27 April 2017

Gambar yang paling bersejarah dalam hidupku

Hai Assalamualaikum!

Pernah tak baca buku "women are from venus, men are from mars?" Tak pernah? Samalah kita bahahaha. Perempuan dari planet lain, lelaki dari planet lain, nak menunjukkan betapa berbezanya perempuan dan lelaki kan.

Samalah aku dan husband ku, some parts kitorang sama, the other many many many parts we are completely different. Salah satunya, in terms of ambik gambar.

I loveeeee to take pictures. And my husband tak suka. Hahaha bukan dia tak suka, dia macam kalau tak ambik gambar pun takpe. Kalau special occasions ambik jugaklah hehe. Tapi bagi aku, sayangnya kalau tak ambik gambar. Ini semua kenangan. Walaupun benda tu simple je. Hahaha. 

Contohnya, bila dia belikan chocolate bawak balik dari office. I have to take picture of it first. Sebab cokelat tu hubby beli effort nak pujuk isteri dia yang merajuk sebab tak sepehaman pendapat bahahaha. Walaupun coklat tu coklat kitkat atau yang murah murah je, tapi efforts tu penting! #bukantaksukayangmahal hahahaha

I have to take the picture of the Tomyam yang dia beli, sebab isteri dia mengidam sangat nak makan, jadi walaupun dia takde duit sangat dan gaji lambat lagi dia still belikan. #tomyamtutomyammahal

I have to take picture of Mee Goreng Mamak yang dia belikan, sebab walaupun dah lewat malam dia still belikan sebab isteri dia lapar. #danmengadangada

I have to take the picture of the breakfast he made for me during pantang, sebab nak mengingatkan betapa kasihnya dia pada isteri dia ni walaupun dia dah lambat pergi keje, dan cara dia hargai pengorbanan isteri dia

I have to take picture of him main dengan anak lepas balik kerja, sebab sepenat mana pun dia hari tu, dia masih cheer up dan main bila jumpa anaknya. #danmaknyatersisih hahaha

Hahaha, nanti bila dah tua tua ke, bertahun lepas tu bila terjumpa balik gambar gambar tu akan mengingatkan kita akan kenangan kenangan yang indah kan, dan seterusnya memekarkan lagi kasih sayang yang ada. ECEWAH. 

Thankyou sayang pengorbanan mu begitu ku hargai. I love you. 

Anyway back to main story. Hari tu bila dah habis bersalin kan, husband tetiba hulur fon dia tunjuk gambar kita yang baru je final push keluarkan Althaf, dan Althaf yang terus diletakkan atas dada tu. Mula mula macam terpinga kejap. 

"haaaa, ni hubby ambik ke" yelah siapa lagi dalam labor room tu hahaha

Macam tak percaya dia boleh ambik gambar tu sebab memang tak suruh pun. Sangat sangat terharu hubby yang tak suka sangat ambik gambar tu boleh ambik gambar di saat saat genting macam tu, Dan gambar tu sekarang sangat legend dan bermakna bagi aku. Sangatlah precious. Boleh jadi pembakar semangat kalau nak anak setiap tahun, lalu tengok gambar tu, dan tengok muka yang takleh bla sakit tu, lalu tanya diri sendiri "haaa tak ingat ke sakit beranak cemana" Hehe.

Taraaa inilah gambarnya! Thankyou sayang, next anak ambik video pulak ye. hahahaha



 Sekian sahaja, adios! Assalamualaikum :)




No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...