09 October 2023

my son is 6 and my daughter is 5 this year



Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT?

Okay mummy sorry baru nak update tentang birthday dia yang dah lepas january lalu, in fact last year punya birthday pun tak update. I stopped update since maryam birthday was 3 years old. ERKK.

Hehehe, so this year masa january haritu i rasa i dah berapa bulan ek pregnantkan si abu? Dalam 6 months macam tu. Mula mula memang taknak jemput beria sangaat sebab pregnant ku tak larat. Tapi rezeki si Althaf ni lah, dia nak kawan ni datang, kawan yang maknye nama itu datang. Mummy pulak takkan nak buat majlis jemput itu je, ah sudahnya reramai la jemput. Tapi guests tak ramai pun walaupun mummy buat weekend.

Mummy masak nasi ayam as a main menu, tapi nasi tak sedap. AHAHAHAHAH SEBAB TAK MASAK!! Adoila. masak pulak kat bsp ni, dapur rumah nya kecil, alhamdulillah ada adik ku fia dan adik ipar ku mira datang tolong, Ya Allah itu pun nakpatah dah pinggang mummy.

Mummy buat dekat taman crescent park ni je sebab macam senang takyah kemas rumah after majlis, lepas tu nenek dia pun nak belanja pool bouncy castle tu. Jadi hopefully anak mummy happy la ya,

Tema This year was Mechamato. Demam mechamato ya dimana dimana. Mummy sebenarnya gigih jugakla beria untuk abang sebab 2022 punya birthday maryam tu, rezeki mummy lebih, jadi mummy buat dekan mini dewan, ramai sangat datang tapi lauk still berlebih, siap tembah banner, ada kerusi meja apa semua. Jadi taknak bagi abang nya terasa mummy pun beriakan diri. 

Habis majlis mummy KO.






Tengah tengah majlis, hujan lebat weh. Habis makanan basah sesikit. Hahahahah, tapi walaupun lauk banyak, mummy tapaw kat semua yang hadir bagi bawak balik. Kawan mummy, madi je lah yang dapat datang. Banyak dan mostly sedara mara ku. Terima kasih semua. 

Okay, birthday Maryam pulak. Since birthday maryam ni bulan 8. Mummy pun dah beranak. Memang lagi tak sanggup la mummy nak beria buat majlis. Jadi mummy cakap kat maryam kita sambut kat Hotel je la dik eh? ( we still call maryam adik, what bongsu for 5 years made us like hahaha) Alhamdulillah maryam suka je. Mummy cakap kat dia tapi tak dapat banyak hadiah tau dik. Dia kata okay je walaupun lepas tu mummy pun gigih beli hadiah untuk dia dan wrappkan fefeeling unboxing hadiah. 

Abang dia pulak, dapat tahu birthday adik kat hotel dia berkata “ birthday adik semua nya sambut kat hotel. haritu kat gandaria tu, haa da kolam, ni kat hotel” eh wahh sesedaplah budak budak ni. Dia tak tahu makpak tiap birthday pun struggle nak happykan dorang?? hahahaahaha,

Hotel yang mummy pilih adalah di M resort hotel kuala lumpur. Overall, memang satisfied with this new hotel. Bilik agak kecil or family kami yang bertambah besar. Love the designs semua cantikkk sangat sangat. Kids club pun vbest, staff yang ada rajin melayan buat activities. I pergi sunway resort hotel, semua activities kids club dia kena bayar. I macam erkkk. 

Nak dijadikan cerita, wan nya pun decide untuk join kami the second night, so malam tu kitorang pergi Mid valley untuk cari balloon, esoknya mummy deliverykan kek favorite dari Gooties untuk birthday maryam. Malam tu pun baru sempat cari birthday dress untuk dia. 

Memang semua nya sangat last minute sebab mummy papa masa tu ada id works, so hari2 sangat busy, fikir kerja, fikir kerenah client, walaupun hati tak tenang nak bercuti, mummy gigihkan jugakla book hotel. Tapi semua rezeki anak anak. Kalau takda rezeki pun, mummy akan ajar anak anak untuk rasa bersyukur, no need big celebration like this. in sha Allah anak anak mummy faham .

