27 August 2016

Terima kasih

Terima kasih banyak banyak buat suami ku...

kerana di saat tangan aku menggerutu ibarat katak dan biawak,

kau masih sudi memegang erat tanpa ada rasa geli (mungkin ada but he still holds my handssss ahahaha),

sudi mensuapkan ku makan kerana aku tak utuh untuk makan menggunakan tangan ku yang menggerutu itu..

Terima kasih buat segala jutaan kebaikan!

Malam ni emosi datang terasa nak tulis tentang rasa terharu hari ini takut nanti lupa di kemudian hari..

Pembawaan ni betul betul membuatkan aku mudah lupa.

Dan aku penat.... tapi belum mandi dan solat isya.. Sabun sungguh mengerikan saat ni. Kepedihan yang bakal ku rasai sekejap lagi. Arghhh

Allergic strikes back. I am so weak and in pain. :( Doakan aku sembuh yaaaaa.. In shaa Allah




16 August 2016

Mudah

Assalamualaikum...

Sejak sejak mengandung ni... ya Allah emosi aku niii tak dapat dikawal dikawal lagi. Senang dan mudah sangat nak buat aku menangis, tersentuh, bersedih, berduka dan sebagainya yang tiada positivity lah dalam perasaaan itu! Ibaratnya aku sentiasa menjinjing bawang merah di kantung mata aku ni. Bila bila masa sahaja boleh meletus kalau kena tonyoh di mata. Huhu





Lagi lagi dengan Husband sendiri. Kasihan tengok dia, sikit sikit nak kena pujuk. Kalau pujuk sekali terus terpujuk tak mengapalah. Ni siap ada drama air mata, keluar bilik nyorok tempat lain, dan pelbagai lagi yang terpaksa disorokkan dari pengetahuan umum.

Ibaratnya husband ku itu sekarang kena bersikap 170% dari 100% expectation ku itu. Kalau jadi 99% je kebarangkalian untuk aku mendiamkan diri, membatukan diri adalah


.
.
.
100 %.


Tapi aku lebih kasihan, kau orang kena tahu dan faham. Aku pun tak faham kenapa aku yang perlu dikasihankan. Yang penting kasihan kan sajalah. Aku kan pembawaan ni. Haha

Perkara perkara yang boleh buat aku mudah tersentuh memang kalau kau orang tahu kau orang pun akan mempersoalkan kewujudan "kenapaaa dohhhh kau ni" Dengar sini.


Sukahati akulah. Perasaan aku. kahkah

Kadang kadang, aku lapar pun suamiku kena tanggung kesan kelaparan ku, selagi tak dapat makan selagi itula sememeeeehh je muka aku. Entah lawa entah tidak. Tapi aku rasa tidak. Hah hah.

Kalau aku dah senang senang buatkan sarapan untuk husbandku itu, tetapi dia memilih untuk

-merawat kucing yang sakit dahulu
-tak habiskan apa yang ku sediakan
-tak puji, atau tak berterima kasih
(tapi ikhlas okay buat. Cuma diri ini perlukan penghargaan ke ape aku pun taktau la apa yang aku maukan. Mungkin aku mahu dikalungkan sekalung pingat emas, berdiri atas podium sambil lagu Negaraku berkumandang.)(WHATTTTTT!????)

Kalau dia melihat hanfonnya lebih dari melihatku pun aku boleh merajuk hati. Kalau aku tengok hanfon aku lama lama boleh pulak. Tapi, itulah masalahnya. Kau orang sabar je lah. hahaha

Kalau dia dalam keadaan yang tak sihat, dan tak bermaya untuk senyum saat dia pulang dari kerja. Aku akan mempersoalkan

"adakah husband ku benci akan ku"
"what? am I not pretty as the old days?" (astaghfirullah)
"aku ni annoying ke "
"adakah ketiak ku bau masem" okay tak ni gurau.

Tapi ini semua ku cakap dalam hati jer. Selayaknya dia menerima silent treatment dari ku dan akan terus bertanyakan

"kenapa ni sayang..kenapa..kenapa..cakaplah..kenapa..kenapa..kenapa..kita buat apa..kita salah cakap lagi ke.. sorrylah.. kenapa ni...cakaplah.. masalah ni kita yang buat dia, bukan dia buat kita jadi jomlah selesaikan, kenapa ni.. cakaplah..cakaplah.."

