04 April 2017

Resipi Kari Ayam tanpa Santan yang Marvelous!

Ewah sesuka je proclaimed diri sendiri punya masakan marvelous. Hahaha!

Hai Assalamualaikum semua!



Kali ni nak share satu resipi turun temurun dari bonda ku yang menawan. Kari Ayam tanpa guna santan, tapi hasilnya in sha Allah sedap #kalaubacabismillah #kalaucantikjugak #ktakguraujebahaha. 70 Peratus sebab nak share resipi ni sebab husband ku puji melambung melambung sampai esoknya dia kata nak lagi nak lagi. Tapi bila dah buat lagi dia tak makan pulak. Aduh, sedih k. Insert heart broken emoji. Hahaha, Takdelah, bukan dia taknak makan, tapi malam tu sibuk sangat dan dah makan benda lain. Perut dia mampu sumbat sekuis makanan je. Lainla perut aku, kau sumbat lah apa pun, mesti ada ruang kosong lagi. kahkah

Okaylah tanpa membuang masa dan waktu, jom kita tengok bahan bahan nya. You ols yang baru nak jinak jinak memasak pasti boleh punya buat resipi ni sebab memang mudah gilaaa!



Bahan blender
-tomato 2 biji
-daun kari seberapa yang dimahukan
-bawang merah  2biji besar
-bawang putih, seputih mana kulit anda, okay lah 3 4 ulas macam tu
-halia 
-jintan manis/jintan putih sumbatlah segala jintan yang ada iols pun main campak je asal rupa dia jintan

Bahan bahan lain
- ayam beberapa ketul (3-4pax) takyah goreng dulu
-air perahan asam jawa semangkuk
-garam
-minyak masak
-hati yang ikhlas


Itu sahaja. Lepas tu blend semua bahan tadi dicampur dengan Air. Air tu ikutlah nak kuah banyak letak lebih sikit, tapi jangan letak sebaldi air pulak k. Nanti ayam terasa dia sedang bersantai terapung di lautan  laut merah pulak. Jadi tak lawa hidangan kita nanti. Rasa jangan tanya lah mesti ke laut rasa dia. 

over je nak ambik gambar lelebih cemni ahaha

taraaaaaaaaa seperti ini ya semua.

Lepas tu macam biasalah ambil kuali dan letak minyak (jangan overdose minyak ya, minyak kat muka tu nati bertambah tambah pulak hahaha #notetoself) Tumis bahan blender tadi bila minyak dah panas. Bila bahan tumis dah berubah warna sikit, sila masukkan serbuk kari, sekari mana anda mahukan kari ayam menjadi kari. 


setelah diletak serbuk kari

Lepas dah naik minyak bahan tumisan tadi bolehlah letak perahan air asam jawa tadi. Tunggu sheingga menggelegak seperti bila hati anda marah bila kucing berak merata, barulah bubuh ayam ayam yang sudah syahid dimedan dapur dengan laungan Bismilllaaaaaaaaaaaaaahirrahmanirahim ( Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)

Oh letakkan jugak, dedaunan daun kari supaya rasa....kari ? Hahaha, letaklah seberapa anda mahukan jangan letak serimbun Gunung Tahan sudahlah ye, Perasakan dengan garam dan alhamdulillah selesai!

Boleh jugak nak letak kentang bagi lebih meriah, tapi dapur kehabisan kentang pulak makanya takde kentang. SObs sobs kentang is bae k. 

Selamat Mencuba!

Adios Assalamualaikum 


No comments:

Post a Comment

my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...