semasa saya hendak pergi ke alamanda bersama adik perempuan sulung saya , adik perempuan bongsu mengingatkan kami untuk membeli komik di MPH. saya buat tak endah. mungkin adik perempuan lagi seorang mengendahkan. entah.
sampai di MPH, adik perempuan sulung ambil komik. saya jalan jalan dalam. melihat sekitar. oh! tiba tiba saya ternampak satu buku. " sherlock holmes - sumpahan empat bahasa". setelah saya tergelak bergetar perut melihat kemelayuan disitu, saya ingin menjerit nama adik perempuan saya. tapi saya sempat mengawal diri daripada memalukan diri sendiri daripada menjerit memanggil. jadi, untuk tidak menjerit saya cari adik perempuan saya yang sedang melihat bahagian komik. pencarian saya belum bermula. kurna beliau sudah berada di hadapan mata saya.
saya kata " letak balik komik. ambik buku yang ini ."
adik perempuan sulung " tapi arisyah nak komik ...."
saya kata " takpe, arisyah suka conan, conan suka sherlock holmes, letak je balik. dah pergi bayar"
angkuh saya menuturkan kata kata.
---------------------------------------------------------------------------------------------
rumah.
adik saya sedang membaca buku tadi . selang +/-15 minit " ahh kita mengantuk laa baca buku ni" .
saya hanya mampu pandang tajam . selang lagi beberapa minit saya melihat dia sudah tertidur di lantai. saya jadi marah.
saya kata " arisyah, tidur kat atas katil eh, "
tiada respons.
saya kata lagi " arisyaaah!!! apiii!! apii!!!" sambil gegar badan dia.
tiada respons.
masa berjalan. berjalan. berjalan. berjalan......
tiba tiba
" hah!? api? API! API! tolongggg tolongggggg" jerit arisyah kecil . selajur itu, dia kembali tidur .
saya terpana. selepas 10 saat. bilik saya bergegar dengan gelakan gelakan padu lagi jitu.