Ulang 100x


Dan aku akan terus memilih untuk diam. Urgh!

Tak tahulah kenapa susah sangat bila dah merajuk tu, tersentuh hati ke susah sangat nak bagitahu kenapa. Sangat susah. Bukan aku tak mahu bagitahu. Tapi lidah ni terbejat. Dia takmau keluarrr suara tu. Aku pun tak faham dan mengerti.

Kadang kadang bila dia tanya sebegitu, aku akan suruh dia berfikir.

Ya. Berfikir la! Benda senang. Awak yang buat saya begini. Takkanlah awak tak tahu.


But girlsssss.


Gais never know what are their problems. Hahahaha. Or our problems, to be exact, but they are sooo soo clueless and zzzzzzz. If you dont know what is my problem...and you are the causes of it. Then terimalah.


The most best treatment ever in the world.


The. Silent. Treatment




Alhamdulillah lah dapat suami seperti Muhammad Rabani, yang tak kenal erti lelah memujuk. Walaupun ada satu kali tu dia pulak merajuk hahahahahaha. Mungkin dia rasa tak adil kenapa dia tiba tiba diperlalukan sebegitu. Kita memang tercipta untuk bersama, selamanya sayang. Haha


Cubalah bayangkan kalau dapat suami yang buat tak endah je.. Huhu makan hati lah sampai kiamat. Nauzubillah 

Thankyou sayang... Mempunyai isteri memang memerlukan kesabaran yang tinggi, utuh dan jitu. *pat his head*

Dan sejujurnya, bukan aku seorang sahaja bukan perempuan yang sebegini. Hahaha. Maka buat semua lelaki dalam dunia ni....




Redhalah. Terimalah. Dan Pasrahlah.


Perempuan selumrahnya memang begitu. Hati mudah tersentuh. Beruntunglah perempuan perempuan yang tidak dilahirkan hati selembut baldu, tapi sekeras kayu. (step aside please haha). Apa yang kami mahukan hanyalah senyuman, layanan yang baik dan penghargaan dan pujian..beg chanel, kasut jimmy choo, prada, barang dapur umpama tesco, chocolate segudanh Cadbury,  barang kemas zillion harga, dan sebagainya. Nilailah sendiri apa yang betul kami mahukan haha.





Hubby, rasa rasa tak lama lagi hubby dapat jadi Raja ni! hahahaha. Thankyou for enduring me selama baru empat bulan ni.. Kita ada entah berapa tahun lagi hingga saat akhir nafas ku, dan sambung di Syurga In shaa Allah ya. Terima kasih menjadi suami yang begitu baik sekali buat diri ini yang tidak seberapa. (muka biasa saja, duit tiada, masak pun amatur lagi huhu)
Terima kasih Allah atas hadiah yang tidak ternilai ini. Rahmat dan kasih sayang Mu sungguh tak terlawan oleh mana mana makhluk pun.. Alhamdulillah.. 
Semoga kita saling berpimpingan tangan... menuju Rahmat Allah...

Amin ya rabbal alamin..

Adios! 







Takut

Hi, Assalamualaikum....

Sedang baring baring layari facebook ternampak post "info ibu hamil" yang berkongsi kan gambar baby yang sangat kecil, lebih kecil dari tapak tangan (kandungan gugur less than 10 weeks). Lepas tu baca semuaaa komen komen para para ibu yang komen dekat ruangan tu....

"saya pun pernah alami..."

Ada yang kandungan gugur 7 minggu, ada yang 26 minggu, ada yang 16minggu dan ada juga yang kandungan dah 8 bulan pun, Allah bawa kr syurga anak anak kandungan mereka tu. Kalau nak dikompilasikan rasanya setiap minggu ada cerita keguguran ni.


Yang sedang membaca ni? Apetah lagi aku? Yang kandungan baru 19 minggu ni terus rasa Astaghfirullah...Berdebar debarnya hati. Risau.. takut semua ada..... Lillah... risau kan baby dalam perut ku ni...  

Takut baby mummy tak sempat tengok dunia. Bukan. Takut mummy yang tak sempat tengok baby. 

