09 August 2016

Pagi yang tidak tenteram








"hubby.........................." Suara ku kedengaran sayu.

"ya? kenapa..?" tenang beliau membalas sambil memulas stereng kereta untuk membelok ke persimpangan rumah.

"em...kita ada something nak bagitau"
"kita....tipu hubby..." akhirnya ku luahkan juga setelah berperang dengan minda dan perasaan selama 30 minit..

"oh kenapa? apa dia? nak something ke, cepatlah dah nak sampai ni" soalnya laju. Fikirnya dia tu aku mahukan apa apa untuk sarapan pagi , tapi aku menolak semasa kami mahu menghantar Arisyah ke sekolah. Cukuplah roti Gardenia di rumah untuk mengisi alas perut. Huhu.

"bukan.." huaaaaaaaaa hampir mahu menangis aku untuk confess penipuan ini.

"habis tu..?" jawab dia masih tenang..

aku pandang dia.. takut takut..
dia membalas redup pandangan ku itu..
awww handsomenya laki aku ni..sempat aku mengatakan dalam hati (hahahahahaa) (gais.. serious please..)

"kita sebenarnya tak basuh telur tadi.." arrrrrrrrrrrghh terasa mahu menjerit melepaskan resah dalam hati, tapi dalam masa yang sama perasaan Lega timbul berenang renang.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Imbas kembali 30 minit yang lalu

Pagi yang kelam kabut (seperti biasa lah haha). Sejak mama pergi India seminggu lebih yang lalu (yes, she is still in India) (why 2 weeks felt like 2 freaking years!?), i have to take the responsibilty to take care of the house and my younger sister. Weh, tiba tiba English. Okay maafkan saya.

Anda semua perlu tahu betapa mama saya sangat sangat saaaaaaaaaaaaaangat menyayangi adik bongsu saya itu. Dan memandangkan seminggu ini tiada siapa yang dapat menjaga dia selain Insan (adik lelaki ku yg obses dengan kuda itu) (sebenarnya seminggu yang lalu ada kakak ni tolong jaga rumah, tapi ada hal emergency, jadi seminggu yang lagi satu i took over, AND RULES THEE HOUSEEE LIKE A KING RULES THE KINGDOM) hahaha. Jadi, saya harus bermastautin 24 jam di bawah dan kembali menjejak bilik ku yang lama itu.

Rutin harian ku ,

-bangun solat subuh bersama hubby
-tidur balik hahahaha
-7.30 dibangunkan balik oleh jeritan Arisyah menandakan dia sudah habis mandi, dan i have to dress her for school
-buat breakfast herbalife shakes untuk kami bertiga, dan special breakfast untuk hubby (kadang kadang je, selalunya beli, dan selalunya shake sahaja, lebih teruk lagi kadang kadang dengan pelukan sahaja hahaha poor hubby)
-8.00 - 8.15 bertolak hantar Arisyah pergi sekolah

Antara 7.30 hingga pukul 8.15 itu adalah saat saat yang sangat aaaaaaaaaaa have to do that have to this, there basuh itu basuh ini, take blender pecah some ais bla bla bla, has to bebel bebel lagi kat Arisyah untuk cepat dan semuanyalah! Kelam kabut!

Pagi itu, aku bercadang membuat Roti Telur untuk hubby ku. Letak minyak atas kuali, tunngu panas. Ambil Telur dan masa seakan terhenti seketika.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pergi dekat sinki, tanya diri sendiri sambil melihat Kuali yang berisi minyak Panas.

"should i wash this telur or not?" 

KALIAN LIHAT SINI, TAK PERNAH SEUMUR HIDUP KU TIDAK MEMBASUH TELUR SEBELUM MENGGORENG ATAU MEREBUS (kecuali pada zaman aku tidak tahu kulit telur penuh bakteria hahaha).

Jadi kenapa pagi itu aku harus berfikir!?? Aduh. Aduh sekali. Sebenanrnya aku memikirkan yang aku sudah lambat, kalau ku basuh telur ini, memecahkannya akan menyebabkan gabungan reaksi air dan minyak terpercik atas tangan ku yang halus dan cantik ini, jadi masa untuk aku merengek kepanasan akan melambatkan proses memasak telur. 

Akhirnya, aku tak basuh telur itu di hari penuh keajaiban, lebih malangnya lagi. Aku masih terkena percikan minyak, dan kulit telur ada sedikit yang tertinggal di dalam telur itu. Minyak hates me so much. I HATE YOU MORE!!!!!!!!!!!!!!!!

Kelam kabut, aku cuba cari cari kulit yang tertinggal dalam telur yang hampir nak masak itu. Haih tak jumpa puler, masa dah semakin lambat. Nanti Arisyah lambat pergi sekolah, Hubby lambat pergi kerja. Jadi aku memtuskan untuk membiarkan sahaja kepingan kulit telur tadi dan berterus terang sahaja dengan hubby akan perkara itu.

"hubby, telur tu ada kulit telur. SORRRRRRRRRRRRRRYYYYYYYYYYYYYY! HUAAAAAAAAAAAAAA, JUST BE CAREFUL AND jangan termakan okay kulit telur tu". Isteri yang sungguh mithali bukan? *muka jatuh*

Hubby, as nice as he always be berkata

" haha okay.. " sambil mengunyah mengunyah telur roti ku itu.

TIBA TIBA!!

" Basuh tak telur ni tadi?" ADUH ABANG. Kenapa banyak banyak soalan, soalan itu  yang abang perlu tanya, Aduh adik panik betul.

"er...basuhla!" I JUST LIED. AKU BAKAL DISUMPAH. AKU ADALAH SEORANG ISTERI YANG TELAH MENIPU AKAN SEORANG LELAKI YANG BAIK!! AKU LAH AKU ITU AKUUU!!

*menangis satu sungai*

Pagi itu terus menjadi tidak tenteram. Sepanjang perjalanan menghantar Arisyah menjadi tidak tenteram. Aku benci untuk menipu. Dan aku benci sekali orang yang menipu. Walaupun penipuan itu hanya kecil sebegini. Takut keterbiasaan untuk menipu lagi di hari lain . Aduuuuh, hari yang tidak tenteram betul.

Sepanjang perjalanan juga aku memikirkan akan dosa yang Allah bakal balas terhadap penipuan ku tadi. Adakah aku bakal ditimpa bala musibah? Aku memikirkan bahawa aku tidak akan tenteram selagi aku tidak memberitahu perkara sebenar terhadap hubby ku itu.. Jadi, akhirnya, aku mengumpulkan kekuatan untuk memberitahunya. Biar kena marah, paling kurang hari ku akan menjadi lebih tenteram..

Dan seperti cerita di atas... akhirnya aku memberanikan diri untuk memberitahunya. Reaksi beliau..

"har har..... tu je ke? takpelah..."

"tapi kita tipu hubby!! huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

" takpelah, kan dah bagitau tu..."

"tapi...."

" lain kali, sebelum nak goreng telur. Taknak kasi kena minyak, pecah buh dalam mangkuk dulu" geezzz why he always seems so clever la. I never thought of that. Hahahaha.

Akhirnya, baru ku dapat lihat matahari yang memancar penuh keriangan, baru ku dapat dengari burung burung menyanyi bersiulan heee.

Pagi itu mungkin tidak tenteram, tapi Alhamdulillah.. aku memberanikan diri untuk sendiri mententeramkannya. Marilah kita hidup berbahagia. Jauhi penipuan Jauhi ketidak tenteraman!

Adiosss!





No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...