29 September 2016

Oh bantal....

Hai... Assalamualaikum..

Penghibur lara ku #almost6months


Semenjak menjak ni jiwa ku semakin kacau. Sekejap kejap menangis.. Nampak je aku ni okay kuncang kancip sembang di Twitter. Ternyata hidupan seharian nya penuh dengan tangisan..
Emm sometimes la sometimes. Haha

Ni mesti gara gara tidur malam ku yang semakin lama damainya semak
in hilang gara gara kesakitan pinggang yang tak dapat dikawal kawal lagi. Sebelum pregnant lagi dah dapat ku rasakan pinggang ku ini makin lama makin tak boleh nak bagi can buat kerja lebih sikit. Itulah.. dulu kuat sangat menggunung. Bawa beg berat berat. Rasakan lah kau. Rasakan!

Jadi bila pregnant ni kesakitan pinggang ku makin lama makin tak dapat nak dibendung apetah lagi dibawa berbincang. Selalu tak dapat tidur malam dengan lena. Kalau tak dapat tidur je tak mengapalah. Ni Tak dapat tidur, tambah lagi dengan tak selesa satu badannya. Baby pula semakin aktif menumbuk kicking kicking lagi. Takpelah, baby dimaafkan. Pinggang ni sampai akhir hayat pun taknak lah kawan. Tskkk

Jadi semalam post dekat Twitter nak sangat sangat pregnancy Pillow tu. Sebenanrnya memang dah lama nak. Sejak Bulan 3 ke 4 pregnancy entah. Padahal tak tahulah betul ke tidak bantal berbentuk C atau U itu betul betul boleh cure kesakitan pinggang ibu mengandung. Baca testimoni katanya semua gegempak.

Selalu cakap kat husband, atau tunjuk tunjuk gambar kat dia tentang Bantal tu. Dia pun senyum je selalunya. Baru baru ni dia kata sambil buat muka sedih, nanti kalau dia belikan isteri dia ni dah tak peluk dia malam malam. Hahahaha. Im gonna hug you 19hours just give me the 5 hours of my beauty sleep puhlisss. Haha.

Tapi terima kasih hubby... selalu urut malam malam dengan minyak panas. Siap beli stok baru in case minyak panas dah habis. Selalu menenangkan diri ini yang tak keruan malam malam, siang siang kalau emosi.. Kita tau dia tak beli belikan lagi sebab banyak komitmen.. Aku pun jenis malu dan tak memaksa bila bab bab barang beratus ni. Selalu minta macam macam pun perihal makanan. Kalau barang barang, selalunya sebolehnya taknak minta. Sebab taknak susahkan hubby...  

Tapi malam tadi luar biasa sakit pinggang. Sampai ke pagi lah asik terbangun bangun sebab tak selesa. Padahal hubby dah urut dah sebelum tidur tu. Dapat lelap sekejap pun nak pukul 4 macam tu. Bangun bangun sakit sakit lagi, dengan tak cukup tidur, tak selesa apa semua..

Maka, berjujuran air mata la daku sewaktu bersolat subuh. Tiba tiba mogok dengan hubby. Merajuk. Eh alahai... Kesiannya suami ku itu. Dia tanya tanya aku kenapa aku hanya mampu menangis. Lepas dah solat, try nak tidur tapi tak boleh. Jadi Nangis lagi. Sebelum hubby pergi kerja nangis lagi. Dia offer nak belikan nasi lemak pun aku tak mau. Padahal lapar!! ahaha Aku pun tak tahu kenapa hubby ku jadi mangsa. Maafkan la diriku ini. Sobsobs. Dia call masa zuhur, pun aku menangis lagi. Menangis sahaja. Kecelaruan emosi betul..

Nak dijadikan cerita, hubby ku call kata dia dah masukkan duit. Gaji dah masuk. Maka pergilah hilangkan kedukaan mu. Bayarlah bil telepon dan Belilah bantal yang ku ingin inginkan tu. 

Terdiam ku sebentar. Ni nak makan ke tak pujukan ni. Nak reject taknak beli, tapi aku memang amat amat perlukan. Makanya aku diam ajer. Hahaha. Tapi lepas tu dah tak merajukla.. 

Thankyou suami.... Semoga Allah membalas segala jasa jasa dan pengorbanan mu... amin... 

Makanya! lihatlah!! Aku sudah mempunyai sebentuk Bantal C!!


Alhamdulillah ya Allah.. Bagi rezeki bakal mummy mudah terluka ni... Alhamdulillah sangat sangat. Dan ianya berwarna pink! dan berharga rm 160! The cheapest la setakat survey ni. Lagipun tak perlu postage postage. Beli kat kedai Bangi sentral je. Huhuhu... Thankyou Allah.. Thankyou suami...


welcome my babyyy ^^


20 September 2016

Minta maaf session

We always have this minta maaf session before going to sleep every night.