Sungguh sungguh, manusia tiada daya upaya kudrat walau sebesar zarah, kuman pun. Ajaibnya kuasa Allah.. Allah je punya kuasa nak control control dan jaga bayi dalam setiap perut ibu ni. Hatta kita semua sekali pun...

Terlalu banyak sangat kisah keguguran ni. Sekarang dah menggigil ketakutan.. 

Semoga Allah jaga baby mummy dengan papa, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua ya baby.... 


Doakan please.......
#nangisdululah
#emositerganggu 
#taknakmainfacebook

amin...amin..amin.....


09 August 2016

Pagi yang tidak tenteram








"hubby.........................." Suara ku kedengaran sayu.

"ya? kenapa..?" tenang beliau membalas sambil memulas stereng kereta untuk membelok ke persimpangan rumah.

"em...kita ada something nak bagitau"
"kita....tipu hubby..." akhirnya ku luahkan juga setelah berperang dengan minda dan perasaan selama 30 minit..

"oh kenapa? apa dia? nak something ke, cepatlah dah nak sampai ni" soalnya laju. Fikirnya dia tu aku mahukan apa apa untuk sarapan pagi , tapi aku menolak semasa kami mahu menghantar Arisyah ke sekolah. Cukuplah roti Gardenia di rumah untuk mengisi alas perut. Huhu.

"bukan.." huaaaaaaaaa hampir mahu menangis aku untuk confess penipuan ini.

"habis tu..?" jawab dia masih tenang..

aku pandang dia.. takut takut..
dia membalas redup pandangan ku itu..
awww handsomenya laki aku ni..sempat aku mengatakan dalam hati (hahahahahaa) (gais.. serious please..)

"kita sebenarnya tak basuh telur tadi.." arrrrrrrrrrrghh terasa mahu menjerit melepaskan resah dalam hati, tapi dalam masa yang sama perasaan Lega timbul berenang renang.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Imbas kembali 30 minit yang lalu

Pagi yang kelam kabut (seperti biasa lah haha). Sejak mama pergi India seminggu lebih yang lalu (yes, she is still in India) (why 2 weeks felt like 2 freaking years!?), i have to take the responsibilty to take care of the house and my younger sister. Weh, tiba tiba English. Okay maafkan saya.

Anda semua perlu tahu betapa mama saya sangat sangat saaaaaaaaaaaaaangat menyayangi adik bongsu saya itu. Dan memandangkan seminggu ini tiada siapa yang dapat menjaga dia selain Insan (adik lelaki ku yg obses dengan kuda itu) (sebenarnya seminggu yang lalu ada kakak ni tolong jaga rumah, tapi ada hal emergency, jadi seminggu yang lagi satu i took over, AND RULES THEE HOUSEEE LIKE A KING RULES THE KINGDOM) hahaha. Jadi, saya harus bermastautin 24 jam di bawah dan kembali menjejak bilik ku yang lama itu.

Rutin harian ku ,

-bangun solat subuh bersama hubby
-tidur balik hahahaha
-7.30 dibangunkan balik oleh jeritan Arisyah menandakan dia sudah habis mandi, dan i have to dress her for school
-buat breakfast herbalife shakes untuk kami bertiga, dan special breakfast untuk hubby (kadang kadang je, selalunya beli, dan selalunya shake sahaja, lebih teruk lagi kadang kadang dengan pelukan sahaja hahaha poor hubby)
-8.00 - 8.15 bertolak hantar Arisyah pergi sekolah

Antara 7.30 hingga pukul 8.15 itu adalah saat saat yang sangat aaaaaaaaaaa have to do that have to this, there basuh itu basuh ini, take blender pecah some ais bla bla bla, has to bebel bebel lagi kat Arisyah untuk cepat dan semuanyalah! Kelam kabut!

Pagi itu, aku bercadang membuat Roti Telur untuk hubby ku. Letak minyak atas kuali, tunngu panas. Ambil Telur dan masa seakan terhenti seketika.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pergi dekat sinki, tanya diri sendiri sambil melihat Kuali yang berisi minyak Panas.

"should i wash this telur or not?" 

KALIAN LIHAT SINI, TAK PERNAH SEUMUR HIDUP KU TIDAK MEMBASUH TELUR SEBELUM MENGGORENG ATAU MEREBUS (kecuali pada zaman aku tidak tahu kulit telur penuh bakteria hahaha).