Sayang maryam. Walaupun dah 5 tahun, dia masih kuat tantrum ya. Hahahahahaha. I macam, bila lah tantrum kau ni nak habis dikkk. Other than that, she is so so so sweet… our sweet heart yang tak suka ikat rambut, tapi nasib baik masih girly pilih kek rainbow raibow. Hehe

We stayed for 3 days 2 night, lepas checkout i plan bawak mereka ke pusat sains negara untuk jimat la kononnya takyah gi indoor theme park ah sekali mahal jugak ya rm90++ lol.

Lepas tu went out for lunch/dinner terus, the kids was so cranky and sleepy and tired after all the activities kat pusat sains tu. Besttt, i think we need other times untuk pergi sebab althaf as usual was being very tak sabar nak masuk dinasour la apa la so we all semua jadi tergopoh gapah at one one area. 

pretty girl mummy..

tengokla tu, happy sangat bila kek dia sampai. pony and rainbow! terus boleh photoshoot. kalau tak nan hado dia nak senyum macam ni haha

eh tiber mummy selit.

sweet tooth sangat geram

girls gang, except abu tengah tidr

sebelum ni, i bergaduh ya dengan si abang. biasalah ek birthday2 ni , dia pilih untuk jadi cranky, taknak dengar cakap. is it normal untuk bergaduh bebel je dengan anak anak umur camni!!???? hahhahahaahahahah

oh it was my sister birthday also. kesian kena hadir disini. ehehe tqq family for your time :)

family time. mummy rasa nak tambah sorang lagi. hahahahahahahahhaha

petro sains. cantikkk

orang kata kami kembar

budak budak ni dan baby budak


happy after i got my fav dish : mac bolognese!!

maryam, althaf. mummy papa loveesss both of you okay.



08 October 2023

Third.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, April yang lalu kita melahirkan seorang amanah dari Allah lagi, yang ke tiga, adakah yang terakhir? Hanya Allah sahaja yang  tahu... Ahaks.

Omg blog, i miss you so much, sudah bebebebebebebebebrapa purnama ku melupakan mu. Memang sentiasa nak update tapi sebab kerusi ku keras, jadi tak ingin nak menulis lama lama. Sekarang dah ada kerusi baru, boleh la ek kita berceritera.

Melahirkan (atau mengeluarkan ) yang ketiga ni ternyata, banyak ujian nya ya. Ingat lagi kita menangis hampir setiap hari di hospital sebab merindukan anak di rumah, merindukan dunia luar, merindukan suami, merisaukan hal itu, merisaukan hal ini dan lain lain.. 

Iye, mak nye si abu bakr muhammad ni kena duduk hospital sebulan setengah lebih demi mu wahai anak. Kalau hospital ada panggung wayang, ada cafe, ada swimming pool takpe la ek. Yang ada hanya deruan bunyi tapak kaki doktor dan para jururawat, roda mesin ctg yang berbunyi seperti menunggu hari, bunyian bunyian jantung bayi di mesin, desiran resahan ibu ibu yang kesakitan menanggung kesakitan contraction. HA GITU.

Alhamdulillah, okay sekarang ni si abu dah bangun. jap eh.

Eh haa tidut balik dah, menakutkan. Tadi dia bangun ehh ehhh sambil mata pandang kita. Kita nak ambik dia tidur balik pulak. Tahu lah dia tu maknye sedang lagi dalam urusan penting ni.

Abu Bakr Muhammad, adalah yang istimewa nya ketiga, setelah istimewa abang, dan istimewa kakaknya.

masa ni dah 11 lebih malam, bayangkan pagi bersalin, malam baru dapat jumpa balik…tapi lepas keluarkan abu tu, ada contact, nurse bagi skin to skin, mouth to mouth pun ada.. nangis2 mummy sebut alhamdulillah alhamdulillah..


