa .... ya Allah pengorbanan mu hanya Allah sahaja yang mampu balas... I love you so much my mom... Allahu...
Mummy dan cucu ketiga nya..
Thankyouuu so much my love, sayang.. suami ku.... I love you... and i know Allah loves you too.. For everything.. Yang tak letih letih melayan isteri mu ini.. Bantu buat segala galanya.. You are gift from Allah and for that.. i felt so blessed.... Tunaikan apa yang kita mahu seadanya.. dan semuaaaa semuanya lah!!
Tahi pertama Althaf yang dibersihkan papanya.. hehe
Sekian.. itu sahaja coretan.. buat kenangan.. Hehe
#banyaklaginakcerita..
#tapidahtaklarat
haha
adios! Assalamualaikum:)