Jadi kenapa pagi itu aku harus berfikir!?? Aduh. Aduh sekali. Sebenanrnya aku memikirkan yang aku sudah lambat, kalau ku basuh telur ini, memecahkannya akan menyebabkan gabungan reaksi air dan minyak terpercik atas tangan ku yang halus dan cantik ini, jadi masa untuk aku merengek kepanasan akan melambatkan proses memasak telur. 

Akhirnya, aku tak basuh telur itu di hari penuh keajaiban, lebih malangnya lagi. Aku masih terkena percikan minyak, dan kulit telur ada sedikit yang tertinggal di dalam telur itu. Minyak hates me so much. I HATE YOU MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

Kelam kabut, aku cuba cari cari kulit yang tertinggal dalam telur yang hampir nak masak itu. Haih tak jumpa puler, masa dah semakin lambat. Nanti Arisyah lambat pergi sekolah, Hubby lambat pergi kerja. Jadi aku memtuskan untuk membiarkan sahaja kepingan kulit telur tadi dan berterus terang sahaja dengan hubby akan perkara itu.

"hubby, telur tu ada kulit telur. SORRRRRRRRRRRRRRYYYYYYYYYYYYYY! HUAAAAAAAAAAAAAA, JUST BE CAREFUL AND jangan termakan okay kulit telur tu". Isteri yang sungguh mithali bukan? *muka jatuh*

Hubby, as nice as he always be berkata

" haha okay.. " sambil mengunyah mengunyah telur roti ku itu.

TIBA TIBA!!

" Basuh tak telur ni tadi?" ADUH ABANG. Kenapa banyak banyak soalan, soalan itu  yang abang perlu tanya, Aduh adik panik betul.

"er...basuhla!" I JUST LIED. AKU BAKAL DISUMPAH. AKU ADALAH SEORANG ISTERI YANG TELAH MENIPU AKAN SEORANG LELAKI YANG BAIK!! AKU LAH AKU ITU AKUUU!!

*menangis satu sungai*

Pagi itu terus menjadi tidak tenteram. Sepanjang perjalanan menghantar Arisyah menjadi tidak tenteram. Aku benci untuk menipu. Dan aku benci sekali orang yang menipu. Walaupun penipuan itu hanya kecil sebegini. Takut keterbiasaan untuk menipu lagi di hari lain . Aduuuuh, hari yang tidak tenteram betul.

Sepanjang perjalanan juga aku memikirkan akan dosa yang Allah bakal balas terhadap penipuan ku tadi. Adakah aku bakal ditimpa bala musibah? Aku memikirkan bahawa aku tidak akan tenteram selagi aku tidak memberitahu perkara sebenar terhadap hubby ku itu.. Jadi, akhirnya, aku mengumpulkan kekuatan untuk memberitahunya. Biar kena marah, paling kurang hari ku akan menjadi lebih tenteram..

Dan seperti cerita di atas... akhirnya aku memberanikan diri untuk memberitahunya. Reaksi beliau..

"har har..... tu je ke? takpelah..."

"tapi kita tipu hubby!! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

" takpelah, kan dah bagitau tu..."

"tapi...."

" lain kali, sebelum nak goreng telur. Taknak kasi kena minyak, pecah buh dalam mangkuk dulu" geezzz why he always seems so clever la. I never thought of that. Hahahaha.

Akhirnya, baru ku dapat lihat matahari yang memancar penuh keriangan, baru ku dapat dengari burung burung menyanyi bersiulan heee.

Pagi itu mungkin tidak tenteram, tapi Alhamdulillah.. aku memberanikan diri untuk sendiri mententeramkannya. Marilah kita hidup berbahagia. Jauhi penipuan Jauhi ketidak tenteraman!

Adiosss!





05 August 2016

level of sensitivity


Nyum nyum! but the story im going to tell is not very nyum nyum gais....




I have always been this sensitive since i was born in this beautiful world.

