05 May 2014

Trans Yong Yap-Bubu-Tok Nenek

Selama 4 hari 3 malam, dengan kekuatan 35 orang termasuk crew 5 orang dan pembantu masakan iaitu saya! hahaha. Serius lah trip ni tak rancang langsung sebenarnya. Hari rabu gerak, hari selasa baru abang eddy ajak. Mana tak kelam kabut. Assignment tak siap, kena ponteng kelas pulak jumaat, barang semua kat bangi, dengan berdebarnya lagi nak bagitahu mama, dengan kerisaun maha mega nya takut tak fit sebab tak training proper tapi alhamdulillah Allah pemberi daya kekuatan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah .

Trip ni memang saya idam idamkan ah. Sejak dengar kat gunung Bujang Melaka yang abang eddy , wan, dengan abang bani nak gi tersentuh rasa hati " taknak ajak saya kee". Mengidam tapi malu nak tanya tapi yeayerrsss alhamdulillah dikabulkan juga untuk pergi. Suka gila. Rasa best gila. Macam tak cukup 3 malam dalam hutan. Nak lagi plissss. hhahahaha oh okai sambung bercerita.

Gerak malam rabu tu, diorang ambik kat lrt gombak bergerak secara carpool ke cameron. Sumpah tak tahu geng geng pejoi, abang aeri, palong semua ikut. Diorang tu best gila. Pastu dah rasa yeayerss ada geng lagi. Sampai kat masjid kampung Raja tu pukul 3 lebih, dan tidur sampai subuh lepas tu macam biasalah brekfes, dan gerak naik powil ke kaki gunung. 




Maaf la saya tak pakai jam masa hiking hatta dimana mana pun jadi tak tahu bila sampai whatsoever. Nak tahu time bila sampai je baru tahu tanya orang. Tapi yang pasti sampai kem Agas tempat bermalam waktu tu pukul 4 petang dan sampai sampai je mandi, dan siap sedia untuk menjadi pembantu masakan yang bertauliah. Serius suka gila main masak masak. Dapat chef yang masak sedap gilaa pulak tu. Hahahaha. 



Esok paginya gerak gerak siap pukul 9 pagi untuk bergerak terus ke puncak Yong Yap. Kena lalu kem sungai y kecil, kem sungai y baru, kem balak pecah dan last sekali last water point. Peeeehh saya ingat babe saya ingat tempat kami berhenti. hahahaaha. Last water point tu memang jauh ah nak kena ambik, lepas tu suh acong je gi ambik. hahaha. Start dari simpang nak ke puncak tu hujan turun lebaaaaaaaaaaaaaaaat sangat. Saya tak rasa stress pun pasal mandi hujaaan kot. hahahaha. Tapi trek nak ke puncak tu memang aummmm rasa dia. Panjat panjat memanjat lagi, habis guna semua lutut betis tangan kepala. Dah tu nasib badan kaki pendek. Hhahahaa. Alhamdulillah sampai puncak pukul 4 lebih. Last grup sampai pukul 8 malam. Grup last tu sweeper dengan sorang ni je. Yang lain mostly sampai pukul 6 lebih. Alhamdulillah. 







dengan crew crew, saya bukan crew tapi peserta je miahahaha 

Hari ketiga tu tujuan utama memang hardcore lah abang eddy kata, dan siap pesan dari hari pertama lagi. Sebab kena pergi redah Mount Bubu, Mount Tok Nenek dan shoot terus ke kem berlumut sebab tu je kem yang ada water point. Dari last water point yang hari kedua sampai hari ketiga malam baru ada sumber air bayangkanlah betapa kena catunya air. Nak gi ke puncak Bubu tu rasa okay lagi rasa, makin lama mendaki makin faham erti "layaan" je trek. hahaha jadi trip kali ni saya takla rasa mental sangat kecuali nak ke Gunung Tok Nenek tu. Sebabnya lepas sampai Puncak Bubu, kena lalu dua puncak baru sampai ke Gunung Tok Nenek. Satu Kem Kayung dengan Kem Kambing. Bila dah sampai ke Kem Kayung tu baru rasa mental sebab ingatkan dah sampai puncak tok nenek sebab trek dia ... hahahaha tapi lepas tu layan je. Dari puncak Kayung nak ke kambing dekat je, dari puncak Kambing nak ke Tok nenek lagilaah dekat. 





Masalah yang ada dekat sini adalah masa dah sampai puncak Gunung Bubu tu dah pukul 1.50 petang. Pastu abang eddy kata kita kena tunggu semua peserta baru boleh gerak pergi Tok Nenek. Apalagi dah nak dekat 3 jam tunggu still orang last tak sampai dah naik beku duduk atas, baru abang eddy ubah plan yang kitorang gerak dulu, biar abang eddy tunggu. Rasa masa tu macamm ahh rugi rugii nak kena kejar masa pulak nak tengok view kat Tok Nenek. Tapi nak buat macam mana abang eddy buat keputusan teamwork. So tak kisahla. Alhamdulillah sampai kat Puncak Tok Nenek tu pukul 6 lebih sempat lagi layan view ambik gambar semua. Yeayersss. 




Dengan chef kak ikaa. SEDAAAP angat dia masak. hihihi

Lepas dah puas bergambar tu dah maghrib, wajib tak boleh treking masa mahgrib. Bahaya sangat. Jadi pukul 7 50 macam tu baru gerak turun, itupun bila semua dah sampai. Ada yang masih tak sampai lagi tapi ada sweeper yang jaga, jadi sampai kat kem Berlumut dalam pukul 9 lebih. First time rasa pewai bila masak sebab kena ambik air dalam keadaan malam dengan air yang susah nak masuk botol lepas tu time wanita wanita semua tengah mandi. Sumpah rasa kalut gilaaa ahhh. hahahahahaha. Malam tu jumpa emai buat daypack dengan geng geng dia. hahahahaha .Emai kelakar ahh, alhamdulillah janji nak bagi kitkat tertunas. Penat pegang amanah sebab semua minta cokelat terpaksa cakap " adaa, tapi ni nak kena bagi orang dah janji" hahahahahah. Malam tu tidur pukul 4 lebih pagi sebab tunggu orang last sampai. Habis je bagi nasi kat orang last terus abang eddy suruh tidur. krohhhhhhhhhhh

Esok paginya hari lassst. Tak semangat pun nak balik sebab kena keluar hutan dah. Tak boleh nak main masak masak, tak boleh nak mandi air sejuk, tak boleh nak hirup udara segar, aahhh sedapnya sedapnyaaa. Gerak turun pun pukul 12 30 tengahari. Memang lewat gilaa ah. AHAHAA crew crew semua penat kena backtrack, over time semua memang tahniahh semua tabik kat korang. Last sampai kat kaki gunung dalam pukul 6 lebih masa tu. Alhamdulillah semuanya selamat turun dalam pukul 8 lebih . Malam tu makan makan semua dan kroooooooooooooh

yeayerssss!! Trip best penuh gelak ketawa ALHAMDULILLAH SEKALI LAGI.
repeat jom? hihi



my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...