Hi, Assalamualaikum semua, alhamdulillah kami sudah melancarkan perniagaan Homestay yang terletak di seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Homestay kami yang diberikan nama Nur Qamarun Homestay terletak di apartment Sunway Gandaria. Kawasan memang sangat strategik kerana dikelilingi pelbagai kedai serbaguna, dan penuh dengan kedai makan yang sangat menarik. Memang tak akan lapar menginap di sini, kerana boleh ke kedai makan yang sedap hanya dengan berjalan kaki.
Antara kedai makan yang popular di kawasan ini dan boleh didapat dengan berjalan kaki adalah
-Family Mart
-Nippon Sushi
-Menate Steak
-Kedai Mee Tarik Cina Muslim
-My Kori
-Cheese U
-BubbleBee
-ElewSmart (Kedai Runcit Ebit Lew
-Nuin Cafe
dan pelbagai lagi kedai makan yang terlalu banyak untuk dinyatakan.
Homestay kami mempunya tiga bilik tidur, beserta tiga katil bersaiz Queen. Setiap bilik mempunyai air cond, dan terdapat dua buah tandas. Dapur kami juga terdapat tempat untuk memasak, mempunyai peti sejuk, microwave, cuckoo, periuk nasi, blender, dan peralatan memasak yang lain
Fasiliti apartment juga sangat banyak, ada kolam renang dewasa bersaiz olimpic, kolam kanak kanak, gimnasium, bilik sauna, hammock, taman permainan kanak kanak, dewan serbaguna dan pelbagai lagi