My family especially my mother, my sister and my husband knew that. And my husband would carefully chose his words when talking to me, or else i will get sulk and cries a river. While my mom, err she just says whatever she wants to say. Hahahaha absolutely dont care whether i am super allergic to harsh and mean words. But for friends, i usually endure my sensitive perasaan and bear with it so not many know that i am so sensitive and i usually get hurts easily. Sometimes, i just cried inside and be silence of what they did and the next day i forgot already all the hurtful stuffs they said. I only express my sensitive perasaan to those i I think that can bear it. HAHA. 

So today, Arisyah and I went to Wang Solo at Bangi during Friday prayers. I promised Arisyah to bring her there for lunch, after her school ended. It shows that i am sooooooooooooo a good sister right. And it actually means that I've got a very strong excuse that I actually do not have to cook for that day. (Cooking is so tiring, every Cook will agree to this) 

It was a busyyy dayy for the restaurant. Because men will go to friday prayers, and since this world has a lot lot lot of woman, they conquered the restaurant. I have asked my husband to join us after the prayer, and he always said yes to whatever i wish. So cute. (and thank you for that hubby, always so thankful to you)

The food came at 1.35 pm. My husband said not to order the food yet because it will get cold. But saya sudah terlanjur mengorder makanan. Maafkan saya sayang. So when the food came. I thought that "ouh! maybe i should get a pinggan to prevent the food from getting cold. I am so genius. har har har" 

And because the restaurant is so in a busy environment. I, myself went to the kitchen area and asked one of the staff for pinggan. But she tak layan ai. Okay, but i saw the pinggan that i can reached easily by my hands. So i thought it would be nice to not bother the busy sister and took it by myself.

I reached out my hands and took 2 pinggan. One for my husband food and one for me. But then.....

This one makcik came. She seems to be the owner of the restaurant.... said...

"nak buat ape tu dengan pinggan??" so Rigid. 

"Oh, nak tutup pinggan" replied me sweetly full of smile. I am not joking. I smiled. 

"tak boleh tak boleh! kedai ni tak cukup pinggan" then she took the pinggan from my hands and put it back to where the pinggan belongs..

I was so clue less..
I wanted to cry.
She rejected my wish.
All i want is pinggan...
2 pinggan.
Not 20 nor 200 nor 20000 pinggan.
Only two. 
One. and Two. Thats it.

It was so hurtful to heard whateves she said. That harsh makcik...

She could have said in a more gentle manner okay.. 
"alolololo adik.. maaflah tak bolehla dapat pinggan ni.. sebab tengah ramai tak cukup pinggan ni.. sorry ya.." and pat my head ke.. or pat my whereyouatbabybump 

atleast said the word "SORRY!" 

Ini tidak. 

Tak boleh tak boleh...!!? Eleh betul. I am a customer hereeee. Hello?? All i want is pinggan kosong. Not your shares of the company, not the ayaamm for free ke apa.

Okayla... 
Imagine if I were in her shoes. So busy.. Men workers all went to friday prayers. All i have is few female workers attending maybe 50 customers at one time. I am the boss... But I have to do the cores and what not. Of course I will get very hangin if some "beggars" who actually paid for the food asking for two FREAKING plates.... 

Nope. I will still say "sorry" even if my kedai tak cukup pinggan ke apa and treat my customer like what they are deserved for. 

Then my husband came. As he sat down, tanpa berlengah masa lagi i poured all the words that i have been wanting to tell him. i told him about the harsh makcik. And he sweetly said 

"iye ker??.. ya Allah mana makcik tu mana makcik tu?" 

hihi.. 


and.... that only to calm me down okay Gaisss..

Later he advises me there is a reason why the makcik did like that bla bla bla.. backing up the makcik..tskkkkkkkkkkkkk.. haha.. but still the makcik could use a proper ayat right?? Huaaaaaaa 

Then my husband continued

"why dont you use tissue to cover up the food" uh oh. He always have some better ideassss la this guy.. haha!

But i am still the genius one. He can only get the titled Clever je laaa..

Later when i come again to that restaurant, i am gonna bring my mom's pinggan of 80 or 10909292 quantity, and put in the kitchen and said eyes to eyes to that makcik " heree makcik. Take all of it, your restaurant seems do not have an enough amount of pinggan, poorrr youuuuu. ALOLOLOLOLO"

OK. joke. watever. Im pissed off. HAHAHAHAHAHA.

