15 September 2016

Perkembangan bayii ^^

Hai Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita tentang perjuangan seorang ibu untuk mengetahui jantina anak di dalam perutnya. Kenapa dikatakan perjuangan seorang ibu? 

Kerana seorang ayahnya tidak mahu tahu tapi lebih kepada mahu menjadikan jantina itu satu kejutan saat dilahirkan nanti. Begitu juga dengan nenek kepada bayi di dalam perut ini. 

Tskkkk betul.

Sejak tahu fakta kalau bayi tu dah berusia empat bulan boleh tahu jantina, sejak itulah aku ni setiap hari request nak scan nak scan nak scannn kat hubby dengan mummy. Tapi jawapan yang diterima sama je setiap sekali

"kenapa nak scan.."
"nanti scan selalu, bahaya untuk baby la.."
" alaa tak yahla tahu jantina.. beli barang barang unisex je nanti.. Baru surprise! heee"

Hishhh. Tak nak lah surprise surprise. Hahahaha. 

Oleh itu disebabkan perjuangan nak tahu jantina bayi ini diperjuangkan oleh aku sahaja, makanya menunggu hari lah nak tunggu mummy ku bekerja. Sebab?

Sebab kalau mummy ku bekerja, bolehlah dapat scan freee plus dapat di scan oleh ibu sendiri kan tak janggal. Nak tanya apa apa pun boleh. Hehe. Dapat juga jimatkan wang suami.. Hehe....

Jadi semalam, mummy ku akhirnya BEKERJA juga, locum di sebuah klinik. Jauh okay klinik tu. Dekat Sepang sana. Sekarang ni ya MasyaAllah susahnya seorang Aqila nak dapat tidur malam yang berkualiti.

Susah sangat nak tidur.. Bila dah dapat tidur, sikit sikit terbangun sebab sakit pinggang, kadang kadang tak tahu sebab. 

Baby pun Alhamdulillah makin aktif.. Paling aktif masa malam.. Sekarang ni semua pergerakan dia hubby dapat rasa juga. Jadi rutin tiap malam tangan hubby di atas perut nak rasakan pergerakan anak kami..

Takpelah nak, aktif la semahu mu. Mummy tak kisah langsung. Asalkan baby aktiffff selalu ya. Tanda baby sihat dan tanda itu sudah pasti lah tanda yang menggembirakan ku yang sentiasa risau ni.

First baby, apelah yang tak merisaukan bukan? Semuanya serba risau. Semuanya serba penuh dengan persoalan.  

Eh sambung balik cerita scan tadi. Jadi Semalam tu baby dah 23weeks 3days. Hubby tak dapat ikut sekali sebab dia kerja :(. Jadi mentateh la aku memandu dalam pagi yang penat gara gara tak cukup tidur. Dan LAPAR juga. Punyalah tak sabar nak tengok baby sampai lupa nak breakfast. Bawa kereta pun macam nak terlelap je. Huhu

Sampai sampai klinik, tengok mummy busy lagi. Jadi bersegeralah aku ke Speedmart untuk membeli makanan bilamana kelaparan yang ada tak boleh dibawa berbincang lagi. Milo kotak dan roti jagung Gardenia. Cukuplah untuk membuat kan ku bertenang. Hehe

Hendak dijadikan cerita.. Baby tak mahu tunjuk lagi dia jantina apa. Ataupun mummy sudah lelah mencari hahahaha. Nak measure baby pun tiba tiba jaa machine scan tu takmau bekerjasama. Sedih kita. Jadi aku hanya dapat melihat badannya yang semakin membesar dan sudah fully manusia. 

Taraaa! SubhanAllah kuasa Allah tak dapat digambarkan dengan kata kata..

Alhamdulillah ya Allah untuk nikmat merasai ini.... Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sekarang ni sangat sangat tak sabar nak tunggu baby depan mata mummy. Nak main main dengan baby.. Nak jaga baby elok elok.. Hari hari menghitung hari. Lagi 4 bulan in shaa Allah..

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah.. In shaa Allah amin...




No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...