Boyyy youuuu! Hahaha
Hai Assalamualaikum..
#ifyoucanseetheBebird lol
Parents instinct are always the best. Baby belum lahir lagi tapi kami dah ada instinct mak ayah sangat. Hahahaha. Memang selama ni rasa baby dalam perut ini bakal menjadi anak yang berjantina lelaki.. Walaupun mama kata dia 100% sure yang baby adalah perempuan sewaktu mengusap usap perut ku (it turned out that she wants a granddaughter hahahaha) dan juga makcik ku. You know... i want to believe my mom.. she is a doctor afterall and got 7 childrens already. So "experienced" in pregnancy la kononnya haha. Tapi tak taulah setiap kali mama sebut baby dalam ni perempuan, setiap kali kata hati kata "no it is not, it is a boy!". Walaupun sedikit la dalam hati nak kan baby perempuan sebab boleh pakaikan dia baju baju and accessories pink! ya Allah! Obsessed gila dengan warna pink haha.
Muhammad Rabani lagilah... Dia memang mahukan anak lelaki.. Hahaha jadi dia asik kata yang baby dalam ni lelaki.. Instinct ayah ayah sangat.. Hehe..
Jadi hari kejadian buat 3d Scan tu... Nervous jugak sebenarnya.. Nervous nak tengok baby.. Mama punyalah marah...katanya bahaya scan.. baby boleh hyperactive etc.. Lepas tu aku terpaksa lah google dan sumber sumber google kata tak bahaya pun scan baby, boleh tahu keadaan baby macam mana.. Kalau ada masalah kita boleh detect and prepare awal awal and so on. Yang bahayanya kalau Xray.. Lepas tu bagitaulah mama pasal tu...Respon mama kesayanganku...
"haaa haaa! percayalah sangat dengan doktor google tu! I know la i am an experienced doctor"
"kenapalah nak sangat scan.. tak sabar sabar ke nak tahu muka baby...tak surprised lah nanti etc etc"
Lepas tu kita diam je la takmau berbantah bantah. Hehe. Jujur nak buat 3d scan sebab nak tahu kondisi kesihatan baby je dengan nak tau jantina. Taknak pun tengok muka dia... Biarlah rahsia sampai dia keluar nanti kan.. Hehe tapi ter- Tahu juga.. Hahaha
Masa scan tu, masuk masuk bilik doktor, doktor suruh baring terus. Uuu alamak doktor ni tak kasi peluang bertenang langsung. Haha. Mungkin sebab ramai patient kot. Memang ramai.... Appointment kami pukul 5.20...Dapat jumpa doktor dalam 6.30.macam tu..
Bila doktor start scan tu.. terus doktor kata
"alaaa...baby tak tunjuk muka la"
"Maaf ya saya goncang sikit perut awak ni"
Lepas tu doktor goncang perut ku ni sampai aku speechless. Speechless sebab macam kuat gila doktor tu gegar nak kasi baby bangun.. Hahaha.. Mummy dia punya la jaga perut dari terkena gegaran..
Lama jugak doktor goyang goyang tu.. Rasa macam nak bagitau doktor, takpelah doktor.. Saya taknak tengok muka baby pun... saya nak tahu jantina je.. Tapi tak terbagitahu sebab seronok pulak tengok baby. Dapatlah tengok muka baby.. Alhamdulillah..
Lepas tu proceed nak tahu jantina...Tanpa memerlukan tenaga langsung, baby terang tang tang tunjuk jantina dia. Hahahaha. Lepas tu baru rasa lega sikit... Alhamdulillah its a boy.. Hubby kat belakang doktor dah senyum senyum dah.. Keluar keluar bilik dia kata
"SEEEE I TOLD YOUUU IT IS A BOY!! YAYY nak belikan dia baju arsenal banyak banyakkk"
pfttttttttt.
Tapi kitorang sebelum tahu jantina memang dah treat baby as a boy.. Masa pilih nama pun berselera tengok nama nama lelaki. Ada satu nama ni aku suka sangat. Hubby pun suka sangat (i love you so much lah) hahaha. Jadi kitorang dah start panggil baby nama tu lagi sebelum tahu jantina.. Bila dah tahu tu.... hemmm asik dipanggil panggil je lah..
Dan dulu dulu masa awal pregnancy, dua kali mimpi lahirkan anak lelaki. Walaupun mimpi tu weird betul.. Haha..
Itu sahaja coretan pagi buta ni... Lagi sehari nak masuk 29 minggu.. Dan trimester ketiga bakal menjelma. Sikit lagi hari... In shaa Allah..
Doakan ya semoga semuanya dipermudahkan..diberkati Allah... Nervous dan sangat teruja nak dapat zuriat yang bakal Allah pinjamkan.. Semoga kami dapat menjadi mak ayah yang baik buat anak anak kami.. Dan anda yang membaca juga! Aaamin...
Adios!