#mudahterluka



02 August 2016

Resipi Laksa Penang Semudah ABC


Hi Assalamualaikum!
Haaaaaaaa. Hari ni aku nak kongsikan sebuah resipi yang sangat mudah untuk membuat satu aneka laksa yang boleh dikatakan oleh masyarakat sebagai susah untuk membuatnya. Senang je sebenarnya gaisss ya Rabbi. Kita tak perlu untuk terkena percikan minyak yang panas lagi menyakitkan untuk membuatnya. Apa yang kita perlu hanyalah keyakinan dan rupa wajah yang cantik . Okay tak gurau je. 

Hari tu masa tweet gambar masak Laksa Penang ni, ada kawan kawan yang mengatakan sebagai uuuu hebatnya hebatnya. Padahal, mereka tidak tahu betapa mudahnya memasak Laksa ini kerana aku hanya menggunakan resipi MAMAkuuuuuuuuuuuu! HAHAHA. Dan mama aku tu kalau masak, dia boleh masak dalam 10 minit, dan 30 pelbagai juadah akan terhidang dengan tiba tibanya di atas meja. Okay tak, gurau lagi. Tapi ini betul! (Gurau ke betul zzzzzzzz) HAHAHAHA. Mama ku punya style masak sangat simple, cepat dan mudah. Tapi rasa dia sejibik macam rasa masakan Gordon Ramsey. Malahan beribu lagi sedap lagi. Hah. Ye, aku memang pernah rasa masakan Ramsey Gordon atau Ramli Gondol nama melayu dia. Takde la sedap mana i tell youuu.. 

Tu tipu. Obviously tipu. hahahaha

Terjadinya adegan nak masak Laksa Penang ni sebab hari tu , mamaku telah masak masakan ini untuk dihidangkan kepada tetamu. Walaupun aku tak gemar sangat akan makhluk bernama ikan, tapi ajaibnya aku boleh menelan sampai dua mangkuk yer! Kalau aku tak membawa peranakan, mungkin 30 mangkuk aku boleh habiskan. Hahaha. Begitu overrr. Tapi sedapnya nau'uzubillah, Alhamdulilah sangat sedap dan sejak itu aku menanam keazaman untuk membuatnya.

Jadi tiba tiba, hari kejadian sebelum mamaku berangkat ke India (she is still in India, sooo lama ai so sedih and rindu ) tiba tiba baby mengidam lagi nak makan Laksa Penang. (husband selalu kata bukan baby nak, tapi mummy dia yang nak, ehhhhhhhhh baby tumpang perut mummy k haruslah dia nak sekali walaupun dia tak tahu pun laksa penang tu apa kahkahkah). Takpelah tak dapat mama punya pun takpe, asalkan nak laksa nak laksa nak laksaaaaaa! 

Petang sebelum dia berangkat tu, aku dengan gigih mesej mama ku menanyakan bagaimana nak buat laksa mama. Dan ofcourse mama ku yang kesibukan itu lagi kena gigih sebab kena taip resipi Laksa Penang tu dalam bentuk mesej. Yang kelakarnya we are in the same houseee. Aku di tingkat atas, dan beliau di tingkat bawah. Tapi sebab kegelojohan aku nak makan laksa tu tak membuatkan otakku tidak berfikir dengan tenang. Padahal dah dapat resipi bukannya terus masak. 

Walaubagaimana pun, resipi yang mamaku taip tu hanyalah ringkasan komsas sahaja. Ade ke tulis bahan bahan je hahahahahahahaha. Jadi aku fikir, aku perlu bertenang, dan bertanyakan dia lagi apabila kami bergerak mahu menghantar beliau ke Airport. Sampai sahaja di airport, semasa beliau sedang tidak busy (busy mamaku ni boleh menangis kalau anda adalah anak yang clingy) aku cepat cepat bertanyakan resipi laksa dan me-record voice suara beliau. GIGIH GILA BUKAN. Kalau aku sebigini gigih dahulu semasa belajar, mesti aku sudah menjadi suri rumah berkelayakan Degree Holder Kelas Pertama Anugerah Naib Kanselor. kahkah. malangyatidak.

Bila aku nak start bubuh resipi ni?? hahahahahahahahahahaha. 

Belum lagi gaiss. Kau orang kena dengar dulu cerita aku lagi.

