Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

14 November 2016

Trip ke Sabah 4 hari 3 malam bersama ibu mengandung yang semput!

Haha, haiii Assalamualaikum..

Hari ni tengah nak tunggu lunaskan basuhan basuhan hasil percutian ke Sabah, bolehlah mak buyung ni simpan cerita buat hari tua untuk dikenang..

Sebenarnya, tiket kami pergi Sabah ni hasil tajaan (hadiah kahwin) kawan hubby.. Dia dah bagi masa kahwin dah.. Tapi tiketnya bulan 11 baru dapat pergi!! Hahahaha mesti dia tak sangka begitu cepat aku akan mengandung... Alhamdulillah walaupun usia kandungan 7 bulan.. lepas je nak naik flight dengan ada tipu tipu sikit. Hehe..

Sedikit informasi.. Kalau ada ibu ibu mengandung yang nak naik flight, boleh. Tapi kandungan mesti 28 minggu ke bawah.. 28 - 35 minggu kena ada surat doktor.. Dan lepas 35 minggu, makanya HARAM lah bagi mu untuk menaiki kapal terbang..

Kandungan ku sebenarnya dah 31 minggu waktu naik flight hari tu.. Tapi disebabkan ada surat doktor (doktor itu, ibuku) yang kata kandungan ku 27 minggu maka mudah je la proses naik flight.. Cuma ada kena isi borang sikit sikit je..

mandatory picture masa inflight hehe

Berbalik pada trip ke Sabah, hari yang kami berangkat ke Sabah itu adalah HARI JADI SUAMIKU YANG TERCINTA.. makanya, dia jadi macam birthday trip lah jugak.. Hehe.. Tak sambut yang special special pun untuk hubby.. Maaf hubby...Sobsobs.. Cuma buatkan dia video hari lahir.. (dimana dia menangis, dan aku juga menangis melihat kenapa suamiku yang cool sentiasa itu menangis) Okay tiba tiba sebak.. Haha.. i love you Muhammad Rabani!! and yes!! the world need to know it Haha..

Kitorang sampai KK dalam pukul 2 lebih macam tu, kereta sewa sampai dalam pukul 3.. Kalau pergi sabah ni eloklah sewa kereta sendiri dari mentaxi.. Jimat pun jimat.. Rate kereta sewa kitorang ambik Viva Auto harga rm90 sehari.. Sebenarnya kalau rajin cari ada je lebih murah.. Jadi pandai pandailah  mencari.. Usaha tangga kejayaan!!

Dapat je kereta sewa paksa hubby cari Secret Recipe.. Birthday day takde birthday kek tak hari jadilah kan! haha.. Makanya lunch kami hari tu adalah di Secret Recipe di KK..





Makan special sikit sempena birthday....

Lepas dah makan dan lunch apa semua barulah kami bergerak ke Kundasang dimana tempat terletaknya Gunung Kinabalu... Dekat Kundasang ada dua hotel yang kami dah booking... Hotel Hotel yang kami duduk ni semuanya hotel hotel yang viral orang share kat Facebook.. hahaha.. Dua dua hotel view lawa.. Bilik pun not bad jugak,,Kejap lagi mak buyung share sekali dengan gambar k..

Perjalanan ke Kundasang ni mengambil masa 2 jam lebih kurang bergantung pada cara pemanduan.. Jalan nak naik dia macam jalan nak naik Cameron Highlands berliku liku berpusing pusing,, Dan kalau memandu waktu malam kena extra careful sebab KABUS dia berganda ganda lagi mencabar dari Cameron punya,,, Sampai susah la nak nampak jalan sebab kabus tebal sangat.. Baca doa banyak banyak semoga dipermudahkan urusan dan selamat sampai okay..

Tempat Penginapan Pertama yang kami singgah, adalah di Hounun Ridge Farmstay..(boleh search kat facebook) Jalan nak ke Homestay sini pun agak berliku tak macam hotel hotel yang lain sebab biasanya hotel hotel yang ada di tepi jalan sahaja.. Nak ke sini, kena hadap lagi jalan yang turun naik turun naik plus jalan dia sangatlah tak lawa dan berlubang lubang.. Tapi semuanya berbaloi... sebab....

