Jadi hari tu masa nak pergi Pulau Besar dekat Melaka, aku duduklah di tepi tingkap dalam feri yang akan bergerak ke pulau di seberang sana. Sebelah aku takda orang. Ahli keluarga kami masing masing ambik spot 3 seat seorang setiap sudut dalam feri tu. Maklumlah tak ramai orang. Cuti raya Cina dah habis
Waktu aku sedang duduk duduk setelah cubaan membuka tingkap feri gagal, lalu memandang laut yang terbentang luas, disirami cahaya matahari yang tegar mewarnai alam sehari hari, aku merasakan ada sepasang lembaga sedang memerhati aku. Jadi aku kalihkanlah pandangan dari memandang laut terus memandang ke arah lembaga tersebut yang hanya duduk di depan aku. Disitu dia merenung aku tegak, dengan mata tidak berkelip, mulut ternganga. Setahu aku, aku taklah dikurniakan wajah yang terlalu jelita sampai seorang budak hingusan yang entah umur 3 tahun pun belum untuk ternganga melihat aku.
Saat aku terpandangkan budak itu, atau kanak kanak itu ( ke kanak je sebab dia seorang? kalau kanak je macam tak masuk je ayat) aku dapat merasakan aura aura negatif tersembur keluar dari mimik mukanya dan badannya. Dapat aku me ra sa kan, budak ini bukanlah budak yang kau boleh ajak bersembang bahasa pelat, hatta bermain cak cak, atau membuat muka belon. Lama dia pandang aku. Aku ketika itu diibaratkan seperti death eater, yang dipandang oleh he-who-shall-not-be-name (Voldemort) terkalih kalih memandang laut dan budak tu. Hatiku berkata kata " apehal budak ni pandang pandang creepy kat aku lama sangat ni" . Berganti ganti aku pandang dia dengan laut, lama .. lama budak tu pandang aku sampailah satu ketia dia men-je-lir-kan lidah dia ke arah mukaku
Darah di muka ku terasa tersembur meruap ruap di dalam. Janji aku tidak merasakan marah. Aku cuma rasa keliru. Adakah kecantikan ku ini menggamit naluri masih belum dara kanak kanak itu ? Aku buat buat tenang. Laut kembali aku pandang. Mata yang memerhati tu masih memerhati. Aneh ni aneh. Sehinggalah aku terdengar bunyi orang tergelak gelak terkekek kekek di sama barisan, tapi hujung. Adik ku Asfia juga terlihat perlakuan yang sama. Apa lagi, baru aku sedari perbuatan kanak kanak ini bukannya creepy tapi lawak. No, still creepy. Aku pun gelak gelak tutup mulut. Bergoyang goyang badan ku menahan gelak walhal budak tu masih memandang aku, menngeluarkan lidah secara perlahan lahan dan menjelir, jelir jelir, sampailah ternampak kelibatnya oleh ibunya yang berada di sebelah.
Ibunya itu berpura pura mengeluarkan sikat nipis dan mengagah akan menyebat mulut anak creepynya itu kalau berani dia mengeluarkan lidah lagi . Selepas itu tiada lagi jeliran lidah yang terkeluar walaupun pandangan berapinya masih tertuju kepada ku.
hemmmmmmmmmmmm. ada jugak budak jenis macam ni dalam dunia,
kahkahkah