motif tunjuk makanan di atas? ini sebab dia. kamu semua kena faham. orang yang jenis tak reti nak masak sangat ni bila sekali dia masak dia kenalah tunjuk dekat saaaaaaaaatu dunia bahawa dia sesungguhnya telah masak. lagi lagi bila dia masak dekat negara orang pulak tu kan. miahaha. masakan ini saya dapat resipinya sepenuhnya dari otak berdebu saya sendiri, digelar "perancitoalpotatomaniaz" hamboi. ada tiga benda yang aku dapat pelajari setelah berulang alik ke supermarket di perancis
1) bawang . bawang dia jangan buat main. 4 biji besar bawang merah bersamaan berbelas belas ringgit duit malaysia. mungkinlah ianya ditanam di angkasa lepas dan diimport bawa ke perancis.
2)nutella. nutella dia mak aih muraaaaaaaaaah . kakaka kalau yang botol besar tu kira kalau dekat malaysia harga separuh boleh didapati disini.
3) plastik. orang malaysia je baru tehegeh hegeh nak apply no plastics bag on sabtu . dekat sana hari hari no plastics bag. in shaa Allah great things take times kan rakyat malaysia. tak lama lagi kita boleh menjadi masyarakat prihatin yang menjimatkan penggunaan plastik.
jadi lepas dah show off aku memasak di perancis. aku lega. dan kita boleh ke topik seterusnya iaitu berjalan jalan di Disneyland Paris. Dia punya terujaa masyaALLAH teruja . bukan apa. dah berkepam kepam duduk dalam bilik dua tiga hari . ape tak best lepas tu boleh jalan jalan melawat luar perancis ?
arisyah with her gigi rabbit dikelilingi dua lelaki gondol. KAKAKAKAKAKH.
semasa masih di luar kawasan . masih rasa happy dan excited
mama ayah tak ada sebab mereka pergi training Herbalife.
i think this is the first game that we play. dan rasanya dari berpuluh puluh game yang ada kami adik beradik perempuan hanya main tiga ke empat game je . menyesal memang menyesal tapi tak boleh nak buat apa . sejuk dia ya Allah , Allah je memahami lagi lagi buat kami para penduduk asia yang datang dari negara musim tropikal hujan panas je . Nak beratur panjang panjang satu hal , menggigil gila gila lagi satu hal. tak tahu lah kenapa dengan disneyland punya tempat ni, sejuk dia meragut segala keterujaan kami . lagi lagi bila ada arisyah . kesian gilaaaaaa dekat dia masa tu sampai saat nak menaip ni pun masih ada rasa sebak sebab dia kena beratur lama lama, bila tak larat kami kena dukung, dan bila kami tak larat dia kena diri. mengadu dia sejuk kaki dia sakit. tu baru first game. jadi gambar di atas ni teruja lah ambik gambar " PANDANG SINIII FIAA ARISYAAHH ". dan jangan tertipu dengan terang matahari menyinari kerna itu semua dikaburi dengan cuaca yang tersembunyi . nampak? macam sasterawan tak . *gelak tutup mulut*
senyummmmmmmm sayang selagi mampu kau ukir garis senyummu
yang ini masa perarakan semua diney characters jalan berarak. semua orang excited sebab ni memang main show pun. takkurangnya kami bertiga . akulah paling cuba menerbitkan rasa eksaited dekat arisyah . " arisyah nampak tak tu? arisyah pandang sana! haaa sana sana! arisyah snow hwiteeee" kakaka. tapi memang masa ni fun sikit sebab ada sing along . meriah gitu ala ala orang kampung tengah buat rewang.
lagi satu pengalaman adalah bila cari surau tak ada. haha. aku macam rasa dalam peta ada simbol surau untuk muslim tapi bila kitorang cari cari takde kitorang terpaksa mengigil ambil wudu lepas tu keluar cari kawasan tersorok. woi. best gila bila sejuk di basahi dengan air. hahahahaha. syahdu rasa. tapi ini semua pengalaman , mana nak dapat . kan.
ambik gambar ala ala tak pandang kamera ni semua orang boleh buat . ki ki ki
Pemandangan pada waktu malam .
jadi keseluruhannya korang kalau datang perancis tak payahlah pergi disneyland ni. MUAHAHAHA. nak pergi boleh tapi dengan syarat kenalah summer, atau korang bawa semua comforter, pemanas, pembakar roti, oven, kuali dan apa apa alat yang boleh membuatkan korang bila pandang rasalah warm warm sikit. nak bawa mancis lagi digalakkan. kot kot banyak rumput kering boleh buat unggun api. tak silap semua orang boleh kongsi bersama. eh boleh dapat tak lawak bodoh aku nak sampaikan ni ?
jadi disebabkan aku malas dah nak meulis, kisah di eiffel tower dan piramid aku cerita di bahagian ketiga, KAHKAH KAH. malas lah weh nak tulis panjang panjang.
bai!