1) Boleh nampak view 360 yang cantik gila SubhanAllah, dan nampak Gunung Kinabalu dengan dekat!
2) Tempat yang sangat privacy, tak bising.. unless orang orang yang datang menginap itu sejenis suka membuat kebisingan.. hahaha
3) Ada cafe, boleh order makanan panas, ada tempat masak dan barbeque
4) Staff friendly, and bilik kemas tandas bersih .. 
5) banyak pilihan bilik.. ada dormstay kalau datang dengan geng geng and nak bajet..boleh camping..tapi tak taula sekarang camping tak dibuka lagi..

 Receptionist
 Ruang legar di Tingkat 2
 Our Room for the night.. RM80 sahaja sebab weekdays lagi.. Cosy bed..
 Full image of the homestay
 Us.....hehe..
 Gemoknya daku usahlah dipertikaikan lagi..
Pose wajib sebab tak tahu nak buat pose apa lagi.. ahahaha.
 Makan malam kami di Cafe Homestay... Maggi tu prepared beli tepi jalan sebab ingatkan tak jual makanan panas.. 
Smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lepas makan malam kami pun beransur ke bilik sebab memang penat.. Apa sahaja aktiviti melibatkan seorang ibu mengandung sangalat penat walaupun aku ni duduk sahaja tak drive pun! haha.. Lagipun sini subuh awal.. Dalam 4.50 macam tu dah subuh, dan dalam Pukul 6 dah terang. 

Satu lagi tips kat Kundasang, adalah dengan bangun awal pagi.. Sebab view view lawa hanya di waktu pagi sahaja.. Dari 6 hingga 9 Pagi.. Sebab nya 9 ke atas atau rezeki masing masing lah kan.. Pukul 10, 11 view dah tutup dengan kabus.. Sedih wooo kalau view tutup.. Nampak kabus je.. HAHAHA..

Hari second kami sepatutnya nak pergi, Kinabalu Park, Desa Cattle Fairy Farm, Nak pi Hot Springs kat Ranau dengan Luanti Fish Spa.. Tapi disebabkan aktivitti kami ni masa dia agak slow.. (sebab akulah itu!) makanya kami hanya ke Kinabalu Park, Botanical Garden, Desa Cattle Dairy Farm dan Crystal hill sahaja..

Nak habiskan semua tempat sebenarnya dalam hari kedua tu.. Sebab hari ketiga ingatkan nak pergi balik Bandar balik sebab nak pergi pulau pulau di Sabah.. tapi disebabkan tak dapat cover semua tempat dalam satu hari..terpaksa la berada di kundasang lama lagi dari kk.. dan tak dapatlah nak pergi naik bot mandi manda di pulau... Sedih!! I loveeeeeeeeeee mandi mandi..

Hari kedua lepas check out dari Hounun tu..kami terus pi Kinabalu Park.. Masa tu masuk sekejap je.. ambik gambar sikit then keluar balik sebab mak buyung hampir pengsan (overrr) disebabkan kelaparan tahap ape dah.. Hahahaha.. 

Kinabalu Park
 suamiku suka melompat...hahaha
 belakang tu gunung Kinabalu tau...bukan Broga..hahaha k  tak lawak..
subhanAllah..


Susahnya kat pekan kundasang ni adalah limitednya kedai makan.... Kami decided nak makan kat Puteri Nabalu, harga agak pricey sikit tapi berbaloi baloi sebab lapar dan sedap.. Hehe.. Restaurant ni ada JJCM punya frame..agak ironi sekali sebab kedai makan tak banyak disana! hahahaa

 saya dan baby punya... RM15
Hubby punya.. rm10 kot ni..