Lahir pada hari Selasa, Jam 8.22 pagi, 4 April 2023.. Masya Allah, Hanya Allah lah berhak atas segala pujian dan kesyukuran yang mampu kita zahirkan. Berat lahir 3.46kg, lahir di usianya 37 minggu 4 hari. 

Dan lahir secara tingkap, eheeee. Sakit nak mampus ye nak tunggu luka dalaman tu pulih. Rasa nak dekat 2 bulan baru tak terasa sakitnya. Masih segar di ingatan ku kesakitan itu, sampai jumpa doktor lah nak scan cek balik luka dalaman sebab sangsi, dok tanya orang czer yang lain elok je seminggu dua minggu dah boleh jalan laju. Mummy ni setiap langkahan macam nak mati… AAAAAAA SAKITNYA SAKITNYAAAAA YA ALLAH!!!

Semoga dah besar abu bakr baca ni pastu belanja mummy gi tunai HAJI. ehehehehe

Oh kenapa banyak ujian kali ni? 

1) kena duduk hospital sebulan lebih bed rest sebab risiko bleeding macam air paip

2) placenta previa, pastu yang paling worst pulak tu type 4

3) hb low, i kena masuk iron, lepas bersalin tumpah darah 3 liter, dalam pantang pun tumpah darah tapi kat rumah watlek watpis je sebab my mom seems cool about it? hahaha

4) pegi mana mana sebelum masuk wad tu kena berwheel chair je.

5) ADA GDM!!!!!!!!!!omg ni pun terseksa sebab nafsu ku nak makan manis je, pastu kat hospital asik kena cek je bacaan gula, pastu tinggi pastu aku makan je pastu dr marah nurse marah eeii. dahla kena duduk hospital, makan pun kena jaga so memang esjkdhkhfkjdshfiuyhfkdh rasanya. 

6) kena jaga abu bakr sorang kat hospital sampai hari jumaat. Imagine, bersalin selasa. Keluar jumaat . Berapa malam jaga sorang sorang dengan kesakitan maha dasyat. Ubat tahan sakit pun tak mampu kurangkan kesakitan ku ini. Huaaaaaa. Mummy ingat lagi masa tu 3 pagi rasa dah tak sanggup sangat sangat nak balik sangat sangat call suami mintak nak balik menangis nangis.

7)  ada budak nakkena tahan hsopital sebab kuning tinggi, pastu mummy nnagis firm2 depan doktor mintak nak balik jugak sebab MUMMY DAH TAK SANGGUP KENA ULANG ALIK HOSPITAL LAGI2 NAK BALIK TANPA ANAK? takpe kita sewa lampu biru kat luar je. 

Kuning tinggi, pastu pusat kena angin pasang pulak. Macam macam pengalaman dapat dengan yang ketiga ni, Alhamdulillah. Tidaklah ujian itu hadir, selain untuk menguatkan kita, meghapuskan dosa dam buat kita kembali meratib pada Allah.

Tapi kesakitan lainnya adalah dengan tidak dapat berjumpa anak anak kat rumah, Ya Allah duduk hospital tapi kita tak bebas untuk jumpa naik turun ya. Dengan budak kecil tak boleh naik atas nya. Jadi dalam seminggu / 2 minggu sekali kita akan minta dr pakar untuk bagi keizinan turun ke lobi jap jumpa anak. Tapi dr pakar cam takda kuasa noks. Nurses jugakla nanti jeling bebel bebel tak bagi sangat turun, tapi ku turun je la sebab memang boleh depress tak jumpa anak2. I ingat lagi maryam was sooo kurus masa tu macam sakit, kita tak tahulah sebab tak dapat kasih sayang mak ke, sedih :(

