Hai Assalamualaikum semua,
my love
Semalam masa nak tidur, boleh pulak terimbas kembali kenangan kenangan waktu mama jaga masa dalam pantang dulu. Dari masa pregnant sampailah dah melahirkan. MasyaALLAH. Betapa hebatnya kasih seorang ibu kan.
Masa mengandung dulu, kalau tak suami yang tanya nak makan apa, mama pun selalu tanya nak makan apa apa tak? Nak belikan apa apa tak?
Cekkan tahap kesihatan, scan baby dalam perut, cek bukaan..
Masa dah saat nak masuk labor room, mama yang masa tu dari kl, walaupun dah lewat malam masih lagi singgah hospital, nak tunggu sampai melahirkan. Walaupun dia dah sangat penat tapi dia still tunggu, tapi lastly masa dalam labor room, suruh mama balik sebab dah lewat sangat, dan minta dia doakan supaya senang melahirkan sambil nangis nangis. Hahaha
Masa pantang, mama jaga sangat elok, masakkan hari hari (walaupun mengikut dia, makan apa pun boleh) haha, mandikan kita sejurus lepas dah beranak tu, dengan keadaan tak laratnya. mandikan baby, sakit pinggang tau mandikan baby haha, tungku perut kaki , tapak kaki kita. Tengok mama yang sanggup melutut nak tungkukan kaki anak dia ya Allah sangatlah tak sampai hati. Lepas tu buat sendiri je lepas tu. Walaupun dia busy gila masa tu (Dan sekarang pun huhuhu), jaga kan baby bila baby takboleh nak berhenti menangis. Dan semua semuaaaaaaaaaaaalah!
Itu baru part pregnant. Belum lagi part sejak kecil mama jaga dan sayang hingga dah kahwin dah ada anak ni .... Dari segi kerohanian, mentaliti, pun mama paksa anak mama, sebab mama tahu itu yang terbaik buat anak anak mama..
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa mama. Sangat tak terkira betapa baiknya dia pada anak anaknya. She is a single mother, taking care for the six of us...Allahu.. Maafkan anakmu ini mama, selalu buat hati mama terguris, dan selalu termenyusahkan mama. Halalkan segala makan minum pakai kita ya. Walaupun kadang kadang kita selalu tak sepahaman, ketahuilah anak mu ini sangat menyayangi mu TT.. Dan kita hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat salah..
Mama, if you are reading this..
Kita minta maaf, sekarang tak mampu bagi apa apa dekat mama. Walaupun mama tanggung segala pengajian dulu, i ended up being a housewife. And i couldnt provide the things that i really wanted for you to deserve it. In sha Allah semoga Allah sempatkan kita, beri sedikit rezeki untuk dihadiahkan kepada mama. Im sorry that i couldn't be a daughter that you wished for..
Kita tak pernah lupa untuk doakan mama, everytime after solat. That Allah will grant you healthiness and wealth, for all your urusan dipermudahkan, supaya segala hutang mama dapat dilangsaikan, to grant you happiness that you deserve it, and kekuatan untuk menempuhi segalanya. Sebab Allah kata, doa anak yang soleh akan dimakbulkan.. I hope that i can be a good daughter so that Allah grants my wishes for you..
and I love you, so much. Even if i have my husband and my kids already, i would always love you day by day. Not forgetting all the deeds you did to me.
You are an example for all women out there. Even anugerah mak mithali also cannot beat your strength. Haha.
And if i die before you, i hope that you can forgive all my wrongdoings.. pray that we will meet together in Jannah as a family again..
Amin..
-----------------
Sekian sahaja, luahan hati.
Adios, Assalamualaikum!