Lepas breakfast je, kami terus bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm. Tak jauh pun dari pekan Kundasang, dan sampai sampai je terkejut sebab ramai gilaaaaaaaaa orang.. Terus mak buyung takde mood dan tiba tiba penat.. HAHAHAHA. Nak ambik gambar macam mana.. everywhere orang.. Ehh biarlah depa,, Haha.. Yela.. sebab baru Jumaat kan.. expectation tu macam hemm mungkinlah tak ramai orang. Sampai sampai je sana.. dengan matahari teriknya sakit kulit (walaupun sejuk) terus nak masuk dalam beli aiskrim dan duduk (lepas ambik 1/2 gambar)..Habis makan aiskrim nak keluar tu PFTTTTTTTTTT,view dah takda...takda langsung.. Tak nampak apa.. Nampak kabus je.. Putih menyelebungi kawasan.. Jadi kami decide pergi esoknya lagi dan kali ni datang lebih awal.. Masa tu dah pukul 10- 11 pagi macam tu.. Balik dengan kecewa.. hahaha 

 aiskrimmm dia sedaaaaaaaaap sangat! walaupun aku tak minum susu.. tapi...hahahaha
sebelum dilitupi kabus dan tempat yang takde orang hanya disini...

Harga masuk ke sini RM5 seorang... Bukak dari jam 8 sampai 5 petang.. Bestnya kalau diorang bukak dari pukul 6 ke 7 ke.. Mesti dapat view Kinabalu dengan lebih mantopp.. Hahaha.. Tapi best lah sini.. sebab ada jual susu pelbagai perisa..yogurt..puding..tshirt2..aiskrim..pizza and hotdog..

Lepas pergi sini, kami decide nak pergi Crystal Hill sebab nak tengok view pekan Kundasang dari atas.. Pergi sini pun sebab baca baca orang kata view dia lawa...Jalan nak kesini pun berliku jugak.. tapi okaylah, tak jauh sangat.. Odw nak pergi sini nampak pulak Masjid dah alang alang tu suruh hubby solat Jumaat jugak walaupun tengah bermusafir.. hahahaha.. Aku pun dapat lah solat and dengar khutbah sekali.

Crystal Hill
 Kalau tak berkabus bolehlah dapat pakej pekan dilatari Kinabalu..tapi tak dapat sebab dah tutup..

Lepas tu ke sini, kami singgah solat dan ready untuk check in Penginapan Ke dua iaitu di Nik Gold Garden Hotel.. Hotel ni korang boleh booking through Agoda, tapi hotel kat sini takda reception area so make sure kena call dulu respective person yang bertanggungjawab..Jangan risau..diorang friendly dan senang berurusan.. Bestnya hotel ni sebab dia privacy jugak..sangat sunyi... Jalan nak masuk pun mcama curam jugak... and oleh dapat view Kinabalu yang terasa sangat dekat depan mata..memang Superb.. Rate harga weekend masa book tu RM129 per night...


ni biliknya...
 area hotel waktu malam.. 
 sunrise yang hubby tangkap.. hehe

 cantik kan..... hemmmm subhanAllah
 area rehat boleh berbarbeque..
depa ada tanam sayur2 macam ni jugak.. menyejukkan mata..

Bilik yang kitorang booking (agak last minute juga) dapat twin bedroom... Keadaan bilik masa kami masuk tu bersih sikit lah.. cuma katil macam ada bekas serangga sikit.. dan tandas kami leaking.. Masa leaking tu waktu malam.. teruk jugak..Cakap dengan hubby takpelah hubby, esok nak keluaq dah.. Tapi hubby cakap jugak dengan orang tu dan terus kami dapat tukar bilik yang baru.. Padahal dah nak tidoq dah waktu tu.. HAAHA...Overall memang cantik tempat dia,, ada kolam ikan...banyak tanamana.... cuma takda food center.. Jadi make sure kena bagi perabih kenyang dulu perut baru balik hotel okay..

Lepas je check in keluar balik untuk ke Kinabalu park lagi...sebab dah tak tahu nak pi mana.. Nak pi Hot spring dah satu jam perjalanan.. dan hari pun dah lewat waktu tu... Jadi kami masuk balik Kinabalu Park and explore tempat tempat disitu.. Pergi Botanical Garden and Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu,,


Botanical Garden




 dapat minum air sungaiii... rindu terubat! sikit....sobsobs...
Muka sedih tak dapat naik Kinabalu....