Hari mamaku berangkat ke India itu, aku tidak dapat makan Laksa mengikut emengidaman ku. Hampir menangis aku dibuatnya. Kerana kami pulang dari airport agak lewat, dalam pukul 10 baru sampai rumah. Husband ku kata kedai kedai dah tutup. Jadi aku termenung seorangan. Aku mahukan laksa. Aku tak mahu lain, aku mahu laksa juga!! HAHAHA. Tiba tiba aku teringatkan uptown. Aku tahu uptown ada jual Laksa malam malam begini. Tapi semasa aku teringatkan uptown ada jual Laksa, waktu sudah pun menjejak jam 1. Ish. Tidak ku sanggup menyuruh suamiku pergi membeli di kala malam malam yang lewat. Tapi dia kata okay dia nak pergi beli. Tapi aku tahu dia mahu tidur. HAHAHAHAHAHA. Jadi, terpaksa ku tolak ke tepi kemahuan ku, dan menjadi considerate terhadap suamiku yang akan bekerja keesokan harinya. Tapi tidurnya ku buat jadi tidak tenang gaissss. Ku sebut  laksa laksa laksa laksa di telinganya sampailah aku ketiduran. HAHAHAHA. 

Jadi besoknya, aku terpaksa menahan keinginan laksa ku sampailah suami ku pulang dari kerja. Malam tu kami berangkat ke IOI City Mall di Putrajaya, bagi menuju ke satu kedai dinamakan Penang Road Famous Teochew Chendul. Semangat ku berkobar kobar betul tatkala menunggu laksa ku tiba... seperti dunia ini hanya ada aku dan laksa, hubby? bolehla masukla jugak. Aku , hubby dan laksa. HAHAHAHA. 

dan.......... taraaaaa!!



Inilah laksa yang ku terima dari kedai tersebut. Nampak lazat kan?

Tapi selera peranakanku menidakkan. Ya. Rasa memang seperti Laksa Penang. Tapi hanya 25% Sahaja, kuahnya seperti mengandungi pelbagai 1001 rasa. Dan 1001 rasa tu tidak satu rasa pun aku sukai. Terlalu mewah rasa dia, diolah sangat laksa penang itu. Tidak asli dan tidak sejati. Hancur luluh hati ku. Malangnya husband ku suka. Dihirup hirup kuah nya... Uhuk uhuk. How come how come. Hahaha. Jadi aku hanya mampu memakan mee nya sahaja.. Ku kuis kuis segala benda yang lain. Tskkkkkkk. 2 hari ku tunggu. Ini yang ku dapat. Alhamdulillah. Haruslah bersyukur. Tapi esoknya. Tidak ku pingin lagi laksa. Aku kembali hanya pingin hubby ku . Aku, Hubby dan Laksa yang terbuang.

Loll..


waktu pulang ke rumah.. kenapa hubby ku yang nampak pasrah, hahaha



Habis dah cerita ku ini. Hendak dijadikan cerita, aku kembali semangat mahu mencuba memasak Laksa mengikut resipi mamaku. Percayalah, kalau digoogle resipi laksa yang lain bahan bahannya terlalu rumit, prosesnya terlalu arghhh "taknakla buat" hahaha. Lagi lagi kalau anda baru sahaja baru mengenal erti "aku mahu reti memasak" Sudah tentu the simple the better. Kalau yang dah terror masak itu.. aku pohon sabar aje lah. HAHAHAHA. Teruskan dengan resipi the mewah the bahan the merrier the taste. Kerna setiap kita punya cara yang berbeza. Hihihi. Jadi resipi di bawah betul betul diolah seperti orang yang mahu belajar memasak. Kerna aku juga baru mahu belajar memasak. Jadi aku faham perasaaan orang yang sama sama tak reti sangat memasak ini.

