hai Assalamualaikum!
Lagi nak simpan kenangan birthday yang ke 26 yang lepas pada bulan Disember.
Birthday yang ke 26 hari tu memang dah aim nak hadiah bag tote yang besar dan cantik, sebab macam hemm sedihnya dah 26 takde beg lawa lawa lepastu last last bukan engko yang membawaknya bahaha, sebab encik rabani lah yang selalu bawakkan. Tapi tetap nak jugak bag baru! Kalau perempuan lain dah banyak dah bag cantik cantik.. sis pakai je lagi Beg Roxy kegilaan kumpul masa remaja atau bagpack senang semua sumbat. Tapi itulah, peer pressure bila tengok mak mak lain masih cantik je boleh pakai lawa lawa rasa macam rendah diri sikitla..... ????????????/ ape lah kau ni. Please jangan compare kehidupan diri sendiri dengan yang ditayangkan di social media tu. Hahahaha tapi serius memang nak sangat bag baru pastu mula lah bagi hint kat suami.....
Mula mula nak bag tote Duck punya, lepas tengok video baby haul dia. Nampak cantik gila pink diaaaaaaaa ya Allah aku tercair tapi bag tu rm500 tau :( Kita kita ni lahai rakyat marhaen bilalah nak kaya. Hahaha. Ingat nak kumpul duit sendiri je la beli tapi entahla bila boleh beli sebab setiap bulan mesti terbeli barang anak anak je.
Pastu entah macam mana di suatu hari tu, terfikir nak beli bag Cath Kidston. Kita ni memang sejak remaja suka gila corak corak flowery english tu. SANGATTTTTTTTTTTT SUKA KALAU TAK PERCAYA BOLEH DATANG RUMAH TENGOK Hahahaha. Pastu bila nak tengok stores yang available aduhh dia dah tutup semua cawangan dia kat Malaysia. Sebab pernah teringat pergi yang cawangan dekat OneUtama tu tapi Facebook la kata dah tutup.
tweet tweet hint hahahaha
Tiba tiba tertengok la di carian google tu Cath Kidston UK tu ada buat Black Friday Sales up to 60%. Omaiguuudddddddddddd. Terus lah cari tote bag yang tercari cari tu dan memang mostly tercair sangat dengan design design yang ada aku menangis air mata darah. Lagi menangis bila tengok cost shipping ke malaysia dah saing saing harga Bag.
Tetapi, encik Rabani yang handsome dan suami mithali tu...hahahaha offer nak hadiahkan untuk my birthday. Kita pun tolak lah dengan berhemah hemm takpelah yang betul ke ni hehehe takpelah tapi ambik jugak akhirnya! Mula mula dia nak belikan lebih dari 1 bag tapi sis isteri solehah kenalah berfikiran waras taknaklah susahkan dia. Last last ambik bag yang kita nak sangattt tu dan satu wallet. Sampai sekarang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tengok bag tu sebab memang cantikkk (dimataku bukan dimatamu) hahaha, bila sampai tu lagilahhh out of expectations sebab dalam dia pun cantik and banyak compartment!!
taraaaaaaaaaaaaaa! sumpah cantik gila sampai rasa nak tidur dengan bag malam tu.... cantik sangat.
Cost shipping dia 20pound around rm100 lebih malaysia. Sampai laju sangat dari UK tu dalam masa 4/5 hari je and bag shipping dia pun lawa gilaaaaaaaaa. Hahahaha.
inilah hasil browse laman web depa 5 hari 5 malam pilih nak apa
Design and compartment dalam bag tu. Cantikk kan! Sebab dekat website dia tak tunjuk pun bila dapat haaaa omooo lawanya kau ni macam aku.. hahaha!
Suka sangat dengan bag sampai mata jadi star star ssetiap kali tengok.
Terima kasih banyak Encik Rabani. Walaupun mungkin ada yang gelakkan kita "alahai baru dapat bag cath kidston pun nak gembira sangat ke, designer bag banyak lagi yang ribu ribu orang pun tak heran la eee sadis la hidup you ni"
Bak kata pepatah pemberian "orang yang ada hanya ada rm20 tapi tetap memberi RM10 adalah lebih bermakna dari pemberian orang yang ada RM100 tapi pemberiannya rm10". Lebih kurang begitulah hahahaha femes okay kena cari balik tweet viral tu.
Kita tetap dan akan sentiasa menghargainya, TERIMA KASIH Sangat sangat sayang, selalu bahagiakan isteri awak ni walaupun dia mengada ngada selalu nak makan itu ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk encik Rabani. Amin ya rabbal alamin...
Nanti dah kaya kita nak beg Hermes tau walaupun bukan peminat bag..... Hahahaha yelah bila dah kaya duit banyak sangat mesti akan terminat jugak designer bags ni!!
Sebelum merapu lebih lagi.. izinkan ku undur diri.....
walaupun yang memakainya nanti, encik rabani sendiri juga hahahahaha
Adios Assalamualaikum!