Lepas tu kami pun pulang ke Hotel sebab hari dah nak gelap.. dan aku pun kepenatan sangat sangat.. Botanical garden ni kena jugak panjat panjat sikit.. Dapatlah exercise sikit sikit..Huhu.. Malam tu nak keluar cari makan... dengan sejuknyaaaa.. Air kat tandas pun macam air Ais.... sejukkkk everywhere... hahaha.. Tapi satu je sleknya Pekan Kundasang ni memang macam bandar yang tak hidup.. Kecik je pekan nya.. Pergi kedai makan pun banyak yang takda.. Haahaha.. Kedai makan pun tak banyak sangat... ke kitorang yang tak nampak.. Depa rajin masak sendiri kat rumah kot...huhuhuu...Hubby nak makan kfc (yaa kfc ja paling maju disitu hahaha) tapi kita cakap kat dia jauh jauh pi sabah nak makan kepci jaaaa? Pastu dia balas balik.. KFC sabah mana tahu lain.. hahahaha..

Nasi goreng daging yang penuh dengan daging RM6

Hari ketiga.

Kami masih di Kundasang, dan hari ketiga ni kami pergi balik Desa Cattle, Hot Springs di Ranau dan Luanti Fish Spa juga di Ranau.. Dalam 1 jam lebih perjalanan juga ke sana.. Yang ni gambar gambar before check out di hotel... Nice background and view...






Desa Cattle Dairy Farm
Kali kedua pergi puas hati jugakla.. sebab dapat jugakla tangkap gambar dengan view walaupun takbukak penuh.. Kami datang belum bukak pun lagi tempat tu! hahahaha.. Kali ni dapat bagi makan lembu... lembu pun dekat. dapat rasa Susu Coffee yang tak rasa coffee!Thankyou hubby paksa minum.. sedap! and dapat makan hotdog cheeseeeeee yang marvellous!

muka happy...
 cair tengok husband sendiri... hehee
 gituuuuuuuuuu

maternity photoshoot saja


 hubby suka bagi orang makan...lembu pun dibaginya hahaha


Lepas tu kami pergi ke Ranau untuk naik canopy walk di Hot Springs.. Jem jalan masa tu.. tapi aku dah tak larat (loll) dan tertidur sepanjang perjalanan.. Tiba tiba hubby kejut kata dah sampai.. Cian hubby ite... drive sorang sorang takde penghibur (padahal dia okay je! hahahaaha!) Kat Hot Springs ni semuanya berbayar... hahahaa dalam Hot Springs Nature ni ada mandi air panas, ada taman rama rama, ada waterfall apa entah, ada canopy walk.. dan pelbagai lagi..Nak masuk setiap tempat ni ada bayaran nya.. Kamera pun kena bayar jugak.. HEHEHE.. Bayaran masuk area ni rm3, nak masuk canopy tak ingat berapa rm.. Tapi sebenarnya nak naik canopy walk ni kena hiking sikit! loll.. Tak terfikir pulak aku waktu tu..yelah dah nama pun canpoy walk mestilah ditempat tinggi, dan mestilah kena memanjat bukan? hahaha so noob. Alhamdulillah takde apa pun rasa nak terberanak masa naik tu.. Baby behave sangat. Thankyou baby... Cuma nak turun je ada rasa sakit sakit..

hahahaahahahaha... Hubby boleh buat muka serius hadap muka tidur ku yang astaghfirullah nau'uzubillah tu.. 

Hot Spring 

nak mandi nak mandi!!


 dengan laparnya... naik jugakla...hahaha






Ada 5 jambatan semuanya... Naik yang pertama acah acah je berani goyang goyang jambatan tu.. Sekali jambatan ke dua..pergi tengok bawah tiba tiba gayat!! hahahaa! Lepas dah turun apa semua ingat nak pi waterfall ape ke nama.. tapi kena trekking lagi dan disebabkan kami belum lunch dan aku sudah menggunakan banyak tenaga untuk hiking,makanya kami decide untuk pulang sahaja dan menuju ke tempat lain...




Tempat Luanti ni dari Poring Hot Springs tu dalam 30minit ke 40minit.. Berbaloi? Emmm yes..kalau anda sukakan ikan... tapi disebabkan aku dah penat aku rasa macam biasa biasa je.. Tapi okaylah not bad sebab first time dapat rasa ikan banyak banyak mai hisap kaki.. geliii sikit..Dekat sini ada jual makanan panas, goreng goreng apa semua..