Nanti kita cerita lebih lagi lah di next post, pengalaman duduk hospital putrajaya lebih sebulan lebih, mahal jugak mengeluarkan abu bakr ni. rm6k ya. Alhamdulillah (hahahahahahnangis)



barang2 pantang, baby semua i beli shopee je, tq so much bae dan suami ku yang menyiapkan segala macam preparation. baju2 tu adalah mummy beli awal2 sikit sebelum tahu kena admit. hahaha

dapat gambar dari husband dengan anak2 pun buat mummy happy dah. yang ni masa first terawih mereka . yes bulan ramadhan ya antara waktu ku di warded. gila tak bercelaru minda ku ni!? hahahahah


hospital bed selfie. 
sambut anniversary pun kat hospital…. nokssssss. love you so much sayang. tqqq bagi bunga tu. mummy happy sangat. 7th year anniversary, sampai syurga to count ni. Jangan penat mengira ye cc husband
my window view. mula mula i duduk bilik 2 katil, tapi kemurungan sebab katil sebelah ku tu ada problem dengan silau, jadi the room was always gloomy dark dark macam tu. pastu kita pun request nak tukar bilik sebelah tingkap. i rasa benda ni pun jadi issue sebab dengar nurse membawang, hahaha ps i need my sunlight time okay. kena sunning!
angkara lemang ni lah ku nangis sebab doktor marah kenapa makan lemang. ceritanya kenapa jujur sangat dengan doktor!? kan dah kena marah. tapi sedap nak mati yeeee. THANKYOU MAMA SUSAH2 TUNASKAN CRAVING NAK MAKAN LEMANG NI!!!! WALAPUN GULA NAIK LEPAS TU HAHAHA

A NAME THAT HAS BEEN DECIDED 2 MONTHS BEFORE HIS ARRIVAL    .

my happy pills. tengoklamaryam tu, nampak skinny ek. abang tak habis dengan buku nya

kena drip iron, sebab darah tak naik2. rupanya ada talassemia. haaa. 

yang hari hari, tanpa gagal. datang teman. ya ALLAH. forever grateful for this man. love you baby

yang ni pun sama, hari2 nak datang!! bawak lauk masakan dia, walaupun kadang 5 minit je sebab she a busy woman. tq mama..my syurga…

selfie malam 1 ramadhan.. alone…in the hospital bed….

my strength jugak ni. tq tggkan anak2 i bae, yang kadang tolong ambik budak2 sekolah., gantikan i.. love you so much sistah

happy :)

ayah ku pun mencemar duli.. terima kasih ayah, datang dan mendoakan :(((((( terharu

ni pun kawan2 maahad ku yang walaupun lama x jumpa, sudi datang.. bawak hadiah for baby lagi.. semoga Allah membalaz ya… tq so much you two

pagi nak kena czer… berdebar? not really. just want to get it done faster

dah start detect kuning.. kesian..

my precious baby… dah tak betah kan abu duk hosp. gelap pulak tu hahahahaha

on our way back home!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kakak first meet up with abu. 

abang first meet up with abu

sambung lampu kat rumah. sesak dada mummy setiap kali dia di bawah lampu ni.. sebab is hot, pendakap mata tu cepat tertanggal. aaa serabut

warna taik yang ditunggu2 setelah 2 minggu. stress jugak risau kat abu asal taik ko itam je bu

hari ke 19 pantang, bersiap sikit photoshoot raya. masa ni sakit lagi ye. lepas tu dorang semua off to raya balik kampung, kami bertiga je kat rumah . tq suamiku tak kesah tak dapat raya…padahal dah suruh dah dia pegi je raya, dia xnk. sweet angat you tau. hahahahahah

malam raya gi cari oren juice dekat evo mall

kenangan kemana kemana kena berwheel chair.. rindu suami ku. haa tiber

ni felt so surreal, kena daftar masuk hospital. sobssss

kenangan turun jumpa anak anak anak buah

sambut birthday mama kat hospital!!

a complete us..


early days of abu, dia macam gelap sikit. wan dan berapa orang la dok cakap dia gelap, macam nama dia lah, macam kulit ayah dia lah. hahahahahah. gelap ke cerah ke mummy sayang, paling penting sihat… TT tapi macam ada jugakla terkilan sikit bila orang dok cakap macam tu, biasalah ekk mulut mulut.


sekarang kita dah besar sikit, kulit kita tak macam “abu” sangat dah . hahahahaha macam macam lahhh





tak larat dah nak taip/ till bext time bye!!!


my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...