08 March 2017

Perlu ke tidak Breastpump untuk Suri Rumah/Stay home Mother?

Hye Assalamualaikum uols!

Hari ni nak kongsi pengalaman sikit tentang breastpump ni perlu ke tidak membelinya? Oleh disebabkan aku jugak seorang suri rumah, persoalan perlu beli ke tak sangatlah menonjol di sanubari ketika mengandung kan Althaf dulu. Kalau anda seorang wanita bekerjaya, dannnnn memang niat nak breastfeeding anak , usahlah dipertikaikan, memang kena beli la kan.

Masa tu, masa tengah pregnant lagi lah. Suami ku dan aku selalu berdebat tentang breastpump ni. Aku menegakkan keadilan bahawa aku perlukannya. Suamiku emm membengkokkan keadilan bahawa buat apa aku memerlukannya??Sedangkan aku akan sentiasa bersama baby nanti?? HAHAHA!

My point at that time was:

♡ Kenalah ada simpanan susu, nanti senang nak keluar dating berdua..
♡orang lain ada, aku kena ada jugaklah! (hahaha minta pelempang tau alasan yg ni)
♡ Dengar pengalaman ibu ibu yang kalau bengkak susu , senang kalau ada breast pump, pump out je the milk, sebab penangan bengkak susu ni boleh sampai demam tau! Haaa nati demam siapa nak jaga anak

Suamiku punya point pulak:

○ Awakkan suri rumah, tak perlu simpan simpan
○Beli yang manual dululah, nati lepas bersalin tengok macam mana (always wiser than me la his thinking)


Kami membuat kesimpulan bahawasanya tak perlulah beli breast pump dulu.. Sampai merajuk rajuk k berdebat pasal ni. Hehe

Akhirnya hari kebersalinan pun berlaku.. Althaf Muhammad selamat dilahirkan, dan Masa hari ke-Empat berpantang, Nurse datang rumah untuk cek ibu dan Bayi. Masa tu Breast memang sangat sangat bengkak. Masa mandi pun boleh meleleh lagi susu.

Dan boleh rasa lah, dekat bahagian breast tu macam berketul ketul. Sebab baby baru lahir kan banyak tidor. Jadi bila susu tak keluar, and our body keeps producing milk jadilah gitu. Memang rasa sakit masa tu. Hish, sakit beranak tak hilang lagi, sakit jahitan yg erghhh tu mencucuk cucuk tambah lagi sakit yang bengkak ni.

Nurse pesan dan bagi nasihat untuk

♡ Kena selalu pakai bra, walaupun dekat rumah. Supaya tak londeh dikemudian hari (maaf entry ni opennn sangat)

♡Bila rasa bengkak dan berketul ketul tu, ambil air panas then tuam dengan kain. Perah, dan letakkan dekat bahagian yang berketul ketul tu. Alhamdulillah it works! Lepas dah takde ketul ketul tu barulah kena pump.

Hari tu jugak suamiku beli breastpump lepas Nurse balik. Muka dia pun penuh kasihan kat aku masa Nurse terang terangkan tu. Hahaha.

Rezeki susu Allah bagi kat Althaf memang banyak. Sampai sekarang hari hari kena pump kalau tak habis bengkak. Walaupun dia dah menyusu banyak. Jadi breastpump yang hubby belikan tu memang sangat sangat berguna. Alhamdulillah ya Allah.

Single electric breastpump from Lacte, memang best. Susu senang keluar dan sunction tak sakit sangat

Hubby tengok susu banyak sangat kat Freezer, dia kata nak buat apa susu susu niiii. Haha. Kita pun katalah kat dia. Mana tahu in the future, Kalau ajal datang awal ke.. Kalau susu drop ke... Nau'zubillah. Taknak... TT tapi nak buat macam mana, bila dah terpaksa pump, sampai tak muat. Takkan nak pump then buang kan? Rasa kufur nikmat pulak sebab betapa banyak nya ibu ibu yang tak dapat susukan anak mereka. Jadi kena sentiasa rasa  bersyukur bersyukur dan bersyukur. Dan jangan sesekali condemn ibu ibu yang tak dapat menyusukan tu. Sebab kita tak tahu rezeki anak ke dua dan seterusnya macam mana kan.

Breast pump from Lacte ni rm200+ untuk yang single punya. Ikut ekonomi kalau nak beli yang Double pun boleh, dan nak beli breast pump yang Beribu ribu macam Medela pun boleh.Tahan lama kan dan fungsi nya ofocurse lebih bagus.. Tapi Medela selalunya tengok working mom yang guna sebab diorang nak kena pakai selalu dan lama. Jadi why not.. Kalau suri rumah dan nak modal yang rendah boleh try Lacte ni atau banyak lagi jenis breast pump yang worth it. As long ada lah kan.

Kesimpulan entry ni, bolehlah nak beli breastpump, tapi tengok dulu keadaan lepas bersalin macam mana. Sebab kedai baby banyak kan sekarang. Boleh je save duit siap siap dulu ke, then bila dah bersalin just suruh suami belikan. Kerana kedai baby dan rumah dekatnya hanya sekangkang kera.


Sekiann! Adios Assalamualaikum:)

1 comment:

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...