Yang best Ranau ni pekan dia lagi maju dari Kundasang.. Banyak kedai makan.. Stesen minyak pun yang setara dekat bandar punya.. Kalau kat Kundasang tu alahai kesiannya.... satu je stesen minyak dengan tak majunya...Tak tahu kenapa kawasan sana tak dibangunkan sedangkan tarikan pelancong yang ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kot! Pembaziran sungguh.. Kalau dimajukan mesti penduduk sana dapat kerja , dan pendapatan..

Selepas ke Luanti, terus sahaja kami berangkat ke Kota Kinabalu balik..Dah siap siap check out kan... Perjalanan dari Ranau ke KK ni bolehlah dalam 2 jam setengah.. Di KK kami menginap di hotel Tabung Haji.. lebih kurang 10-15minit je pergi Bandar.. Hotel TH ni sangat recommended sebab sangat islamic... Dari segi bilik, dan persekitaran..Boleh dengar azan setiap kali waktu solat, ada alquran, ada doa everywhere. Rate pun berbaloi baloi... Dapat breakfast lagi.. Last minute booking jugak hotel ni rm13+ selepas diskaun dari rm17+... Book dekat Agoda jugak

 soooooooooo nice kan!
they got big mirror like thissss! hubby if you read this..i want one too pleaseee hehehe

Malam sampai tu mengagahkan diri jugak kena pergi makan seafood kat Pasar Filipin.. Ramai peniaga tepi kiri kanan berusaha nak ajak makan kat gerai diorang.. Akhirnya makan kat satu gerai ni.. Bolehla not bad,, Harga bagi aku mahal je... Tapi hubby kata okaylah tu hargannya.. Hubby kata lagi tak fresh sangat pun seafoodnya (aku sejenis tak reti rasa fresh ke tak ahahah main bedal je).. Tapi alhamdulillah dapat lah makan seafood sabah.. 

 butter prawn 4 ekor
 sotong goreng tepung..
ketam 2 ekor

Kami order 2 pinggan nasi, Air Jagung, Air kelapa satu biji semuanya RM84.... Hemmmm mahal ke murah? hahahaha.. Sebab baca ada yang makan 5 orang 100+ je sebab tu rasa gerai ni mahal.. Lagipun hubby ku jalan dengan isteri,, hahahaha semua dia kena bayar la tak boleh kongsi kongsi. Thankyou sayang.. semoga murah rezeki..amin..

Malam tu tidur dengan kepenatan sangat sangat.. Esoknya last day pergi balik Pasar Filipin tu sebab sederet tu ada jual barang barang kraftangan boleh buat ole ole la... KK sangat sangat laaaaaaaaaaaaa PANASSS sampai rasa energi dah habis hadap matahari.. Tiba tiba bersyukur tak dapat pi Pulau pulau kalau tak mesti penat gila dan muka burn.. HEHE..Then pergi singgah Centre Point Sabah kejap sebab adik aku yang gedik tu minta carikan gelang silver tapi tak kejumpaan. Pergi Airport, pulang kerete dan check in....


Haaaaaaaa tu diaaa penat aih.. menangis masa nak balik sebab mak buyung dah tak larat dengan tak selesanya duduk lama lama dalam keadaan sempit.. Baby pun banyak mengerassss rasa tak selesa sungguh..Perut dah rasa nak meletup sebab rasa macam besar sangat...

Apapun... terima kasih banyak banyak Allah bagi peluang jalan jalan buat kami dan jaga mak buyung dan kandungannya tak kasi ada apa apa, dan murahkan rezeki kami.... Alhamdulillah..Alhamdulillah,,,Alhamdulillah,,,Thankyou hubby.. bawak jalan jalan jaga mak buyung dan baby bagaikan menatang minyak yang penuh.. Thankyou mummy for your dua dan duit belanja (insists nak bagi jugak walaupun dah tolak habis habisan..) dan thankyou baby behaveee tak nak keluar lagi! hahaahhaha..

Tamat la sudah...adios! Assalamualaikum! #nakjalanjalanlagi #afterbabykeluarhehe #jomhubby









my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...