Hari ni nak cerita sedikit tentang tempat yang kami pergi minggu lepas, iaitu di Gold Coast Morib Resort , terletak di Banting, Selangor. Kenapa tajuk tu tulis 'a good review-? sebab kalau google review tentang gold coast morib resort ni rata rata semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanya tak bagus. Hahaha.
Al kisah kami, husband dah belikan percutian ni lama dah sebab ada offer. Cuma tak pergi pergi lagi sebab dia bagi tempoh sampai Disember. Harga dapat RM400 jadi RM150 je dan dapat
-stay one night
-breakfast for two
-dan empat tiket masuk dia punya waterpark
Kalau tengok gambar pun macam menarikkk je kan tempat ni. Bilik yang ada jakuzi tab, katil yang nampak macam selesa etc. So memang teruja sangat nak pergi. Seminggu sebelum nak pergi tu, saje lah sebab teruja kan, google tempat ni. Pastu nampak rating dia rendah. Baca review semua tak bagus.
- Bad customer service la
- Bilik kotor la
- Jakuzi tak berfungsi la
- Air kolam kotor la
- Breakfast tah pape la
- BERHANTUUUU pun ad orang review. Ciskek betul, terus macam ermmmmm takutlah nak pi.
Tapi husband dah belikan, dan dia pun taktau. Effort tu pun dah sangat berharga sangat. Jadi tetap teruja nak pegi. Yayyy walaupun dekat je dan walaupun bukan sovena jani ke apetah namanya. hehe. Thankyou so much sayang. So much.
Kitorang pergi hari tu, hari Selasa dan Rabu, bukan pada public holidays, and bukan masa hujung minggu. Apa yang kitorang dapat lalui melalui dua hai satu malam kat situ.
Tempat tu okayla. Worth the price yang husband beli tu.
- Customer service okayla. Senyum , walaupun tak semua staff yang nampak welcoming kita. Minta Iron sampai dalam masa sepuluh minit, pantas.
- Bilik bersih. Toiletries ada, dapat tuala
- Jakuzi berfungsi dengan baik
- Dapat bilik view kolam
- Ada lampu bilik yang tak boleh bukak, jadi malap sikit bilik bila dah malam
- Breakfast emmmmmmmmmmmmm alhamdulillah la dapat makan. Hahahaha 4/10
Katil dia okayla, tak lembut sangat wahaha
Best Jakuzi ni, althaf sukaaaaaa hehe
Belah kanan side air dia bersih lagidari slides belah kiri
Breakfast hotel, ada nasi lemak,keaw teaw, samosa, roti keras.... hahaha, tapi okayla!
Nak naik kuda ni rm20
Suka sangat dia naik buaian
Bila anak dah fed up mummy bergambar tak berhenti tengah panas......
Sayang, anak soleh..
Yang ni dekat Tadom Hills, minta hubby singgah sebab teringin nak tengok tempat viral hahaha
Pantai Morib, dia okayla cantik. Ada buaian banyak, ada kuda, ada apa tu pondok pondok tepi tu macam di bawah. Sebenarnya dah banyak gila ambik gambar cantik cantik untuk buat bekal feed kat instagram. Tapi takkan sebulan nak upload gambar morib je. HAHAHAHAHA
Overall okayla. Takda lah seburuk yang dalam review tu. Mungkin sebab diorang datang on weekends/cuti sekolah kot sebab tu nampak management tak terurus dan takcukup staff. Time kitorang pergitu pun macam ramai je jugak orang. Haha
Tapi sebab memang harga promosi jadi tak boleh nak expect lelebih sangat.
Tapi di lain hari, taknak dah pergi sebab pergi sekali dah merasa okayla. Boleh cuba bercuti tempat lain pula. Hehehe
Recommended tak, nak pergi?
Bagi kita, okayla nak pergi tapi pergi hari bekerja la sebab takut dapat bilik tak best. Banyak aktiviti sebenarnya, boleh mandi kolam, naik kuda, ada atv, ada panjat panjat apa lagi semua tu.
Untuk dinner, kitorang makan kat foodocurt Pantai Morib. Makanan situ quiet good. Affordable.
So far sis bagi rating kalau mengikut harga yang husband beli tu 4/5. Kalau harga dapat lebih 200 macam rasanaya boleh lah pergi tempat lain.
Tempat tu pun nampak macam surviving instead of ope rationing.
Itu sahaja perkongsian, Thankyou for reading!
Adios Assalamualaikum! ;)
So far sis bagi rating kalau mengikut harga yang husband beli tu 4/5. Kalau harga dapat lebih 200 macam rasanaya boleh lah pergi tempat lain.
Tempat tu pun nampak macam surviving instead of ope rationing.
Itu sahaja perkongsian, Thankyou for reading!
Adios Assalamualaikum! ;)