So yesterday night. I asked him to forgive all my wrong doings, forgive me that if i am being too pretty and too cute for him to handle. Forgive me if he cannot stands all of that because i was borned like that.

And that night i cannot sleep.

Balasan Allah.

TSKKKKKKK

15 September 2016

Perkembangan bayii ^^

Hai Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita tentang perjuangan seorang ibu untuk mengetahui jantina anak di dalam perutnya. Kenapa dikatakan perjuangan seorang ibu? 

Kerana seorang ayahnya tidak mahu tahu tapi lebih kepada mahu menjadikan jantina itu satu kejutan saat dilahirkan nanti. Begitu juga dengan nenek kepada bayi di dalam perut ini. 

Tskkkk betul.

Sejak tahu fakta kalau bayi tu dah berusia empat bulan boleh tahu jantina, sejak itulah aku ni setiap hari request nak scan nak scan nak scannn kat hubby dengan mummy. Tapi jawapan yang diterima sama je setiap sekali

"kenapa nak scan.."
"nanti scan selalu, bahaya untuk baby la.."
" alaa tak yahla tahu jantina.. beli barang barang unisex je nanti.. Baru surprise! heee"

Hishhh. Tak nak lah surprise surprise. Hahahaha. 

Oleh itu disebabkan perjuangan nak tahu jantina bayi ini diperjuangkan oleh aku sahaja, makanya menunggu hari lah nak tunggu mummy ku bekerja. Sebab?

Sebab kalau mummy ku bekerja, bolehlah dapat scan freee plus dapat di scan oleh ibu sendiri kan tak janggal. Nak tanya apa apa pun boleh. Hehe. Dapat juga jimatkan wang suami.. Hehe....

Jadi semalam, mummy ku akhirnya BEKERJA juga, locum di sebuah klinik. Jauh okay klinik tu. Dekat Sepang sana. Sekarang ni ya MasyaAllah susahnya seorang Aqila nak dapat tidur malam yang berkualiti.

Susah sangat nak tidur.. Bila dah dapat tidur, sikit sikit terbangun sebab sakit pinggang, kadang kadang tak tahu sebab. 

Baby pun Alhamdulillah makin aktif.. Paling aktif masa malam.. Sekarang ni semua pergerakan dia hubby dapat rasa juga. Jadi rutin tiap malam tangan hubby di atas perut nak rasakan pergerakan anak kami..

Takpelah nak, aktif la semahu mu. Mummy tak kisah langsung. Asalkan baby aktiffff selalu ya. Tanda baby sihat dan tanda itu sudah pasti lah tanda yang menggembirakan ku yang sentiasa risau ni.

First baby, apelah yang tak merisaukan bukan? Semuanya serba risau. Semuanya serba penuh dengan persoalan.  

Eh sambung balik cerita scan tadi. Jadi Semalam tu baby dah 23weeks 3days. Hubby tak dapat ikut sekali sebab dia kerja :(. Jadi mentateh la aku memandu dalam pagi yang penat gara gara tak cukup tidur. Dan LAPAR juga. Punyalah tak sabar nak tengok baby sampai lupa nak breakfast. Bawa kereta pun macam nak terlelap je. Huhu

Sampai sampai klinik, tengok mummy busy lagi. Jadi bersegeralah aku ke Speedmart untuk membeli makanan bilamana kelaparan yang ada tak boleh dibawa berbincang lagi. Milo kotak dan roti jagung Gardenia. Cukuplah untuk membuat kan ku bertenang. Hehe

Hendak dijadikan cerita.. Baby tak mahu tunjuk lagi dia jantina apa. Ataupun mummy sudah lelah mencari hahahaha. Nak measure baby pun tiba tiba jaa machine scan tu takmau bekerjasama. Sedih kita. Jadi aku hanya dapat melihat badannya yang semakin membesar dan sudah fully manusia. 

Taraaa! SubhanAllah kuasa Allah tak dapat digambarkan dengan kata kata..

Alhamdulillah ya Allah untuk nikmat merasai ini.... Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sekarang ni sangat sangat tak sabar nak tunggu baby depan mata mummy. Nak main main dengan baby.. Nak jaga baby elok elok.. Hari hari menghitung hari. Lagi 4 bulan in shaa Allah..

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.. In shaa Allah amin...




07 September 2016

Masa masa yang paling lemah

Hai Assalamualaikum... 

