ini pun post tentang " imbas kembali ". hek hek . hari tu aku ada pergi satu event water rafting. aku sebenarnya curious nak tahu water rafting dalam bahasa melayu orang panggil apa tapi aku punya malas nak capai kamus atau nak google translate tu punyala menjulang julang naiik ke udara.
kita sambung balik,
hari kejadian pada masa itu berlaku pada hari jumaat. aku sememangnya tak tahu pun tentang event water rafting ni. dalam otak masa tu memang balik kelas aku nak tidur je. sebab semalam punya hari iaitu khamis dia punya sibuk dan penat macam dalam sehari tu kau hanya ada 5 jam. sebabnya? ada elective subject punya event yang agak besar untuk dikendalikan.
jadi berbalik kepada bagaimana takdir telah menemukan aku, yang ketika itu berada di shah alam akan bertemu dengan perak di petang hari ialah dengan satu unknown number yang mengajak pergi event water rafting ni.
" sape nak ikot.. jom pegi whte water rafting kat gopeng weekend ni.. byrn murah je.." bunyi dia sebjik macam ni sebab aku memang rajin pegi salin balik message tu. 12.38pm, hari jumaat . (lagi 2 jam setengah before bas bergerak )
mula mula aku buat bodoh je. hello? jadahnya water rafting? kakaka. sebab aku ingat mula mula dalam otak aku water rafting ni macam naik kayu buluh, kita berakit rakit tu . lihatlah dunia, lihatlah betapa ceteknya ilmu pengetahuan ku . haha. dan memikirkan aku ni seorang hiker yang amatur jadi hati aku waktu tu rindu gunung je. water water ai tak suka sangat. waktu tu ah waktu tu.
alkisahnya, terdetik aku teringat balik perihal water rafting ni lepas aku dah melahap lunch,dan tengah relek relek rehat perut dekat ruang tamudan berfikir hari sabtu ahad nak buat apa. jadi aku pun acah acah je la balas message unknown number tadi
" hari apa dan berapa ringgit" 1.45 pm,
lepas tu dia balas
" hari sabtu..ahad...bla..bla..blaa.rm 30 blaa..blaa..blaa"
lepas tu aku macam ter detik sikit la "macam menarik", aku balas lagi yang pada ketika itu baru je lepas bentang tilam, siap selimut bantal ready nak tidur dalam bilik farah syahidah. kemain relek je sambil baring aku tanya lagi
" oh kalau nak pergi macam mana" 2.02 pm
pastu aku berusaha fokus nak tidur, yela acah acah je balas woi tengah sedap nak dilamun mimpi ni tiba tiba hanset berdering . aku dah fikir amende ni serius nau orang yang berususan dengan aku ni. aku angkat . lepas tu dengar suara lelaki, dan kami pun berbual ....
" bila nak bertolak ? apaaa!!! 3.30 petang ni?? jumaat ni ? hari ni laahhhh ? berapa hari ? naik apa? oh jumpa dekat teratai... tapi.. benda ni macam terlalu sudden.... sudden! terlalu tiba tiba ... haa takpe? saya tak packing lagi ni.. ahh?? ahhhh nanti saya konfirm balik"
aku letak je. pastu aku termangu. biar benar ni biar benar. lepas tu tepat 2.24 pm aku balas
" haab bolehlah, nama saya aqila safuan"
*sebenarnya aku nak salahkan jugak orang yang ajak aku pergi tiba tiba ni . kot ya pun kau ajak sehari dua tiga hari punya awal tak boleh ke? gemuruh darah aku packing.*
lagi satu aku menyirap juga bila dah pukul 3.17 p.m aku tengah dalam kereta nak odw ke teratai ni dia boleh kol tanya aku kat mana. consideration takde betul. aku dahla gelabah betul nak packing dengan tak kenalnya siapa yang aku tengah berurusan kan.
sekali aku sampai kat teratai tu punya rushing dari jauh aku dah nampak orang ramai dekat bus stop teratai pakai baju biru gelap ada line kuning ramai ramai, bersatu punya baju. aku dah macam ? " what the nyaaaa.." punyala aku fikir event ni macam orang lain lain fakulti pergi sekali sampai sana tahu benda ni under palapes punya program.
satu perihal lagi dengan orang yang aku berurusan ni , dia kabar kat aku
" nanti dah sampai, cari saya, saya pakai baju biru gelap lines kuning " korang nampak tak permainan dia sesuka nak main cari benda tersembunyi didalam kalangan ramai orang yang sedang memakai baju biru gelap line kuning . very the something kan . veryyyy
haha.
alkisahnya kita sambung dengan gambar. oh jadi jadual aku kat gopeng ni kira tentaif dia menarik jugak. sebab aku bukan sahaja dapat mencuba sesuatu yang baru tapi aku dapat panjat bukit which is still hutan dan kerinduan yang terbuku lama dapat direleasedkan dengan tenang dan damai, and dapat lagi masuk gua tempurung and barbeque gila kentang sedap betul ditambah lagi punyala sporting and best budak budak palapes ni.
usai tiba di tempat kejadian. benda ni best gila. naik lori ramai ramai macam kambing untuk pergi ke camp tempat kami bermalam.
mendengar acah acah khyusyuk di dalam khalayak rakayat palapes and buat tak tahu ke kau tu bangsa asing . haha.
the sporting trip mates. u guys awesomee. walaupun aku jenis yang hanya reti memerhati dan gelak jekorang punya karenah . maklumlah anti social . kakakaka
ni lah orang yang aku banyak cakap dan gelak banyak. juga bangsa asing yang kami kenal di sana. kami dipersatukan dalam satu group yang sama kerana keasingan kami . haha. and sumpah diorang ni kelakar and best gila. gelak je 24 jam.
this is akma. dan dia ni cool gila tahu tak. relek je cara dia cakap . haha, my new fghennn. somehow aku adore jugak dia ni sebab entah, cara dia cakap tu calming and memandangkan aku ni seorang yang kepoh dan gelabah. haha
masa jungle trekking. peh kepanasan yang tiada tolak bandingan tu membuatkan aku membeuat mimik " panas la banggg " kakaka.
together we tawan the puncak!!
lepas dah panas panas bertrekking kami water main main air weeeeeeeeeee. gila best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa water rafting. sumpahlaaa... nak pergi lagi
the last day tawan gua tempurung walaupun aku jenis tak suka masuk gua sebab aku tak tahu nak cakap apa dan impress apabila kat dalam gua . yela memang la indah and unik tapi..tapi aku punya pemikirian " oaky tu batu tu bentuk macam drumstick...dah tu ? hahahaha
sekiannnnnnnnnnnnnn