Bahan bahannya untuk (7-10 orang makan)

Tin Ikan Mackerel jenama Ayam Brand (2 tin)
Sardin itu kau keluarkan, ayaq sardin jangan guna. Dan cucilah sardin itu sebersihnya dan masukkan dia kedalam bekas blender. Isi ayaq kalau boleh bagi penuh. Sebab kalau tak penuh terlalu padat. Jadi blender tak mau gerak. Mungkin blender ku saja. Blender kau ikutlah kemampuannya ya? Jangan dipaksa paksa

Serai (3 batang)
Bawang Besar (ikutsuka) 
Bawang Putih (punikutsuka) 
dan 10-15 batang Cili Padi
Bahan bahan di atas ni kau masukkan bersama sama ke dalam blender. Tapi jangan kau masukkan bahan ini ke dalam acuan blender sardin tadi. Asing asingkan okay. Jangan disatukan dahulu. Maaf di atas sukatan ikut suka diatas, betul betul ikut waras akal fikiran mu  untuk meletakka berapa biji. Tapi sebolehnya jangan lah keterlaluan dan janganlah kedekutan ya? HEMM, ya la ya la.. Bawang besar 2 biji, Bawang putih 6-7 ulas ke eh ikut sukalah engkorang. Aku main taram je ni.. Haha.

Lain lain bahan yang akan digunaka

Daun kesum
(the banyak the better, tapi jangan keterlaluan sampai kau tengok sup kau kau hanya nampak daun, aku pelengkung nanti)

Garam dan Gula

Air asam jawa
buatlah dalam 1 setengah mangkuk normal tu.

Kiub ikan bilis 
(1 kiub, bukan 1 kotak)

Ya.
YA.
YAAAA.

Ini sahaja bahan asas kuah yang diperlukan untuk membuat Laksa Penang. Mudah betul bukaaaan! Tapi percayalah. Rasanya in shaa Allah, Marvelloussssssssssssssss!

Cara cara memasak.


Panaskan kuali, bubuh 1) bahan blend yang ada serai bawang apa semua tu. Biaq kejap sambil kacau kacau dia. Lepas dah rasa dia panas dan mula keluar bau wangi wangi tu bolehla masukkan pula 2) bahan blend sardin tadi. UUUU.

Tunggu sampai menggelegak sedikit. Lantas masukkanla 3) air asam jawa tadi, dan kalau engkau rasa pekat, tambahlah air sedikit demi sedikit. Lepas dah menggelegak betul. Masukkanlah 4) garam (3 sudu) gula (sedikit) haha. Ikutlah, aku tak suka sangat kalau bubuh gula. Terasa macam air gula pula nanti. Sebabkan mama ku suruh bubuh gula, aku pun hanya mencukupkan syarat bubuhla satu sudu. Tu pun macam hidup segan mati tak mahu ku bubuh gulanya.

Gaisss.. look at my eyes. Make sure sentiasa rasa okay kuah tu. Jangan ikut sukaaaa kau je membubuh bubuh. Hahaha. Biar ngam rasa asam tu. Biar ngam rasa garam tu. Yang penting rasa Laksa Penang! Jangan jadi rasa Laksa GARAM atau laksa Air Asam. Kalau itu yang kau rasakan, berehat sebentar lah dari dunia masakan. Mungkin minggu depan kau boleh cuba lagi. HAHAHAHA. dontgiveupkayy.

Lepas tu masukkanlah 5) daun Kesum yang penuh wangi tadi. Ahhhhhhhhhhhhhhh i love the smell. Wangi terasa nak cipta satu minyak wangi NEEkesum. ifyouknowwhatimean.

Lepas tu? APELAGI LEPAS TU SIAPLAHH! haaa kan mudah!

Eh, sebelum tu.

Mee laksa tu engkorang jangan lupa beli dan rebus pulak. Ini kalau korang tak beli, sah sahla engkorang ni tak reti masak. Beli la jenama apapun. Yang penting hati kau riang.

Lepas dah siap masak kuah..dah rebus mee.. dudukla di dapur santai santai potong bahan bahan seperti di bawah untuk hiasan dan kasi lebih marvellous. 

Timun
Limau kasturi
Bawang merah hiris
Salad
Cili Padi
Telur Rebus
Nenas
Daging unta (k ni tak. sila jangan)



Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Nampak tak sedap kan? hahahaha

Tapi percayalah, alhamdulillah rasa dia seperti di warung warung kedai yang jual Laksa tu dan akan buat anda tambah dua kali! Hikhik. Husband itew pujii tau. Tak percaya tanya lah dia. Hahaha.

Lepas tu bacalah doa makan dan makanlah dengan sopan.

Adios!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...