#5months

Rasa macam dah lama tak update blog. Lama kan? Lama tak? Lamaaaaa laaaaaa. Huahuahua. Yelah, kalau aku update pun pasal encik Husband je. Nanti orang meluat. Tapi sebenarnya lantak la kan.. Sebab takde orang pun baca blog ni. Hahahahahaha. Jadi baik buat simpan memori memori manis dan pahit dikala masih boleh. 

Masa masa paling lemah yang aku alami adalah saat saat Hubby ku bertolak pergi kerja. Ya Masya Allah...... Saat saat tu lah...

"Do you really have to work hubby?"
"hubby... kita demam.."
"hubby kita rasa kurang sihat laa"
"Hubby hari ni company hubby tutup la"
" Hari ni bukan public holiday ke?" 
" Hari ni kan sabtuuuuu????"

Penuh dengan muslihat yer aku bab bab tak kasi suami kerja sebab nanti rasa lonely kat rumah 😭.. Kau ingat suami kau itu budak budak? Tskkkkk

Tapi janganlah begitu wahai sang isteri. Kadang kadang bila datang waras fikiran aku ni..

"Haaa nanti Allah makbulkan kang, Allah tarik keupayaan dia nak kerja ke? Asyik sakit je nak ke??" Monolog dalaman ku berkata

" Kena lah kerja... nak cari rezeki yang Halal dan dirahmati Allah.."

Jadi aku selalu pesan kat Hubby kerja rajin rajin.. be Happy je selalu masa kerja.. Supaya segala usaha dia kerja diberkati Allah.. Maka baiklah sumber rezeki nanti...

Tapi setiap kali beliau lambat balas mesej aku ker, mesti aku akan tanya beliau

"Hubbyyy! lambatnya balas... busy ke *emoticon nangis"

"Haa busy la... kata suruh kerja rajin rajin..?" 

Emm ye tak ye.. hahahahaha. Jadi..

Itu je lah.. Bebelan dan rengekan seorang Suri Rumah Tangga yang comel ini. Hewww 

Sebenarnya hari tu, kalau ada rasa masa masa dia macam tak pembawaan dah penuh energy, datang la semangat nak kerja sekejap. Atleast sebelum kandungan sayang mummy ni mencecah 8 bulan ke.. 

Sebabnya.. bolehlah mummy ada duit sendiri sikit tolong tolong beli barang baby ke.. Kesian kat hubby... Yelah, nanti dah beranak memang taknak kerja. 

Nak jaga anak sendiri. Taknak hantar kat pengasuh. huhuhu. Takdelah nak cakap ibu ibu yang hantar anak kat pengasuh ni tak bagus atau tak sayang anak ke. Tapi bebanan kehidupan kini memaksa mereka untuk bekerja. Demi anak anak juga kan? Bertabahla dan kuatlah para para ibu yang bekerja... 

Dan juga sebenarnya... Hari jadi suami ku semakin dekat.. 

Tapi aku tidak ber-uang makanya apa yang harus ku hadiahkan untuk hari jadi beliau nanti!?? 

Mungkin nanti aku ikat reben aje la perut ku yang bakal boyot, sambil berkata

"Sayang.. inilah hadiah paling bermakna buat mu bukan?" Ahahahaha. Ataupun menjadi isteri yang solehah dan sentiasa mendoakan beliau? Bukankah hadiah juga? Tskkkkk 

Bila tengok kehidupan kawan kat instagram, yang bekerja.. dan gigih juga buat business online banyak order masuk rasa macam

"aaaaaaaaa why am i not like her?" Padahal aku ada business tudung ku sendiri.. Buatlah business business online dropship ke.. Menjana income jugak kan?

Tapi itulah.. dari hari tu aku fikirkan.. Nak jugak buat. Mungkin nafsu nak jual tudung dah mundur, aku boleh jual benda benda lain? Tapi apa!? Apaaaa?! 

Berfikir je aku ni... Action nya takde.. Tskkk.. Doakanlah aku supaya sentiasa bersemangat di balik tabir menjadi seorang isteri ya.. 

Atleast online business pun okayla sebenarnya. Cuma tengah fikir lagi nak jual apa.. Taknak jual beauty product sebab aaa takmau. Herbalife boleh. Sebab aku pengguna tegar. Hahahaha

Hemm ibu buyung penat la menaip. Makanya sampai sini saja la yah. 

Doakan agar semuanya dipermudahkan... Doakan juga semoga semuanya selamat, mummy , baby dalam kandungan serta papa.. dan juga buat mummy ku dan adik beradik ku serta eh semua semuanya lah! 

Semoga kita semua berada di bawah lindungan dan Rahmat-Nya selalu..

Amin..

Adios!!

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...