Hari ni nak share tentang satu produk yang kita sendiri guna untuk buat makanan Althaf. Sebagai ibu baru, mestilah sangat teruja nak buat baby food untuk anak kita kan. Tapi al kisahnya disini mummy dia je yang excited nak buat makanan dia sebab Althaf taknak telan sangat pon wahaha. Tak kelakar actually. Rasa macam kes althaf ni rareee sebab tengok baby baby lain semua bila dah enam bulan semua nak makan.
Tapi bila google pasal bayi taknak makan, banyak je baby baby taknak makan. So kita terus sedikit lega sebab ada geng. Takde lah kes rare sangat. Hahaha.
Hari tu before beli Autumnz Baby Food processor ni kita blend makanan althaf pakai grinder biasa je. Tahu kan kalau kita beli blender mesti dapat grinder jugak. Haaa pakai tu la. Nak steam makanan dia pulak pakai steamer yang gedabak gila tu.
Mula mula rasa happy sebab the grinder macam wow boleh buat jadi puree bebetul la! Yayy takyah la beli food processor. Sekali bila dah dua tiga kali pakai baru tahu dia tak sesuai sebab takboleh isi air, sebab nanti bocor. Air keluar melimpah time nak blend tu. So i is sad.
Bertambah sedih lagi bila kita dah work HARD sangat nak buat makanan Althaf tu. Last last dia taknak. As in kunci mulut rapaaaaat gila, dan bila kita tadah je susu nak suap dia, dia berdrama nangis melalak lalak dan terteleng sana sini nak lari taknak kena suap.
Lepas tu mood kita down, lagi down bila nak kena basuhhhh semua segala steamer yang besar tu dan grinder, dan lap lap air yang tumpah tu. Rasa cam hish sedihnya tak berbaloi la all this mess dengan Althaf taknak makan lagi. Dugaan tau. *Nangis*
Jadi kalau ada ibu ibu yang was was nak ke tak nak beli Food processor untuk buat makanan bayi, sila lah beli. Berbaloi baloi lagi kalau baby anda nak makan dengan berseleranya sekali. Hihi.
Kenapa kena ada Baby Food Processor?
- Steam dengan blender dalam satu tempat.
- Takpayah basuh banyak benda
- Jimat masa sangat sangat sangat
- Jamin kebersihan. (nak guna blender biasa yang blend cili tu?)
- Boleh bawa balik kampung/travelling sebab dia compact and kecik je. Taklah besar sangat
Sebab mostly makanan baby macam buahan dan sayuran tu kena steam dulu and baru blend. Kalau rebus boleh jugak, tapi khasiat nanti dia banyak hilang masuk kat air. Jadi steam is the best way.
Kita beli Autumnz Baby Food Processor ni dekat Lazada je. Berbanding kalau beli dekat kedai harga dia mahal sikit. Yelah, kedai nak bayar sewa apa semua kan.
Jadi pilihla baby food processor kesukaan anda di pasaran.If i have money,iwould definitely go with Beaba. But the thing is i dont. HAHAHAHA. Mahalnya Beaba tu almost 1k. But worth the price lah kan.
Jadi pilihla baby food processor kesukaan anda di pasaran.If i have money,iwould definitely go with Beaba. But the thing is i dont. HAHAHAHA. Mahalnya Beaba tu almost 1k. But worth the price lah kan.
Pengalaman beli Autumnz Baby Food Processor di Lazada
Kotak datang macam kotak yang bawah tu// Besar lebih kurang dua tapak tangan// Contoh puree yang dihasilkan // Ada user guide and warranty
Harga
RM185.90 (kalau kedai rm245)
Shipping Fees
RM3.00
Penghantaran
3 hari macam tu//by Gdex
Condition
Sangat bagus, came in a box. Dalam kotak ada kotak. Good quality during delivery
Warranty
Ada bagi one year warranty
Free Gift
Baby food Storage Cups
Berbaloi ke tak?
Berbaloi baloi walaupun Althaf taknak makan sangat, tapi seorang ibu mana boleh give up,jadi bila ada benda ni senang sangat nak eksperimen makanan mana yang dia suka. Cuba bayangkan kita still buat makanan dia guna steamer yang besar tu rasa stress sebab nak eksperimen makanan sikit je huhu. Doakan Althaf kuat makan ya dan membesar dengan sihat dan kuat. Amin. Kita doakan yang sama untuk setiap ibu ibu yang membaca ni.
Berbaloi ke tak?
Berbaloi baloi walaupun Althaf taknak makan sangat, tapi seorang ibu mana boleh give up,jadi bila ada benda ni senang sangat nak eksperimen makanan mana yang dia suka. Cuba bayangkan kita still buat makanan dia guna steamer yang besar tu rasa stress sebab nak eksperimen makanan sikit je huhu. Doakan Althaf kuat makan ya dan membesar dengan sihat dan kuat. Amin. Kita doakan yang sama untuk setiap ibu ibu yang membaca ni.
Pengalaman Sendiri
Alhamdulillah setakat hari ni hampir sebulan guna, memang okay. Steamer and blender memang berfungsi dengan baik. Dan pisau blender tu kena berhati hati sangat time nak basuh sebab tajam. Puree yang dihasilkan pun memang hancur and jadi puree betul (lol taktahu nak describe cemana). Yang penting kena steam lama, and potong kecik kecik. Kalau taknak puree lembik sangat, make sure after dah steam lama tu buang air steam sikit takut cair sangat.
Kita ada beli dua barang di atas juga di Mothercare. Worth it sebab
Sudu tu macam elastic and kecil, senang nak suap baby. Baby pun boleh gigit gigit sudu tu sebab dia macam teether jugak. Lagi lagi bila baby tengah gatal gusi kan. Yang kita beli tu dia bagi dua sudu and empa tjenis tupperware berpenutup. Sebelum ni rasa takyah la beli sudu memahal untuk baby. Tapi bila dah beli yang ni eee bestnya!
Clevafeed tu pulak beli dengan harapan Althaf nak lah makan kalau isi buah ke apa. Tapi bila dah isi buah pisang hari tu terus dia taknak gigit gigit dah. Looooooooool sangat. Jadi sekarang ni benda tu pun jadi as teether dia je. Tak isi apa apa. Sobs
Sekian sahaja benda yang nak share setakat ni. Semoga bermanfaat!
Assalamualaikum!