Assalamualaikum...
Sejak sejak mengandung ni... ya Allah emosi aku niii tak dapat dikawal dikawal lagi. Senang dan mudah sangat nak buat aku menangis, tersentuh, bersedih, berduka dan sebagainya yang tiada positivity lah dalam perasaaan itu! Ibaratnya aku sentiasa menjinjing bawang merah di kantung mata aku ni. Bila bila masa sahaja boleh meletus kalau kena tonyoh di mata. Huhu
Lagi lagi dengan Husband sendiri. Kasihan tengok dia, sikit sikit nak kena pujuk. Kalau pujuk sekali terus terpujuk tak mengapalah. Ni siap ada drama air mata, keluar bilik nyorok tempat lain, dan pelbagai lagi yang terpaksa disorokkan dari pengetahuan umum.
Ibaratnya husband ku itu sekarang kena bersikap 170% dari 100% expectation ku itu. Kalau jadi 99% je kebarangkalian untuk aku mendiamkan diri, membatukan diri adalah
.
.
.
100 %.
Tapi aku lebih kasihan, kau orang kena tahu dan faham. Aku pun tak faham kenapa aku yang perlu dikasihankan. Yang penting kasihan kan sajalah. Aku kan pembawaan ni. Haha
Perkara perkara yang boleh buat aku mudah tersentuh memang kalau kau orang tahu kau orang pun akan mempersoalkan kewujudan "kenapaaa dohhhh kau ni" Dengar sini.
Sukahati akulah. Perasaan aku. kahkah
Kadang kadang, aku lapar pun suamiku kena tanggung kesan kelaparan ku, selagi tak dapat makan selagi itula sememeeeehh je muka aku. Entah lawa entah tidak. Tapi aku rasa tidak. Hah hah.
Kalau aku dah senang senang buatkan sarapan untuk husbandku itu, tetapi dia memilih untuk
-merawat kucing yang sakit dahulu
-tak habiskan apa yang ku sediakan
-tak puji, atau tak berterima kasih
(tapi ikhlas okay buat. Cuma diri ini perlukan penghargaan ke ape aku pun taktau la apa yang aku maukan. Mungkin aku mahu dikalungkan sekalung pingat emas, berdiri atas podium sambil lagu Negaraku berkumandang.)(WHATTTTTT!????)
Kalau dia melihat hanfonnya lebih dari melihatku pun aku boleh merajuk hati. Kalau aku tengok hanfon aku lama lama boleh pulak. Tapi, itulah masalahnya. Kau orang sabar je lah. hahaha
Kalau dia dalam keadaan yang tak sihat, dan tak bermaya untuk senyum saat dia pulang dari kerja. Aku akan mempersoalkan
"adakah husband ku benci akan ku"
"what? am I not pretty as the old days?" (astaghfirullah)
"aku ni annoying ke "
"adakah ketiak ku bau masem" okay tak ni gurau.
Tapi ini semua ku cakap dalam hati jer. Selayaknya dia menerima silent treatment dari ku dan akan terus bertanyakan
"kenapa ni sayang..kenapa..kenapa..cakaplah..kenapa..kenapa..kenapa..kita buat apa..kita salah cakap lagi ke.. sorrylah.. kenapa ni...cakaplah.. masalah ni kita yang buat dia, bukan dia buat kita jadi jomlah selesaikan, kenapa ni.. cakaplah..cakaplah.."
Ulang 100x
Dan aku akan terus memilih untuk diam. Urgh!
Tak tahulah kenapa susah sangat bila dah merajuk tu, tersentuh hati ke susah sangat nak bagitahu kenapa. Sangat susah. Bukan aku tak mahu bagitahu. Tapi lidah ni terbejat. Dia takmau keluarrr suara tu. Aku pun tak faham dan mengerti.
Kadang kadang bila dia tanya sebegitu, aku akan suruh dia berfikir.
Ya. Berfikir la! Benda senang. Awak yang buat saya begini. Takkanlah awak tak tahu.
But girlsssss.
Gais never know what are their problems. Hahahaha. Or our problems, to be exact, but they are sooo soo clueless and zzzzzzz. If you dont know what is my problem...and you are the causes of it. Then terimalah.
The most best treatment ever in the world.
The. Silent. Treatment
Alhamdulillah lah dapat suami seperti Muhammad Rabani, yang tak kenal erti lelah memujuk. Walaupun ada satu kali tu dia pulak merajuk hahahahahaha. Mungkin dia rasa tak adil kenapa dia tiba tiba diperlalukan sebegitu. Kita memang tercipta untuk bersama, selamanya sayang. Haha
Cubalah bayangkan kalau dapat suami yang buat tak endah je.. Huhu makan hati lah sampai kiamat. Nauzubillah
Thankyou sayang... Mempunyai isteri memang memerlukan kesabaran yang tinggi, utuh dan jitu. *pat his head*
Dan sejujurnya, bukan aku seorang sahaja bukan perempuan yang sebegini. Hahaha. Maka buat semua lelaki dalam dunia ni....
Redhalah. Terimalah. Dan Pasrahlah.
Perempuan selumrahnya memang begitu. Hati mudah tersentuh. Beruntunglah perempuan perempuan yang tidak dilahirkan hati selembut baldu, tapi sekeras kayu. (step aside please haha). Apa yang kami mahukan hanyalah senyuman, layanan yang baik dan penghargaan dan pujian..beg chanel, kasut jimmy choo, prada, barang dapur umpama tesco, chocolate segudanh Cadbury, barang kemas zillion harga, dan sebagainya. Nilailah sendiri apa yang betul kami mahukan haha.
Hubby, rasa rasa tak lama lagi hubby dapat jadi Raja ni! hahahaha. Thankyou for enduring me selama baru empat bulan ni.. Kita ada entah berapa tahun lagi hingga saat akhir nafas ku, dan sambung di Syurga In shaa Allah ya. Terima kasih menjadi suami yang begitu baik sekali buat diri ini yang tidak seberapa. (muka biasa saja, duit tiada, masak pun amatur lagi huhu)
Terima kasih Allah atas hadiah yang tidak ternilai ini. Rahmat dan kasih sayang Mu sungguh tak terlawan oleh mana mana makhluk pun.. Alhamdulillah..
Semoga kita saling berpimpingan tangan... menuju Rahmat Allah...
Amin ya rabbal alamin..
Adios!
No comments:
Post a Comment